Journal of Islamic Social Sciences and Humanities (Al-Abqari)
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Journal of Islamic Social Sciences and Humanities (Al-Abqari) by Type "research article"
Now showing 1 - 9 of 9
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kebolehgunaan Terjemahan Iltifat Kata Ganti Nama Ilahi Oleh Abdullah Basmeih Dalam Al-QuranKajian memfokuskan terjemahan iltifāt Kata Ganti Nama [KGN] Ilahi oleh Abdullah Basmeih dalam al-Quran. Penyelidikan kualitatif ini meninjau kualiti terjemahannya daripada sudut kebolehgunaan dalam kalangan pembaca sasaran. Data dipilih secara bertujuan, iaitu ayat al-Quran dengan iltifāt KGN Ilahi, terjemahannya dalam Tafsir Pimpinan Ar-Rahman dan penggunaan ujian kebolehgunaan yang diadaptasi bagi pemerolehan data. Analisisnya secara deskriptif menunjukkan bahawa tahap kebolehgunaan terjemahan iltifāt KGN Ilahi oleh Abdullah Basmeih dalam kalangan pembaca sasaran adalah tinggi sekiranya teknik eksplisitasi diaplikasi. Namun, penggunaan teknik literal semata-mata menyebabkan rendahnya tahap kebolehgunaan terjemahan tersebut. Dapatan juga memperlihatkan kewajaran mengaplikasi konsep kebolehgunaan dengan pendapat pembaca sasaran menjadi teras dalam penilaian kualiti terjemahan gaya bahasa al-Quran.16 19 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kesamarataan Dan Kesaksamaan Gender: Kajian Terhadap Masyarakat Berbilang Kaum Di MalaysiaKesamarataan dan kesaksamaan gender merupakan terma yang membawa maksud yang berbeza dalam konteks Islam dan Barat. Maka, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui pandangan masyarakat Malaysia terhadap isu kesamarataan gender dan sikap cakna mereka terhadap beberapa isu berkaitan gender di Malaysia. Secara terperinci, objektif kajian adalah: 1) Mengenal pasti pandangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum memahami konsep kesamarataan gender, 2) Mengetahui sejauh mana informan bersetuju dengan pelaksanaan akta kesaksamaan gender (Gender Equality Act) di Malaysia, 3) Mendapatkan pandangan informan terhadap dua istilah: kesamarataan gender (Gender Equality) dan kesaksamaan gender (Gender Equity), dan 4) Mengetahui sejauh mana informan cakna terhadap impak yang boleh dibawa oleh kesamarataan gender kepada pembangunan aspek sosial di Malaysia. Kaedah metodologi menggunakan pendekatan kualitatif iaitu temubual menggunakan kaedah soalan terbuka melalui google formkepada 14 orang informan yang dipilih secara snowball iaitudalam kalangan aktivis NGOyang mempunyai pengetahuan terhadap kesamarataan gender dan terdiri daripada pelbagai kaum dalam kalangan warganegara Malaysia. Hasil analisis menunjukkan bahawa setiap informan mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap konsep kesamarataan gender yang membawa impak sama ada positif dan juga negatif terhadap aspek sosio-budaya di dalam negara yang berbilang kaum, agama dan bangsa.Kajian ini mempunyai implikasi kepada pembuat dasar, aktivis, dan organisasi kerajaan dan bukan kerajaandalam merangka dasar dan program berkaitan gender serta sensitif kepada kepelbagaian budaya dan agama di Malaysia.116 114 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Measuring The Level Of Perfectionism Among Muslim Gifted And Talented Students(PENERBIT USIM PRESS, 2024) ;Rosita binti Zainal ;Faiqah Atiyyah binti Faridilatras ;Puteri Farrah Najeehah binti Megat Nazaruddin ;Nursyamilah binti RosdiAmnah Zanariah binti Abd RazakIn Psychology, perfectionism is a broad personality trait characterized by a person’s concern with striving for flawlessness and try to be the best in every field the venture into. The main purpose of this study is to identify the levels of perfectionism among gifted and talented Muslim students at PERMATA Insan College (KPI). This study is important to avoid the negative effect of perfectionism among students because some studies conducted with gifted students have revealed that perfectionism breeds harsh self-criticism, self-doubt, and a fear of failure, all of which are associated with an increased propensity for suicidal thoughts and actions. The level of perfectionism are determined with the assistance of Frost Multidimensional Perfectionism Scale by Frost (1990). There are low, medium and high-level perfectionists. Previous studies have proven several factors that influence the levels of perfectionism such as surroundings and other people's expectations. The scale consists of 35 questions which contain six constructs. 