Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Browse by Author

Browsing by Author "Muhamad Zuhaili Saiman"

Now showing 1 - 6 of 6
Results Per Page
Sort Options
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Analisis Tematik Pandangan Hukum Muamalat Jawatankuasa Muzakarah MKI Sepanjang Hampir Lima Dasawarsa
    (Usim Press, 2023)
    Abdul Azib Hussain
    ;
    Muhamad Zuhaili Saiman
    ;
    Mohd Kamil Ahmad
    ;
    Shukri Yahya
    Kajian ini mengetengahkan analisis tematik terhadap pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dalam bidang muamalat. Skop tempoh pandangan hukum dianalisis bermula dari tahun 1971 hingga 2020, iaitu sepanjang tempoh 49 tahun. Analisis pandangan hukum dipersembahkan berdasarkan tema dan isu meliputi zakat, wakaf, emas, pewarisan, KWSP, pelaburan, pinjaman, perbankan, insurans dan takaful, tabung haji, pajakan dan baitulmal. Sumber data kajian antaranya diperolehi daripada buku Kompilasi Pandangan Hukum Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) edisi ketujuh yang telah diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2021. Reka bentuk kajian berbentuk kualitatif dihuraikan secara analisis deskriptif berpandukan tema menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif. Dapatan kajian menemui empat aspek utama yang boleh dikemukakan sebagai analisis tematik iaitu; [i] Pendalilan dan keterangan penghujahan; [ii] Metodologi dan bahan rujukan; [iii] Pertentangan fatwa, dan; [iv] Sulit dan rahsia. Di akhir perbincangan, kajianini mengesyorkan beberapacadangan pemantapan terhadap pandangan hukum muamalat seperti aspek persembahan kandungan jawapan pandangan hukum serta deklarasi dan hebahannya
      1  56
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Implimentasi Muwa’adah Dalam Urusniaga Emas Fizikal Secara Easy Payment Purchase (EPP)
    (Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06)
    Muhamad Zuhaili Saiman
    Urusniaga yang melibatkan item ribawi mempunyai parameter yang khusus berbanding item bukan ribawi bagi mengelakkan wujudnya unsur riba ekoran berlakunya pertambahan dan penangguhan. Emas fizikal sekarang banyak diniagakan sama ada oleh syarikat emas seperti Public Gold, Kelantan Gold Trade dan yang terbaru iaitu KAB Gold. Selain itu, ia turut diniagakan oleh institusi perbankan seperti Maybank, UOB Bank, Kuwait Finance House (KFH) dan ar-Rajhi Bank menerusi pembukaan akaun simpanan emas. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji implementasi muwa’adah dalam urusniaga yang melibatkan emas fizikal secara Easy Payment Purchase (EPP). Metodologi yang digunakan ialah reka bentuk kualitatif yang menggunakan pendekatan jenis kajian kepustakaan menerusi analisis data-data dari sumber primer dan sekunder. Easy Payment Purchase (EPP) yang dijalankan merupakan satu kaedah pembelian emas secara ansuran. Walaupun demikian ia adalah berbeza dengan pembelian emas secara bertangguh yang dilarang. Ini kerana dalam EPP akad jual beli belum lagi berlaku, namun hanya wujud persetujuan kedua belah pihak dalam konteks muwa’adah. Kesimpulannya, implimentasi muwa’adah dalam urusniaga emas fizikal adalah dibenarkan dan ia tidak boleh dijustifikasikan sebagai jualan bertangguh kerana dasar, konsep pelaksanaan dan kesan antara keduanya adalah berbeza di antara satu sama lain.
