Browsing by Author "Shumsudin Yabi"
Now showing 1 - 20 of 67
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Bibliometrik Terhadap Kajian Berhubung Rancangan Televisyen Berkonsep Keagamaan Di Malaysia(Penerbit UNIPSAS, 2023) ;Nur Afifi bin Alit ;Shumsudin YabiMohd Yusuf bin IsmailMedia penyiaran televisyen memainkan peranan signifikan dalam menyuburkan pendekatan dakwah Islamiah di Malaysia. Perkembangan positif ini telah menyaksikan kerancakan penyiaran rancangan berkonsepkan keagamaan seiring dengan peningkatan minat penonton terhadapnya, dan kemudahan tenaga kerja yang membantu pihak berkepentingan dalam merealisasikan usaha murni ini. Hal ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan penyelidikan berhubung lapangan ini bagi penyediaan input dan data berautoriti kepada pihak yang berkepentingan. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk untuk mengenalpasti dan mengklasifikasi literatur berkaitan rancangan keagamaan televisyen di Malaysia. Metodologi digunakan adalah berpandukan analisis bibliometrik terhadap kajian dalampelbagai bentuk seperti tesis, disertasi, latihan ilmiah, artikel jurnal, kertas prosiding, bab dalam buku dan buku. Data-data ini diperoleh menerusi carian kata kunci seperti rancangan keagamaan, drama dan filem, media penyiaran, yang dilakukan menerusi pangkalan data artikel ilmiah, perpustakaan, dan laman sesawang berhubung topik kajian. Hasil kajian menemui sejumlah 124 literatur berhubung topik kajian, melibatkan pelbagai jenis dan tema perbincangan, yang dihasilkan samada yang berbahasa melayu atau berbahasa inggeris. Dapatan kajian memberikan gambaran keperluan menjalankan penyelidikan lanjut melibatkan kajian analisis terhadap tahap autentik kandungan rancangan keagamaan, dan kajian lapangan terhadap keperluan dan kecenderungan penonton. Kajian jugadapat memberi implikasi positif kepada pihak berkepentingan dalam lapangan penyiaran keagamaan di Malaysia untuk menghasilkan rancangan keagamaan yang berdaya saing dengan konsep yang lebih menarik dan mudah difahami kandungannya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Terhadap Hadith Tentang Penyamatarafan Wanita Dan Haiwan: Ulasan Dan Kritikan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018-06) ;Norhasnira Ibrahim ;Nur Saadah Hamisan@KhairShumsudin YabiSelari dengan proses perkembangan sosialisasi semasa, cabaran terhadap sumber Islam juga sentiasa berkembang daripada pelbagai sudut yang berbeza. Khasnya terhadap isu yang berkaitan wanita, terdapat beberapa hadith yang dianggap merendahkan martabat wanita dan menyekat hak kebebasan wanita sebagai mana yang telah dihujahkan oleh golongan anti hadis, feminis dan orientalis. Manifestasi ketidakadilan jantina ini seterusnya menghasilkan penyebaran hadis-hadis misoginis (anti-wanita) yang telah disalahertikan interpretasinya. Kajian ini memfokuskan kepada hadith sahih yang dikatakan telah menyamatarafkan wanita dengan anjing dan keldai. Penjelasan mengenainya akan menyentuh perihal matan, pengertian kalimah, hukum yang dikeluarkan daripada hadith dan ulasan para ulama’ yang muktabar sebagai pencerahan bagi salahfaham terhadap hadith tersebut. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Pengajian Hadith Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia Tumpuan Terhadap Pembelajaran Murid Sekolah Kebangsaan(USIM Press, 2020) ;Amran Abdul Halim ;Abdulloh Salaeh ;Shumsudin Yabi ;Norazmi Anas ;Muhammad Arif Yahya ;Mesbahul HoqueNorakyairee Mohd RausThe writing of this article is intended to apply the study of hadith taken from Sahih Bukhari to the students of primary schools in Malaysia. The method of writing in this article is that the author examines the hadiths from Sahih Bukhari to be used as teaching aids to students in primary schools. The author chooses a hadith from the book of al-Iman which is about the role or responsibility of a Muslim to another Muslim by taking care of his limbs and hands and also related to the advantages of congregational prayer in the Kitab al-Solat. While in terms of teaching methods or methods are teacher and student centered, the author has used Microsoft Powerpoint software as a tool or teaching aid (BBM) for primary school students based on topics related to the hadith. The special feature of this teaching aid is that students can look at it repeatedly at home and review it to strengthen their understanding of a hadith and apply it in their lives. Pupils can also share the material with their peers from other schools. It is hoped that through the tools or teaching aids (ABM) produced can give awareness to the current generation on the actions or practices that should be displayed on social media should always be guided by true Islamic guidelines and help teachers in diversifying their teaching methods in primary schools, especially the study of hadith in the subject of Islamic Education. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Tabayyun dalam Penerimaan Hadis dan Kepentingannya dalam Mengekang Penyebaran Hadis Palsu di Malaysia(Core Studies Center, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), 2023) ;Nur Afifi Bin Alit ;Shumsudin YabiMohd Yusuf IsmailHadis merupakan sumber kedua terpenting dalam Islam. Namun, latarnya yang berbeza dengan al-Quran selain suasana perkembangannya memperlihat kemasukan hadis palsu yang bercampur dengan hadis yang boleh diterima sebagai hujah, sehingga menyebabkan para ulama sejak zaman berzaman telah memberikan fokus dalam usaha memelihara ketulenan hadis daripada dicemari oleh anasir luar. Antara kaedah penting yang diberi perhatian adalah kaedah tabayyun dalam menerima sesuatu hadis yang bertujuan memelihara ketepatan makna hadis yang disampaikan sebelum disebarkan kepada pihak lain. Sebaliknya, pengabaian kepada konsep ini berupaya menjejaskan keabsahan sesuatu hadis disebabkan kegopohan dalam menerimanya tanpa sebarang proses tapisan. Justeru, kajian ini akan menerangkan konsep tabayyun dan aplikasinya dalam penerimaan hadis selain kepentingannya dalam mengekang penyebaran hadis palsu dalam masyarakat yang semakin menular mutakhir ini. Pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis dokumen kepustakaan digunapakai bagi memperolehi data-data kajian, dan kemudiannya dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan aplikasi konsep tabayyun ini dapat menjadi kaedah berkesan dalam menyekat penyebaran hadis palsu di Malaysia, melihat kepada beberapa kepentingannya antaranya dalam memastikan ketulenan sesuatu berita yang diterima, menghidupkan sunnah para ulama terdahulu, mendidik sikap berhati-hati, melatih ketelitian penyampai berita, dan mengelak salah faham dalam penerimaan hadis. Pengaplikasian konsep ini penting kerana dapat membantu dalam mengekang penyebaran maklumat palsu yang semakin mudah tersebar akibat lambakan medium penyampaian maklumat hasil perkembangan teknologi terkini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Application Of Maqasid Al-syariah To Preserve Religion And Intellectual On The Prohibition Of Spreading And Practicing False Hadis In Malaysia(HRMARS (www.hrmars.com), 2024) ;Nur Afifi Bin Alit ;Shumsudin YabiMohd Yusuf IsmailThroughout the ages, the issue of false hadis has been the scholar’s main priority since it negatively affects Muslims. Hence, efforts have been taken to tackle this issue, in accordance with the Syariah objectives which is to protect the interest of Islam and reject harmful influences on to the muslim’s life. Hence, the article’s purpose is to identify the application of Syariah objectives on the prohibition of spreading and practicing false hadis among Muslims in Malaysia, in terms of preserving the religion and the intellectual. The study uses a qualitative method based on library research by analyzing studies and documents to obtain research data related to the topic and were later analyzed using the content analysis method. The result found that the prohibition towards the spreading and practicing false hadis is in line with the Syariah objectives through the protection of religion and intellectual, as well as fulfilling the goal of protecting general interest of the Muslims in Malaysia. Thus, the efforts to overcome this issue need to increase to preserve the authenticity of the Prophet’s hadis so it can be used as an aid to overcome present challenges. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ayat 6 Surah al-Hujurat Sebagai Asas Menilai Kredibiliti Perawi Hadis(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08) ;A Irwan Santeri Doll Kawaid ;Muhammad Fawwaz Muhammad Yusoff ;Helimy ArisShumsudin YabiUlama hadis meletakkan sebahagian besar kreteria hadis sahih atau yang diterima dalam meneliti kredibiliti perawi yang meriwayatkannya. Kreteria-kreteria hadis sahih secara keseluruhan adalah sanadnya mestilah bersambung, perawi-perawi yang meriwayatkannya mestilah bersifat al- ‘Adalah, mereka juga mesti bersifat al-Dhabit, tidak terdapat al-Syuzuz dan tidak terdapat al-“Illah pada riwayat tersebut. Langkah mengambil kira kredibiliti perawi sebagai syarat hadis sahih dilihat sejajar dengan ajaran Quran daripada surah al-Hujurat, ayat 6 yang mengarahkan umat Islam agar meneliti berita yang disampaikan oleh orang yang fasik. Ayat tersebut secara tidak langsung telah meletakkan sifat pembawa berita sebelum menyuruh umat Islam agar meneliti berita yang disampaikan atau dengan kata lain ayat ini menggambarkan sifat seorang pembawa berita sebelum memerintahkan berita yang dibawanya diteliti. Ayat tersebut walaupun secara zahirnya berbentuk umum iaitu tidak mengkhususkan perintah tersebut dibuat terhadap pembawa hadis Nabi SAW, tetapi ia kemudiannya telah menjadi mekanisma utama dalam menerima kesahihan sesuatu hadis iaitu dengan meneliti kredibiliti perawi. Kertas kerja ini bertujuan untuk menelusuri penentuan kreteria kredibiliti perawi yang dijadikan syarat oleh para ulama dalam penerimaan kesahihan hadis Nabi SAW berpandukan ajaran Quran tersebut. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Concept of Islamic State in the Thought of Rasheed Rida through al Manar: Ottoman Caliphate as Model(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Abdoul Karim Toure ;Mualimin Mochammad SahidShumsudin YabiThis study is an attempt to know the view of Rashid Rida through his book Al Manar about the concept of Islamic State. The Islamic State passed through a long and different stages from the Prophetic era, the four Caliphates, the two Dynasties Umayyad and Abbasid and the Ottoman Caliphate before its collapse. This long mix stages between strengths and weaknesses ended by the collapse of Ottoman Caliphate. Rashid Rida, tried hard to save in his capacity the Ottoman Caliphate but failed, he then indirectly describe it in many occasions with some descriptions which show that he was not satisfied with the State for some political and social reasons. The method upon which the study is based is inductive method. The researchers elaborated in the study the concept of Islamic state from Rashid Rida perspective from his Tafsir al- Manar. And among the findings of the study is that, as a scholar we should know that unity of the state is the solid ground of the implimentation of the rule of Allah, therefore it should always be the priority of the time. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Concept Of Worship Towards Sheikh(Human Resource Management Academic Research Society, 2017) ;Akila Mamat ;Aminudin Basir @ AhmadShumsudin YabiThe followers of deviant movements have an extraordinary level of obedience towards their sheikhs or spiritual leaders. The leaders are regarded as religious sources that determine certain practices and are considered ma‘sum or infallible by his followers. They would therefore blindly follow what their leaders want and desire without much resistance. This has resulted in an extraordinary level of worship exceeding the level accorded for the Prophet s.a.w. Individuals involved in such extreme worshipping risk putting themselves in a major shirk. This article seeks to address the issue of extreme attitude or al-Ghuluw, and the concept of worshipping the spiritual leaders from the Islamic points of view by using the document analysis method. The results of the study have found that these religious leaders are regarded as a point of reference to certain practices, and are considered infallible or free from sin. In more extreme cases, these leaders are deemed to have divine attributes. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication A Historical Review Of Religious Malay Manuscript Writings Before 1800(Academic Inspired Network (AIN), 2022) ;Norhasnira Ibrahim ;Zainora DaudShumsudin YabiThe arrival of Islam to the Malay Archipelago is the core reason for the existence of the Jawi script. By using the Jawi script, the expansion of religious Malay manuscripts or Malay-Islamic Kitab writings began to bloom and was estimated in the 12th century. Objectives of this study are (i) to study a brief history of religious Malay manuscript writings before the year 1800, and (ii) to identify Malay authors and their religious Malay manuscript writings based on time-frame production. This article is presented by using qualitative methodology by gathering data from books, journal articles, paperwork, and websites. The result of this study shows that there are two phases of religious Malay manuscript writing which are the first phase is ‘The Translation Phase’ from the 12th to 16th century, and the second phase is ‘The Individual Writing Phase’ from the 17th to 18th century. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepelbagaian Motivasi Targhib Dan Tarhib Menurut Perspektif Al-Quran(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Amiruddin Mohd Sobali ;Amran Abdul HalimShumsudin YabiInsan memerlukan kekuatan dan dorongan untuk terus berjaya di dalam hidupnya, sama ada ia urusan dunia mahupun akhirat. Dorongan ini lazimnya dikaitkan habuan kebendaan jika ia berkait dengan urusan dunia dan ganjaran pahala serta kenikmatan syurga apabila ia berkaitan dengan akhirat. Kecintaan insan kepada dunia dan perhiasannya menyebabkannya melebihkan bahagian kecil hidupnya dan melupakan bahagian yang lebih penting iaitu akhirat yang kekal abadi. Oleh itu, tulisan ini menarik perhatian pembaca mengenai bagaimana al-Quran menaikkan semangat hamba untuk mendorongnya mengejar akhirat tanpa melupakan bahagiannya di dunia. Tulisan ini adalah sebuah kajian kualitatif yang menggunakan metod data analisis, iaitu dengan menganalisa ayat-ayat al-Quran yang mengandungi teknik motivasi serta jenis-jenisnya yang boleh difahami dengan panduan kitab-kitab tafsir. Tulisan seumpama ini penting untuk menjelaskan kepada masyarakat bahawa dorongan yang Allah sediakan itu bukan sekadar ganjaran dan balasan terhadap apa yang dikerjakan, tetapi meliputi ancaman kepada hamba yang melanggar peraturan Allah SWT. Ia penting agar kehidupan harian hamba itu dipandu dengan acuan Islam demi meraih keredhaan Allah SWT. Ia diharap dapat menyumbang kefahaman kepada umat Islam bahawa Islam tidak menolak kemajuan tetapi menekankan keseimbangan dalam kehidupan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kitab Arba’un Hadithan Fi Ishtina’ Al-Ma’ruf Bayna Al-Muslimin Oleh Imam Al-Mundhiri :Satu Kajian Takhrij(USIM Press, 2022) ;A Irwan Santeri Doll Kawaid ;Ahmad Izzuddin Abu Bakar ;Shumsudin YabiMohd Khairul Ni’mat Doll KawaidThe Book of Arba'un Hadithan fi Ishtina 'al-Ma'ruf Bayna al-Muslimin could be considered the first book of forty hadith that was written on the virtues of doing kindness to other people. It is one of the works of Imam al-Mundhiri (w 656 H) which means that it has been written around the seventh century. It is said that the book received good acceptance from the public at that time. The Moroccan Ministry of Waqf and Islamic Affairs at this time has republished the book in 1985 justifying the merit of the book. The book contains forty hadiths that have been selected by Imam al-Mundahiri from various hadith resources. The hadiths were about doing kindness dan helping others. However, the author did not mention the sources of the hadiths selected as well as any information about them. Imam Muhammad bin Ibrahim al-Sulami al-Munawi (w 803 H) then improved the book by giving information about the sources (takhrij) and brought similar hadiths to the selected hadiths to support them as well as adding some explanation to them. After him, Muhammad bin Makhluf al-Tha'alabi (w 875 H) summarized the book. However, although Imam al-Mundhiri was a scholar of the hadith as well as Imam al-Sulami and al-Tha'alabi, many statuses of the selected hadiths were found not authentic. Nevertheless, some of it was considered fabricated. Likely, Imam al-Sulami and al-Tha'alabi who were commenting on the book did not comment anything about the status. Thus, this paper tries to do takhrij to the hadiths of the book. It will discuss their authenticity as well as highlight the significance of the book in encouraging the activity of doing kindness to people. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Literature Review On Concept Of Tafakkur In Islamic Mysticism(Human Resource Management Academic Research Society, 2019) ;Akila Mamat ;M.Safri Ali ;Syed Hadzrullathfi Syed Omar ;Zaida Zainal Abidin ;Shumsudin YabiAminudin Basir @ AhmadTafakkur is an act of thinking, contemplating, reflecting, training and tadabbur that encompass human’s mind, heart and spiritual. Thus, this study was conducted to further elaborate on tafakkur by realizing three selected objectives. Which is, explaining the consept of tafakkur, explaining the concept of tafakkur according to Islamic scholars and identifying the concept of tafakkur practiced by the Sufis. The methodology of this study is a library study to collect information, data and theories involved. Then, the data were analyzed by using content analysis method. The results of the study found that the practice of tafakkur produces individuals who are enlightened (Ulu al-Bab), have a strong hold to a knowledge, not easily influenced by others and able to see the wisdom behind a test. The practice of tafakkur also benefits the body and the soul of the practitioner plus to the community surrounding. In addition, the practice of tafakkur have become routine worship to Sufis members then accompanied by other tasawwuf elements. For example, element of `uzlah, suluk, khulwah, dhikir, riyaḍah and muraqabah so that the tafakkur practice is more complete and effective. The ultimate goal of tafakkur practice is to know Allah SWT with the ultimate knowledge through the concept of al-Fana`, al-Baqa`and Ma`rifah Allah. Keywords: Concept of Tafakkur, al-Fana’, al-Bawa’, Ma’rifah Allah - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Literature Review On Theravada Siamese Buddhism's Mediation Practice In Kelantan, Malaysia(Human Resource Management Academic Research Society, 2019) ;Akila Mamat ;M.Safri Ali ;Syed Hadzrullathfi Syed Omar ;Zaida Zainal Abidin ;Mohd Hasrul Shuhari ;Aminudin Basir @ AhmadShumsudin YabiMeditation is one of the practices in Buddhism that is oriented based on the reason to form, control and train the mind to face, accept and manage things or problems in our lives, so that we can remain calm and patience. In Kelantan, the Siamese, which is the minority ethnic, who believe in Theravada Buddhism practice the meditation. Therefore, this study presents three objectives that is purposed to explain and elaborate the meditation practice in detail. The objectives are to explain the history of the arrival of Buddhism in Kelantan, to clarify the concept of meditation in Buddhism’s teachings, and to identify the concept of meditation based on Theravada, one of the schools of Buddhism, in Kelantan. In carrying out this study, the researcher implements the content analysis method to examine the observed literature review. The researcher also employs library research to gather the data. This study found that the meditation practice among the Theravada Buddhist in Kelantan is dominated by the Siamese who is originated from Thailand. While, the form, the way and the objective of meditation that is practiced there is to appreciate the teachings of Buddhism, Dhamma and Sangha such as Sila and Atthasila in the concept of Four Noble Truth and Noble Eightfold Path to achieve the eternal happiness, and to become a true Bikkhu (Arahat) and to honour the Three Jewels of Buddhism. Keywords: Meditation, Four Noble Truth, Noble Eightfold Path, true Bikkhu, Three Jewels of Buddhism. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pemaparan Status Hadis dalam Aplikasi Digital Hadis: Isu dan Masalah(Penerbit USIM, 2022) ;A Irwan Santeri Doll Kawaid ;Ahmad Izzuddin Abu Bakar ;Shumsudin YabiMohd Fadzli MarhusinPerkembangan teknologi maklumat menjadikan ramai orang yang memilih untuk mencari atau berkongsi maklumat tentang pelbagai perkara di platform digital. Hadis Nabi SAW, sepertimana maklumat lain, turut menjadi item perkongsian dan carian yang banyak dilakukan di platform tersebut. Ianya dilakukan sama ada untuk diketahui atau diamalkan. Di zaman ini juga, ramai yang mulai sedar tentang kepentingan beramal dengan hadis sahih dan keperluan menolak hadis palsu dan hadis dhaif jenis berat lantaran banyak kempen kesedaran yang dilakukan oleh pelbagai pihak. Disebabkan perkembangan tersebut, banyak pihak, terutamanya pengelola laman sesawang atau pembina aplikasi telefon mudah alih cuba memudahkan pengguna untuk mendapatkan status hadis dengan memaparkannya di platform mereka. Pemaparan aplikasi-aplikasi tersebut dilihat mempunyai kepelbagaian dalam gaya dan pendekatan. Meskipun status hadis adalah salah satu komponen kecil dalam maklumat hadis yang mereka sajikan, namun jika diteliti, terdapat pelbagai isu dan masalah di sebalik penyediaannya yang memerlukan kepada perancangan yang sistematik sebelum ianya dapat dipaparkan dengan tepat dan sesuai. Kertas kerja ini mengkaji isu dan masalah yang berkaitan pemaparan status hadis di aplikasi digital hadis. Ia membincangan aspek perancangan serta pendekatan yang bersesuaian untuk digunakan bagi pemaparan status hadis di aplikasi digital hadis. Hal ini agar pemaparan tersebut dapat dimanfaatkan oleh pengguna dan tidak menyebabkan disiplin ilmu hadis disalah tanggap. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembinaan Garis Panduan Penyampaian Dan Penerimaan Hadith Dalam Rancangan Keagamaan Di Televisyen: Analisis Terhadap Kriteria Utama Diperlukan(IIUM Journal, 2023) ;Nur Afifi bin Alit ;Shumsudin YabiMohd Yusuf bin IsmailPenyampaian ilmu berkaitan hadith di Malaysia semakin berkembang pesat dalam pemodenan dunia masa kini. Proses kemajuan ini bukan sahaja dilihat daripada aspek kandungan dan bidang ilmu yang disampaikan malah meliputi kaedah yang digunapakai seiring dengan kemajuan teknologi semasa antaranya penyebaran dakwah melalui rancangan keagamaan di televisyen. Namun, kemudahan teknologi ini harus diselarikan dengan pengaplikasian kaedah pemantauan yang berkesan, dan medium penapisan yang efektif dengan mewujudkan garis panduan yang komprehensif bagi mengelakkan implikasi penularan negatif yang timbul akibat pengabaian elemen penting yang disebutkan. Justeru, kajian ini bertujuan menjelaskan keperluan dalam penetapan kriteria utama pembinaan garis panduan tersebut yang berupaya menjadi rujukan penting bagi pihak berautoriti dalam lapangan penyiaran televisyen berkonsepkan keagamaan, dan panduan untuk mereka yang terlibat dalam lapangan kontemporari ini secara keseluruhannya. Kajian ini menggunakan teknik penyelidikan perpustakaan dengan mengumpulkan data primer dan sekunder, dan dianalalisis secara analisis kandungan. Garis panduan yang akan dibina mestilah memenuhi beberapa kriteria seperti kandungan yang menyeluruh meliputi aspek riwayah dan dirayah hadith, penggunaan terma yang eksplisit, penyertaan dalil sebagai konsep asas pembinaan item kandungan, penyenaraian contoh kesalahan yang dilakukan ketika proses penyampaian dan penerimaan hadith, penetapan golongan sasaran bagi setiap bahagian kandungan garis panduan, dan pembentukan usaha pemantauan yang lebih sistematik. Hasil kajian mendapati keperluan terhadap aris panduan ini ditekankan agar objektif utamanya ialah menghindari polemik penggunaan hujah yang rapuh dalam penyampaian maklumat seperti penghujahan dengan hadith-hadith palsu dan salah faham terhadap hadith yang disampaikan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pemerkasaan Ekonomi Belia Era Kerajaan Madani: Adaptasi Daripada Profesion Para Nabi Dalam Al- Quran(Penerbit USIM, 2023) ;Amiruddin Mohd Sobali ;Amran Abdul HalimShumsudin YabiEkonomi yang mampan merupakan tunjang dalam memacu pembangunan fizikal mahupun modal insan negara diharapkan. Manakan tidak, keperluan utama rakyat seperti makanan, pendidikan dan kesihatan tidak dapatkan dinikmati tanpa kemajuan ekonomi yang baik. Pembangunan ekonomi yang cekap bermula bukan sahaja daripada pihak pemerintah yang bijak mengatur langkah tetapi individu persorangan turut memainkan peranan utama pembangunan ekonomi diri sendiri dan keluarga. Namun kebimbangan mengenai peluang pekerjaan yang terhad sering menghantui golongan belia terutamanya para graduan pengajian tinggi yang dilihat sentiasa mengharapkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan yang dimiliki serta menjanjikan pendapatan yang setimpal. Lebih menggusarkan mereka apabila