2024 iJURECON
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2024 iJURECON by Author "Ammar Izzuddin Sulaym Amir Izzuddin"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Meneroka Kesedaran Tentang Kepentingan Kecerdasan Buatan (AI) dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat Muslim(Kolej PERMATA Insan, 2024) ;Aisar Wafiq Roslan ;Muhammad Akif Rizqi Mohd Azri ;Atiq Shihab Ahmad Kamalu Arridzuan ;Ammar Izzuddin Sulaym Amir IzzuddinTrend umum dewasa kini tidak dapat lari daripada perkembangan Artificial Intelligence (AI) atau dikenali juga sebagai kecerdasan buatan di dalam bidang pendidikan. Individu yang tidak menghiraukan perkembangan AI ini akan ketinggalan zaman. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneroka tahap kesedaran pelajar pintar dan berbakat Muslim mengenai keperluan kecerdasan buatan (AI) dalam pendidikan. Walaupun AI semakin diterima pakai dalam bidang pendidikan, kajian mengenai persepsi dan pemahaman pelajar pintar dan berbakat, terutamanya dalam konteks pelajar Muslim, masih terhad. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengisi jurang literatur tersebut dengan meneliti pemahaman pelajar mengenai pengetahuan asas AI, kegunaannya dalam pendidikan, manfaat yang diperoleh, cabaran yang dihadapi, peranan guru, serta isu etika dan privasi berkaitan penggunaan AI. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kualitatif melalui temu bual kumpulan berfokus ke atas tujuh orang responden pelajar pintar dan berbakat Muslim daripada tingkatan empat di salah sebuah sekolah di Negeri Sembilan. Data yang diperoleh daripada temu bual dianalisis menggunakan analisis tematik untuk mengenal pasti tema-tema utama berkaitan kesedaran pelajar mengenai AI. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar tentang AI adalah pelbagai; sesetengah pelajar mempunyai pemahaman yang mendalam sementara yang lain masih kurang faham tentang AI dan potensinya. Penggunaan AI dalam pendidikan diakui sebagai satu alat yang bermanfaat, terutamanya dalam mempercepatkan proses pembelajaran dan menyediakan sumber pembelajaran yang lebih meluas. Namun begitu, cabaran seperti kekurangan akses kepada teknologi, kekhuatiran tentang kehilangan peranan guru, serta isu etika dan privasi, turut dibangkitkan. Pelajar juga menyuarakan keprihatinan mengenai masa depan AI dalam pendidikan dan peranan guru dalam memastikan AI digunakan secara bertanggungjawab dan beretika. Kesimpulannya, kajian ini menyerlahkan kepentingan meningkatkan kesedaran dan pemahaman pelajar mengenai AI dalam pendidikan, serta keperluan untuk memastikan penggunaan AI yang beretika dan menjaga privasi pelajar. Penemuan ini memberi implikasi kepada dasar pendidikan dan amalan pengajaran yang lebih menyeluruh dan inklusif dalam era digital.61 44