2020 SWAN
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2020 SWAN by Author "Abdulloh Salaeh"
Now showing 1 - 5 of 5
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Hadith Di Dalam Kitab Risalah Tazkirah Al-Guflah Fi Bayan Asrar As-Solat(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Abdulloh Salaeh ;Amran Abdul Halim ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Mohd. Fauzi Mohd Amin; ;Mahsor Yahya ;Walid Mohd SaidMesbahul HoqueAgama Islam telah datang menerangi di Kepulauan Tanah Melayu ini semenjak dari abad ke 16 Masihi lagi. Perkembangan Agama Islam yang begitu pantas ini berjaya melahirkan ramai ilmuan dan cendiakawan yang hebat khususnya di tanah Pattani. Ini dapat disaksikan pada Abad ke 17 Masihi di mana di zaman inilah lahir ramai ulama dari kepulauan nusantara ini, antaranya tokoh yang amat terkenal iaitu Syeikh Daud Al-Fatani dan Syeikh Abdullah bin Idris Bendam Badam dan lain-lain. Kelahiran ini bukan sahaja melahirkan tokoh yang terkenal malah kitab-kitab rujukan yang masih segar sehingga zaman moden ini. Antara kitab yang masih digunakan bagi Syeikh Abdullah bin Idris Bendam Badam ialah Kitab Kitab Risalah Tazkirah Al-Guflah Fi Bayan Asrar As-Solat. Kitab ini bukan sahaja menjadi bahan rujukan bahkan dijadikan sebagai bahan pembelajaran utama di beberapa institusi pondok yang masih wujud sehingga sekarang. Kitab ini sebagai asas pembelajaran mereka tentang solat, Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menganalisis kedudukan hadith yang terkandung di dalamnya. Justeru kertas kerja ini akan cuba memberikan pendedahan tentang kedudukan serta kajian hadith yang dilakukan terhadap kitab ini yang mana di dalamnya terkandung hadis yang sahih, hasan, dhaif dan lain-lain. Kajian ini juga akan dapat memberikan pendedahan umum tentang pengarang serta kitabnya. Kajian ini menggunakan kaedah berbentuk penyelidikan perpustakaan. Hasil kajian ini dapat membantu masyarakat dalam memberikan pendedahan tentang ilmu hadith, kedudukannya serta penggunaannya dalam kitab ini.11 62 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Penanganan Wabak Pandemik Berdasarkan Hadis Dan Kearifan Lokal Masyarakat Islam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Muhammad Widus SempoAbdulloh SalaehMasyarakat dunia telah banyak berdepan dengan cabaran wabak pandemik seperti maut hitam, Ebola, Kolera, Influenza H1N1, HIV/AIDS, SARSCoV, MERS Cov dan yang terbaharu adalah COVID-19. Angka kematian yang tinggi ekoran wabak tersebut menunjukkan kelemahan manusia dalam melakukan pengawalan dan penanganan. Justeru, kaedah penanganan yang sedia ada seperti social distancing, (lock down), isolasi pesakit, kuarantin dan sebagainya dalam mengawal penularan COVID-19 yang merebak dengan begitu pantas bukanlah perkara yang baharu, melainkan kaedah semacam ini dipercayai mempunyai asal-usul dalam tradisi Islam. Oleh itu, kajian ini menumpukan perbincangannya terhadap kaedah penanganan wabak pandemik dalam tradisi Islam berdasarkan hadis dan kearifan lokal masyarakat Islam. Kajian ini dijalankan secara induktif terhadap kitab-kitab hadis dan manuskrip perubatan Islam. Didapati dalam kajian ini bahawa masyarakat Islam memiliki kaedah tersendiri dalam mengawal penularan wabak pandemik berpandukan hadis dan kearifan lokal yang tertakluk kepada sosial-budaya mereka.48 7 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembangunan Wall Library Untuk Makmal Hadis: Satu Kajian Aplikasi Di Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, USIM(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Abdulloh Salaeh; ;Walid Mohd Said ;Amran Abdul Halim ;Mohd Fauzi Mohd Amin ;Nurul Syafiqa Jafar ;Hani Athira Ahmad SafariMohamad Zahid HanafiahMakmal Hadis di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah telah diwujudkan sejak awal penubuhan fakulti demi memudahkan pengajaran dan pembelajaran hadis melalui pengalaman. Makmal ini menyediakan sejumlah koleksi kitab hadis yang dimanfaatkan secara optimum oleh pensyarah serta pelajar dalam mendalami proses