2020 SWAN
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2020 SWAN by Department "Universiti Sains Islam Malaysia"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Pandangan Pakar Mengenai Karakteristik ‘Asabiyyah Ibnu Khaldun: Satu Kajian Awal(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29); ; ;Latifah Abdul LatiffMakalah ini membincangkan hasil analisis awal menurut pandangan pakar dalam mengenalpasti perbincangan sarjana Islam unggul, Ibnu Khaldun berkenaan karakteristik ‘asabiyyah yang menjadi faktor utama dalam Teori Kitaran beliau. Usaha ini bagi menangani kelompangan kajian terdahulu untuk merungkai secara sistematik, karakteristik yang ada dalam perbincangan ‘asabiyyah oleh Ibnu Khaldun. Sebagai analisis awal, pengkaji telah menjalankan kajian ke atas tiga orang pakar dalam pengkajian ilmu Ibnu Khaldun yang diperoleh secara temu bual mendalam dan dianalisis secara tematik. Hasil analisis awal mendapati terdapat empat karakteristik utama dalam konsep ‘asabiyyah Ibnu Khaldun, iaitu kekuatan agama, perkongsian tujuan dan nilai, melangkaui pertalian darah, bersifat positif dan berani mengajukan tuntutan. Justeru, kajian ini dapat menjadi sumber rujukan yang lebih sistematik dan tersusun dalam menjelaskan karakteristik ‘asabiyyah Ibnu Khaldun yang menjadi teras utama jatuh bangun sesebuah tamadun. Malahan dapatan kajian ini dapat mengangkat kerelevanan perbincangan yang menjangkau 600 tahun yang lampau untuk diaplikasikan kepada masyarakat heterogen yang unik dan pelbagai dalam peradaban masa kini.11 23 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persepsi Awal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia Terhadap Kursus Falsafah Dan Isu Semasa.(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Ros Aiza binti Mohd Mokhtar; ;Siti Nor Azhani binti Mohd ToharAbd Hakim bin MohadKusrus Falsafah dan Isu Semasa merupakan salah satu kursus wajib universiti yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia bermula September 2019. Kursus ini telah mula diambil oleh pelajar Universiti Sains Islam Malaysia bermula semester II, 2019/2020. Pada dasarnya, kursus ini dibangunkan untuk pelajar sebagai pendedahan kepada Ilmu Falsafah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara yang menjadi tunjang kepada Malaysia. Selain itu, perbincangan berkaitan isu-isu kontemporari dalam aspek Falsafah dan Isu Semasa diharapkan dapat melahirkan pelajar yang lebih kritis dalam menangani permasalahan dalam kehidupan mereka dan dalam masa yang sama berupaya menjadikan falsafah sebagai asas bagi menjalin dialog antara budaya serta memupuk nilai sepunya. Oleh itu, makalah ini bertujuan meneroka persepsi awal pelajar USIM terhadap kursus ini. Kajian ini merupakan kajian kualitatif di mana sekumpulan pelajar telah diminta menjawab beberapa soalan pada hari pertama mereka menghadiri kuliah bagi kursus ini iaitu sepuluh minit sebelum kelas tamat. Data kemudiannya dianalisis secara deskriptif interpretatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa, walaupun pelajar mengganggap kursus ini sebagai kursus yang berat, namun, mereka sedar tentang kepentingan kursus ini serta mengharapkan kursus ini menjadikan mereka lebih berfikiran rasional, kritis serta berupaya mencari jawapan yang terbaik dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan mereka. Kajian ini penting sebagai input awal kepada tenaga pengajar kursus ini di USIM khususnya dan di IPT amnya sebagai persediaan dan penambahkaian dalam perlaksanaan kursus ini pada semester-semester yang akan datang10 48 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication آثار العقوبة القانونية في إقلاع الشباب الفلسطيني عن المخدرات في ضوء القانون الفلسطيني(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;محمد صالح تيم; ‘Azeemi Abdullah Thaidi5 43