Browsing by Author "Mohd Azhar Ibrahim Resedi"
Now showing 1 - 8 of 8
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Elemen Anti Hadis Dalam Ucapan Kepada Konferensi Politik Nasional Oleh Kassim Ahmad: Satu Penilaian(Universiti Sains Islam Malaysia, 2015) ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali ;Mohd Rumaizuddin Ghazali ;Mohd Azhar Ibrahim ResediFikri MuharamḤadīth is Islamic tradition, which is ascribed to the Prophet Muhammad (PBUH) from the aspects of his verbatim, deeds, approvals and disapprovals. In the hierarchy of Islamic epistemology, al-Ḥadīth is second after the Quran, which is agreed upon by the majority of reputable Muslim scholars to be taken as reference in solving issues of the ummah. In 2014, the anti-ḥadīth phenomenon made its comeback to the Malaysian arena of intellectual debate, espceially in post-Seminar Pemikiran Dr. Kassim Ahmad: Satu Penilaian. This article purports to deduce some confusions about Islamic teachings as found in Kassim Ahmad’s keynote paper entitled: Ucapan Kepada Konferensi Politik Nasional Untuk Menentukan Hala tuju Negara Malaya Untuk Tiga Puluh Tahun Akan Datang. Analysis on this paper is undertaken by applying these methods: content analysis and cross reference to the two banned books of Kassim Ahmad by the Malaysian Ministry of Home Affairs (KDN). This analysis has found that Kassim Ahmad’s paper contains two elements of anti-Hadīth claim, namely: (1) Imam al-Shāfi’ī as the earliest scholar who compels that ḥadīth is taken as a source for Islamic jurisprudence and (2) ḥadīth does not interpret the Quran, but only Quran interprets the Quran from a so-called scientific approach. This article will strengthen the charges made by the Religious office against Kassim Ahmad’s offences of insulting Islamic religion and disobeying Federal Territories Fatwa in relation to anti-ḥadīth Group. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu-Isu Akidah di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir: Kajian Perintis di Daerah Temerloh dan Maran, Pahang(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Irwan Mohd Subri ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali ;Walid Mohd Said ;Nisar Mohammad Ahmad ;Amir Shaharuddin ;Mohd Aizuddin Abdul Aziz ;Mohd Azhar Ibrahim Resedi ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Syadiyah Abdul ShukorBilal JailaniPenghujung tahun 2014, Malaysia khususnya di pantai Timur telah dilanda banjir besar yang luar biasa. Mangsa-mangsa yang dipindahkan dan ditempatkan di pusat penempatan banjir melebihi dua ratus ribu orang. Kajian perintis ini dijalankan bagi� mengumpulkan isu-isu berkaitan akidah di pusat pemindahan mangsa banjir di daerah Temerloh dan Maran, Pahang. Kajian yang bermatlamatkan penerokaan ini menggunakan kaedah kualitatif. Para penyelidik telah menjalankan temu bual tidak berstruktur terhadap tiga puluh lapan orang responden di empat buah pusat pemindahan mangsa banjir di daerah Temerloh dan Maran, Pahang. Pemilihan responden dibuat menggunakan kaedah persampelan mengikut kesenangan (convenience sampling). Hasil kajian menunjukkan terdapat lapan tema isu akidah yang dibangkitkan oleh warga pusat pemindahan banjir. Tiga tema paling polular adalah i) banjir itu qadak dan qadar Allah, ii) berusaha dan bertawakkal dalam menghadapi banjir, dan iii) banjir mendekatkan diri dengan Allah. Di bahagian perbincangan, penyelidik menghuraikan perkara-perkara yang berkemungkinan menjadi faktor kepada dapatan kajian. Penyelidik juga mengemukakan cadangan penambah baikan berkaitan isu akidah dan kaunseling untuk dimuatkan dalam model pengurusan banjir. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu-Isu Fiqh di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir: Kajian Perintis di Daerah Temerloh, Pahang(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Irwan Mohd Subri ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali ;Walid Mohd Said ;Nisar Mohammad Ahmad ;Amir Shaharuddin ;Mohd Aizuddin Abdul Aziz ;Mohd Azhar Ibrahim Resedi ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Syadiyah Abdul ShukorBilal JailaniDewasa ini kita melihat banyak berlaku bencana alam di merata tempat di dunia. Kesemua bencana alam ini pernah diketahui atau disaksikan oleh Nabi SAW dan para sahabat Baginda RA. Antara bencana alam yang sering dialami di negara kita adalah banjir, kejadian banjir yang melanda negara tidak lama dahulu amat meresahkan semua pihak. Banjir ini dimulai dengan hujan lebat yang berterusan, lalu mengakibatkannya bertakung atau melimpah. Artikel ini akan cuba mengemukakan pandangan dan sabdaan Nabi SAW berkaitan dengan hujan yang menjadi sebab kepada banjir dan seterusnya melihat saranan Baginda atau perlakuan terhadap banjir yang melanda. Ia dimulakan dengan situasi sebelum, semasa dan selepas berlakunya hujan dan kesan daripada hujan yang berterusan. Beberapa hadis Nabi SAW yang berkaitan akan dikumpulkan dan dianalisa isi kandungannya serta dikukuhkan dengan pandangan ulama muktabar. Diharapkan artikel ini dapat menyingkap perbuatan dan sabdaan Nabi SAW terhadap fenomena hujan dan banjir dan seterusnya menjadi suatu pedoman dan titik permulaan kepada umat Islam untuk berhadapan dan mula mencari jalan penyelesaian kepada bencana hujan dan banjir. Didapati secara umumnya, sentuhan Nabi SAW terhadap banjir amat minima, ia sesuai dengan zaman, tempat dan keadaan di Mekah serta Madinah pada ketika itu, manakala berkaitan hujan hanyalah berkisar dengan cara Nabi SAW berhadapan dan melaluinya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kefahaman Akidah di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir: Kajian Perintis di Daerah Temerloh dan Maran, Pahang(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Irwan Mohd Subri ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razal ;Walid Mohd Said ;Nisar Mohammad Ahmad ;Amir Shaharuddin ;Mohd Aizuddin Abdul Aziz ;Mohd Azhar Ibrahim Resedi ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Syadiyah Abdul ShukorBilal JailaniPenghujung tahun 2014, Malaysia khususnya di Pantai Timur telah dilanda banjir besar yang luar biasa. Mangsa-mangsa yang dipindahkan dan ditempatkan di pusat pemindahan melebihi dua ratus ribu orang. Situasi yang penuh dengan cabaran dan dugaan itu amat berkait berkait rapat dengan konsep-konsep akidah seperti iman terhadap qadak dan qadar, bencana sebagai ujian dan kefahaman tawakal. Untuk mengetahui tahap kefahaman warga pusat pemindahan terhadap isu-isu ini, satu kajian perintis kuantitatif berbentuk soal selidik telah dijalankan ke atas 18 orang. Pemilihan responden dibuat menggunakan kaedah persampelan mengikut kesenangan (convenience sampling). Dengan menjadikan daerah Temerloh dan Maran sebagai lokasi kajian, ketiga-tiga tema yang diuji menunjukkan nilai min yang tinggi, sekaligus memberi makna bahawa responden mempunyai tahap kefahaman akidah yang tinggi. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kefahaman Fiqh di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir: Kajian Perintis di Daerah Temerloh dan Maran, Pahang(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Irwan Mohd Subri ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali ;Walid Mohd Said ;Nisar Mohammad Ahmad ;Amir Shaharuddin ;Mohd Aizuddin Abdul Aziz ;Mohd Azhar Ibrahim Resedi ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Syadiyah Abdul ShukorBilal JailaniPenghujung tahun 2014, Malaysia khususnya di pantai Timur telah dilanda banjir besar yang luar biasa. Mangsa-mangsa yang dipindahkan dan ditempatkan di pusat penempatan melebihi dua ratus ribu orang. Di pusat-pusat penempatan itu, terdapat beberapa keadaan yang berkait rapat dengan fiqh seperti cara bersuci, kaedah mengerjakan solat, batasan pergaulan lelaki-perempuan yang bukan mahram, pengurusan jenazah, hukum mengambil barang yang dijumpai dan kesedaran merujuk pakar dalam hal fiqh yang tidak diketahui. Untuk mengetahui tahap kefahaman warga pusat penempatan terhadap isu-isu ini, satu kajian perintis kuantitatif berbentuk soal selidik telah dijalankan ke atas 18 orang. Pemilihan responden dibuat menggunakan kaedah persampelan mengikut kesenangan (convenience sampling). Dengan menjadikan daerah Temerloh dan Maran sebagai lokasi kajian, penyelidik mendapati responden mempunyai tahap kefahaman Fiqh yang tinggi dengan nilai min keseluruhan 3.87. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Modaliti Dakwah dalam Menentang Gejala Dadah di Kalangan Remaja dan Belia Tanah Rancangan Felda(Universiti Sains Islam Malaysia, 2006) ;Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim ;Naim Hj. Ahmad ;Abdul Halim Mohd Hussin ;Yuseri Ahmad ;Mohd Azhar Ibrahim ResediMarina Munira Abdul MutalibKajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penyalahgunaan dadah dan gejala sosial di kalangan remaja dan belia di tanah rancangan tanah felda. Di samping itu kajian ini juga meninjau tentang tahap aktiviti dakwah di kalangan masyarakat felda. Kajian ini adalah berbentuk participiant observation dan ia telah dijalankan di salah sebuah tanah rancangan felda di negeri Pahang selama dua bulan dengan menerangkan dan memperihalkan budaya sesebuah masyarakat yang kompleks. Hasil kajian mendapati bahawa memang terdapat masalah penyalahgunaan dadah dan gejala sosial di kalangan masyarakat tanah rancangan Felda. Di antara gejala sosial ini termasuklah pengangguran, melepak, merokok, ponteng sekolah, VCD lucah, pornografi dan sebagainya. Diantara punca berlakunya gejala sosial ini ialah kelesuan aktiviti dakwah, kelemahan institusi pentadbiran dan pengurusan, ketidakseimbangan antara pembangunan ekonomi dan infrantruktur dengan aspek pembangunan insan, keruntuhan institusi kekeluargaan dan sebagainya. Kajian ini mencadangkan supaya diwujudkan pusat ilmu dan dikendalikan oleh penggerak masyarakat di setiap tanah rancangan bagi membolehkan seseorang kebali kepada penghayatan agama yang kukuh sebagai satu usaha kepada penyelesaian masalah sosial dan penyalahgunaan dadah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Religious Syncretism Among The Semelai Orang Asli Muslims In Sungai Lui Village, Malaysia(Equinox Publishing Ltd, 2021) ;Ros Aiza Mohd Mokhtar ;Abd Hakim Mohad ;Mohd Azhar Ibrahim Resedi ;Khadijah MudaSiti Nor Azhani Mohd ToharThe Semelai are a proto-Malay Orang Asli tribe settled around Negeri Sembilan and Pahang, Malaysia. Their settlements in Negeri Sembilan are in Sungai Lui village and Sungai Sampo village in Jempol. A few of their number also settled in some areas in Bera, Pahang. A majority of this community still adhere to ancestral faiths, although some have converted to Islam since the 1990s. At the same time, practices introduced by a Buddhist shaman took root among the community over the last thirteen years. This article discusses the religious beliefs and practices of this community, especially among Muslim adherents. The study uses a qualitative approach through data collection via interviews with key informants in Sungai Lui village, Jempol. The data were later analysed through a descriptive interpretive method, and the research found that syncretism spread among the belief practices of the Semelai Muslims in Sungai Lui village following the exploits of a Buddhist shaman that succeeded in curing the chronic disease of a villager. At the same time, they still practise inherited customs and wisdoms from animist times, even after their conversion to Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tahap Kemudahan Dan Penggunaan Peralatan Audio-Visual Dan Komputer Di Masjid-Masjid Di Bawah Kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)(Universiti Sains Islam Malaysia, 2008) ;Yuseri Ahmad ;Marina Munira Abdul Mutalib ;Mohd Azhar Ibrahim ResediNaim Haji AhmadThis research is geared up to examine the availability of audio-visual equipments in numerous mosques located in Selangor. It is also to measure the fi-equency of usage of these facilities provided and the capability of the staffs to handle these equipments appropriately. The research has been conducted on 37 selected mosques particularly located in a district of city or town and run by Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). This is a fieldwork research whereby the methods of collecting data are mainly fiom interviews with selected respondents and based on a set of questions for questionnaire. The respondents of this research are primarily from the committees and staffs who responsible on the affairs of the mosques. The research has shown that majority of the mosques are provided with the basic equipments like microphone, cassettes on al-Quran recitations and radios. Yet, other equipments ofhighly technology are ofnon-existence in many of these mosques.