pengkajian hadis. Makmal ini telah dilengkapkan dengan penggunaan perisian terkini seperti perisian al-Maktabah al-Shamilah dan perisian Jawami‘ al-Kalim, berserta dua ruang pembelajaran yang berkongsi satu ruang koleksi kitab semenjak perpindahan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah ke bangunan baru. Permasalahan timbul apabila koleksi kitab tidak mencukupi, tidak lengkap dan sebahagiannya rosak. Justeru, penyelesaian yang dicadangkan ialah menyediakan perpustakaan digital yang dinamakan “Wall Library” yang boleh diakses melalui kod QR menggunakan pendekatan model ADDIE. Dapatan kajian telah mendapati majoriti pengguna yang mencuba penggunaan teknologi ini berpuas hati malah teruja untuk menggunakannya. Kajian ini boleh dimanfaatkan dan diberikan nilai tambah agar memaksimakan penggunaan makmal hadis seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dalam era revolusi industri ke-4.5 50 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penilaian Hadith-Hadith Al-Khamru Dalam Kitab Tanbih Al-Ghafilin Oleh Sheikh Abdullah Bin Abdul Mubin(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Mohd Fauzi Mohd Amin ;Abdulloh Salaeh; ;Amran Abdul Halim ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Walid Mohd SaidMahsor YahyaKitab Tanbih Al-Ghafilin ditulis oleh Sheikh Abdullah Abdul Mubin Al-Fatani. Kitab ini membicarakan hadith-hadith berkaitan dosa-dosa besar, kitab ini mengandungi dua belas bab. Bab-bab tersebut ialah seksa orang yang meninggalkan sembahyang, seksa orang yang derhaka kepada ibu bapanya, seksa peminum arak dan tuak, seksa orang yang berbuat zina dan berliwat, seksa orang yang makan riba, seksa orang yang menangis berbunyi sebak, seksa orang yang tidak memberi zakat, seksa orang yang membunuh, seksa hak perempuan atas suaminya, haru hara kiamat dan menyatakan syurga dan segala isinya. Dalam bab seksa peminum arak terdapat lima hadith yang disebutkan oleh pengarang, hadith-hadith tersebut hanya dinyatakan terjemahan dalam bahasa Melayu, tidak dinyatakan sumber dan perawinya daripada kitab-kitab hadith, tidak diterangkan status hadith samada sahih, hasan, dhaif dan sebagainya. Bagi menilai hadith-hadith tersebut penulis menggunakan kaedah takhrij hadith yang telah ditetapkan oleh ulamak hadith dengan gabungan carian hadith secara traditional dan elektronik. Dalam menentukan status hadith penulis berpegang dan berpandukan pandangan ulamak hadith yang muktabar. Hasil kajian secara amnya penulis mendapati ada beberapa hadith sahih, hadith hasan, hadith dhif, hadith maudhu’ dan ada juga hadith yang tidak dijumpai dalam kitab-kitab hadith setelah carian dan menggunakan semua jenis takhrij hadith yang telah ditetapkan oleh ulamak hadith.12 71 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sunnah Rasulullah Saw Menerusi Amalan Wirid Pagi Dan Petang Sebagai Usaha Pencegahan Menghadapi Wabak Covid-19(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Walid Mohd Said; ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Amran Abdul Halim ;Abdulloh SalaehMohd Fauzi Mohd AminKemunculan wabak COVID-19 pada penghujung tahun 2019 telah menimbulkan keresahan di seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia. Pelbagai usaha pencegahan dan prosedur operasi yang telah diperkenalkan oleh pihak berwajib untuk orang ramai bagi mengekang penularan wabak ini. Standard Operating procedures yang diperkenalkan itu, lebih menekankan sudut luaran atau zahiriyyah, manakala aspek kerohanian atau spiritual kurang dititik beratkan. Bagi orang yang beragama Islam, pengamalan wirid pagi dan petang merupakan sebahagian dari ajaran Rasulullah saw yang digalakkan pada setiap hari tanpa mengira musim atau masa tertentu. Pengamalan wirid-wirid tersebut bukan sahaja menjadi satu bentuk ta’abud, malah didalamnya terdapat janji pasti oleh Allah swt akan memelihara pengamalnya. Kertas kerja ini akan membicarakan peranan wirid pagi dan petang sebagai pemberi ketenangan dan langkah ikhtiar memelihara diri dari ditimpa penyakit yang bahaya ini.6 97