2023 PRC
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 PRC by Author "Abdul Rashid Abdul Aziz"
Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Literatur Sistematik ke atas Kesejahteraan Keluarga(Faculty of Leadership and Management, 2024) ;Nur A’in MustafarAbdul Rashid Abdul AzizKesejahteraan keluarga dalam negara membangun seperti Malaysia merupakan salah satu petunjuk kepada kebahagian sesebuah negara. Kajian kualitatif ini bertujuan untuk mengenal pasti trend kajian berkaitan kesejahteraan keluarga. Kajian ini berpandukan Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA) melibatkan empat fasa iaitu pengenalpastian (identification), seterusnya penapisan (screening), penyemakan kelayakan (eligibility) dan pemeriksaan rangkuman (included). Pangkalan-pangkalan data seperti pangkalan data Academia, pangkalan data Google Scholar dan pangkalan data ProQuest telah digunakan sehingga 26 buah artikel akhir di antara tahun 2018 hingga 2023 mengikut kriteria-kriteria ditetapkan dianalisis. Kajian menunjukkan bahawa dua tema yang dianalisis dan dikelompokkan dalam artikel ini untuk menggambarkan trend focus penyelidikan ini iaitu tahun penerbitan dan negara asal penyelidik dan pendekatan penyelidikan berkaitan kesejahteraan keluarga. Dapatan artikel ini menunjukkan terdapat keperluan mustahak terhadap aspek kesejahteraan keluarga di Malaysia. Oleh yang demikian, tinjauan yang disintesis berkaitan dengan kesejahteraan keluarga ini dapat memberi manfaat kepada penyelidik dengan memberi cadangan bagi penyelidikan masa hadapan.8 57 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Tinjauan Literatur Sistematik Berhubung Tekanan Mental Melibatkan Isu Bunuh Diri dalam Kalangan Remaja di Malaysia(Faculty of Leadership and Management, 2024) ;Siti Norsarifah Hanim SuratiAbdul Rashid Abdul AzizKesihatan mental boleh mempengaruhi kesihatan fizikal, kualiti hidup dan produktiviti seseorang. Namun begitu, peningkatan isu kesihatan mental dalam kalangan masyarakat di Malaysia pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan. Tambahan pula, masalah tekanan mental ini memberi kesan yang buruk kepada remaja terutamanya yang boleh membawa kepada kejadian bunuh diri yang semakin meningkat dalam kalangan remaja di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk melihat tema kajian dan perbincangan tentang tekanan mental melibatkan isu bunuh diri dalam kalangan remaja di Malaysia. Kajian dengan metod tinjauan literatur sistematik atau systematic literature review (SLR) ini dijalankan dengan menggunakan artikel lingkungan tahun 2019-2023 daripada tiga pangkalan data iaitu Research gate, Google Scholar dan Science Direct. Artikel yang telah dikumpul kemudian diteliti bagi memastikan artikel yang dipilih menepati fokus kajian. Sebanyak 22 daripada 1460 artikel telah dipilih untuk dibincangkan dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga tema yang boleh diklasifikasikan berkenaan kajian lepas tentang tekanan mental melibatkan isu bunuh diri dalam kalangan remaja di Malaysia. Tema tersebut ialah; 1) kesejahteraan hidup remaja 2) tekanan psikologi remaja 3) isu bunuh diri dalam kalangan remaja. Oleh yang demikian, terdapat keperluan kajian yang menyeluruh seperti kajian mengenai pembangunan model islamik daya tindak keluarga dalam menangani gejala kesihatan mental agar masalah kesihatan mental dapat dikenalpasti dan tindakan segera dapat diambil.31 32 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kebimbangan Terhadap Pencapaian Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar(Faculty of Leadership and Management, 2024) ;Nur A'in Mustafar ;Abdul Rashid Abdul AzizRoslee AhmadPencapaian akademik yang baik melambangkan kecemerlangan bagi setiap pelajar. Namun, dalam mencapai kecemerlangan tersebut, antara aspek penting yang harus dihadapi oleh pelajar adalah kebolehan mengawal kebimbangan menghadapi ujian. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji perbezaan tahap kebimbangan menghadapi ujian dengan pencapaian Bahasa Arab dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan, tahun tiga jurusan kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan analisis deskriptif dan inferensi seperti T-test melalui perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) versi 26. Seramai 80 orang pelajar dalam lingkungan umur 18 - 26 tahun ke atas telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Soal selidik yang dikendalikan sendiri untuk kegunaan pengumpulan data yang merangkumi alat ukur Test Anxiety Inventory (TAI) dan skor pencapaian bahasa Arab dalam peperiksaan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara lelaki (M = 2.19, SD = 0.44) dan perempuan (M=2.44, SD= 0.51); t (78) = 1.5, p =0.138 dalam kebimbangan menghadapi ujian dan pencapaian bahasa Arab dalam kalangan pelajar kaunseling tahun 3 yang dikaji. Konklusinya, kajian ini dapat memberi kesedaran dan menggalakkan pelajar membuat persediaan lebih awal sekali gus dapat mengurangkan kebimbangan menghadapi ujian. Sebaiknya pencapaian bahasa Arab ditingkatkan dengan bimbingan melalui program bimbingan dan kaunseling akademik yang harus diaktifkan di setiap fakulti terutama sebelum peperiksaan.17 68 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kesejahteraan Diri Warga Emas: Tinjauan Literatur Sistematik di Indonesia dan Malaysia(Faculty of Leadership and Management, 2024) ;Warlan SukandarAbdul Rashid Abdul AzizKajian mengenai kesejahteraan diri menjadi kajian yang menarik kebelakangan ini sama ada di Indonesia mahupun Malaysia. Kajian-kajian mengenai kesejahteraan diri telahpun banyak dijalankan ke atas pelbagai aspek kehidupan dan golongan seperti dari kalangan pelajar kanakkanak, remaja, dewasa, dan warga tua. Kajian ini bertujuan untuk melihat tema-tema kajian tentang isu kesejahteraan diri di kalangan warga emas. Kajian ini melihat kesejahteraan diri warga emas, sama ada dari angkubah kesejahteraan psikologi mahupun kesejehtarean subjektif. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah tinjauan literatur sistematik. Adapun sumber-sumber yang digunakan dalam kajian ini adalah artikel-artikel yang bermula daripada tahun 2013-2023 dari tiga pangkalan data carian, iaitu Researchgate, Google Schoolar dan Science Direct. Semua artikel yang ditemukan dari ketiga sumber data tersebut ditapis bagi memastikan artikel-artikel tersebut adalah benar-benar menjadi fokus kajian. Sebanyak 20 dari 60 artikel telah dibahas dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukan bahawa belum banyak kajian-kajian yang mengkaji mengenai kesejahteraan diri dalam kalangan warga emas. Oleh itu kajian mengenai kesejahtera diri warga emas masih diperlukan dan terbuka peluang besar sebagai fokus kajian seterusnya.41 545