2021 ARIF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2021 ARIF by Subject "Abdul Hadi Awang, Metode Hadis, Metode Interaksi Hadis, Metode Hadis Abdul Hadi, Hadis Politik."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Metode Interaksi Hadis Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Di Dalam Buku Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17)Ahmad Izzuddin Abu BakarTujuan artikel ialah mengenal pasti metode interaksi hadis Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang (TGHH) di dalam bukunya Taktik Dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin. Beliau merupakan ilmuan agama yang berkecimpung di dalam politik. Kajian menggunakan kaedah kualitatif dari jenis analisis kandungan. Dapatan menunjukkan ia mengandungi dua puluh lima (25) buah hadis. Daripada jumlah tersebut, enam belas (16) diriwayatkan oleh salah satu atau lebih kitab-kitab yang dikategorikan sebagai Kutub al-Sittah. Manakala lapan (8) hadis diriwayatkan di dalam kitab Musnad Ahmad. Satu (1) hadis pula tidak dapat ditemui oleh pengkaji. Pecahan status hadis adalah: tiga belas (13) hadis adalah sahih kerana ia diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari atau Sahih Muslim, empat (4) hadis dinyatakan oleh pentahkik sebagai sahih, dua (2) hadis dinyatakan oleh pentahkik sebagai Sahih Lighairihi, dua (2) hadis dinyatakan oleh pentahkik sebagai Hasan Lighairihi, dua (2) hadis dinyatakan oleh pentahkik sebagai Sanadnya Hasan, satu (1) hadis dinyatakan oleh pentahkik sebagai Sebahagiannya Sahih dan satu (1) tidak dapat dipastikan kerana matan asal tidak ditemui oleh pengkaji. Metode interaksi hadis yang dikenal pasti ialah Membawa Terjemahan, Mafhum Atau Sebahagian Hadis, Mengeluarkan Pengajaran Hadis Dari Sudut Politik, Menjelaskan Salah Faham Masyarakat Di Dalam Huraian Hadis dan Menggunakan Sumber Muktabar Dan Hadis Sahih.8 35