Browsing by Author "Muhamad Amar Mahmad"
Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Handling Of Umrah Packages In Kedah: An Early Review(Tianjin University, 2021) ;Muhamad Amar Mahmad ;Nor Hanani Ismail ;Khadafi Hj Rofie ;Shukri AhmadAbdel Rahman Ibrahim Suleiman IsliehUmrah package operations recorded a significant increase every year in Malaysia. Kedah is a state that has many travel companies offering umrah package handling. Its operations include travelling, operations, and the religious activities. However, there are some problems involving the misuse of operating licenses, taking excessive profits, and operating unregistered packages. Based on this situation, two questions arise. First, how is the management of handling umrah packages in Kedah? Second, what are the problems faced by travel companies in Kedah in handling umrah packages. This article has two objectives. First, to explore the management of umrah package handling in Kedah. Second, to identify the problems faced by travel companiesin Kedah in handling umrah packages. This study aims to answer both questions through interviews with three largest umrah company owners in Kedah, namely Az Zuha Group Travel& Tours Sdn. Bhd, Daurah Travel and Tour Sdn Bhd, Al-Nile Travel and Tour Sdn Bhd. The findings of the study reveal that travel companies operating umrah packages in Kedah have followed the procedures set by the Department of Wakaf, Zakat and Hajj (JAWHAR). The findings of the study also found that there are some big problems in managing umrah packages,namely competition between travel companies, maintaining mutawwif, obtaining umrah visas and covid-19 pandemic. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu Berkaitan Pengurusan Pengendalian Operasi Pakej Umrah di Malaysia(Penerbit USIM, 2022) ;Muhamad Amar Mahmad ;Shukri B Ahmad ;Mohamad Khadafi Bin Hj. RofieNor Hanani Binti IsmailOperasi pakej umrah mencatatkan peningkatan yang ketara setiap tahun di Malaysia. Umat Islam perlu membuat persiapan sebelum berangkat dari pelbagai sudut meliputi perjalanan, pengoperasian dan peribadatan. Hingga kini, penyelenggaraan operasi umrah adalah mengikut MPPU. Walau bagaimanapun, manual pengurusan ini masih gagal menghasilkan standard pengurusan kualiti dalam memantau seluruh operasi pakej umrah di Malaysia. Beberapa masalah masih berlaku seperti penyalahgunaan lesen operasi, mengambil keuntungan berlebihan dan pengendalian pakej yang tidak berdaftar serta berlaku penipuan oleh sesetengah syarikat umrah. Disebabkan itu, kajian ini akan memberi tumpuan kepada permasalahan pengurusan pengendalian operasi pakej umrah di Malaysia. Ringkasnya, dengan kaedah kualitatif yang digunakan, dapatan kajian secara keseluruhannya mendapati kebanyakan syarikat tidak mempunyai masalah sepanjang menjalankan perniagaan berkaitan operasi umrah. Ini kerana syarikat terlibat menggunakan MPPU sebagai panduan utama dalam pengopersian umrah yang dilakukan. Walau bagaimanapun, hanya dua isu utama sahaja yang perlu ditambahbaik di dalam MPPU iaitu berkaitan Jemaah wanita dan bantuan yang komprehensif kepada pengusaha syarikat umrah. Maka, diharapkan dengan penambahbaikan seperti yang dicadangkan akan menjadikan MPPU lebih berkesan dan dapat diaplikasikan bukan hanya di Malaysia bahkan mampu untuk menjadi model pengoperasian umrah kepada negara-negara lain. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Membangun Potensi Masjid Sebagai Institusi Dakwah Komprehensif(Penerbit USIM, 2024) ;Muhamad Amar Mahmad ;Azman Md ZainMohd. Nizho Abdul RahmanPotensi Masjid dalam Islam bukan hanya menjurus kepada amalan ritual semata-mata malah ia mencangkupi aspek sosial yang lebih umum sebagaimana yang telah diimplementasikan pada zaman Rasulullah SAW. Pada masa itu masjid sebagai pusat percambahan ilmu, agen sosial kepada ummah dan tempat untuk menyelesaikan segala permasalahan yang timbul dalam masyarakat. Melihat kecemerlangan fungsi dan peranan masjid pada zaman Rasulullah, maka ianya perlu diperkasakan secara optimum supaya institusi pada zaman kini mampu menyelesaikan permasalahan ummah dari aspek fizikal dan spiritual. Anjakan paradigma harus ada pada mereka yang diamanahkan untuk menguruskan masjid supaya seiring dengan perkembangan dan kehendak semasa. Justeru artikel ini akan memfokuskan kepada membangun potensi masjid sebagai sebuah institusi dakwah dan sosial sebagai penggerak kepada pembangunan masyarakat pada zaman kini. Metodologi kajian yang digunakan ialah adalah berbentuk kualitatif dengan menganalisis dokumen dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penyediaan dan penyusunan aktiviti dan program yang pelbagai dapat menarik minat kumpulan sasar terutamanya genarasi muda. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penerapan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) dalam PdPc Kursus Tarannum Kelas Kemahiran al-Quran di Sekolah Menengah Berdasarkan Konsep Penilaian CIPP(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Mohd Zaini Zakaria ;Muhamad Amar MahmadMohd Nizho Abdul RahmanPengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) ialah satu proses menyampai dan menerima ilmu dengan melibatkan guru dan pelajar yang saling berkait rapat antara satu sama lainnya. Di Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ) di sekolah menengah bertujuan untuk menghasilkan pelajar yang celik, memahami seterusnya membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian. Namun begitu, matlamat ini tidak akan tercapai sekiranya elemen-elemen kemahiran Insaniah diabaikan dalam pendekatan tersebut. Ianya merupakan salah satu objektif negara ke arah melahirkan seorang pelajar muslim yang seimbang dan holistik untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai penjana sumber manusia atau modal insan yang bukan sahaja mantap dengan pengetahuan al-Quran, bahkan memiliki ciri-ciri insan kamil. Kajian ini bertujuan untuk mengamati penerapan elemen-elemen kemahiran Insaniah dalam kursus Tarannum Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ) yang telah diperkenalkan pihak kementerian dalam kurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) seluruh negara berdasarkan konsep penilaian CIPP . Kajian ini berbentuk kualitatif dan melibatkan analisis dokumen, temu bual mendalam separa berstruktur, temu bual mendalam kelompok sasaran dan pemerhatian sebagai kaedah pengumpulan data dan maklumat kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan hanya dua elemen kemahiran Insaniah sahaja yang diterapkan dalam pelaksanaan PdPc Kelas Kemahiran al-Quran di sekolah menengah yang menumpukan-kepada nilai moral dan etika profesional.