      87  4
  • No Thumbnail Available
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Kepentingan Perkhidmatan Pelancongan Mesra Muslim Di Malaysia
    (Univerisiti Sains Islam Malaysia, 2024)
    Muhamad Zuhaili Saiman
    Jumlah pelancong muslim semakin meningkat pada masa kini ekoran bilangan populasi penduduk Islam semakin berkembang pesat di seluruh dunia. Ini menunjukkan peningkatan pelancong muslim untuk melawat negara lain termasuklah negara bukan Islam. Masalah berlaku apabila wujud kebimbangan oleh pelancong muslim untuk melawat negara bukan Islam yang tidak menyediakan perkhidmatan pelancongan mesra muslim. Objektif kajian ini menganalisis kepentingan perkhidmatan pelancongan mesra muslim di Malaysia. Kepentingan perkhidmatan pelancongan mesra muslim merangkumi penyediaan makanan dan minuman halal, kemudahan perkhidmatanyang betul, penginapan, hospitaliti dan kemudahan yang sejajar dengan pematuhan syariah sertamencapai maqasid al-shariah. Metodologi kajian ini yang digunapakai menerusi pendekatan reka bentuk penyelidikan kualitatif. Penyelidikan kualititif ini dipilih kerana bersesuaian dengan pengumpulan dan perolehan dapatan-dapatan kajian menerusi kajian kepustakaan menerusi analisis kandungan dan dokumen daripada artikel penerbitan, kertas kerja dan jurnal penyelidik lepas. Seterusnya, dapatan-dapatan yang diperolehi akan digabungkan bagi menganalisis semua data seterusnya memberikan perbincangan sebagai kesimpulan bagi isu kajian mengenai penyediaan perkhidmatan pelancongan mesra muslim secara global. Hasil kajian menunjukkan walaupun keperluan perkhidmatan pelancongan mesra muslim adalah untuk keselesaan pelancong muslim namun ia turut boleh dinikmati dan memberikan manfaat kepada pelancong non muslim.
      9
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Parameter Bagi Pembelian Emas Dalam Talian Secara Kaedah Kunci Harga (Lock Price) : Satu Analisis
    (USIM Press, 2022)
    Muhamad Zuhaili Saiman
    Buying gold online through the lock price method is a popular method of contemporary gold transactions. The advantage of this lock price method gives the buyer an advantage to get a cheaper price from the occurrence of price changes if the value of gold soars. With a price lock, the buyer will get the price of gold when the price lock is done and it will not change or be affected by changes in the value of gold. The research question is how the lock price method is applied so that there is no element of delay that leads to the issue of usury (riba) considering that gold transactions which are ribawi items must be done in cash and there is taqabud from both parties in a ceremony. The focus of this study is to examine the lock price method in gold transactions that occurs to analyze shariah compliance based on gold transaction guidelines according to the Islamic financial perspective. The methodology used is a qualitative research design which is through a literature review approach based on content analysis and relevant documents. The result of the study is the formation of a specific parameter in the lock price method produced to ensure that gold transactions are carried out clearly without the element of delay and the occurrence of taqabud in a ceremony. In addition, with the parameters produced this will distinguish the lock price method which is only an agreement and has not yet formed a gold sales contract
      1  25
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Parameter Skim Kutu Emas Berdasarkan Karakter (Takyif) Fiqh
    (USIM Press, 2021-12)
    Muhamad Zuhaili Saiman
    ;
    Ahmad Dahlan Salleh
    Skim kutu emas adalah inisiatif dari kutu wang yang dijalankan oleh sekumpulan bagi tujuan membeli emas hasil dari wang terkumpul yang diterima mengikut pusingan gilirann setiap ahli. Menerusi skim kutu emas ini, individu yang terlibat akan memperolehi sejumlah wang yang besar bagi tujuan membeli emas yang lebih berat. Permasalahan yang berlaku ialah nilai emas semasa adalah sering berubah dan perubahan tersebut jika mempengaruhi nilai kutu wang dalam skim kutu emas menyebabkan wujudnya isu syariah iaitu unsur gharar dan riba yang dilarang. Objektif kajian ini ialah untuk menganalisis karakter (takyif) fiqh menerusi parameter operasi dalam skim kutu emas yang patuh syariah. Metodologi yang digunakan ialah kaedah kualitatif. Pengkaji menggunakan pendekatan kajian kepustakaan kerana sesuai dengan permasalahan yang dikaji. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah analisis kandungan dan dokumen dari data-data dapatan berdasarkan bahan-bahan rujukan di perpustakaan bagi mengumpul data dengan bantuan buku-buku, majalah, jurnal, artikel, naskhah, catatan, dokumen, kertas kerja dan bahan-bahan bertulis yang lain. Hasil kajian, skim kutu emas ini mestilah dipastikan tidak bercanggah dengan Akta 28 berkaitan Kumpulan Wang Kutu 1971 yang melarang mana-mana skim wang kutu yang dijalankan berorientasikan keuntungan perniagaan. Selain itu, pengkaji juga membentuk satu parameter yang menggariskan enam perkara agar skim kutu emas ini memenuhi karakter (takyif) fiqh bagi membolehkan skim kutu emas yang dijalankan bebas dari isu syariah iaitu unsur gharar dan riba.
