Browsing by Author "Ros Aiza Mohd Mokhtar"
Now showing 1 - 20 of 44
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Agama Dan Budaya Berpisah Tiada: Tinjauan Terhadap Masyarakat Murut Tahol Di Sabah(Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017) ;Abd. Hakim MohadRos Aiza Mohd MokhtarAgama dan budaya adalah dua elemen penting dalam kehidupan masyarakat Murut Tahol di Sabah. Walaupun zaman sentiasa berubah dan bersilih ganti, kedua-dua elemen ini masih kekal dan berjalan seiringan memperkukuh jati diri etnik ini. Apa yang menarik di sini ialah perubahan agama dan kepercayaan tidak menjadikan budaya mereka terpinggir atau ditinggalkan. Apakah rahsianya? Makalah ini akan membincangkan tentang keupayaan masyarakat Murut Tahol mengekalkan amalan budayanya walaupun pegangan agama mereka telah berubah daripada animisme kepada Kristian. Ulu Tomani, Daerah Kecil Kemabong, Tenom, Sabah. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat ini mempunyai kekuatan untuk membuat pilihan tentang apa yang perlu dilakukan untuk mengekalkan budaya tradisionalnya dalam kerangka kepercayaan yang baharu. Dengan lain perkataan mereka adalah agen kepada perubahan masyarakatnya sendiri atau disebut sebagai localized social change. Keupayaan inilah yang menjadikan masyarakat Murut Tahol masih dapat mengekalkan amalan budayanya seperti adat merisik (pamalaan), adat pertunangan (antamong), adat perkahwinan (ahuot), adat menghantar berian akhir (tinauh), dan adat mencuci benih padi (amparawak ra Vivit). - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Deskriptif Persepsi Pelajar Terhadap Pensyarah Falsafah Dan Isu Semasa (FIS)(Akidah and Religion Studies Programme ,Faculty of Leadership and Management, USIM, 2020-11-04) ;Latifah Abdul Latiff ;Ros Aiza Mohd MokhtarAbd Hakim MohadKursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) merupakan satu kursus baharu yang diperkenalkan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bermula September 2019. Kursus ini wajib diambil oleh semua pelajar IPT termasuklah pelajar USIM. Memandangkan FIS adalah satu kursus baharu, justeru kajian ini dilihat bertepatan bagi mengkaji persepsi pelajar terhadap tenaga pengajar yang mengendalikan kursus FIS bagi semester 2, 2019/2020 semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. Kajian yang dijalankan ke atas pelajar tahun satu ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif. Borang soal selidik diedarkan secara dalam talian kepada pelajar tahun satu daripada enam fakulti. Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap pensyarah FIS adalah pada tahap tinggi dan positif dengan skor min yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa tenaga pengajar FIS mempunyai personaliti yang baik dan keupayaan dalam penyampaian kursus FIS. Input kajian ini penting untuk dikongsikan bersama dengan tenaga pengajar FIS bagi menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) FIS pada masa hadapan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication An Assessment Of Attitude And Intention Of The Kedayan People In Practicing The Local Culture Among Different Levels Of Educational Background(International Journal of Arts and Sciences, USA, 2015) ;Ros Aiza Mohd MokhtarChe Zarrina Sa'ariThis study was aimed to identify the differences of attitude and intention among the Kedayans in practicing their local culture based on different levels of educational background. Self-administered questionnaires were distributed to 414 respondents of the Kedayan ethnic in Sipitang, Sabah. The findings of this study revealed high correlation between the attitude towards local culture and their intention to continue practicing their local culture. Moreover, there was a significant statistical difference between their attitude and the intention to practice their local culture as far as different levels of educational background are concerned. As the respondents were from the Kedayan ethnicity residing in Sipitang, Sabah, it is recommended that future research may expand to other places in Sabah, Sarawak, Labuan, as well as Brunei, where the Kedayan people live. Future research may also look into other influences in practicing local culture, and this study can be applied to other ethnicities as well. This study has contributed and has extended knowledge to the Muslim society in general, especially in upholding their local culture. The findings should provide information to the governmental agencies and religious bodies as they promote local culture, as well as monitor the attitude and the practice of the local culture itself to conform to the Islamic principles. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Blended Learning dalam Kursus TITAS: Kajian terhadap Penggunaan TITAS MOOCs dalam Kalangan Pelajar UMS(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Ros Aiza Mohd Mokhtar ;Abd Hakim Mohad ;Latifah Abdul LatiffMashitah SulaimanKementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan pendekatan blended learning dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menyelaraskan sukatan pelajaran di samping meringankan beban pensyarah. Manakala, kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) pula merupakan kursus yang diwajibkan kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi di Malaysia. Oleh yang demikian, kursus ini merupakan kursus yang diikuti oleh sejumlah pelajar yang besar pada setiap semester yang menjadikan beban bagi pensyarah kursus tersebut bertambah. Oleh itu, bagi menyelaraskan sukatan pelajaran di samping meringankan beban pensyarah TITAS, pihak KPT telah membangunkan TITAS MOOCs yang diketuai oleh Universiti Putra Malaysia. Kertas ini akan mengkaji penggunaan modul pembelajaran TITAS MOOCs dalam kalangan pelajar UMS. Kajian mendapati penggunaan pelajar UMS terhadap modul TITAS MOOCs adalah baik dan terdapat hubungan yang tinggi antara faktor-faktor penerimaan iaitu Tanggapan ianya bermanfaat, Tanggapan ianya mudah digunakan dan Pengaruh sosial dengan penerimaan pelajar UMS iaitu Penggunaan secara sukarela. Kajian ini penting bagi menilai kerelevanan modul TITAS MOOCc serta persekitaran UMS sendiri dalam merealisasikan pendekatan blended learning dalam kursus TITAS. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Dakwah Islam Di Sabah, Malaysia: Satu Eksplorasi Awal(Minda Masagi Press, 2016) ;Abd. Hakim Mohad ;Kasim MansurRos Aiza Mohd MokhtarIsu dakwah di Sabah, Malaysia adalah antara yang menarik perhatian ramai pengkaji. Sementara itu, secara hakikat, Sabah merupakan sebuah negeri yang amat terkenal dengan sikap toleransi masyarakatnya yang berbilang bangsa, budaya, dan agama. Di saat masyarakat Islam dan Kristian di Semenanjung Malaysia berselisih faham tentang penggunaan kalimah Allah, masyarakat di Sabah masih mampu bertenang dan menjalani kehidupan seperti biasa. Dalam diam, Sabah mendahului negeri-negeri lain di Malaysia dari segi bilangan orang yang memeluk Islam. Ironinya, kebanyakan mereka adalah dari penganut agama Kristian. Berdasarkan kepada dua fakta ini, tentunya hal berkaitan aktiviti dakwah di Sabah wajar untuk dikongsikan. Penelitian ini membincangkan tentang peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan agama Islam, seperti JHEAINS (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah), MUIS (Majlis Ugama Islam Sabah), dan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) berkaitan aktiviti dakwah. Selain itu, perbincangan tentang cabaran dakwah juga disentuh secara sepintas lalu; diikuti dengan tinjauan tentang program-program peng-Islam-an yang dijalankan. Akhir sekali, penelitian ini membuat refleksi terhadap usaha dakwah yang telah dijalankan. Meskipun perbincangan dan hasil kajian yang dilakukan pada 2008, namun perkembangan terkini juga diambil perkiraan dalam penulisan ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif bagi mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Deaf Community's Attitudes Towards Islamic Education(International Journal of Arts and Sciences, USA, 2015) ;Abd Hakim Mohad ;Ros Aiza Mohd Mokhtar ;Nizaita OmarZulkifly MudaBased on the review of past PMR results (the lower secondary school examinations) of the deaf community on Islamic Education in Malaysia, their achievement in the subject is relatively poor, which lends a general observation that the deaf community is lagging behind when it comes to religious development. Thus, this study aims