2024 iJURECON
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2024 iJURECON by Subject "akademik"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hubung Kait Antara Hafazan Al-Quran dan Pencapaian Akademik Pelajar di Maahad Tahfiz Negeri Pahang(Kolej PERMATA Insan, 2024) ;Muhammad Daniel Iqbal Mohd Nazori ;Anas Mohd Lafzul ;Wan Nur Adira Safiah Wan Hazni ;Hana Humaira Yazmin HizamNurul Farhah HamidiKesedaran terhadap kelebihan menghafaz al-Quran mempengaruhi ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke institusi tahfiz, sama ada dikelola oleh kerajaan pusat, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), organisasi bukan kerajaan atau institusi tahfiz persendirian. Ekoran daripada perkembangan institusi tahfiz di Malaysia, Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) telah diperkenalkan pada tahun 2014 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Seterusnya pada tahun 2015, pelaksanaan KBT diperluas ke institusi-institusi tahfiz yang diasaskan oleh MAIN, JAIN dan Yayasan Negeri. Maka, Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) turut dirangka pada tahun 2021 sebagai rujukan utama dalam memperkasa pendidikan tahfiz di Malaysia selari dengan pendidikan arus perdana. Di Pahang, Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) antara institusi tahfiz yang menawarkan KBT kepada para pelajar tingkatan satu hingga lima. Mereka bukan sahaja perlu menamatkan hafazan al-Quran ketika di tingkatan tiga, tetapi turut diwajibkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sementara itu, pelajar yang telah menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran digalakkan untuk menduduki Ujian Syahadah 5 Juzuk, 10 Juzuk, 15 Juzuk, 20 juzuk, 25 Juzuk dan 30 Juzuk untuk memastikan tahap hafazan mereka ialah mutqin, iaitu kelancaran dalam hafazan al-Quran tanpa terdapat sebarang kesalahan. Oleh itu penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti hubung kait antara hafazan al-Quran dan pencapaian akademik para pelajar di MTNP berdasarkan keputusan Peperiksaan SPM. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif berdasarkan analisis dokumen dan temu bual wakil alumni MTNP antara tahun 2021 hingga 2023. Implikasi kajian ini merumuskan bahawa menghafaz al-Quran perlu diberi perhatian sewajarnya kerana turut menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar.20 43