2023 ARIF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 ARIF by Author "Adibah Najihah Binti Mohd Nadzri"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Teknologi Braille dalam Pdp Al-Quran untuk OKU Penglihatan(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Adibah Najihah Binti Mohd Nadzri ;Nur Nadhrah Sakinah Binti Nasri ;Siti Nur Ain Binti Mohamad NoorMaisarah SaidinAl-Quran Braille merupakan salah satu alternatif yang penting kepada komuniti orang kurang upaya (OKU) penglihatan untuk mempelajari dan membaca al-Quran. Namun begitu, jumlah al-Quran Braille yang terhad dan keadaan fizikalnya yang telah uzur menyebabkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran terhadap komuniti ini sering terganggu dan sukar dilaksanakan. Penggunaan al-Quran Braille dalam tempoh yang lama dan kerap akan menyebabkan permukaan titik timbul menjadi cepat tenggelam dan tidak dapat dikesan. Hal ini menyebabkan OKU penglihatan sukar membaca al-Quran tersebut. Selain itu, kurangnya fasiliti dan kemudahan yang mesra OKU seperti Bahan Bantu Mengajar (BBM), tahap kesedaran yang rendah daripada pelbagai pihak terhadap isu OKU dan agama serta kurangnya program dakwah dan penganjuran kelas-kelas agama atau kuliah menjadi faktor komuniti OKU penglihatan masih jauh terkebelakang dalam pendidikan Islam khususnya pengajian al-Quran. Lantaran pemasalahan ini, pelbagai pihak telah berusaha untuk membantu golongan ini dengan merekabentuk dan membangunkan teknologi berasaskan al-Quran Braille. Namun begitu, tidak semua dari komuniti ini mampu mengakses kepada maklumat tersebut. Justeru itu, mereka memerlukan sokongan dan bantuan dari masyarakat orang upaya atau normal untuk mengakses kepada teknologi tersebut. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengenalpasti teknologi Braille dan al-Quran yang telah dibangunkan disamping mendedahkan jenis dan rekabentuk aplikasi yang disediakan terhadap OKU penglihatan untuk mempelajari ilmu-ilmu berkaitan al-Quran. Kajian yang berbentuk kualitatif ini menggunakan metode analisis dokumen dengan bersumberkan artikel jurnal, laman sesawang dan akhbar. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat membuka minda masyarakat dan badan organisasi agar lebih menitikberatkan lagi keperluan OKU penglihatan ini dimasa hadapan dari segi teknologi yang memudahkan urusan PDP al-Quran mereka.636 43