to explore the attitude of the deaf community towards religious education. A self-administrated questionnaire was distributed to 80 respondents from the Special Education School (Deaf), Kota Kinabalu and the Centre for Deaf Activity, the Deaf Welfare Association of Terengganu. The findings of this study reveal that the deaf community�s attitude towards religious education is positive. However, their results are not on par with the non-deaf in the same examination. The findings provide information to the government agencies to improve the existing education system for the deaf. At the same time, the deaf association, other NGOs and the Malaysian society can benefit from the findings of this study to enhance their programmes and activities for the deaf. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Dinamika Hijrah Masyarakat Kedayan(Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 2017) ;Ros Aiza Mohd MokhtarAbd Hakim MohadHijrah merupakan prinsip falsafah dan sosial yang penting kepada pembinaan sesebuah peradaban. Hal ini kerana hijrah merupakan faktor yang mempengaruhi perjalanan sejarah sesuatu masyarakat. Sejarah telah membuktikan bahawa kebanyakan tamadun dunia bermula dari Sumeria hinggalah tamadun Barat diasaskan melalui hijrah. Seseorang yang berada dalam lingkungan tempat tinggalnya, boleh menjadi statik atau tidak berkembang dengan pesat. Dalam erti kata lain, hijrah merupakan gerakan dan loncatan besar manusia dalam membangunkan peradaban dan masyarakat mereka. Hal ini juga berlaku pada masyarakat Kedayan. Masyarakat tersebut asalnya tidak dikenali sebagai Kedayan. Pandangan yang paling kuat mengatakan mereka dipercayai berasal dari Tanah Jawa dan dikenali sebagai Kedayan setelah dibawa berhijrah ke Brunei dan seterusnya mereka berhijrah pula ke Labuan, Sabah dan Sarawak. Makalah ini menyorot dinamika hijrah yang mempengaruhi perkembangan sosial masyarakat Kedayan. Kajian mendapati, penghijrahan masyarakat tersebut telah menyumbang kepada pelbagai perkembangan positif terhadap masyarakat tersebut termasuklah pembentukan sebuah etnik yang memiliki identiti dan budaya tersendiri. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Fatwa Pembedahan Pertukaran Jantina Di Malaysia(Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 2018) ;Rosdiana Onga ;Ros Aiza Mohd MokhtarAbd. Hakim MohadPada dasarnya Islam mengiktiraf jantina biologi manusia iaitu samaada lelaki ataupun perempuan. Namun begitu, masalah kecelaruan identiti gender yang dialami oleh sesetengah kelompok yang dikenali sebagai transeksual seringkali dikaitkan dengan pembedahan untuk menukar jantina. Di Malaysia, perbahasan berkenaan isu penukaran jantina telah ditetapkan hukumnya melalui Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan pembedahan untuk menukar jantina kecuali dalam situasi khunsa. Kertas ini bertujuan memberikan pendedahan berkenaan fatwa yang menerima dan menolak pertukaran jantina dengan memberi fokus kepada alasan penerimaan dan penolakannya. Metodologi yang digunakan ialah kajian kepustakaan. Perbahasan mengenai isu pertukaran jantina menunjukkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hanya membenarkan khunsa untuk melakukan penyempurnaan jantina yang tidak jelas. Hal ini berbeza dengan mukhannas yang telah jelas jantina mereka dan tidak memerlukan sebarang perubahan kerana dianggap mengubah ciptaan Allah swt. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication How Does Alternative Treatment Through Traditional Malay Exercise Good for General Health?(Universiti Sains Islam Malaysia, 2024-05-31) ;Ros Aiza Mohd Mokhtar ;Adibah Sulaiman ;Mohd Azmir Mohd Nizah ;Hishomudin Ahmad ;Hanis Hidayu Kasim ;Sharifah Najwa Syed MohamadFathima Begum Syed MohideenMalaysia’s multiracial society has its cultural heritage of exercising for the health of its practitioners. In Chinese culture, for example, there is Tai Chi, while in Indian culture, Yoga is practiced for general health. Furthermore, in Malay culture, exercise has always been associated with the martial arts called ‘Silat Melayu’ with one of them being Senaman Tua Melayu (ST), which is developed from Silat Melayu Keris Lok 9. The Ministry of Health Malaysia has