Browsing by Author "Muhammad Yusry Affandy Md Isa"
Now showing 1 - 13 of 13
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Amanah Dalam Pekerjaan Menurut Tafsir Al-tabari(Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), 2021-12-21)Muhammad Yusry Affandy Md IsaIntegrity is an important value in a work practice. Islam has required this value even though it involves working with fellow human beings. This article features the emphasis on trust in Islam based on eight Quranic verses and the interpretation of the Quran presented by Ibn Jarir al-Tabari. He is Abu Ja’far Muhammad ibn Jarir al-Tabari who has produced Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Qur’an, also known as Tafsir al-Tabari, which is one of the earliest interpretation work in ma’thur area. In the world of work, integrity issues often occur. Every Muslim should be aware that integrity is a principle of the Qur’an that should not be ignored. This study is important to be used as a guideline for the integrity of the individual Muslim work especially in Malaysia and subsequently to pursue a good quality of God’s work. This study applies the method of data analysis included deductive and descriptive methods which are used to obtain the verses of trust in the al-Qur’an al-Karim and describe the facts of interpretation in the work of Tafsir al-Tabari. Furthermore, the data were analyzed to obtain conclusions about the aspects of trust emphasized in the context of work practice. The findings show that although al-mat’hur’s interpretation is under the influence of classical scientific materials, the interpretation of trust is always relevant and appropriate to emphasize in the work environment over time. Islam is very obliging of the behavior of trust to succeed in work among human beings in line with the mission of implementing the trust from Allah SW.T. The most important formulation is that each sentence of the verse interpreted by al-Tabari is closely related to the working emvironment. Trust is divided into two parts, namely the trust of Allah SWT and trust among fellow human beings. In animating integrity, a Muslim should understand that Allah SWT has sent down a message of trust that must be implemented as soon as possible. This obligation can be implemented with self- adheral of positive competence in management or subordinate. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Pentafsiran Akidah Dalam Surah Al-Fatihah, Tafsir Al-Azhar(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06)Muhammad Yusry Affandy Md IsaHamka (w.1981M) selaku pengarang kitab Tafsir al-Azhar telah menekankan perihal akidah dalam pentafsiran Surah al-Fatihah. Pentafsiran akidah dilakukan berpandukan metodologi pentafsiran tersendiri yang mencetuskan pentafsiran yang sarat dengan prinsip-prinsip khas berhubung akidah. Kajian kualitatif ini berobjektif untuk menganalisis metodologi pentafsiran pentafsiran Surah al-Fatihah. Seterusnya kajian berperanan mengeluarkan dan menjelaskan prinsip akidah yang wajar dijadikan pedoman dalam kehidupan muslim. Kajian ini penting dalam menjelaskan bahawa pentafsiran Surah al-Fatihah dalam Tafsir al-Azhar sentiasa konsisten dengan prinsip akidah yang sahih. Kaedah kajian ini mengaplikasikan kaedah induktif bagi mendapatkan fakta-fakta akidah di dalam pentafsiran Surah al-Fatihah. Kaedah deskriptif pula dijalankan bagi menghuraikan metodologi pentafsiran dan mewujudkan senarai prinsip akidah di bawah pemikiran Hamka. Dapatan kajian menunjukkan pentafsiran Surah al-Fatihah mengunapakai gabungan kaedah pentafsiran al-ma’thur dan al-ra’yi. Setiap pentafsiran ayat mengandungi prinsip akidah yang selari dengan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Keimanan kepada Allah S.W.T sentiasa ditekankan pada setiap ayat dan mempunyai kesamaan dengan kenyataan sebahagian kitab akidah dalam aliran salaf dan khalaf. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Implikasi Ketiadaan Sifr Mustadir Ke Atas Pentilawahan Al-quran Braille(USIM Press, 2021) ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Muhammad Yusry Affandy Md Isa ;Noornajihan Jaafar ;Khairul Anuar MohamadNorakyairee Mohd. RausThe term Ḍabṭ refers to specific markers placed on the Quranic letters to indicate a sound or connotation of the letters such as Sukun, Mad, Tanwin, Syaddah etc. The purpose of Ḍabṭ is to ease the Quranic reciter to recite every text contained in the mushaf accurately. Since it was introduced in the middle of the first century, it has continued to expand from time to time until the present-day. The mushaf that has been transcript into Braille also is no exception. However, there are still some signs used in the regular mushaf that yet to be applied into Braille. Among the sign is the Ṣifr Mustadīr. The objective of this study is to identify the implications of the absence of such markings. The performance test method was used on study participants to obtain information which was then analyzed to achieve the objectives of the study. The findings imply that there are recitational error due to the absence of those sign. Based on this finding, discussions, conclusions and suggestions have been made aimed at ensuring the accuracy of the Braille form of the Quranic text to enable its readers to read the Quran as well as normal mushaf readers. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ketokohan Hamka Selaku Mufassir Nusantara(Darul Quran, JAKIM, 2018)Muhammad Yusry Affandy Md IsaHamka merupakan sebahagian daripada mufassir Nusantara yang banyak menyumbang jasa dalam lapangan ilmu Islam. Kajian kualitatif ini berobjektif untuk menganalisis ketokohan Hamka sebagai mufassir dalam menyampaikan makna dan tuntutan al-Quran al- Karim. Seterusnya kajian ini bermatlamat untuk mendedahkan beberapa keistimewaan pentafsiran Hamka yang begitu berpengaruh di persada Nusantara. Kajian ini penting dalam usaha mengetengahkan sumbangan mufassir dalam dunia Melayu Islam seiring dengan pencapaian mufassirin yang masyhur dan aktif di Timur Tengah. Kaedah kajian ini tertumpu pada kaedah deduktif bagi mendapatkan fakta-fakta pentafsiran daripada sumber biografi dan Tafsir al-Azhar. Kaedah deskriptif pula diaplikasikan pengkaji bagi menghuraikan aspek-aspek ketokohan dan fakta-fakta sumbangan pentafsiran Hamka. Dapatan kajian telah menunjukkan ketokohan Hamka sebagai mufassir adalah bertitik tolak pada aspek kemampuan beliau menghasilkan karya tafsir berjudul Tafsir al-Azhar yang memuatkan tafsiran 30 juz al-Quran dan penglibatan aktif beliau menyampaikan kuliah tafsir kepada masyarakat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ketokohan Sa’Id Nursi Dalam Pentafsiran Berhubung Sunnah: Kajian Teks Dalam Rasail Al-Nur(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Muhammad Yusry Affandy Md IsaFaid ZulkifliKajian kualitatif ini menampilkan analisis ketokohan Sa’id Nursi dalam pentafsiran berhubung Sunnah dalam karya utamanya Rasail al-Nur. Karya ini banyak memuatkan dalil-dalil naqli terutama ayat al Quran, kisah teladan dan pengajaran untuk penghayatan masyarakat. Kajian ini penting dalam menganalisis keistimewaan dan kelebihan Sa’id Nursi dalam mentafsirkan ayat al-Quran yang mempunyai kaitan dengan nas Sunnah. Pendekatan ini merupakan salah satu kaedah terpenting dalam memahami wahyu. Objektif kajian mensasarkan untuk menerangkan latar belakang Said Nursi sebagai tokoh pentafsir al-Quran dan menganalisis pendekatannya dalam pentafsiran berhubung Sunnah. Kajian dijalankan dengan dua kaedah utama iaitu kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data. Menerusi kaedah pengumpulan data, pengkaji mendapatkan data menerusi kaedah kajian kepustakaan bagi mendapatkan beberapa teori dan fakta berasaskan sampel kajian utama iaitu Rasail al-Nur, kitab ilmiah, jurnal dan bahan bertulis. Kaedah penganalisisan data pula dijalankan sebagai proses dalam menghuraikan bentuk pentafsiran Sa’id Nursi yang berhubung Sunnah berpandukan kaedah induktif dan kaedah deduktif. Dapatan kajian menunjukkan Sa’id Nursi mempunyai kelimuan dalam memahami Sunnah. Pentafsirannya adalah berasaskan maksud-maksud hadith. Terdapat beberapa aspek kekurangan seperti pendalilan Sunnah secara separa sempurna seperti hadith tanpa takhrij, hadith yang dha’if dan kurang menampilkan teks hadith. Kajian ini turut mendapati Rasail al-Nur dihasilkan berasaskan pemikiran Sa’id Nursi yang cenderung terhadap Sunnah walaupun perbahasan karya ini arah tema kerohanian. Teks atas rujukan Sunnah adalah lebih mendominasikan pentafsiran berbanding rujukan kitab Tasawuf. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Rahmat Terhadap Alam Sekitar Menurut Perspektif Pentafsiran Al-Ra’yi(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08)Muhammad Yusry Affandy Md IsaRahmat terhadap alam sekitar adalah antara agenda pensyariatan Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an al-Karim. Pentafsiran al-ra’yi dapat membantu menambahkan lagi kefahaman tentang keperluan semasa dan penekanan ilmu tambahan dalam isu pemeliharaan alam sekitar. Konsep rahmat terhadap alam sekitar dikeluarkan daripada dua wacana pentafsiran iaitu perspektif Rashid Rida (w.1935M.) dan Syed Qutb (w.1966M.). Kajian ini penting dalam menghasilkan sebuah konsep rahmat menurut pandangan mufassirin di luar kerangka pentafsiran al-ma’thur. Konsep yang terhasil membuktikan penghayatan serius para sarjana wahyu dalam mempertahankan alam sekitar. Kajian ini mengaplikasikan kaedah deduktif bagi mendapatkan ayat-ayat berhubung alam sekitar dan fakta-fakta yang bersesuaian daripada bahan pentafsiran al-ra’yi. Kaedah deskriptif pula diaplikasikan bagi menghuraikan data-data dan selanjutnya dianalisis bagi mendapatkan konsep rahmat terhadap alam sekitar. Dapatan kajian menunjukkan terdapat ayat yang mengandungi mesej rahmat terhadap alam sekitar. Pentafsiran al-ra’yi berkeadaan bersepakat mengutarakan kewajipan semua pihak memelihara alam sekitar. Beberapa cadangan kaedah penjagaan yang bersifat globalisasi juga turut dinyatakan dalam pentafsiran. Meskipun para mufassirin berbeza latar belakang dan zaman namun mereka bersama-sama meraikan ilmu kesedaran tentang alam sekitar. Rumusan terpenting ialah setiap tafsiran ayat dalam kerangka rahmat adalah mengandungi penghayatan wahyu yang selari dengan perjuangan alam sekitar. Kefahaman al-ra’yi ini juga membuktikan bahawa para sarjana Islam berfikiran luas dan mencetuskan konsep yang positif dalam isu manusia sejagat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Panduan Al-Quran Dalam Menghadapi Tribulasi Wabak(Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin, 2021)Muhammad Yusry Affandy Md IsaThe Qur'an is a revelation that is a useful guide for believers in facing various problems of life including pandemic tribulations. Al-Quran shows guidance in accepting and eradicating the pandemic that Allah SWT has determined. Problems arise for some who claim that pandemics should be avoided through technology prevention or treatment alone. Apparently in the Qur'an provides guidance in aspects of life and religion to face the pandemic tribulations. The objective of this study focuses on formulating the Quranic guide in dealing with pandemic tribulations in terms of preparation, prevention and awareness. This qualitative study was produced by applying the method of data collection and analysis of data from Quranic verses and key interpretations. Important findings state that references to revelation cause pandemic to be encountered and eradicated by the norms of faith. Pandemic have been recorded in the Qur'an as a test against the believers and a catastrophe against the negative group among human beings. The Qur'an is also not left behind in explaining the situation of qadha pandemic which contains great wisdom. The most important conclusion is that the adherence to the Qur'an causes people to become calm and continue to strive to deal with pandemic without rejection of the demands of faith. Allah SWT must be remembered as the owner of the epidemic that has occurred over time, even though the apparent cause of some pandemics is due to habits or viruses among humans. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Sa'id Nursi Terhadap Penghuni Penjara Denizli di Turkiye Berpandunkan al-Quran dan Sunnah(USIM Press, 2023) ;Faid ZulkifliMuhammad Yusry Affandy Md IsaRisalah al-Nuryang ditulis di dalam penjara iaitu Risalah Buah, laman sesawang Risalah al-Nur dan sumber sekunder seperti jurnal yang diperolehidari sumber perpustakaan.Kajian ini penting dalam mengfokuskan sumbangan beliau melalui pendekatan Islam di dalam penjara setelah ketiadaanya. Di samping itu, kajian membuktikan beliau berkomitmen tinggi dalam menyampaikan Risalah Islam untuk dihayati dalam kehidupan Muslim di dalam Penjara Denizli, Turkiye. Dapatan kajian telah menunjukkan Sa’id Nursi telah menyumbangkan pendekatan Islam untuk mengenaliAllah SWT dan juga menambah keimanan dengan akhiratmelalui kaedah pembawaan dalil al-Quran dan al-Hadith, serta menghuraikan dengan pendekatan bil hikmahdengan membawakan ayat al-Quran dan pentafsiran yang dekat dengan penghuni penjaramelalui kaedah tafakkur(pengamatan). Dalam kaedahini, ia sering menggunakan majaz atau permisalan (Dharb Al Amtsal) dan perbandingan (Al Muqaranah) dalam huraian beliauuntuk menjelaskan suatu kebenaran atau hakikat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penekanan Akidah Dalam Pentafsiran Surah al-Fatihah, Tafsir Nur al-Ihsan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17)Muhammad Yusry Affandy Md IsaTafsir Nur al-Ihsan merupakan kitab tafsir berbahasa Melayu terawal yang dicetak sempurna pada tahun 1934. Kitab ini yang disusun oleh Hj. Muhammad Sa’id bin ‘Umar (w.1932M) telah menekankan begitu ketara perihal akidah dalam pendahuluan kitab menerusi pentafsiran Surah al-Fatihah. Kajian kualitatif ini berobjektif untuk menjelaskan fakta-fakta utama akidah dalam pentafsiran Surah al-Fatihah. Seterusnya kajian berperanan menganalisis perihal akidah yang wajar dijadikan pedoman dalam kehidupan muslim. Kajian ini penting dalam membuktikan bahawa pentafsiran Surah al-Fatihah sentiasa konsisten dalam menjelaskan prinsip akidah yang bersesuaian dengan kandungan zahir ayatnya. Ilmu berkaitan fiqh dan tasawwuf tidaklah menjadi wadah utama pada peringkat awal pentafsiran kitab Tafsir Nur alIhsan. Kaedah kajian ini mengaplikasikan kaedah induktif bagi mendapatkan fakta-fakta akidah di dalam pentafsiran Surah al-Fatihah. Kaedah deskriptif pula dijalankan bagi menghuraikan penekanan akidah, mewujudkan perbandingan fakta antara sumber tafsir dan merumuskan penekanan akidah. Dapatan kajian menunjukkan pentafsiran Surah al-Fatihah mengandungi prinsip akidah yang selari dengan Rukun Iman. Keimanan kepada Allah S.W.T sentiasa ditekankan pada setiap ayat berpandukan zahir ayat dan mempunyai kesamaan dengan sebahagian kitab tafsir aliran al-ma’thur seperti Tafsir Ibn Kathir dan Tafsir al-Tabari. Kajian mendapati penekanan akidah adalah selari dengan ajaran Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Meskipun kaedah pentafsiran adalah sederhana tanpa perbahasan panjang, namun para pembaca tafsir berpeluang mendapat ilmu akidah yang jelas lagi sahih di sebalik pentafsiran Surah al-Fatihah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pentafsiran Akidah Dalam Surah Al-fatihah Menurut Pemikiran Hj. Muhammad Sa’id Bin ‘umar(USIM Press, 2022)Muhammad Yusry Affandy Md IsaTafsir Nur al-Ihsanmerupakan kitab tafsir berbahasa Melayu terawal yang dicetak sempurna pada tahun 1934. Kitab ini yang ditulis oleh Hj. Muhammad Sa’id bin ‘Umar (w.1932M) telah menampilkan pentafsiran Surah al-Fatihahsebagai pendahuluan kitab sebagaimana kelaziman kandungan kitab-kitab tafsir yang lain. Tafsir masih berbentuk umum dan memerlukan pengkajian adakah mengandungi fakta akidah dan bersesuaian untuk diamalkan dalam kerangka fahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.Kajian ini berobjektif untuk menjelaskan pentafsiranSurah al-FatihahHj. Muhammad Sa’id dalam fokus akidah. Seterusnya kajian berperanan menganalisis perihal akidah yang wajar dijadikan pedoman dalam kehidupan muslim. Kajian ini penting dalam membuktikan bahawa pentafsiran Surah al-Fatihahsentiasa konsisten dalam menjelaskan prinsip akidah yang bersesuaian dengan kandungan zahir ayatnya. Ilmu berkaitan fiqh dan tasawwuf tidaklah menjadi wadah utama pada peringkat awal pentafsiran kitab Tafsir Nur al-Ihsan. Kajian kualitatif ini mengaplikasikan kaedah induktif iaitu dengan cara mengenalpasti dan mengumpulkan fakta-fakta akidah daripada kandungan pentafsiran Surah al-Fatihah. Kaedah deskriptif pula dijalankan bagi menganalisis fakta akidah dalam aspek penekanan akidah, perbandingan fakta antara sumber tafsir dan seterusnya merumuskan penekanan akidah. Dapatan kajian menunjukkan pentafsiran Surah al-Fatihahmengandungi prinsip akidah yang selari dengan Rukun Iman. Keimanan kepada Allah S.W.T sentiasa ditekankan pada setiap ayat berpandukan zahir ayat dan mempunyai kesamaan dengan sebahagian kitab tafsir aliran al-ma’thurseperti Tafsir Ibn Kathirdan Tafsir al-Tabari. Kajian mendapati penekanan akidah adalah selari dengan ajaran Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Meskipun kaedah pentafsiran adalah sederhana tanpa perbahasan panjang, namun para pembaca tafsir berpeluang mendapat ilmu akidah yang jelas lagi sahih di sebalik pentafsiran Surah al-Fatihah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pentafsiran Imam Al-Shafi’I Berasaskan Sunnah Dalam Konteks Ayat Ayat Taharah Dalam Kitab Al-Umm(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Muhammad Yusry Affandy Md IsaRibhan IbrahimImam al-Shafi’i merupakan antara tokoh fiqh yang terkemuka dalam dunia kesarjanaan Islam. Beliau tersenarai sebagai salah seorang mujaddid ummah lantaran sumbangan agung dalam bidang fiqh yang bersumberkan al-Quran, Sunnah, Qiyas dan Ijma’. Dalam karya utamanya al-Umm, terdapat pentafsiran al-Quran berasaskan Sunnah yang menjadi landasan perbahasan fiqh atau cabang perbahasan. Objektif kajian ini adalah untuk menerangkan bentuk pentafsiran Imam al-Shafi’i yang berasaskan Sunnah terhadap ayat-ayat taharah yang menjadi permulaan kandungan kitab al-Umm. Meskipun kitab al-Umm lebih dikenali sebagai kitab induk fiqh Mazhab Shafi’i, namun ia mengandungi data tersirat mengenai pentafsiran al-Quran. Kajian ini juga menerangkan hadith-hadith penting di bawah pentafsiran ayat taharah bagi membuktikan metodologi Imam al-Shafi’i adalah amat sinonim dengan penerapan Sunnah. Kajian ini penting dalam agenda mendedahkan bahawa pentafsiran Imam al-Shafi’i berperanan melahirkan perbahasan fiqh terutama dalam bab taharah. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif yang menerapkan kaedah pengumpulan data daripada sumber manuskrip primer dan sekunder. Seterusnya data diproses dengan kaedah deduktif dan deskriptif bagi menerangkan dasar pentafsiran Imam al-Shafi’i berasaskan Sunnah dalam konteks ayat-ayat taharah. Dapatan kajian menerangkan bahawa Kitab al-Umm mempunyai pentafsiran ayat taharah pada hampir setiap bab kecil di bawah Bab al-Taharah. Pentafsiran adalah bersifat ma’thur lantaran sumber hadith sering dijadikan bahan pencerahan terhadap nas al-Quran biarpun Imam al-Shafi’i mempunyai beberapa kaedah lain selaku Ahli al-Ra’yi. Di samping itu, pentafsiran Imam al-Shafi’i menunjukkan keilmuannya yang luas dalam lapangan al-Quran dan Sunnah. Hadith-hadith yang diutarakan terdiri daripada sanad dalam pelbagai status hadith serta disusuli ijtihad fiqh yang kemudiannya telah menjadi sebahagian dasar dalam Mazhab Shafi’i. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sumbangan Dato’ Dr. Haron Din Terhadap Penghayatan Al-Quran(USIM Press, 2020-12)Muhammad Yusry Affandy Md IsaDato’ Dr. Haron Din (1941-2016) merupakan sebahagian daripada ulama tanah air yang banyak menyumbang jasa terhadap komuniti Muslim di Malaysia. Beliau diiktiraf ramai pihak termasuk kerajaan sebagai tokoh yang berpengaruh. Kajian kualitatif ini berobjektif untuk menganalisis ketokohan Dato’ Dr. Haron Din dalam menyampaikan mesej dan gerak kerja dakwah dalam konteks menyebarkan penghayatan al-Quran. Kajian ini penting dalam memfokuskan sumbangan beliau dalam lapangan al-Quran dapat dicontohi setelah ketiadaannya. Di samping itu, kajian ini membuktikan beliau berkomitmen tinggi dalam menyampaikan risalah al-Quran untuk dihayati dalam kehidupan Muslim. Kaedah kajian ini mengaplikasikan kaedah induktif bagi mendapatkan fakta-fakta biografi dan sumbangan Dato’ Dr. Haron Din. Kaedah deskriptif pula dijalankan bagi menganalisis dan menghuraikan aspek-aspek ketokohan dan fakta-fakta sumbangan. Dapatan kajian telah menunjukkan Dato’ Dr. Haron Din telah menyumbang terhadap penghayatan al-Quran menerusi aktiviti penyampaian ilmu, penubuhan Darussyifa’, ketokohan sebagai pimpinan PAS dan khidmat negara seperti panel penasihat dan Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam Kebangsaan. Dalam setiap penglibatannya, dakwah terhadap al-Quran sering ditekankan hasil daripada pemahamannya yang tinggi terhadap al-Quran dan pengajian Syariah yang dikuasainya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication التّعليم الدّيني وتشكيل هوية الطفل في مجتمع متعدد الثقافات دراسة ميدانية حول المدارس الإسلامية في مقاطعة جنوب هولندا(USIM Press, 2022) ;Mohsen Ali Zemzemi ;Mohd Anuar MamatMuhammad Yusry Affandy Md IsaOne of the most critical challenges facing the Muslim family and the Islamic school in the Netherlands is the formation of the identity of the child according to an equation that harmoniously combines his belonging to Islam and belonging to the multicultural Dutch society. The curricula of Islamic religious education are considered one of the essential tools in facing this challenge. This study aims to research fourteen values maid to help the child in the harmonious form of his Dutch Islamic identity in its three dimensions: collective, relational, and personal, by diagnosing the extent of these values in Islamic religious education curricula. This study relied on the descriptive approach, according to a comprehensive survey method, and using a questionnaire sent to the research community consisting of all religious education teachers in Islamic primary schools in the province of South Holland. In analyzing the data, the study relied on descriptive analysis methods. The study revealed that the general orientation of the research community is neutrality regarding the presence of four of these values, which are: human brotherhood, citizenship, at-tazkiyah (cleaning and development) and al-omran (being constructive), and also neutrality regarding the curricula's observance of cultural pluralism in the family and school environments of the child in presenting the values of the relational dimension. The study made recommendations related to the content of Islamic religious education curricula to raise their ability to contribute to the desired formation of the child's identity within the pluralistic Dutch social context and recommend benefiting from the experience of this research in similar social settings contexts.