      5  27
  • Loading...
    Thumbnail Image
    Some of the metrics are blocked by your 
    consent settings
    Publication
    Unclaimed Money in Islamic Inheritance: A Case Study at Amanah Raya Berhad
    (Universiti Sains Islam Malaysia, 2024-11-30)
    Muhamad Zuhaili Saiman
    ;
    Muhammad Danish Farhan Romeyzee
    Abstract: The issue of unclaimed money in Islamic inheritance is increasing day by day. This is because the community does not care and lacks knowledge in managing inheritance. In addition, the community also lacks awareness of claiming inheritance and unclaimed money. Islamic estate planning is very important to the community because the purpose or objective of making estate planning is to always be prepared for everything that will happen in the future. Therefore, various inheritance management instruments have been introduced including inheritance (faraid), wills, trusts and grants. The study aims to identify the factors and negative impact of the effect of unclaimed money in Islamic inheritance at the Amanah Raya Berhad Shah Alam branch. Amanah Raya Berhad is a company that manages inheritance, wills, etc The research methodology used is the design of qualitative methods through case studies. Data collection was done through a field study at Amanah Raya Berhad thru the interview of 4 senior executives including members of top management from Amanah Raya Berhad Shah Alam. Data and information from in-person interviews are analyzed for this study using content analysis. The results of the study show that Amanah Raya Berhad is committed to help the community in managing inheritances, wills, grants and trusts through the work by staff, marketing and campaigns, but there are still gaps that need to be improved, especially from the point of view of more effective digital marketing and also the rate of processing charges. This study will have a significant impact on society and the country to always be concerned about the issue, causes and effects of this unclaimed money. In addition, the researcher also suggested that the management of Amanah Raya Berhad could consider reducing the existing charge rate to reduce the burden on heirs to create an inheritance in Amanah Raya Berhad.   Abstrak: Isu wang tidak dituntut harta pusaka Islam semakin hari semakin meningkat. Ini kerana masyarakat tidak mengambil berat dan kurang ilmu dalam menguruskan harta pusaka. Selain itu, masyarakat juga kurang kesedaran untuk menuntut harta pusaka dan wang tidak dituntut. Perancangan harta pusaka Islam amat penting kepada masyarakat kerana tujuan atau objektif membuat perancangan harta pusaka adalah untuk sentiasa bersedia dengan segala apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Oleh itu, pelbagai instrumen pengurusan harta pusaka telah diperkenalkan antaranya harta pusaka (faraid), wasiat, amanah dan hibah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor dan kesan negatif kesan wang tidak dituntut dalam harta pusaka Islam di Amanah Raya Berhad cawangan Shah Alam. Amanah Raya Berhad merupakan sebuah syarikat yang menguruskan harta pusaka, wasiat dan sebagainya Metodologi kajian yang digunakan ialah reka bentuk kaedah kualitatif melalui kajian kes. Pengumpulan data dilakukan melalui kajian lapangan di Amanah Raya Berhad melalui temu bual 4 eksekutif kanan termasuk ahli pengurusan tertinggi dari Amanah Raya Berhad Shah Alam. Data dan maklumat daripada temu bual secara peribadi dianalisis untuk kajian ini menggunakan analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan Amanah Raya Berhad komited membantu masyarakat dalam menguruskan harta pusaka, wasiat, hibah dan amanah melalui gerak kerja kakitangan, pemasaran dan kempen, namun masih terdapat kelompongan yang perlu diperbaiki terutama dari sudut pemasaran digital yang lebih berkesan dan juga kadar caj pemprosesan. Kajian ini akan memberi impak yang besar kepada masyarakat dan negara untuk sentiasa mengambil berat tentang isu, punca dan kesan wang tidak dituntut ini. Selain itu, pengkaji turut mencadangkan agar pihak pengurusan Amanah Raya Berhad dapat mempertimbangkan untuk mengurangkan kadar caj sedia ada bagi mengurangkan beban waris mewujudkan harta pusaka di Amanah Raya Berhad.
Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia