2023 PRC
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 PRC by Subject "dakwah, pendidikan, isu, mualaf, Negeri Sembilan."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu dan Cabaran Dakwah kepada Golongan Mualaf: Analisis Pandangan Para Pengajar(Faculty of Leadership and Management, 2024) ;Muhammad Khairunnas NaseriDakwah didefinisikan sebagaikan suatu usaha mulia dalam mengajak umat Islam kembali kepada Allah S.W.T. Ia merupakan perbuatan menyambung risalah para nabi dan rasul terdahulu dengan mengeluarkan manusia daripada gelapnya kejahilan kepada terangnya petunjuk. Mereka yang baru memeluk agama dikenali sebagai golongan mualaf. Mutakhir ini, kita seringkali mendapat perkhabaran tentang pengislaman melalui media sosial baik dari kalangan orang ternama mahupun rakyat jelata. Namun, jika diperhalusi, terdapat pelbagai isu yang terkait dengan golongan mualaf, baik sebelum mereka memeluk agama Islam mahupun selepas pengislaman. Mereka mengalami kesukaran untuk mendapat akses kepada program pendidikan dan bahan rujukan yang bersesuaian bagi peningkatan kefahaman, amalan serta penghayatan Islam. Tambahan pula, ada segelintir masyarakat Muslim sendiri yang tidak mengendahkan golongan minoriti ini. Artikel yang berbentuk kualitatif ini melibatkan analisis data daripada kajian terdahulu, temu bual individu dan kumpulan fokus daripada tenaga pengajar mualaf daripada setiap daerah di Negeri Sembilan untuk mengutip maklumat tentang kaedah dan silibus pengajaran mualaf semasa serta cadangan penambahbaikan. Hasil dapatan menunjukkan beberapa isu berbangkit berkaitan dengan situasi mualaf, silibus pengajaran dan tenaga pengajar menjadi pola perbincangan yang mesti diberi perhatian. Beberapa faktor penyumbang turut dikesan dan beberapa langkah telah diutarakan dalam kajian ini untuk tujuan pembaharuan dan penambahbaikan.31 555