Browsing by Author "Nurul Nadia Nozlan"
Now showing 1 - 10 of 10
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cadangan Keberkesanan Penggunaan Ict Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP) Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Dan Institusi Pendidikan Sewaktu Covid-19(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-11-18) ;Azman Ab Rahman ;Nurul Nadia Nozlan ;Muhammad Firdaus Ab Rahman ;Hussein ‘Azeemi Abdullah ThaidiMohamad Anwar ZakariaKepesatan pembangunan telah menjadikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) itu satu keperluan dalam kalangan orang ramai. Masyarakat tidak kira golongan normal mahupun Orang Kurang Upaya (OKU) tidak ketinggalan dalam menggunakan perkhidmatan ICT yang kian meluas ini. Pelbagai kemudahan atas talian seperti transaksi jual beli, proses pembelajaran mahupun pekerjaan banyak dilakukan oleh masyarakat sewaktu Covid-19 ini. Arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan telah menyebabkan pembelajaran secara bersemuka perlu digantikan dengan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian. Namun begitu, timbul persoalan tentang apakah langkah yang sesuai diambil oleh para guru dan pelajar OKU bagi memastikan keberkesanan penggunaan ICT dalam proses PdP sewaktu Covid-19 agar berjalan dengan lancar. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk membincangkan cadangan penyelesaian bagi keberkesanan penggunaan ICT melalui kaedah PdP secara dalam talian sewaktu Covid-19 bagi pelajar OKU dan institusi pendidikan. Kajian kualitatif ini akan menggunakan kaedah dokumentasi, pemerhatian dan temu bual dalam mencapai objektif yang ditetapkan. Hasil kajian mendapati bahawa antara bentuk inisiatif yang boleh diambil adalah dengan mendapatkan penglibatan atau komitmen daripada ibu bapa dan para pelajar OKU sendiri. Disebabkan kekangan yang timbul serta kurang komitmen daripada ibu bapa dalam memantau pembelajaran anak istimewa mereka, maka komitmen daripada ibu bapa amat penting dalam membantu keberkesanan proses PdP yang dijalankan secara dalam talian. Manakala, langkah yang boleh diambil oleh para guru untuk meneruskan PdP mereka secara dalam talian adalah dengan menitikberatkan platform yang bersesuaian dengan tahap kefahaman pelajar OKU sebelum pembelajaran dijalankan agar proses PdP lebih lancar dan teratur. Kajian ini diharapkan dapat memberi penyelesaian kepada para guru OKU dan golongan pelajar OKU dalam mendepani cabaran dan masalah dalam mengaplikasi kaedah PdP secara dalam talian sewaktu bencana serta menjadi rujukan kepada institusi pendidikan dalam menambah baik proses PdP bagi pelajar OKU. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Dasar Pemerkasaan Institusi Tahfiz Di Malaysia(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-11-18) ;Azman Ab Rahman ;Afaf Sukari ;Nurul Nadia Nozlan ;Mohamad Anwar ZakariaMuhd. Faiz Abd. ShakorPendidikan tahfiz dan Al-quran merupakan pendidikan yang kini kian mengambil tempat di hati ibu bapa yang berhasrat menjadikan anak-anak mereka seorang penghafaz al-Quran. Kewujudan institusi tahfiz juga dilihat semakin meningkat saban tahun melalui penubuhan institusi tahfiz kerajaan mahupun swasta yang dibangunkan secara persendirian oleh sesetengah pihak. Disebalik permintaan yang tinggi bagi kemasukan ke institusi tahfiz saban tahun, sistem pendidikan tahfiz dilihat masih perlu ditambah baik dalam pelbagai aspek bagi memperkasakan institusi ini. Transformasi dan pemerkasaan perlu dilakukan dalam aspek penubuhan dan pendaftaran, keselamatan premis, kualiti tenaga pengajar, kebolehpasaran murid, kurikulum tahfiz dan lain-lain. Justeru, artikel ini bertujuan untuk membincangkan berkaitan aspek-aspek dalam pemerkasaan institusi tahfiz di Malaysia. Artikel ini juga akan mencadangkan dasar pemerkasaan institusi tahfiz di Malaysia yang boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak berautoriti. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa keperluan untuk mewujudkan dasar pemerkasaan institusi tahfiz dalam aspek pengurusan, kurikulum, kebolehpasaran serta keselamatan institusi tahfiz. Diharapkan kajian ini dapat memberikan panduan serta rujukan kepada institusi tahfiz mahupun organisasi tertentu dalam menguruskan hal ehwal berkaitan institusi tahfiz dalam usaha untuk menaiktaraf sistem pendidikan tahfiz negara pada tahap yang lebih tinggi. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP) Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Dan Institusi Pendidikan Sewaktu Covid-19(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Azman Ab Rahman ;Nurul Nadia Nozlan ;Hussein ‘Azeemi Abdullah Thaidi ;Muhammad Firdaus Ab RahmanMohamad Anwar ZakariaPenggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada masa kini semakin mendapat tempat di setiap sektor di Malaysia. Kepesatan pembangunan telah menjadikan ICT itu satu keperluan dalam kalangan orang ramai. Masyarakat tidak kira golongan normal mahupun Orang Kurang Upaya (OKU) tidak ketinggalan dalam menggunakan perkhidmatan ICT yang kian meluas ini. Masyarakat lebih cenderung untuk menggunakan perkhidmatan ICT seperti internet, melakukan transaksi jual beli atas talian (online), melakukan kerja dari rumah (Work From Home) dan proses pembelajaran dari rumah sewaktu PdP. Arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan telah menyebabkan keterbatasan dalam sektor pendidikan untuk beroperasi secara biasa (bersemuka) dan menjadikan pembelajaran secara dalam talian sebagai medium gantian. Namun begitu, timbul persoalan tentang bagaimanakah golongan OKU ini menggunakan medium pengantaraan ICT atau kaedah PdP secara dalam talian sewaktu Covid-19 untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti isu yang dihadapi oleh golongan OKU dan institusi pendidikan dalam menggunakan kaedah PdP secara maya dalam proses PdP sewaktu Covid-19. Kajian kualitatif ini akan menggunakan kaedah dokumentasi, pemerhatian dan temu bual dalam mencapai objektif yang ditetapkan. Hasil kajian mendapati bahawa isu utama yang perlu ditempuhi oleh golongan OKU adalah komitmen daripada para pelajar sendiri serta komitmen ibu bapa dalam memantau pembelajaran anak istimewa mereka. Manakala, cabaran yang dihadapi oleh sesebuah institusi pendidikan adalah untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai bagi melaksanakan PdP secara dalam talian sewaktu Covid-19 terhadap pelajar daripada golongan OKU. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada institusi pendidikan dalam menambah baik proses PdP bagi OKU sewaktu bencana berlaku seperti Covid-19 ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Pembuktian bagi Kesalahan Jenayah Sihir dalam Isu-Isu Kekeluargaan di Mahkamah Syariah Malaysia(USIM Press, 2023-03-17) ;Muhamad Darwisy Mohd Razali ;Mohamad Aniq Aiman Alias ;Nurul Nadia NozlanAfaf SukariSihir merupakan salah satu perbuatan syirik dan ia memberi kesan yang buruk kepada para pemangsa hasil daripada perbuatan penyihir yang tidak bermoral. Terlalu banyak berita mahupun keratan akhbar di laman sesawang yang menceritakan tentang impak negatif sihir dan keruntuhan institusi kekeluargaan hasil daripada perbuatan sihir. Namun, sistem perundangan Syariah di Malaysia menganggap perbuatan sihir ini merupakan satu perbuatan jenayah yang amat sukar untuk didakwa di Mahkamah Syariah. Hal ini disebabkan oleh perbuatan sihir merupakan jenayah yang sukar untuk dibuktikan dengan elemen-elemen pembuktian secara nyata. Justeru, kajian ini akan membincangkan tentang kaedah pembuktian yang digunakan dalam pensabitan kesalahan jenayah sihir dalam isu-isu kekeluargaan di Mahkamah Syariah Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini akan menggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah kajian. Data yang diperoleh kemudiannya akan dianalisis secara analisis dokumen bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah qarinah dan pendapat pakar merupakan kaedah pembuktian yang amat wajar digunakan dan dapat diterima sebagai keterangan yang relevan dalam pensabitan jenayah sihir di Mahkamah Syariah berdasarkan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 561]. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan rujukan kepada institusi kehakiman di Malaysia, para pengkaji kini, pelajar dan agensi berkaitan dalam membincangkan isu berkaitan hal tersebut. Kajian ini juga diharapkan dapat menjadi salah satu usaha untuk memperkasakan sistem perundangan Syariah di Malaysia dengan mewujudkan satu tatacara penyiasatan dan pendakwaan secara khusus melibatkan jenayah sihir terhadap institusi kekeluargaan Islam di Mahkamah Syariah kelak. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kedudukan Hukum Sentuhan Bukan Mahram ke Atas Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan Ketika Sesi Pengajaran dan Pembelajaran(Penerbit USIM, 2022) ;Azman Ab Rahman ;Muhammad Faiz Abd. Shakor ;Norakyairee Mohd Raus ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Ahmad Wifaq Mokhtar ;Zahari Mahad MusaNurul Nadia NozlanSentuhan merupakan salah satu bentuk komunikasi bukan lisan yang biasa digunakan bagi OKU penglihatan. Mereka menggunakan deria ini sebagai ganti bagi deria penglihatan ketika berjalan, mengenali sesuatu objek dan juga membaca kod Braille. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, komunikasi lisan merupakan kaedah yang lumrah digunakan. Namun, komunikasi bukan lisan seperti sentuhan amat diperlukan bagi golongan OKU Penglihatan. Timbul persoalan tentang kedudukan hukum sentuhan terhadap bukan mahram khususnya guru yang mengajar murid OKU penglihatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ibadat. Justeru, artikel ini akan menghuraikan kedudukan hukum sentuhan bukan mahram ke atas oku penglihatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dari segi perbezaan jantina dan sebagainya. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam mengumpulkan data bagi mencapai kehendak objektif kajian yang telah ditetapkan. Hasil kajian mendapati dalam aspek sentuhan antara guru dan murid bermasalah penglihatan yang berbeza jantina bukan mahram adalah harus jika terdapat keperluan (hajah) sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran khususnya untuk menunjukkan perlakuan sesuatu ibadat seperti pergerakan rukun solat dan membetulkannya dengan menggunakan tangan dengan kadar minima termasuk perlakuan wuduk, tayammum dan sebagainya. Pendekatan penggunaan sarung tangan adalah langkah terbaik sekiranya tidak menyukarkan dan lebih cermat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan dan rujukan kepada masyarakat secara umum dan golongan OKU khususnya berkenaan isu sentuhan antara bukan mahram dan OKU penglihatan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kedudukan Taklif Orang Kurang Upaya (OKU) Dalam Pelaksanaan Ibadat(Penerbit USIM, 2022) ;Azman Ab Rahman ;Muhammad Faiz Abd. Shakor ;Norakyairee Mohd Raus ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Ahmad Wifaq Mokhtar ;Zahari Mahad MusaNurul Nadia NozlanGolongan OKU adalah hamba Allah dan mempunyai kewajipan untuk beribadat kepada Allah mengikut kemampuan mereka. Walaupun golongan OKU ditakdirkan wujud kekurangan pada tahap keupayaan mereka sama ada mental atau fizikal, namun mereka memiliki kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Oleh yang demikian, Islam telah menggariskan beberapa hak dan kewajipan tertentu yang telah ditetapkan untuk golongan ini. Justeru, artikel ini akan membincangkan khusus berkenaan kedudukan taklif bagi golongan OKU dalam skop pelaksanaan ibadat. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam mengumpulkan data bagi mencapai kehendak objektif kajian yang telah ditetapkan. Hasil kajian mendapati kedudukan taklif bagi golongan OKU Penglihatan, Pendengaran, Pertuturan dan Fizikal wajib menunaikan segala kewajipan yang ditetapkan oleh syarak berdasarkan kemampuan dan keadaan mereka. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada OKU Pelbagai yang melibatkan ketidakupayaan pendengaran dan penglihatan sejak dilahirkan, dan mereka yang mengalami ketidaksempurnaan akal yang teruk. Hal ini kerana mereka tidak mampu memahami dalil pentaklifan yang menjadi syarat utama menjadi mukalaf. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan dan rujukan kepada masyarakat secara umum dan golongan OKU khususnya berkenaan kedudukan taklif bagi golongan OKU dalam pelaksanaan ibadat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keperluan Ijtihad Dan Fatwa Zakat Dalam Skim Bantuan Kos Rawatan Pesakit Jantung Kanak-Kanak Di Malaysia(Akademi Fiqh Islami Malaysia/Islamic Fiqh Academy, 2021-07) ;Azman Ab. Rahman ;Afaf Sukari ;Nurul Nadia NozlanMuhd Faiz Abd ShakorHeart disease is the leading cause of death for many children in the country. According to a report by the National Heart Institute, as many as 80% of pediatric patients receiving treatment at the National Heart Institute (IJN) are in dire need of treatment funds. Various zakat assistance schemes have been introduced by zakat centers through the State Islamic Religious Council (MAIN) to ease the burden of heart disease patients to finance their treatment costs. However, most of the assistance schemes introduced are only general in nature and not specifically for heart disease patients. Therefore, this article aims to discuss the need for ijtihad and fatwa related to the zakat assistance scheme for the cost of heart treatment by fatwa and zakat institutions. The study will also discuss the health assistance schemes provided by the State Islamic Religious Council This qualitative study uses documentation and observation methods in the data collection process. The results of the study found that ijtihad and zakat fatwa in health assistance schemes have been implemented at the institutional level of fatwa and zakat in the general context. There are also several states that have provided zakat funds specifically for heart disease patients. It is hoped that this study can provide guidance and reference to fatwa institutions, zakat institutions, IJN and certain organizations to help asnaf with heart diseases to recover through ijtihad and fatwas issued. A further study on the effectiveness of zakat funds on the cost of heart treatment for heart disease patients can be implemented to ensure the well -being of Muslims in Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Asas Pembangunan Garis Panduan Pelaksanaan Ibadat bagi Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia(Penerbit USIM, 2022) ;Azman Ab Rahman ;Muhammad Faiz Abd. Shakor ;Norakyairee Mohd Raus ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Ahmad Wifaq Mokhtar ;Zahari Mahad MusaNurul Nadia NozlanIslam tidak pernah memandang rendah permasalahan OKU, malahan sentiasa memberi galakan kepada umat Islam agar sentiasa mengambil berat tentang golongan ini. Islam turut memperuntukkan tanggungjawab dan hak tertentu terhadap OKU serta mengambil serius terhadap keperluan semasa bagi golongan OKU dalam hal berkaitan ibadat OKU. Bukan setakat itu, ia turut memberikan garis panduan tentang bagaimana mahu menguruskan hak dan tanggungjawab tersebut di samping menjaga maqasid syariah dari sudut lima daruriyat iaitu agama, jiwa, keturunan, akal dan harta. Di Malaysia, masih belum terdapat garis panduan khusus pelaksanaan ibadat bagi golongan OKU yang selari dengan Mazhab Syafi’i dan jumhur ulama’. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mencadangkan konsep asas garis panduan pelaksanaan ibadat OKU yang boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak berautoriti di Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 3 pendekatan yang perlu diambil kira dalam pembangunan garis panduan pelaksanaan ibadat OKU iaitu konsep Fiqh al-Taysir, Bertaqlid mana-mana mazhab yang muktabar dan pengunaan kaedah Fiqh. Kajian ini diyakini akan menjadi rujukan dan panduan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pejabat Mufti, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam OKU dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pandemik COVID-19: Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam Dalam Pendidikan Khas Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Masalah Pembelajaran Di Malaysia(USIM Press, 2021) ;Azman Ab. Rahman ;Syed Salim Syed Shamsuddin ;Nurul Nadia Nozlan ;Muhd. Faiz Abd. ShakorAfaf SukariNegara telah digemparkan dengan satu wabak yang dinamakan sebagai Novel Coronavirus (2019-nCoV) atau dikenali juga sebagai COVID-19. Bencana wabak COVID-19 ini telah memberi implikasi yang besar kepada masyarakat di seluruh dunia secara umumnya dan Malaysia secara khususnya. Hal ini telah menyebabkan pelbagai sektor turut terkesan dengan penularan wabak COVID-19 tersebut termasuklah institusi Pendidikan di Malaysia. Perkara ini turut memberi kebimbangan kepada para guru Pendidikan Islam dalam Pendidikan Khas kerana proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam dalam Pendidikan Khas bersama pelajar Kurang Upaya Masalah Pembelajaran (OKU MP) perlu dilaksanakan secara atas talian. Justeru, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kaedah PdP yang digunakan oleh para guru Pendidikan Islam dalam Pendidikan Khas dan cabaran yang dihadapi sewaktu menjalankan PdP bersama para pelajar OKU MP sewaktu COVID-19. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan soal selidik dan dokumentasi dalam mengumpulkan data bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah mengenal pasti teknik tertentu dan bersesuaian sebelum memulakan PdP bersama OKU MP merupakan kaedah utama dalam PdP Pendidikan Islam sewaktu COVID-19. Cabaran utama dalam PdP Pendidikan Islam pelajar OKU MP adalah isu berkaitan kemudahan teknologi selain isu komitmen pelajar dan ibu bapa, kemahiran dan kepakaran guru serta kekurangan Bahan Bantu Mengajar (BBM) sepanjang meneruskan PdP secara atas talian disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Kajian ini diharapkan dapat membantu para guru dan pelajar OKU MP dalam mendepani cabaran yang dihadapi bagi meneruskan PdP Pendidikan Islam sewaktu COVID-19 serta menjadi rujukan kepada institusi pendidikan dalam menambah baik proses PdP bagi pelajar OKU di Malaysia secara umumnya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peruntukan Dana Zakat Bagi Kos Rawatan Jantung Kanak-kanak: Amalan Di Institusi Zakat Di Malaysia(USIM PRESS, 2021-08) ;Ab Rahman, Azman ;Muhammad Faiz,A.S. ;Afaf,S.Nurul Nadia NozlanIntroduction: Heart disease is one of the leading causes of death for Malaysians in the country and it can affect most infants or children due to congenital heart disease (CHD), viral or bacterial infections. Treatment for pediatric heart patients requires high costs and takes a relatively long period of time. This affects parents and guardians of children in covering treatment funds and readiness to face such a difficult situation. Aims & Objectives: This study aims to identify the practices and problems in providing zakat funds for the cost of treatment of pediatric heart patients based on the eligible groups (asnaf) for zakat. Methodology: This qualitative study adopts document analysis methods. Data & Analysis: Primary and secondary sources involving the turath (classical) books related to infaq (charity), as well as other resources such as books, journals, articles, conference papers/seminars, research papers, thesis, newspaper, website and the like either in Malay, Arabic or English. Results & Findings: The results of the study shows that there are several zakat institutions that play an important role in helping the cost of treatment of heart patients in general ranging from the cost of early detection of treatment to the cost of follow-up treatment. However, the proposed formation of a contribution fund specifically can be implemented to help pediatric heart patients from the asnaf group. The noble efforts and initiatives made by this zakat institution clearly prove that zakat plays a big role in helping Muslims in any situation.