2024 ARIF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2024 ARIF by Subject ": Hadith Maudhu’, Pengetahuan, Komunikasi, Teknologi"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tahap Pengetahuan Pelajar kepada Hadis Maudh’u: Kajian Terhadap Pelajar Quran dan Multimedia Tahun 4(Penerbit USIM, 2024) ;Siti Nurfitrah Binti Mohd Raafe ;Nur Farah Hanis Binti Mohd Yusuf ;Nur Alya Athirah Binti Mohd RosdiShah Rizul Izyan ZulkiplyHadis Maudhu' ialah sesuatu yang tidak disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sama ada perbuatannya, perkataannya, taqrirnya, akhlaknya atau fitrahnya, secara rekaan atau palsu semata mata. Dalam penggunaan masyarakat Islam di negara kita, hadis maudhu' juga dipanggil hadis palsu. Kertas kerja ini bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan pelajar Quran dan Multimedia tahun 4 terhadap hadis maud h'u. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif berdasarkan responden daripada pelajar Fakulti Al Quran dan Sunnah yang mengkhususkan kepada pelajar Quran dan Multimedia Tahun 4 seramai 50 orang responden. Hasil kajian ini mendapati bahawa kesedaran pelajar Quran dan Multimedia tentang pengetahuan hadis palsu kurang memuaskan kerana mereka lebih bergantung pada perkongsian melalui teknologi tanpa terlebih dahulu memeriksa kesahihannya. Oleh yang demikian, pelajar Quran dan Multimedia Tahun 4 perlu sentiasa mengambil berat tentang pengetahuan tentang hadis maudh'u yang melibatkan sensitiviti terhadap agama termasuk penyebaran hadis Maudhu' melalui teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh itu, usaha untuk menyebarkan kesedaran berkenaan hadis palsu perlu diperg iatkan lagi bagi mengelakkan kekeliruan terhadap kefahaman hadis.14 10