bilangan pengangguran semakin tinggi. Keadaan ini merencatkan perancangan para belia untuk memenuhi impian dan cita-cita dalam membina kehidupan yang lebih sempurna. Justeru, kajian kualitatif ini akan menghuraikan jenis pekerjaan para nabi, iaitu golongan insan yang terbaik di atas muka bumi ini menurut al-Quran seterusnya melihat kupuasan para ilmuan tafsir dalam kupasan nas-nas tersebut. Ia bertujuan memperlihatkan kepada para belia betapa luasnya rezeki kurniaan Allah SWT untuk dicapai dengan usaha yang gigih dan tersusun. Kepentingannya adalah untuk membangkitkan motivasi dalam kalangan belia untuk menguatkan tawakal kepada Allah yang maha mengurnia seterusnya membangkitkan kekuatan untuk berusaha dan tidak memilih dalam soal mencari rezeki. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengajaran Kursus Ulum Hadith di Institusi Pengajian Tinggi Awam: Tinjauan Literasi Terhadap Pendekatan Pengajaran Masa Kini(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Shumsudin Yabi ;Syulhanif Kadri ;Zulhilmi Mohd NorMohd Fauzi Mohd AminHadith merupakan sumber kedua dalam syariat Islam. Mempelajari ilmu Hadith penting kerana ia merupakan ilmu yang berperanan bagi memelihara kesucian hadith yang diaplikasikan dalam kehidupan. Justeru itu, artikel ini bertujuan mengkaji pendekatan pen-gajaran yang boleh diaplikasikan bagi kursus Ulum Hadith yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi awam (UA) di Malaysia dan mengenalpasti ruang dan peluang untuk mem-beri nafas baru terhadap pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dan artikel yang berkaitan dengan pendidikan, Pengajian Islam, serta pendekatan dalam pengajaran. Hasil tinjauan mendapati antara pendekatan penting dalam pengajaran kursus Ulum Hadith di institusi pengajian tinggi awam adalah pensyarah hendaklah berperanan sebagai muallim, menghasilkan pembelajaran yang bermakna dengan pengajaran berpusatkan pelajar, menggunakan pendekatan eklektik iaitu dengan menggabungkan semua atau sebahagian daripada ciri-ciri sesuatu kaedah ke dalam kaedah yang baru, menggunakan jadual dan gambarajah di dalam pembelajaran, menguasai antara empat kemahiran pedagogi Rasulullah SAW, dan melaksanakan pembelajaran aktif. Kajian diharapkan dapat membantu penambahbaikan sistem pengajaran kursus Ulum Hadith di institusi pengajian tinggi awam Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengintegrasian Aplikasi ICT Berkaitan Hadis dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Berkaitan Hadis di Universiti Awam Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;A. Irwan Santeri Doll Kawaid ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Mohd Zohdi Mohd Amin ;Shumsudin YabiMohd Yusuf IsmailPenggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menjadi suatu yang lumrah dalam dunia pendidikan hari ini. Selain bagi tujuan pembentangan, interaktif dan perhubungan, banyak lagi aplikasi berkaitan ICT yang telah dibangunkan yang boleh digunakandalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam bidang hadis, telah terdapat banyak aplikasi ICT berkaitan hadis yang dibangunkan. Ia bertujuan memudahkan umat Islam mendekatkan diri mereka dengan sumber kedua terpenting itu serta bagi membolehkan mereka menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan dengannya. Aplikasi-aplikasi tersebut sentiasa maju seiring dengan kemajuan baru yang terdapat dunia ICT yang bukan sahaja berbentuk pendigitalan kitab-kitab hadis sahaja malah dengan kewujudan pelbagai fungsi yang maju yang lain. Kajian ini ingin meninjau adakah aplikasi-aplikasi berkaitan hadis tersebut dintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kursus-kursus berkaitan hadis di universiti awam (UA) Malayisa; apakah ia didedahkan, digunakan, digalakkan penggunaannya dan apakah persepsi, kebolehpercayaan, tahap kemahiran, pengetahuan, kekerapan penggunaan serta halangan yang dihadapi pensyarah bidang hadis dalam pengintegrasiannya? Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang dilakukan ke atas para pensyarah bidang hadis di beberapa UA Malaysia bagi mengenalpasti pengintegrasian tersebut. Hasil kajian ini mendapati bahawa, dari sudut pengetahuan, kebanyakan pensyarah bidang hadis di UA Malaysia mengetahui dan mahir menggunakan aplikasi ICT berkaitan hadis. Dari sudut tahap pengintegrasian pula, rata-rata mereka menerima baik dan mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran kursus berkaitan hadis.Tidak timbul halangan pengaplikasiannya dari sudut polisi serta sokongan daripada pihak institusi merka. Namun masih terdapat beberapa pandangan yang kurang bersetuju dengan pengintegrasian sepenuhnya ICT kerana bagi pandangan mereka, unsur-unsur keaslian ilmu hadis perlu dikekalkan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penglibatan Ahli Akademik Terhadap Pengajaran Hadith(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Amran Abdul Halim ;Shumsudin YabiMesbahul HoqueThis study aims to identify the involvement of academicians on the teaching of the hadith. The contribution of the academic to the teaching of the hadith is indispensable in expounding the meaning of al-Sunnah as a second source of Islamic law. This study selected academicians from several universities including the University of Malaya, the National University of Malaysia, the Islamic Science University of Malaysia and the International Islamic University; in which they are all in involved in various fields of Islamic Studies. The method used in this study is a questionnaire which is group sampling. The author distributed the questionnaire to the academic staff at the university. Based on this descriptive analysis of the questionnaire, it can be concluded that the academicians involved, played a significant role in raising the awareness on the important oh Sunnah. They also contribute to the expanding of communities in understanding the hadith and used multiple rooms as their premises such as universities, mosques, surau and others. This shows that most academicians have good knowledge in relation to the study of hadith. Therefore, they are among the most suitable to be used as references to the community in solving the problems of Sunnah and bid'ah, especially the academicians who are experts in the field of hadith. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peribadi Muawiyah ibn Abu Sufyan RA dalam Karya Melayu: Kajian Kritis Terhadap Tulisan al-Idrus(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Muhammad Zaid Bakar Redin ;Mustafa Khlaif Mohammad Abu Zaid ;A. Irwan Santeri Doll Kawaid al-NadawiShumsudin YabiPeribadi Saidina Muawiyah ibn Abu Sufyan RA antara peribadi sahabat Nabi SAW yang sering dilanda kontroversi. Hal ini disebabkan beberapa tindakan beliau selepas kewafatan Baginda Nabi SAW yang dipandang salah oleh sebahagian umat Islam. Di antara tindakan beliau itu adalah perselisihan beliau dengan Amirul Mukminin Ali ibn Abu Talib RA yang menyebabkan tercetusnya perang saudara di antara umat Islam, pertukaran sistem khalifah kepada sistem beraja serta penentangan Bani Umayyah terhadap Ahl Bayt. Tindakan-tindakan tersebut telah menyebabkan timbul pelbagai persepsi negatif terhadap dirinya. Kisah-kisah negatif yang sesetengahnya tidak berasas telah dimuatkan dalam banyak buku, terutamanya buku berkaitan sejarah Islam. Perkara ini juga diulangi oleh kebanyakan para penulis bukan Arab ketika menulis sejarah Islam di dalam bahasa ibunda masing- masing. Antara karya penulisan tersebut, buku "Muawiyah ibn Abi Sufyan" karangan Abdullah bin Hamid al-Idrus. Buku ini di antara karya terawal dalam Bahasa Melayu yang membicarakan secara khusus peribadi Saidina Muawiyah RA. Namun buku ini tidak hanya mendatangkan riwayat-riwayat mengenai personaliti Muawiyah ibn Abi Sufyan RA, bahkan turut mendatangkan beberapa kisah negatif serta hikayat yang mengaibkan mengenai diri beliau. Artikel ini bertujuan untuk meneliti fakta-fakta yang dikemukan buku ini terhadap Saidina Muawiyah RA dengan menggunakan metodologi analisa dan metodologi kritis, terutamanya dalam mengkritik fakta yang tidak tepat dalam mengaitkan diri beliau dalam sesuatu peristiwa. Dapatan kajian mendapati maklumat yang dikemukakan dalam buku ini mengundang syak wasangka serta persepsi buruk terhadap Muawiyah ibn Abi Sufyan RA, selain itu ia tidak mengaplikasikan methodologi yang betul dalam menukilkan riwayat-riwayat sejarah. Tambahan pula, kisah-kisah serta hikayat-hikayat yang dikemukakan kebanyakannya berunsur permusuhan dan kebencian.