2022 i-STET
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2022 i-STET by Subject "COVID-19, Maqasid Syariah, Sekolah, Universiti"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Maqasid Syariah “Ḥifẓ Al-Nafs” dan “Ḥifẓ Al-‘Aql” dalam Penutupan Sekolah dan Universiti di Malaysia Semasa Pandemik Covid-19(Penerbit USIM, 2022) ;Nur Izyan Farihah binti AliasSyed Salim bin Syed ShamsuddinPenyebaran wabak COVID-19 merupakan ancaman besar kepada masyarakat dunia pada hari ini. Disebabkan pandemik ini, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini. Antara arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan termasuklah penutupan institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti di Malaysia. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan Maqasid Syariah “Ḥifẓ al-Nafs” dan “Ḥifẓ al-‘Aql” dalam penutupan sekolah dan universiti semasa wabak COVID-19 di Malaysia. Artikel ini juga membincangkan kewajaran tindakan kerajaan dalam menutup sekolah dan universiti serta mengenal pasti kesannya terhadap para pelajar dan guru. Penulisan ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif melibatkan kajian kepustakaan melalui analisis dokumen terhadap karangan dan penulisan para ulama silam dan semasa yang berkaitan. Artikel ini mendapati bahawa Maqasid Syariah “Ḥifẓ al-Nafs” dan “Ḥifẓ al-‘Aql” memainkan peranan penting dalam memberi justifikasi penutupan sekolah dan universiti di Malaysia. Peranan “Ḥifẓ al-Nafs” adalah lebih penting daripada “Ḥifẓ al-‘Aql” bagi memelihara nyawa masyarakat daripada bahaya dan kemudaratan. Walaupun terdapat beberapa kesan dan cabaran kepada pelajar, guru dan pensyarah, langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menutup sekolah dan universiti adalah wajar untuk melindungi kelangsungan kehidupan dan keintelektualan masyarakat Malaysia.7 237