Browsing by Author "Muhammad Faiz Abd. Shakor"
Now showing 1 - 9 of 9
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Literatur Sistematik Terhadap Penentuan Agihan Bantuan Kemiskinan Kepada Golongan B40 Di Malaysia(USIM Press, 2023) ;Azman Ab Rahman ;Afaf Sukari ;Muhammad Faiz Abd. Shakor ;Syed Salim Syed ShamsuddinZizi Azlinda Mohd YusofKenaikan insiden kemiskinan mutlak di Malaysia semakin meningkat apabila 20% isi rumah M40 beralih kepada B40 sepanjang waktu pandemik COVID-19 akibat kemelesetan ekonomi. Pelbagai usaha dijalankan bagi menangani kemiskinan sejajar dengan tunjang utama Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) iaitu pengukuhan keselamatan, kesejahteraan dan inklusiviti. Bagi mencapai objektif kesejahteraan negara dalam masa lima tahun sejak RMK-12 diperkenalkan, pendekatan yang proaktif perlu dilakukan secara terancang. Namun begitu, pelbagai pendapat telah dilontarkan bagi mentransformasikan inklusiviti B40 dalam kegiatan ekonomi terutamanya berkaitan agihan bantuan kemiskinan yang menjadi talian hayat mereka saban hari. Oleh itu, penilaian semula penentu agihan bantuan kemiskinan perlu dijalankan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin. Kajian ini dilakukan adalah untuk menganalisis berkenaan penentuan agihan bantuan kemiskinan kepada golongan B40 di Malaysia dengan menggunakan analisis literatur sistematik. Kajian ini menggunakan kaedah PRISMA iaitu dengan membuat carian artikel di pangkalan data Scopus dan My Jurnal secara sistematik sepanjang tempoh bermula 2021 hingga 2023. Data yang dikumpul telah dianalisis dan direkodkan dalam carta alir PRISMA. Sejumlah 52 artikel jurnal yang terpilih berkaitan dengan topik telah dibincangkan oleh pengkaji. Hasil kajian mendapati agihan bantuan kemiskinan yang baru mampu mengenalpasti faktor tekanan sara hidup rakyat miskin yang terjerat dalam golongan B40 selain membantu untuk meringankan beban kuasa ekonomi rakyat miskin. Diharapkan penyelidikan ini dapat memberi gambaran dan perbincangan yang berguna serta menjadi rujukan kepada penyelidik dan ahli akademik yang lain berkenaan analisis sistematik terhadap penentuan agihan bantuan kemiskinan kepada golongan B40 dengan menggunakan metodologi PRISMA. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Effectiveness of Global Tahfiz Game (GTG) Gamification in Teaching and Learning in Malaysia(Secholian Publication, 2022) ;Azman Ab Rahman ;Muhammad Hafiz Saleh ;Abd. Muhaimin Ahmad ;Zainora DaudMuhammad Faiz Abd. ShakorThis study aims to measure the level of effectiveness of the Global Tahfiz Game (GTG) in education. This study involved 86 tahfiz teachers in tahfiz institutions in Malaysia. The design of this study is a quantitative study that uses a questionnaire as a research instrument. Quantitative data were analyzed descriptively using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS) to obtain frequencies and percentages. The results of the study found that in general, the level of effectiveness of GTG in Education is at a good level. The results of this study can also be used as a benchmark for the developers of gamification innovation products to make more improvements and production of other innovative products for other areas that are still less emphasized for the benefit of the Muslim community in particular and society in general. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Pengukuran Penentuan Status Mualaf kepada Mukalaf dalam Konteks Malaysia (Deterministic Measurement Methods in Mualaf to Mukalaf Status in Malaysian Context)(Penerbit UTM Press, 2020-06-28) ;Azman Ab. Rahman ;Nurul Shazwani Nordin ;Muhammad Faiz Abd. Shakor ;Mohamad Anwar Zakaria ;Nur Ain SyafiqahMohammad Naqib HamdanPemelukan agama Islam dalam kalangan mualaf meningkat saban tahun. Perkembangan ini amat baik dan menunjukkan Islam agama yang rahmah dan sesuai sepanjang zaman. Istilah mualaf atau saudara baharu sering digunapakai oleh masyarakat atau agensi yang mengurus, membimbing dan menjaga kebajikan mualaf.Terdapat timbul persoalan berkaitan tempoh status mualaf yang berbeza mengikut negeri sehingga menyebabkan keperluan kepada terhadap status mualaf kepada mukalaf yang perlu dikaji dan diteliti secara terperinci. Justeru, objektif kajian ini adalahmengenal pasti konsep mualaf serta mukalaf mengikutkriteria yang ditetapkan oleh sarjana Islam dalam menentukan seseorang sebagai mukalaf. Kajian ini juga akan mengkaji kaedah pengukuran penentuan status mualaf kepada mukalaf berdasarkan pandangan ulama dan keperluan masa kini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah dokumentasi.Hasil kajian mendapati bahawa kaedah penentuan status mualaf kepada mukalaf perlu memenuhi tiga kriteria utama iaitu telah mencapai dewasa (baligh), berakal dan faham terhadap sesuatu hukum yang ditetapkan. Kajian lanjutan berkaitan kriteria tambahan dalam menentukan status mualaf kepada mukalaf perlu dilakukan bagi membangunkan satu instrumen yang boleh digunapakai oleh agensi berwajib. Diharapkan kajian ini dapat menjadi rujukan dan panduan kepada pihak pengurusan zakat di Malaysia dalam menghasilkan kaedah penentuan status mualaf kepada mukalaf. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kedudukan Hukum Sentuhan Bukan Mahram ke Atas Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan Ketika Sesi Pengajaran dan Pembelajaran(Penerbit USIM, 2022) ;Azman Ab Rahman ;Muhammad Faiz Abd. Shakor ;Norakyairee Mohd Raus ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Ahmad Wifaq Mokhtar ;Zahari Mahad MusaNurul Nadia NozlanSentuhan merupakan salah satu bentuk komunikasi bukan lisan yang biasa digunakan bagi OKU penglihatan. Mereka menggunakan deria ini sebagai ganti bagi deria penglihatan ketika berjalan, mengenali sesuatu objek dan juga membaca kod Braille. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, komunikasi lisan merupakan kaedah yang lumrah digunakan. Namun, komunikasi bukan lisan seperti sentuhan amat diperlukan bagi golongan OKU Penglihatan. Timbul persoalan tentang kedudukan hukum sentuhan terhadap bukan mahram khususnya guru yang mengajar murid OKU penglihatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ibadat. Justeru, artikel ini akan menghuraikan kedudukan hukum sentuhan bukan mahram ke atas oku penglihatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dari segi perbezaan jantina dan sebagainya. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam mengumpulkan data bagi mencapai kehendak objektif kajian yang telah ditetapkan. Hasil kajian mendapati dalam aspek sentuhan antara guru dan murid bermasalah penglihatan yang berbeza jantina bukan mahram adalah harus jika terdapat keperluan (hajah) sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran khususnya untuk menunjukkan perlakuan sesuatu ibadat seperti pergerakan rukun solat dan membetulkannya dengan menggunakan tangan dengan kadar minima termasuk perlakuan wuduk, tayammum dan sebagainya. Pendekatan penggunaan sarung tangan adalah langkah terbaik sekiranya tidak menyukarkan dan lebih cermat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan dan rujukan kepada masyarakat secara umum dan golongan OKU khususnya berkenaan isu sentuhan antara bukan mahram dan OKU penglihatan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kedudukan Taklif Orang Kurang Upaya (OKU) Dalam Pelaksanaan Ibadat(Penerbit USIM, 2022) ;Azman Ab Rahman ;Muhammad Faiz Abd. Shakor ;Norakyairee Mohd Raus ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Ahmad Wifaq Mokhtar ;Zahari Mahad MusaNurul Nadia NozlanGolongan OKU adalah hamba Allah dan mempunyai kewajipan untuk beribadat kepada Allah mengikut kemampuan mereka. Walaupun golongan OKU ditakdirkan wujud kekurangan pada tahap keupayaan mereka sama ada mental atau fizikal, namun mereka memiliki kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Oleh yang demikian, Islam telah menggariskan beberapa hak dan kewajipan tertentu yang telah ditetapkan untuk golongan ini. Justeru, artikel ini akan membincangkan khusus berkenaan kedudukan taklif bagi golongan OKU dalam skop pelaksanaan ibadat. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam mengumpulkan data bagi mencapai kehendak objektif kajian yang telah ditetapkan. Hasil kajian mendapati kedudukan taklif bagi golongan OKU Penglihatan, Pendengaran, Pertuturan dan Fizikal wajib menunaikan segala kewajipan yang ditetapkan oleh syarak berdasarkan kemampuan dan keadaan mereka. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada OKU Pelbagai yang melibatkan ketidakupayaan pendengaran dan penglihatan sejak dilahirkan, dan mereka yang mengalami ketidaksempurnaan akal yang teruk. Hal ini kerana mereka tidak mampu memahami dalil pentaklifan yang menjadi syarat utama menjadi mukalaf. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan dan rujukan kepada masyarakat secara umum dan golongan OKU khususnya berkenaan kedudukan taklif bagi golongan OKU dalam pelaksanaan ibadat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Asas Pembangunan Garis Panduan Pelaksanaan Ibadat bagi Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia(Penerbit USIM, 2022) ;Azman Ab Rahman ;Muhammad Faiz Abd. Shakor ;Norakyairee Mohd Raus ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Ahmad Wifaq Mokhtar ;Zahari Mahad MusaNurul Nadia NozlanIslam tidak pernah memandang rendah permasalahan OKU, malahan sentiasa memberi galakan kepada umat Islam agar sentiasa mengambil berat tentang golongan ini. Islam turut memperuntukkan tanggungjawab dan hak tertentu terhadap OKU serta mengambil serius terhadap keperluan semasa bagi golongan OKU dalam hal berkaitan ibadat OKU. Bukan setakat itu, ia turut memberikan garis panduan tentang bagaimana mahu menguruskan hak dan tanggungjawab tersebut di samping menjaga maqasid syariah dari sudut lima daruriyat iaitu agama, jiwa, keturunan, akal dan harta. Di Malaysia, masih belum terdapat garis panduan khusus pelaksanaan ibadat bagi golongan OKU yang selari dengan Mazhab Syafi’i dan jumhur ulama’. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mencadangkan konsep asas garis panduan pelaksanaan ibadat OKU yang boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak berautoriti di Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 3 pendekatan yang perlu diambil kira dalam pembangunan garis panduan pelaksanaan ibadat OKU iaitu konsep Fiqh al-Taysir, Bertaqlid mana-mana mazhab yang muktabar dan pengunaan kaedah Fiqh. Kajian ini diyakini akan menjadi rujukan dan panduan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pejabat Mufti, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam OKU dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengurusan Amil Zakat Di Institut Pengajian Tinggi: Isu Dan Cabaran(USIM Press, 2024) ;Azman Ab. RahmanMuhammad Faiz Abd. ShakorPengurusan zakat di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah memberi peluang bukan sahaja pegawai institusi zakat dan masjid bahkan kakitangan IPT. Perkara ini telah menimbulkan persoalan mengenai tahap kualiti amil yang baru dilantik tanpa mempunyai latar belakang dan pengalaman dalam bidang pengurusan zakat secara khusus. Tambahan pula isu amil pecah amanah merupakan isu terbesar yang mampu menggugat kepercayaan awam terhadap institusi zakat di negara ini. Menurut Utusan (2019), seorang amil telah didakwa di mahkamah kerana memasukkan wang zakat berjumlah RM 2 592 ke dalam akaun peribadi. Kes yang sama berlaku di Selangor, apabila seorang amil didakwa pecah amanah wang zakat bernilai RM 4 750. Pendedahan kes-kes ini menggambarkan bahawa isu integriti dan penyalahgunaan kuasa amil berada pada tahap yang serius. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh amil zakat dalam menguruskan zakat di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Kajian lanjutan boleh dilaksanakan iaitu mencadangkan bahawa satu kerangka kompetensi amil zakat IPT yang diyakini mampu menambah baik pengurusan kepada pihak Institusi Zakat Negeri dan amil di peringkat IPT dalam merealisasikan tadbir urus yang cekap dan berinovatif. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tafsiran Amil Menurut Islam dan Negeri-Negeri Di Malaysia(USIM Press, 2024) ;Azman Ab. RahmanMuhammad Faiz Abd. ShakorIslam mengiktiraf peranan amil sebagai penghubung di antara pembayar zakat dengan asnaf. Walaupun kedudukan amil hanya tertumpu dalam aspek pengurusan zakat, namun peranan mereka mampu menjelmakan hikmah zakat terutama dalam menghapuskan kemiskinan. Jika dahulu, tugas amil hanya mengutip dan mengagihkan zakat sahaja, sebaliknya kini kemajuan sistem tadbir urus zakat telah menuntut penglibatan amil dalam pentadbiran harta zakat yang lebih kompleks dan berisiko tinggi. Oleh sebab itu, tafsiran amil perlu diperluas seiring dengan situasi dan perkembangan berdasarkan tugasan mereka dalam mengendalikan pengurusan zakat. Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis tafsiran amil menurut ulama 4 Mazhab, tafsiran kontemporari dan perluasan tafsirannya menurut Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah dokumentasi, pemerhatian dan analisis dalam mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa pentafsiran amil dalam konteks semasa boleh diperluaskan seperti individu atau institusi yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat sama ada mengurus dan mentadbir hal ehwal pungutan, pengagihan atau yang mengawasi urusan kewangan zakat. Diharapkan artikel ini dapat menjadi panduan kepada pihak pengurusan zakat khususnya Majlis Agama Islam di setiap negeri di Malaysia dalam mentadbir dan menguruskan sistem pengurusan zakat secara sistematik dan efisen. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tahap Keberkesanan Gamifikasi Global Halal Game (GHG) Dalam Kalangan Peserta Program Halal Eksekutif Profesional(Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2020) ;Mohammad Najib Jaffar ;Azman Ab Rahman ;Mohamad Anwar Zakaria ;Mursyid Junaidi Mohd Faisal Yeap,Muhammad Faiz Abd. ShakorGamifikasi merupakan salah satu bahan bantu mengajar pendidikan fleksibel yang signifikan dengan Pembelajaran Abad Ke-21 kini. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap keberkesanan Global Halal Game (GHG) dalam pendidikan. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif melalui soal selidik yang diedarkan kepada empat puluh tiga (43) orang responden yang mengambil bahagian dalam Professional Halal Training Programme –Certificate of Professional Halal Executive (PHEP) 2018. Hasil kajian mendapati bahawa secara umumnya tahap keberkesanan GHG dalam Pendidikan adalah di tahap yang baik. Hasil kajian ini juga boleh dijadikan penanda aras bagi pihak pembangun produk inovasi berciri gamifikasi untuk melakukan lebih penambahbaikan dan penghasilan produk inovasi lain untuk bidang-bidang lain yang masih kurang diberi penekanan untuk kebaikan masyarakat Islam khususnya dan masyarakat umum amnya.