recognized traditional medicine as an alternative treatment. Senaman Tua Melayu (ST) belongs to this category. Unfortunately, there are no scientific studies to prove the effectiveness of ST for its users. Therefore, this study aims to analyze the effectiveness of ST from the users' perspective upon completing 16 sessions of ST training. The quantitative approach, i.e. questionnaire instrument, is used to carry out this study. It also used the qualitative method, where interviews with all participants were conducted for data triangulation. The results show that ST is significantly effective in improving participants' general health and musculoskeletal systems. Findings also showed that participants are strongly interested in continuing the practice of ST to improve their general health. It is hoped that this research may spread the good effects of doing routine physical activity. Further research can be done to explore the benefits of ST in a specific disease apart from general health. Abstrak: Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum mempunyai warisan budaya bersenam yang tersendiri untuk kesihatan pengamalnya. Dalam budaya Cina misalnya, terdapat Tai Chi, manakala dalam budaya India pula Yogadiamalkan secara umum untuk kesihatan. Dalam budaya Melayu, senaman lazimnya dikaitkan dengan seni mempertahankan diri yang dipanggil ‘Silat Melayu’, salah satunya ialah Senaman Tua Melayu (ST) yang telah dikembangkan daripada Silat Melayu Keris Lok 9. Kementerian Kesihatan Malaysia mengiktiraf perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif. Senaman Tua Melayu (ST) tergolong dalam kategori ini. Walau bagaimanapun, belum ada kajian saintifik yang membuktikan keberkesanan ST kepada pengamalnya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis keberkesanan ST dari perspektif pengamal atau peserta setelah mereka menamatkan latihan ST sebanyak 16 sesi. Pendekatan kuantitatif iaitu instrumen soal selidik digunakan dalam kajian ini. Dalam masa yang sama, kaedah kualitatif turut digunakan dengan menjalankan temu bual terhadap semua peserta untuk tujuan triangulasi data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ST amat berkesan dalam meningkatkan kesihatan am dan sistem muskuloskeletal peserta. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa peserta amat berminat untuk meneruskan amalan ST bagi meningkatkan kesihatan mereka. Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat atau kesan baik melakukan aktiviti bersenam sebagai rutin harian. Kajian selanjut boleh dilakukan untuk meneroka manfaat ST dalam menyembuhkan penyakit tertentu selain daripada kesihatan am. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hubungan Motivasi Belajar Kursus Penghayatan Etika Dan Peradaban Dalam Kalangan Pelajar USIM Dengan Tanggapan Mereka Terhadap Pensyarah Kursus.(Universiti Malaya, 2020) ;Ros Aiza Mohd Mokhtar ;Latifah Abdul LatiffAbd Hakim MohadThe Ethics and Civilisations course is one of the newly-introduced university core subjects by the Ministry of Higher Education for students in public institutions of higher learning in Malaysia from September 2019. Students of Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) began taking this subject since Semester II, 2019/2020. Basically, this course is intended to exposestudents to the concept of ethics from various civilisational perspectives and also the key for integration process which are initiated by the Malaysian government, NGOs’ and individual in the Malaysian context to strengthen social cohesion among multi-ethnic in Malaysia. Therefore, considering this is a new and important subject, this study aims to explore the correlation between USIM students’ motivation in learning this course and their attitude towards their course lecturer. This study is a quantitative study that uses questionnaires as an instrument. The data is then analysed through SPSS. The results found USIM students show a high motivation in studying this course, and this is correlated to course lecturer factor that possesses good personality and ability to teach this subject. With a high motivation in studying this course, it is hoped student appreciation of this course is increased, and