2025 SWAT
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2025 SWAT by Author "Adi Anto Hasibuan"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kerangka Ketahanan Jiwa di Era Kecerdasan Buatan (AI) Berteraskan Etika Nabawi dan Psikospiritual Islam(Penerbit USIM, 2025); ; ;Mohd Mohd Asyran SafwanAdi Anto HasibuanRevolusi kecerdasan buatan (AI) telah mengubah landskap kehidupan manusia dengan begitu drastik, bukansahaja dari segi ekonomi dan sosial, tetapi juga dari sudut psikospiritual. Fenomena seperti keresahan digital, kekosongan spiritual, krisis identiti dan tekanan jiwa semakin ketara akibat ketergantungan berlebihan terhadap teknologi moden. Artikel ini bertujuan menilai cabaran tersebut melalui kerangka Etika Nabawi dan Psikospiritual Islam, dengan menekankan bahawa penyelesaian tidak boleh terbatas kepada aspek teknikal atau undang-undang semata-mata. Menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan kajian kepustakaan dan analisis tematik hadis, kajian ini mengemukakan prinsip-prinsip utama Etika Nabawi seperti ihsan, amanah, sabar dan muraqabah yang digabungkan dengan konsep qalb, nafs dan tazkiyatun nafs sebagai asas ketahanan jiwa. Hasil kajian mendapati bahawa integrasi ini bukan sahaja menawarkan daya tahan rohani terhadap pengaruh negatif AI, malah melahirkan model kesejahteraan yang holistik berpaksikan maqasid syariah. Perbandingan dengan kerangka etika AI sekular seperti OECD AI Principles dan EU AI Act menunjukkan bahawa perspektif Islam lebih teosentrik, menyeluruh dan seimbang, kerana menghubungkan teknologi dengan misi spiritual manusia sebagai khalifah Allah. Artikel ini menyumbang kepada wacana etika AI dengan menawarkan kerangka alternatif yang relevan untuk pendidikan, dasar awam dan pembangunan masyarakat Muslim kontemporari.5 7 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Maqasid Syariah dan Etika Digital: Panduan Rabbani dalam Mengurus Cabaran Kecerdasan Buatan ke arah Kesejahteraan InsanKertas kerja ini meneliti perkembangan Revolusi Industri 4.0 dan kecerdasan buatan yang membawa transformasi besar dalam kehidupan manusia dengan potensi kemajuan dalam bidang ekonomi, pendidikan, kesihatan dan komunikasi, namun pada masa yang sama menimbulkan cabaran etika, sosial dan spiritual yang serius. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa tanpa panduan wahyu, khususnya prinsip maqasid al-shariah, teknologi berisiko merosakkan agama, akal, jiwa, keturunan dan harta manusia. Integrasi al-Quran menjadi asas penting bagi memastikan pembangunan teknologi selaras dengan fitrah insani d an maqasid al-shariah melalui penerapan nilai kebenaran, keadilan, amanah, rahmah dan wasatiyyah agar AI berfungsi sebagai instrumen maslahat, bukan mudarat. Objektif kajian ini ialah menegaskan bahawa inovasi digital mesti dipandu oleh maqasid al-shariah supaya menjadi alat memperkukuh iman, memperluas ilmu, menjaga kesejahteraan jiwa, melindungi maruah keluarga serta memelihara harta masyarakat. Signifikan kajian ini terletak pada penyediaan kerangka etika Qur’ani yang relevan untuk pembangun teknologi, penggubal dasar dan institusi pendidikan Islam dalam mendepani era digital, berasaskan metodologi kajian kepustakaan yang meneliti dalil al-Quran, al-Sunnah serta pandangan sarjana klasik dan kontemporari. Dapatan kajian menegaskan bahawa IR4.0 dan AI hanya akan memberi manfaat sejati sekiranya ditadbir dengan nilai rabbani berteraskan wahyu, agar teknologi menjadi jalan menuju keredaan Allah SWT. Keseluruhannya, kajian ini menegaskan bahawa maqasid al-Shari’ah mesti dijadikan panduan etika digital demi menjamin kesejahteraan insan serta kelestarian kehidupan sejagat.17 22