Browsing by Author "Nur Izzati Nadia Mohd Dzolkifli"
Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Etnosentrisme: Analisis Bibliometrik(Penerbit USIM, 2023) ;Siti Nor Azhani Mohd Tohar ;Siti Nor Baya Mat YacobNur Izzati Nadia Mohd DzolkifliMakalah ini adalah bertujuan untuk meninjau trend literatur berkaitan isu etnosentrisme dari 2019-2025 menggunakan analisis bibliometrik. 802 jurnal artikel berstatus Scopus telah dianalisis menggunakan VOSviewer versi 1.6.19 bagi melihat trend perbincangan isu etnosentrisme ini berlaku secara global. Kriteria pemilihan artikel ialah diterbitkan dalam lima tahun terkini (2019-2023); terhad kepada bidang sains sosial, kesenian dan kemanusiaan serta psikologi; berbahasa Inggeris dan Melayu. Dapatan menunjukkan kata kunci etnosentrisme pengguna (consumer ethnocentrism) dan rasis adalah kata kunci yang terbanyak digunakan dan artikel jurnal tentang isu etnosentrisme banyak berlaku di negara Amerika Syarikat. Malaysia juga antara merupakan negara yang menyumbang kepada perbahasan isu etnosentrisme ini. Justeru, isu ini tidak boleh dipandang enteng terutamanya dalam sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian agama dan budaya seperti Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keselarian antara Teori Semangat Kekitaan Ibnu Khaldun dengan Teori Barat(Penerbit USIM, 2022) ;Siti Nor Azhani Mohd ToharNur Izzati Nadia Mohd DzolkifliPerbincangan mengenai Teori Semangat Kekitaan atau disebut sebagai ‘Asabiyyah oleh Ibnu Khaldun yang merupakan faktor penentu jatuh bangun sesebuah ketamadunan telah menjangkau lebih enam abad lamanya. Namun, inti pati dalam teori tersebut masih dibincangkan dan adakah ia masih relevan sehingga ke hari ini? Justeru, makalah ini akan mengkaji keselarian Teori Semangat Kekitaan Ibnu Khaldun dengan dua teori barat yang terkenal, iaitu 1) Teori Bioekologikal Pembangunan Manusia Bronfenbrenner dan, ii) Teori Personaliti Maslow. Perbincangan ini dibuat melalui metodologi analisis kandungan bersumberkan bahan ilmiah seperti buku dan artikel jurnal. Hasil dapatan menunjukkan inti pati utama yang dibincangkan dalam Teori Semangat Kekitaan Ibnu Khaldun turut dibincangkan dalam 2 teori barat ini. Implikasinya, walaupun Teori Semangat Kekitaan Ibnu Khaldun dibincangkan dalam konteks semasa sewaktu zaman beliau yang jauh berbeza dengan zaman moden kini, namun intipati yang diutarakan tentang keperluan sosial manusia dalam masayarakat amat relevan, malahan turut dibincangkan dalam teori-teori barat yang wujud selepas beliau. Ini membuktikan keintelektualan teori ini tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas walaupun ia merentasi zaman, geografi dan fizikal dari zaman ke zaman. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengaplikasian Ddr Dalam Penyelidikan Sains Sosial Di Malaysia(Penerbit USIM, 2022-12) ;Nur Izzati Nadia Mohd DzolkifliSiti Nor Azhani Mohd ToharPenyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) iaIah satu kaedah penyelidikan yang melibatkan kajian pembangunan produk atau alat melalui kaedah yang sistematik dan berstrategi kerana mengambil kira permasalahan yang berlaku, mereka bentuk dan membangunkan model, akhirnya menjalankan penilaian ke atas model yang dibentuk. Justeru, satu tinjauan awal dilaksanakan untuk melihat sejauh mana pengaplikasian kaedah DDR dalam penyelidikanpenyelidikan sains sosial di Malaysia. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan kaedah analisis kandungan artikel-artikel jurnal kajian lepas lima tahun terkini yang melibatkan kaedah DDR dalam penyelidikan mereka. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah DDR ini telah mula mendapat tempat dalam bidang penyelidikan sains sosial di Malaysia dan semakin popular terutamanya dalam penyelidikan yang berfokus kepada pendidikan. Selain itu, DDR juga turut diaplikasikan dalam beberapa penyelidikan kaunseling, ekonomi, komunikasi dan sosiologi. Justeru, diakui bahawa kaedah penyelidikan DDR semakin popular dalam bidang sains sosial dan berupaya menghasilkan sebuah model yang lebih empirikal dan praktikal untuk diaplikasikan kepada kumpulan sasarnya - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tahap Keberkesanan Pengurusan Dana Ke Atas Aktiviti Pencegahan Jenayah Dan Pencegahan Dadah Dikalangan Pertubuhan Yang Berdaftar Di Bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysian (JPPM)(Kementerian Dalam Negeri, 2021) ;Nik Azmi Nik Omar ;Wan Zainul Azam Khamid ;Norhayati Rafida Abdul Rahim ;Nur Izzati Nadia Mohd Dzolkifli ;Norazam Mohd Noor ;Mohamad Isa AmatKhairunneezam Mohd NoorInisiatif pemberian Geran Komuniti (G-KOM) telah dimulakan pada tahun 2013 telah diteruskan pada tahun 2014 sehingga tahun 2019. Pemberian dana memberikan impak positif kepada masyarakat di mana, kerajaan telah membantu memperkasakan pertubuhan bagi bersama-sama mewujudkan kawasan kejiranan yang selamat, bersih dan tenteram. Manakala pada tahun 2018, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) terus berkolaborasi dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan inisiatif ini juga dipanjangkan kepada pertubuhan Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di bawah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (PERPADUAN). Pada tahun 2019, JPPM telah menerajui secara keseluruhan dalam pemberian geran ini dan pemberian G-KOM hanya kepada pertubuhan Persatuan Penduduk, Kebajikan dan Keselamatan yang berdaftar di bawah JPPM dengan jumlah peruntukan sebanyak RM20 juta. Sebagai agensi yang mengawal selia pendaftaran pertubuhan di Malaysia, JPPM mengambil tanggungjawab yang serius bagi memastikan keselamatan dan keamanan dalam negara terjamin dan kesejahteraan rakyat terpelihara. Sejauh manakah keberkesanan pengurusan dana terhadap aktiviti pencegahan jenayah dan pencegahan dadah? Apakah terdapat perhubungan di antara pengurusan dana aktiviti pencegahan jenayah dan juga pencegahan dadah? Apakah terdapat pengaruh demografi responden ke atas keberkesanan pengurusan dana? Antara objektif kajian ialah, 1) untuk mengenal keberkesanan pengurusan dana kepada komuniti dari segi pencegahan jenayah; 2) untuk mengenal pasti manfaat dana kepada komuniti dari segi aktiviti pencegahan dadah dan 3) untuk mengenalpasti hubungkait pengurusan dana pencegahan jenayah dan pencegahan dadah serta latarbelakang demografi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif menggunakan borang soal selidik yang telah dibina menggunakan pautan Google Form. Pemilihan teknik kutipan data secara atas talian adalah dibuat selepas mempertimbangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berikutan dari penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Borang soal selidik terbahagi kepada empat bahagian A, B, C dan D. Terdapat tiga jenis soalan iaitu soalan tertutup (aneka pilihan/pilihan lebih dari satu), soalan terbuka dan skala Likert. Kajian ini menerima maklum balas daripada 1188 responden dalam kalangan pertubuhan yang berdaftar di bawah JPPM. Seterusnya data yang diperoleh oleh kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Procedure for Social Science (SPSS). Antara analisis yang dijalankan adalah analisis deskriptif (seperti frekuensi, peratusan, purata dan sisihan piawai) dan inferensi seperti ujian Korelasi Pearson, Ujian-T dan Analisa Variasi (ANOVA).