Browsing by Author "Intan Marfarrina Omar"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Apakah Kemahiran Melakar Aras Tinggi (KMAT) Reka Bentuk Dan Aplikasinya Dalam Pengkaryaan Seni Visual(Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM, 2021) ;Che Aleha Ladin ;Intan Marfarrina Omar ;Vishalache BalakrishnanAzniyati KamaruddinPengenalan- Lakaran sebagai asas penjanaan idea, boleh digunakan sebagai medium komunikasi untuk menyampaikan maklumat. Dalam konteks seni visual, lakaran digunakan sebagai idea awal untuk mencipta idea yang lebih kreatif, kritis supaya mempunyai kualiti estetik dan menepati aspek pengkaryaan yang bersesuaian. Namun demikian, kekurangan kemahiran dan kefahaman dalam pengkaryaan menyebabkan ia sukar mencapai aras tinggi. Objektif – Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasi Kemahiran Melakar Aras Tingi (KMAT) dalam pengkaryaan seni visual. Methodologi –Satu kajian kes kualitatif dijalankan melibatkan temu bual separa berstruktur dengan tiga orang pakar Seni Visual, dua guru dan empat orang murid sekolah menengah. Kajian ini juga menggunakan kaedah pengumpulan dokumen hasil karya murid semasa mengaplikasi KMAT dalam kalangan murid. Data kajian dianalisis secara analisis templet. Dapatan – Dapatan kajian menunjukkan terdapat tujuh langkah penting untuk mencapai KMAT iaitu kefahaman menyeluruh tentang aspek perekaan melibatkan peniruan imej 100%, melakar berdasarkan olahan bentuk asas, menggunakan pelbagai bahan dan media, kefahaman kadar banding dan komposisi, melakar dengan perspektif, menzahirkan idea dengan cara tersendiri dan seterusnya lancar mengaitkan isu, tema dan budaya dalam lakaran. Walau bagaimanapun, kejayaan pencapaian KMAT bergantung kepada kaedah pelaksanaannya, kefahaman asas seni reka, disertai dengan minat dan bakat murid yang mendalam. Kepentingan – Reka bentuk KMAT sesuai digunakan oleh murid sekolah menengah dan guru yang terlibat secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual. KMAT juga boleh digunakan secara meluas oleh golongan yang berminat dalam pengkaryaan seperti pelukis atau pereka supaya dapat melatih pemikiran, melahirkan idea yang kritis dan kreatif dan meningkatkan kualiti penciptaan dalam pelbagai bidang sejajar dengan konteks revolusi Industri 4.0. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Covid-19: Cabaran dan Inisiatif dalam Mendepani Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Teradun(USIM Press, 2021-12) ;Simah Mamat ;Che Aleha Ladin ;Azni Yati Kamaruddin ;Intan Marfarrina OmarNor Asiah IsmailPerubahan kaedah pengajaran guru sejak dunia dilanda pandemik Covid-19 memberi kesan yang besar kepada sistem pendidikan negara. Para guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) teradun melalui penggunaan media digital dengan kaedah tradisional secara dalam talian sebagai mekanisme utama penyampaian ilmu. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengupas cabaran guru dan inisiatif kerajaan dalam pelaksanaan PdP. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen melalui sumber data kajian-kajian lepas, catatan perkembangan pembelajaran teradun daripada kumpulan-kumpulan e-didik di bawah KPM, telegram, laman web, petikan dan berita dari seluruh Malaysia dan luar negara. Cabaran utama yang ditemui adalah berkaitan dengan capaian internet terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Cabaran lain pula ialah terdapat keluarga yang kurang berkemampuan dan sukar menyediakan kemudahan data dan gadget kepada anak-anak untuk meneruskan PdP secara maya. Antara inisiatif KPM terhadap murid yang tidak mempunyai capaian internet untuk melayari Google Classroom (GC), mereka boleh menggunakan WhatsApp. KPM dan Uniceff juga menyediakan bahan pengajaran yang dibina menggunakan Google Slide bagi murid bermasalah pendengaran dan pembentangan boleh dibuat dengan sarikata. Selain itu, kerajaan juga memudahkan penggunaan GC melalui penubuhan akaun email e-didik. Kajian ini memberi implikasi kepada guru-guru agar memantapkan pengajaran teradun melalui teknologi digital secara kreatif dan inovasi dengan menghadiri kursus dan latihan dalaman secara talian. Ibu bapa dan guru juga perlu melakukan anjakan paradigma untuk menguasai ilmu pengetahuan terknologi terkini bagi menangani masalah ini. KPM perlu menggubal atau menambah baik kurikulum pendidikan sesuai dengan pembelajaran teradun ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Dan Aplikasi Kemahiran Melakar Aras Tinggi (KMAT) Dalam Pengkaryaan Seni Visual Pelajar Sekolah Menengah(USIM Press, 2021-12) ;Che Aleha Ladin ;Intan Marfarrina Omar ;Vishalache Balakrishnan ;Azni Yati KamaruddinSimah MamatLakaran boleh digunakan sebagai medium komunikasi untuk menyampaikan maklumat. Dalam konteks seni visual, lakaran digunakan sebagai asas penjanaan idea, untuk mencipta atau menghasilkan karya. Walau bagaimanapun, lakaran yang dihasilkan perlu beraras tinggi supaya penciptaan idea menepati aspek pengkaryaan yang kreatif, kritis dan mempunyai kualiti estetik yang diperlukan. Artikel ini bertujuan untuk mengemukakan konsep dan aplikasi Kemahiran Melakar Aras Tingi (KMAT) dalam pengkaryaan seni visual yang sesuai untuk sekolah menengah. Konsep KMAT diutarakan sejajar cabaran pengajaran dan pembelajaran yang perlu memfokuskan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang meletakkan aras mencipta di tahap tertinggi. Untuk mencapai KMAT, terdapat tiga tahap yang perlu dikuasai semasa proses penghasilan karya. Ia dimulai dengan (i) peringkat imitasi iaitu peniruan 100% dan memahami bentuk asas, (ii) peringkat manipulasi iaitu kepelbagaian penggunaan alat dan bahan, kefahaman kadar banding dan komposisi, kefahaman perspektif dan peringkat tertinggi iaitu (iii) Naturalisasi yang melibatkan penzahiran idea dengan cara tersendiri dan fasih mengaitkan isu, tema dan budaya dalam lakaran. Namun, kunci kepada kejayaan KMAT iaitu penguasaan kefahaman dan pengaplikasian unsur seni dan prinsip rekaan yang menyeluruh dalam pengkaryaan disertai dengan minat dan bakat yang mendalam. Oleh itu, artikel ini mencadangkan supaya pelajar, guru dan golongan yang berminat dalam pengkaryaan seperti pelukis atau pereka dapat menggunakan KMAT sebagai satu panduan melahirkan idea lakaran yang lebih kritis, kreatif di tahap tertinggi bagi memenuhi kualiti penciptaan yang diperlukan sejajar dengan konteks revolusi Industri 4.0.