2023 ARIF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 ARIF by Subject "Dakwah Islam, LGBT, Malaysia, Pendekatan Dakwah"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Dakwah Ustaz Ebit Lew kepada Golongan Lgbt(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Maizurah Binti Mansor ;Nur Nabila Binti Sidel ;Zuraida Binti SaadLGBT yang merujuk kepada komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender merupakan satu istilah yang memberi makna kepada hubungan seksual yang songsang dan haram secara mutlak di dalam Islam. Perbuatan homoseksual adalah dilarang sama sekali di dalam perundangan Islam. Permasalahan berhubung dengan golongan ini merupakan antara isu yang dihadapi oleh kebanyakan negara Islam termasuk di Malaysia. Pelbagai usaha telah diambil oleh semua pihak untuk menangani masalah ini antaranya melalui seminar, ceramah program kesedaran dan lain-lain. Sebagai contoh, pendekatan dakwah yang telah dilakukan oleh seorang pendakwah terkenal Malaysia iaitu Ustaz Ebit Lew di mana beliau mendekati golongan LGBT yang terlibat secara halus sekaligus memberi kesedaran kepada mereka yang terlibat dengan menggunakan strategi-strategi yang tertentu. Namun begitu, usaha ini turut mendapat tentangan daripada mereka malah terdapat golongan yang semakin agresif dan tidak mengambil peduli, serta mempertahankan perbuatan yang songsang ini dengan mengatakan ia merupakan satu hak kebebasan kepada individu tersebut. Maka dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menghuraikan maksud LGBT menurut perspektif Islam dengan jelas, mengkaji kaedah penyebaran dakwah Ustaz Ebit Lew kepada gologan LGBT serta mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh Ustaz Ebit Lew dalam menyebarkan dakwah.. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan metod kajian kualitatif iaitu secara analisis maklumat dan kajian kuantitatif iaitu tinjauan melalui soal selidik yang diberikan kepada masyarakat. Kesimpulannya, program dakwah beliau dilihat sebagai suatu inisiatif awal untuk membantu komuniti LGBT dalam usaha menjalani kehidupan yang selari dengan tuntutan Syariat.59 747