Browsing by Author "Mohd Hamidi Ismail"
Now showing 1 - 7 of 7
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Af`al Allah menurut Ahl Al-Sunnah wa al-Jama`ah(Akademi Pengajian Islam, UM, 2015) ;Mohd Hamidi IsmailMohd Fauzi HamatThe attributes of Allah is one of the most important topic debated in Islamic faith. This was based on its importance how to relate neoteric subject that is human with ancient one who is Allah the Almighty as it was described and understood through the sixth pillar of faith in Islam which is belief in qada’ wa qadar(judgment and predestine) of Allah the Almighty. Generally, debating on the attributes of Allah cannot be avoided from polemical matter. It is obvious, not just referring to the argumentative by scholars from various Islamic schools of thought even by the same school which is Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Describing the polemical aspect on the attributes of Allah from their perspective, this article will elaborate how we cannot find any polemic causing separation and exile as we found it from debatable in the same issue –the attributes of Allah –between other Islamic schools of thought. Even, what we will find is compatibility and intimacy in methodical and understanding. This article formulated the disagreement is in context of pronunciational and not contextual which can caused discrepant in understanding in Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah’s school of thought when Asharite and Maturidis agree in creating connection between Allah and human through medium that can suit attributes of Allah with human which recognized by Asha rite as al-ta‘alluq and by Maturidis as al-takwin. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Haiwan Dalam Kitab Jihad Wa Siyar Sahih Bukhari(Penerbit USIM, 2023) ;Noratikah Che Yusof ;Zulhilmi Mohamed NorMohd Hamidi IsmailUmum mengetahui bahawa Kitab Jihad wa Siyar dalam Kitab Sahih Bukhari merupakan himpunan hadis-hadis sahih oleh Imam Bukhari berkaitan dengan perjuangan jihad dan perjalanan Nabi SAW serta para sahabat ra dalam menegakkan kedaulatan Islam sebagai satu agama yang syumul. Selain perbahasan tentang jihad dan perjalanan musafir, Imam Bukhari turut menyelitkan hadis-hadis Nabi SAW berkaitan dengan haiwan di dalam Kitab tersebut. Justeru, artikel ini disediakan bagi mengupas dan menyelidik perbahasan tentang haiwan-haiwan tersebut dalam hadis Nabi SAW yang terdapat di dalam Kitab Jihad wa Siyar, Sahih Bukhari adakah ia mempunyai kaitan dengan perbahasan jihad? Juga mengumpulkan secara umum semua lafaz Nabi SAW berkaitan dengan perbahasan haiwan tersebut. Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan sepenuhnya dengan merujuk Kitab Sahih Bukhari sebagai rujukan utama dan Kitab-Kitab Syarah Sahih Bukhari sebagai rujukan sampingan. Data yang dikumpulkan telah dianalisis kandungannya bagi merumuskan dapatan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa perbahasan haiwan mempunyai kaitan secara langsung dengan perbahasan jihad di dalam Kitab Jihad wa Siyar, Sahih Bukhari. Diharapkan artikel ini menjadi salah satu sumbangan dalam mengembangkan bidang keilmuan berdasarkan hadis Nabi SAW dan memaparkan sudut kesempurnaan ajaran Rasulullah SAW. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hubungan Antara Gaya Keibubapaan Dengan Penghargaan Kendiri Dan Resiliensi Remaja Dari Keluarga Ibu Tunggal(Universiti Malaysia Sabah, 2017) ;Hizral Tazzif Hisham ;Hairul Hazizi Hamzah ;Roslee Ahmad ;Mohd Hamidi Ismail ;Aqeel Khan ;Lokman Mohd TahirM.Al Muzammil YasinTujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan antara gaya keibubapaan ibu tunggal dengan penghargaan kendiri dan resiliensi remaja dari kelaurga Melayu bercerai. Seramai 164 remaja berusia antara 13 hingga 14 tahun telah dipilih sebagai responden, penghargaan kendiri serta resiliensi