could aid in the process of shaping social cohesion which is the key agenda of this country. This study serves an early input for the teaching staff for this course in USIM specifically, and in other institutions of higher learning generally, for preparation and improvement in future implementations of this course in the future. Keywords:Civilization, Motivation, Attitude, Personality, PdPc - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Importance of Understanding Islamic Teaching in Curbing the Stigma of Out of Wedlock Children When Making Illegitimate Pregnancy Resolution in Malay Muslim Community in Malaysia(Penerbit USIM, 2022) ;Nur Affina Yanti Binti Jamalludin ;Ros Aiza Mohd MokhtarMashitah SulaimanAlbeit the majority of Malaysian population is Muslim, countless abortions, coerced adoptions and newborn abandonment due to their illegitimate status are still happening in this country. With limited time and source of information, out of wedlock pregnancy resolutions are often made in haste and not necessarily weighed thoughtfully. In the attempt to curb this phenomenon, the reasonable preventive measure is religious teachings. However, instead of following the prescribed as mentioned in Quran and Sunnah, many base their strategies on common logic and cultural beliefs, which after so long, became the credence they hold on to. Islamic teachings are confused with culture, resulting skepticism and erroneous conclusions. Using library research methodology, this paper explores the correlation between the stigma of out of wedlock children and illegitimate pregnancy resolutions, by focusing on the religious fallacies within Malay Muslim community. It is believed the stronger the stigma, the worse it could get for the pregnancy, unless if Islamic teachings intervenes during the process - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Integrating Spirituality in Philosophy Courses for Cultivating Civilizational Values(Penerbit USIM, 2024) ;Ratna Roshida Ab Razak ;Ahmad Nasir Mohd Yusoff ;Zarina Muhammad ;Aiza Maslan ;Ros Aiza Mohd MokhtarMuhammad Hafeez ZakariaThe study focuses on incorporating spirituality, defined as meaning, purpose, and values, into the teaching of philosophy courses in Malaysian public universities. It aims to address the declining interest in philosophy by demonstrating its practical relevance through a spiritual lens. The objective of this study is to evaluate how spirituality can enrich the teaching and learning philosophy course, fostering a more holistic educational experience and to address educational gaps by nurturing students' spiritual dimensions alongside intellectual growth, aligning with Malaysia's National Education Philosophy. The study employed a combination of qualitative and quantitative methods. For a qualitative approach, an inquiry strategy was used to assess the construct of spirituality in teaching philosophy. As for the quantitative approach, multiple-item measures, including the Purpose in Life Test (PIL), were used to quantitatively evaluate the impact of spirituality on students' learning experiences. The study reveals that integrating spirituality into the philosophy course significantly enhances students' cognitive and social engagement, leading to a deeper understanding of philosophical concepts. The study underscores the importance of nurturing students' spiritual dimensions alongside intellectual growth, aligning with Malaysia's National Education Philosophy that aims to produce balanced individuals. The study emphasizes the critical role of spirituality in education, particularly in philosophy, and provides a framework for enhancing teaching practices in Malaysian public universities. By incorporating spirituality into the course, the research aims to address the declining interest in philosophy and foster a more holistic and meaningful educational experience for students. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Sinkretisme Menurut Perspektif Islam(Universiti Malaya, 2015) ;Ros Aiza Mohd MokhtarChe Zarrina Sa'ariKonsep sinkretisme sangat luas skopnya. Ia telah dibincangkan dalam pelbagai aspek oleh sarjana dalam pelbagai bidang ilmu seperti teologi, sejarah agama dan juga antropologi. Sejak terminologi sinkretisme diperkenalkan ke dalam arus akademik, pelbagai definisi telah diberikan oleh para sarjana bagi menjelaskan fenomema sinkretisme dalam masyarakat sama ada secara positif mahupun negatif (pejoratif). Dalam kajian agama, sinkretisme telah menjadi salah satu kategori konsep yang dibahaskan dan kontroversi disebabkan terma ini memberi gambaran 'tidak suci' atau 'tidak tulen'. Walaupun terminologi sinkretisme telah berkembang di Barat dan kajian sinkretisme dilakukan dengan meluas terhadap masyarakat Barat kuno dan Kristian, namun terminologi ini turut digunakan dalam menerangkan fenomena yang berlaku dalam masyarakat Islam. Justeru itu, makalah ini akan meneliti persoalan sinkretisme dari perspektif Islam bagi memastikan istilah yang tepat digunakan bagi menerangkan fenomena yang berlaku dalam masyarakat Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kreativiti, Inovasi dan Kepatuhan Shariah dalam Fesyen Busana Muslim dalam Kalangan Usahawan Wanita Melayu di Selangor(USIM Press, 2020-11) ;Mashitah Sulaiman ;Mohd Nazir Ahmad ;Zainora Daud ;Ros Aiza Mohd MokhtarAbd Hakim MohadElemen kreativiti merupakan asas penting dan saling berkait dengan inovasi sesuatu produk khususnya dalam konteks keusahawanan dan perniagaan. Hal ini juga disebutkan oleh ramai sarjana Islam dan Barat dalam pembinaan tamadun yang cemerlang. Justeru itu, kertas kerja ini membincangkan kepentingan kreativiti dan inovasi dalam penciptaan fesyen busana Muslimah dalam kalangan usahawan wanita Melayu dalam kelompok kelas menengah di Selangor. Selain itu, kajian ini turut menganalisis elemen kreativiti dan kepatuhan Shariah dalam melakukan inovasi terhadap fesyen busana Muslimah dalam kalangan usahawan wanita Melayu Selangor. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan teknik temubual atau sejarah lisan secara persampelan bertujuan. Sampel dipilih berdasarkan persampelan berkriteria dan seramai sepuluh (10) orang informan yang terdiri daripada pengusaha wanita Melayu kelas menengah yang terlibat dalam industri fesyen hijab dan busana Muslimah di Selangor. Data daripada transkripsi temubual dianalisis secara deskriptif menggunakan analisis kandungan dan tematik. Selain itu, kaedah pemerhatian turut digunakan bagi mengukuhkan data kajian. Dapatan kajian menunjukkan kepentingan elemen kretiviti dan inovasi dalam penghasilan produk busana Muslimah yang bercirikan Islam. Elemen kepatuhan Shariah sentiasa dititikberatkan selari dengan prinsip Shariah dalam mereka bentuk fesyen Muslimah bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Hasil kajian dapat menjadi satu motivasi kepada pengusaha produk Islam bagi menunjukkan bahawa aspek kepatuhan Shariah dan kreativiti sangat penting dalam pembinaan budaya inovasi dan penentuan keboleh pasaran hasil produk dalam perniagaan dan keusahawanan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kreativiti, Inovasi dan Kepatuhan Shariah dalam Fesyen Busana Muslim dalam Kalangan Usahawan Wanita Melayu di Selangor(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Mashitah Sulaiman ;Mohd Nazir Ahmad ;Zainora Daud ;Ros Aiza Mohd MokhtarAbd Hakim MohadElemen kreativiti merupakan asas penting dan saling berkait dengan inovasi sesuatu produk khususnya dalam konteks keusahawanan dan perniagaan. Hal ini juga disebutkan oleh ramai sarjana Islam dan Barat dalam pembinaan tamadun yang cemerlang. Justeru itu, kertas kerja ini membincangkan kepentingan kreativiti dan inovasi dalam penciptaan fesyen busana Muslimah dalam kalangan usahawan wanita Melayu dalam kelompok kelas menengah di Selangor. Selain itu, kajian ini turut menganalisis elemen kreativiti dan kepatuhan Shariah dalam melakukan inovasi terhadap fesyen busana Muslimah dalam kalangan usahawan wanita Melayu Selangor. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan teknik temubual atau sejarah lisan secara persampelan bertujuan. Sampel dipilih berdasarkan persampelan berkriteria dan seramai sepuluh (10) orang informan yang terdiri daripada pengusaha wanita Melayu kelas menengah yang terlibat dalam industri fesyen hijab dan busana Muslimah di Selangor. Data daripada transkripsi temubual dianalisis secara deskriptif menggunakan analisis kandungan dan tematik. Selain itu, kaedah pemerhatian turut digunakan bagi mengukuhkan data kajian. Dapatan kajian menunjukkan kepentingan elemen kretiviti dan inovasi dalam penghasilan produk busana Muslimah yang bercirikan Islam. Elemen kepatuhan Shariah sentiasa dititikberatkan selari dengan prinsip Shariah dalam mereka bentuk fesyen Muslimah bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Hasil kajian dapat menjadi satu motivasi kepada pengusaha produk Islam bagi menunjukkan bahawa aspek kepatuhan Shariah dan kreativiti sangat penting dalam pembinaan budaya inovasi dan penentuan keboleh pasaran hasil produk dalam perniagaan dan keusahawanan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Mandi Langir dan Kepentingannya dalam Masyarakat Kedayan serta Perspektif Islam Mengenainya(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Ros Aiza Mohd Mokhtar ;Abd Hakim Mohad ;Latifah Abdul LatiffMashitah SulaimanEtnik Kedayan dipercayai berasal dari Jawa dan dibawa ke Brunei oleh Sultan Bolkiah (Sultan Brunei Kelima). Daripada Brunei, sebahagian mereka berhijrah dan menetap di Sabah dan Sarawak. Masyarakat tersebut juga merupakan penganut agama Islam yang dipercayai telah menerima Islam melalui Kesultanan Brunei pada akhir abad ke-15. Mereka terkenal dengan budaya dan amalan mereka yang unik. Antaranya ialah amalan "balangi" atau mandi langir. Sehubungan dengan itu, makalah ini bertujuan mengupas secara deskriptif interpretif amalan mandi langir dan kepentingannya dalam kalangan masyarakat Kedayan. Kajin ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual bagi mendapatkan data. Seterusnya, teks verbatim dianalisis bagi melihat sama ada wujud asas atau elemen daripada pra Islam dan Islam dalam amalan mandi langir masyarakat Kedayan. Kajian mendapati, amalan mandi langir dalam masyarakat Kedayan ada asasnya daripada kepercayaan pra Islam iaitu dinamisme-animisme dan juga Islam. Interaksi antara keduanya pada peringkat awal menyebabkan sinkretisme. Sungguhpun begitu, elemen sinkretisme dalam amalan mandi langir masyarakat Kedayan hampir pupus. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Manusia Dan Peranannya: Pandangan Ali Shariati (1933-1977)(Penerbit Universiti Malaysia Sabah, 2010) ;Ros Aiza Mohd MokhtarAbd. Hakim MohadKeistimewaan yang ada pada manusia adalah kerana wujudnya kombinasi keseluruhan kejadiannya yang unik. Unsur seperti roh, jasad, akal, nafsu,jiwa,citarasa, akhlak, budi dan segala yang wujud pada diri manusia, memungkinkan ia menjadi khalifah dibumi. Justeru itulah pelbagai pandangan telah diutarakan oleh sarjana dari Timur mahupun Barat sejak dahulu hingga kini berkenaan manusia. Sehubungan dengan itu, kertas ini akan mengupas persoalan manusia menurut pandangan Ali Shariati. Perbincangan berkisar kepada konsep asal kejadian manusia,peranan dan misi golongan intelektual dalam masyarakat dan dalam masa yang sama menyentuh peranan manusia yang harus diambil iktibar daripada ritual ibadat haji. Pandangan Ali Shairati dipilih kerana beliau merupakan seorang tokoh yang berpegang kuat pada konsep Tawhid dan dalam masa yang sama, berfikiran moden dan terbuka, yang mana beliau menerima aspek-aspek positif daripada tradisi masyarakatnya, Barat dan Marxisme. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Memahami Strategi Manipulasi Naratif dan Modus Operandi Ekstremis: Keperluan Mendidik Masyarakat(Secholian Publication, 2024) ;Kartini Kamaruzzaman ;Ros Aiza Mohd Mokhtar; ;Ali Nasser Ali Al-TahitahIs’haq Ibrahim Ahmad Bani MelhemArtikel ini membincangkan berkenaan keperluan mendidik masyarakat berkaitan kepentingan memahami strategi manipulasi naratif dan modus operandi yang dilakukan oleh kumpulan atau individu ekstremis. Kajian ini dilaksanakan dengan metodologi kualitatif dengan temu bual separa struktur. Ia merangkumi pelbagai latar belakang peserta kajian. Ia termasuklah pempengaruh dan tokoh agama, pakar bidang bahasa, pakar bidang tasawuf, pakar kendalian rehabilitasi ekstremisme, wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), pencipta kandungan digital media sosial, produser media digital, menteri terdahulu di Jabatan Hal Ehwal Agama dan wakil organisasi bukan kerajaan. Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan kaedah analisa tematik. Dapatan kajian yang diperolehi melibatkan pandangan peserta kajian dari pelbagai latar belakang sosial yang menyumbang kepada kepentingan untuk memahami strategi dan manipulasi naratif serta modus operandi kumpulan dan individu ekstremis. Tiga dapatan utama adalah berkaitan salah faham dan manipulasi naratif jihad oleh kumpulan atau individu ekstremis, keperluan memahami strategi manipulasi naratif kepada masyarakat serta pendedahan kepada modus operandi ekstremis. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Meneroka Perspektif Menangani Ektremisme di Malaysia Melalui Pendekatan Naratif Alternatif Digital(SecholianPublication, 2023) ;Kartini Kamaruzzaman ;Ros Aiza Mohd Mokhtar ;Abdul Rashid Abdul Aziz ;Ali Nasser Ali Al-tahitahIs’haq Ibrahim Ahmad Bani MelhemKajian menunjukkan isu berkaitan ekstremisme di Malaysia sering ditangani oleh pihak berkuasa melalui penguatkuasaan undang-undang. Kertas kerja ini membincangkan kepentingan untuk menangani isu ekstremisme melalui pendekatan naratif alternatif mengambil kira platform media digital agar usaha untuk menangani ekstremisme dapat ditangani dengan lebih menyeluruh. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif dengan temu bual mendalam yang melibatkan pelbagai latar belakang peserta kajian. Ia termasuklah pakar anti-ekstremisme, tokoh agama, pakar bahasa, pakar tasawuf, wakil Polis Diraja Malaysia, pempengaruh media sosial, pencipta kandungan media sosial, menteri terdahulu di Jabatan Hal Ehwal Agama dan wakil pertubuhan bukan kerajaan. Dapatan kajian yang diperoleh melibatkan pelbagai perspektif menyumbang kepada kefahaman yang menyeluruh dalam memahami perspektif dan pendekatan alternatif naratif digital berkaitan usaha untuk menangani ekstremisme di Malaysia. Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan kaedah analisa tematik. Tiga tema utama menekankan kepentingan segmentasi audien dalam usaha membangunkan naratif alternatif, pendidikan dan kesedaran untuk memperkasa tindakan masyarakat, penggunaan dan kemahiran teknologi media digital bagi tujuan naratif alternatif serta implementasi nilai-nilai bersama sebagai usaha yang perlu diterapkan dalam pembangunan naratif alternatif digital. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Menyingkap Konsep Kebahagian Menurut Al-Farabi dalam Usaha Meningkatkan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI)(Penerbit USIM, 2022)Ros Aiza Mohd MokhtarSetiap manusia menginginkan kehidupan yang bahagia dan harmoni di dunia ini mahupun di alam selepas kematian. Disebabkan kepentingannya, konsep kebahagiaan dibincangkan oleh ramai sarjana dari Timur dan Barat dalam pelbagai konteks dari dahulu hinggalah ke hari ini. Dalam konteks Malaysia pula, isu kebahagiaan dalam kalangan masyarakat sentiasa diberi perhatian dan dipantau secara khusus. Dalam hal ini, Laporan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2021 menunjukkan prestasi skor MHI pada tahun 2021 berada di tahap bahagia iaitu pada skor 6.48. Analisis mengikut komponen pula menunjukkan skor indeks tertinggi yang dicatatkan adalah komponen keluarga iaitu 7.23, diikuti komponen amalan kerohanian (7.21) dan kesihatan (6.75). Walaubagaimanapun, usaha perlu dibuat bagi meningkatkan skor MHI. Justeru, kertas kerja ini akan merungkai definisi dan konsep kebahagiaan menurut al-Farabi serta mengenalpasti kaedah mencapai kebahagiaan yang disarankan oleh beliau. Kajian ini merupakan kajian kualitatif di mana data dikumpul menggunakan kajian kepustakaan. Seterusnya, data dianalisis secara deskriptif interpretif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, kebahagiaan bagi al-Farabi adalah kebaikan yang hakiki serta matlamat hidup bagi meneruskan kehidupan dengan aman dan damai tanpa menyebabkan masalah. Al-Farabi turut menyarankan empat cara untuk mendapatkan kebahagiaan iaitu pertamanya, teoritis. Keduanya, amali. Ketiganya, memahami teori, nilai intelektual, moral dan praktikal. Dan keempatnya, berakhlak mulia. Kajian ini penting sebagai usaha mengetengahkan kaedah-kaedah yang sesuai bagi meningkatkan skor MHI pada masa akan datang.
- «
- 1 (current)
- 2
- 3
- »