2021 SAIS
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2021 SAIS by Subject "Amanah Ikhtiar Malaysia,"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pelaksanaan Pemeliharaan Agama (Hifz Al-Din) Oleh Institusi Pembiayaan Mikro Islam Di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09); ; ; ; Mohd Mahyeddin Mohd SallehPembiayaan mikro Islam memfokuskan untuk memberikan akses pembiayaan patuh Syariah kepada golongan miskin untuk terlibat dalam aktiviti yang menjana keuntungan agar mereka mampu keluar dari garis kemiskinan. Walau bagaimanapun, beberapa pengkaji seperti Obaidullah & Khan (2008) mendapati bahawa kawal selia kepatuhan Syariah dalam pembiayaan mikro Islam masih lemah. Hifz al-din (pemeliharaan agama) merupakan maqasid yang dianggap penting dalam tadbir urus kewangan Islam. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perlaksanaan hifz al-din dalam pembiayaan mikro Islam di Malaysia. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dipilih sebagai studi kes kerana ia merupakan institusi pembiayaan mikro Islam terbesar di Asia. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temubual separa struktur bagi mengumpul data. Data dianalisis secara tematik, induktif dan deduktif untuk mendapatkan tema-tema yang relevan. Hasil kajian mendapati beberapa medium digunakan untuk melaksanakan hifz al-din antaranya menawarkan produk patuh Syariah dan menganjurkan aktiviti keagamaan. Kajian ini menawarkan kaedah yang praktikal untuk pencapaian hifz al-din yang boleh dimanfaatkan oleh para pengkaji dan pengamal industri pembiayaan mikro Islam. Kata kunci: Pembiayaan mikro Islam, Amanah Ikhtiar Malaysia, hifz al-din, maqasid Syariah30 212