responden. Ujian statistic yang sesuai seperti taburan kekerapan, peratusan, purata dan sisihan piawai telah digunakan bagi setiap soalan kajian mengikut tahap yang ditentukan. Data dianalisis dengan menggunakan perisisan SPSS versi 19. Pekali Pearson telah digunakan untuk menganalisis data bagi menentukan hubungan anatara gaya keibubapaan dengan penghargaan kendiri dan resiliensi remaja pada aras signifikan 0.05. Dapatkan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya keibubapaan penyayang dengan penghargaan kendiri pada nilai signifikan 0.000. Dapatan keseluruhan kajian menunjukkan bahawa betapa pentingya ibu tunggal memiliki gaya keibubapaan yang positif bagi mempengaruhi penghargaan kendiri serta resiliensi remaja. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengisbatan Al-Imamah melalui al-Bada' menurut Syiah Al-Ithna `Ashariyyah(Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2016) ;Mohd Hamidi IsmailMohd Fauzi HamatAl-bada’ which denotes a meaning of ‘distinct or clearer than before’, was first introduced by the followers of Shiite al-Ithna ‘Ashariyyah to affirm the imamate in accordance with their thought. They affirmed that God knew best the needs and interests of the imamate which were previously unknown. This was due to the realization that if they were merely guided by the proclamation of scripture and testament, their claims of the twelve chosen imamate would be contradicted to the original concept of the imamate that had been held earlier by the Shiite al-Imamiyyah school of thought. Subsequently, the Shiite al-Ithna ‘Ashariyyah detached from upholding the supremacy of Ahl al-Bayt. Their claims have in fact violated the understanding as expressed in the Holy Qur’an and the Sunnah as well as in the consensus of the majority of Muslims. This is summed up in the present article that the affirmation of imamate through al-bada’ which alledgedly for the benefits of men is fallacious as well as would impair the perfection of God Al Mighty. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Kaunselor Dalam Penerapan Intergrasi Ilmu Aqli Dan Naqli Dalam Kesejahteraan Manusia(Lembaga Kaunselor, 2018) ;Roslee Ahmad ;Sapora Sipon ;Mohamad Isa Amat ;Rezki Perdani Sawai ;Muhamad Khairi Mahyuddin ;Ahmad Najaa' MokhtarMohd Hamidi IsmailKertas kerja ini membicarakan tentang peranan kaunselor dalam amalan ilmu aqli dan naqli membentuk kesejahteraan hidup manusia. Sejak perkhidmatan kaunseling di perkenalkan di Malaysia bidang ini mengalami perkembangan yang cukup positif bermula dengan memperkenalkan matlamat dan fungsi kaunseling kepada masyarakat sehinggalah profesion kaunseling kini amat signifikan dalam perkhidmatan awam di Malaysia. Perkhidmatan kaunseling telah melalui fasa-fasa perubahan yang dinamik dalam masyarakat dan menjadi sumber rujukan utama apabila berlakunya isu dan masalah melibatkan kes-kes kesihatan mental, penyelewengan tingkah laku seksual, penyalahgunaan bahan, kesedihan dan trauma. Justeru, peranan kaunselor pada abad 21 ini semakin mencabar bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran menjalankan sesi kaunseling, malah perlu sedar sejauh mana tahap penguasaan ilmu kaunseling setara dengan isu dan masalah semasa. Dengan kepesatan teknologi dan perubahan gaya hidup manusia yang semakin kompleks, kajian menunjukkan perlunya kembali kepada aspek kerohanian adalah signifikan dalam hidup manusia. Maka, usaha penerapan nilai-nilai murni belum cukup untuk membantu seseorang kaunselor muslim menjadi katalis yang dapat membantu masyarakat. Sehubungan itu, Intergrasi ilmu aqli dan naqli amat signifikan dalam proses kaunseling untuk mengingatkan manusia menjalankan fungsi sebagai khalifah menerusi elemen-elemen kerohanian Islam seperti muhasabah diri, kesedaran melaksanakan tugas dengan penuh tanggung jawab, mengutamakan hak dan batil, dosa dan pahala, dan ukhrawi dan duniawi. Kaunselor muslim yang dapat menghayati dan menguasai ilmu aqli dan naqli dengan berkesan dapat membantu klien mencari jalan keluar dari masalah menerusi petunjuk dan hidayah dari Allah swt yang merentas etnik, bangsa dan agama. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Tarekat Tasawuf Dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil 'Alamin(Pertubuhan Tareqat Muktabar Malaysia, 2017) ;Mohd Hamidi Ismail ;Ahmad Najaa MokhtarMuhammad Khairi MahyuddinTiada yang mampu menyangkal bahawa bangun dan berdirinya umat Islam adalah dengan berpegang teguh dengan manhaj yang dibawa oleh Islam. Manhajnya yang mengimbangi di antara duniawi dan ukhrawi membekalkan kesejahteraan kepada insaniyyah (insani/antropologi) dan ruhaniyyah (ruhani/psikologi) manusia, adalah hakikat sebenar pembangunan bagi umat Islam. Meskipun secara kasarnya, keseimbangan tersebut tampak setara, namun secara halus, Islam lebih mementingkan kesejahteraan ukhrawi berbanding duniawi. Ia menepati apa yang termaktub dalam fitrah kejadian manusia sebagai 'abidun (hamba Allah SWT), yang mana kehambaan kepadaNya tidak terhenti di dunia ini sahaja bahkan ia berlanjutan hingga ke akhirat. Lebih daripada itu, ia bertepatan dengan anjuran ihsan (ihsan), yang memerlukan hamba menghampiri rabb (tuhan) lebih daripada dia mengenal dirinya sendiri, dan ini tidak akan berlaku melainkan dengan meletakkan tujuan akhirat di hadapan segala-galanya. Oleh yang demikian, dalam Islam, aturan aturannya lebih banyak serta rinci menumpukan kepada pembangunan jiwa ruhani manusia, membersih hati dan mendidik akhlak mereka berbanding aturan-aturan fekah, muamalah, ekonomi dan sebagainya. Di sisi ulama', aturan-aturan jiwa ruhani ini dinamakan sebagai tazkiyah al nafs atau al-'ilm al-akhlaq, atau masyhur dikenali dengan Ilmu Tasawuf. Untuk melihat perincian apa yang perkatakan ini dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensif dengan memberi tumpuan kepada fungsi tarekat kesufian (al-tariqah al-sufiyyah), sebagai aturan atau metode pembangunan umat Islam menjadi ummah yang membawa kerahmatan buat sekalian alam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Wacana Tasawwuf Dalam Pemahaman Sifat 20(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017)Mohd Hamidi IsmailIman dan akhlak adalah dua perkara yang seiring dibicarakan dalam wacana akidah Islamiyyah. Kesimpulannya yang menatijahkan tasdiq (pembenaran yang jazam) tidak hanya memahat iktikad pada hati mukmin malah menyimpulkan luhur budi pada sakhsiahnya, inilah yang dikenal pasti terdapat dalam manhaj akidah para ulama’ Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Mazhab yang bertanggungjawab memperkenalkan kaedah makrifah Allah SWT yang dinamakan dengan Sifat 20, secara implisit telah menggabungkan pemikiran tauhid dan tasawwuf secara seimbang demi membentuk sebuah pendekatan yang mapan bagi memerangi kebatilan syirik dan dalam masa yang sama memupuk akhlak mulia ke dalam pekerti insan. Memperkatakan tentang pendekatan ini, tidak lain hanyalah meneroka kembali jihad salaf al-salih yang gigih membangun ummah dan tamadun Islam. Bagi melihat perkara ini dengan lebih lanjut, makalah yang disediakan ini akan mengupas pendekatan Sifat 20 dari sudut gabungannya dengan tasawwuf yang dihadam dan perhalusi oleh ilmuwan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Oleh itu, kelebihan penjelasan diberikan kepada tokoh-tokohnya yang masyhur – yang berupaya menjelaskan akidah menurut perspektif tasawwuf seperti al-Muhasibi (m. 234H), al-Kharraz (m. 277H) dan al-Ghazzali (m. 505H). Semoga makalah ini dapat menambah pemahaman terhadap pendekatan Sifat 20, ke arah membangun insaniah Muslimin, seterusnya memperkasa manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah di nusantara, khasnya di bumi bertuah ini. Wa billah al-musta‘an.