Browsing by Author "Simah Mamat"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Covid-19 Cabaran Dan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Teradun(Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM, 2021) ;Simah Mamat ;Che Aleha Ladin ;Azni Yati Kamaruddin ;Siti Mariah MazanNor Asiah IsmailPengenalan-Penggabungan penggunaan media digital dengan kaedah tradisional (chalk and talk, tugasan, nota, tayangan video, youtube) secara dalam talian telah menjadi satu platform penting kepada semua guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara formal dan tidak formal semasa COVID-19. Namun, untuk merealisasikan medium baharu ini dalam kalangan guru, banyak persoalan yang perlu ditangani dengan bijak oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan semua pihak. Objektif – Kertas kerja ini dilaksanakan untuk mendalami fenomena yang berlaku dari segi cabaran dan pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian sewaktu tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP). Selain itu, objektif kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti langkah dan inisiatif yang dilaksanakan oleh KPM dalam PdP. Methodologi – Metod yang digunakan adalah kaedah kualitatif dengan mendapatkan sumber data daripada kajian-kajian lepas, catatan perkembangan pembelajaran teradun daripada kumpulan-kumpulan e-didik, di bawah KPM, telegram, laman web, petikan dan berita dari seluruh Malaysia dan luar negara. Dapatan – Cabaran yang didapati adalah bukan semua kawasan kediaman murid-murid mendapat liputan internet terutama mereka yang tinggal di pedalaman. Cabaran seterusnya ialah keluarga yang kurang berkemampuan. Melalui penyediaan bahan PdP yang kreatif dan berinovasi, para guru telah mendapat sokongan daripada pihak KPM kerana berjaya melaksanakan PdP secara dalam talian sekali gus guru dapat menjana cara berfikir muridmurid di luar kotak. Penggunaan media digital tidak mengira jarak dan masa kerana penyampaian ilmu merupakan tanggugjawab dan amanah hakiki para pendidik kepada masyarakat.Walaubagaimanapun, bukan semua kawasan mendapat liputan terutama yang tinggal di pedalaman.Terdapat juga keluarga yang kurang berkemampuan sukar menyediakan kemudahan data dan gadget untuk anak-anak mereka meneruskan PdP secara maya ini. Kepentingan – Memberikan pendedahan kepada guru-guru dengan kursus-kursus dan latihan pengajaran yang mengintegrasikan teknologi digital secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan memberikan panduan kepada KPM untuk menggubal atau menambah baik kurikulum pendidikan dengan mengintegrasikan elemenelemen lain merangkumi pengetahuan teknologi dalam pengajaran. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Covid-19: Cabaran dan Inisiatif dalam Mendepani Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Teradun(USIM Press, 2021-12) ;Simah Mamat ;Che Aleha Ladin ;Azni Yati Kamaruddin ;Intan Marfarrina OmarNor Asiah IsmailPerubahan kaedah pengajaran guru sejak dunia dilanda pandemik Covid-19 memberi kesan yang besar kepada sistem pendidikan negara. Para guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) teradun melalui penggunaan media digital dengan kaedah tradisional secara dalam talian sebagai mekanisme utama penyampaian ilmu. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengupas cabaran guru dan inisiatif kerajaan dalam pelaksanaan PdP. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen melalui sumber data kajian-kajian lepas, catatan perkembangan pembelajaran teradun daripada kumpulan-kumpulan e-didik di bawah KPM, telegram, laman web, petikan dan berita dari seluruh Malaysia dan luar negara. Cabaran utama yang ditemui adalah berkaitan dengan capaian internet terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Cabaran lain pula ialah terdapat keluarga yang kurang berkemampuan dan sukar menyediakan kemudahan data dan gadget kepada anak-anak untuk meneruskan PdP secara maya. Antara inisiatif KPM terhadap murid yang tidak mempunyai capaian internet untuk melayari Google Classroom (GC), mereka boleh menggunakan WhatsApp. KPM dan Uniceff juga menyediakan bahan pengajaran yang dibina menggunakan Google Slide bagi murid bermasalah pendengaran dan pembentangan boleh dibuat dengan sarikata. Selain itu, kerajaan juga memudahkan penggunaan GC melalui penubuhan akaun email e-didik. Kajian ini memberi implikasi kepada guru-guru agar memantapkan pengajaran teradun melalui teknologi digital secara kreatif dan inovasi dengan menghadiri kursus dan latihan dalaman secara talian. Ibu bapa dan guru juga perlu melakukan anjakan paradigma untuk menguasai ilmu pengetahuan terknologi terkini bagi menangani masalah ini. KPM perlu menggubal atau menambah baik kurikulum pendidikan sesuai dengan pembelajaran teradun ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Dan Aplikasi Kemahiran Melakar Aras Tinggi (KMAT) Dalam Pengkaryaan Seni Visual Pelajar Sekolah Menengah(USIM Press, 2021-12) ;Che Aleha Ladin ;Intan Marfarrina Omar ;Vishalache Balakrishnan ;Azni Yati KamaruddinSimah MamatLakaran boleh digunakan sebagai medium komunikasi untuk menyampaikan maklumat. Dalam konteks seni visual, lakaran digunakan sebagai asas penjanaan idea, untuk mencipta atau menghasilkan karya. Walau bagaimanapun, lakaran yang dihasilkan perlu beraras tinggi supaya penciptaan idea menepati aspek pengkaryaan yang kreatif, kritis dan mempunyai kualiti estetik yang diperlukan. Artikel ini bertujuan untuk mengemukakan konsep dan aplikasi Kemahiran Melakar Aras Tingi (KMAT) dalam pengkaryaan seni visual yang sesuai untuk sekolah menengah. Konsep KMAT diutarakan sejajar cabaran pengajaran dan pembelajaran yang perlu memfokuskan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang meletakkan aras mencipta di tahap tertinggi. Untuk mencapai KMAT, terdapat tiga tahap yang perlu dikuasai semasa proses penghasilan karya. Ia dimulai dengan (i) peringkat imitasi iaitu peniruan 100% dan memahami bentuk asas, (ii) peringkat manipulasi iaitu kepelbagaian penggunaan alat dan bahan, kefahaman kadar banding dan komposisi, kefahaman perspektif dan peringkat tertinggi iaitu (iii) Naturalisasi yang melibatkan penzahiran idea dengan cara tersendiri dan fasih mengaitkan isu, tema dan budaya dalam lakaran. Namun, kunci kepada kejayaan KMAT iaitu penguasaan kefahaman dan pengaplikasian unsur seni dan prinsip rekaan yang menyeluruh dalam pengkaryaan disertai dengan minat dan bakat yang mendalam. Oleh itu, artikel ini mencadangkan supaya pelajar, guru dan golongan yang berminat dalam pengkaryaan seperti pelukis atau pereka dapat menggunakan KMAT sebagai satu panduan melahirkan idea lakaran yang lebih kritis, kreatif di tahap tertinggi bagi memenuhi kualiti penciptaan yang diperlukan sejajar dengan konteks revolusi Industri 4.0.