83 students has taken part in this study. This quantitative study shows that majority of PERMATA Insan College’s students perfectionism level is at medium-level. Some suggestions were made to get a better understanding and help students with perfectionism and at the same time increase their level of thinking styles in the quest of producing future gifted and talented Islamic scholar.8 42 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengajian Al-quran Dan Pengintegrasian Dengan Ilmu Aqli: Sorotan Sejarah(UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA, 2024) ;Ahmad Bazli Ahmad Hilmi ;Musa Mohamad; Zulkarnin ZakariaAl-Quran merupakan salah satu sumber ilmu naqli dan sumber kepada penerokaan pelbagai bidang ilmu aqli.Pengintegrasian al-Quran dengan ilmu aqli adalah seiring dengan perkembangan ilmu pengetahuan dalam tamadun Islam. Kajian ini cuba menyoroti sejarah pengajian al-Quran dan pengintegrasiannya dengan ilmu aqli. Kajian ini adalah bersifat kualitatif menggunakan metodologi kajian perpustakaan. Hasil kajian mendapati perkembangan pengajian al-Quran bermula dengan hafazan, kefahaman, dan seterusnya membawa kepada pentafsiran al-Quran sesuai dengan keperluan semasa. Sebahagian pentafsiran memperlihatkan berlaku pengintegrasian dengan ilmu aqlidan dikategorikan sebagai pentafsiran menggunakan akal.Syarat-syaratpentafsiran menggunakan akalyang digariskan para ulamaiaitu tidak mentafsirkan maksud firman Allah dalam keadaan jahil tentang bahasa Arab dan uṣūl al-fiqh, dan tanpa asas pengetahuan yang diperlukan dalam pentafsiran, tidak menyelidikiapa-apa dalam pengetahuan Allah dan rahsia-Nya,tidak dipengaruhi nafsu dalam tafsiran dan penggunaan akal, tidak mentafsirkan untuk menyokong mazhab dan pemikiran yang rosak, tidak bercanggah dengan ayat-ayat al-Quran yang laindan ketetapan ayat-ayat lain, tidak bercanggah dengan hadis sahihdan tidak menetapkan pendapat yang bertentangan dengan perkara-perkara yang ditetapkan oleh hadis-hadis, tidak bercanggah dengan maksud bahasa Arab dan tidak mentafsirkan perkataan dan susunan al-Quran dengan tafsiran yang bertentangan dengan makna bahasa, penggunaannya, dan taṣrīf, dan tidak mendakwa bahawa tafsirannya adalah apa yang dimaksudkan oleh Allah tanpa sebarang bukti.Kajian ini penting dalam memastikan pengintegrasian pengajian al-Qurandengan ilmu aqli terutama dalam bidang tafsir al-Quran dilaksanakan dalam kerangka yang dibenarkan syarak.71 73 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengajian Kitab Turath Peringkat Sekolah Menengah Di Malaysia: Kajian Kes Kolej Permata Insan USIM(USIM Press, 2024); ; ;Ahla Falihah Amir FarizFauzul Fitri ZakariyaThis study discusses one of the research projects developed by a group of students at PERMATA Insan College (KPI), USIM who studied the use of the text of Tayyib Al-Ihsan Fi Tibb Al-Insan, an old Malay medical reference authored by Wan Ahmad Ibn Wan Muhammad Zayn Al-Fatani. The aim of this study was to design an integrated infographic on the titles in the turath book. To achieve this objective, the student extracts the contents of this book based on the division of specific topics, then verify the information with scientific data, and finally design an integrated infographic related to the topic. This study used the ADDIE (Analysis, Design, Develop, Implement, Evaluate) model in designing the infographic. Several experts in the field are also involved in evaluating the already formed infographics. As a result, an integrated infographic using the Canva app is formed and meets the reader's needs of having original text and accompanying evidence of scientific discovery to provide readers with holistic information about the topic. In the future, it is hoped that more integrated infographics from the book of turath can be produced to expose the readers to the heritage of our past scholars who are growing from the eyes of today's readers.21 22 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengkajian Tamadun Sains Maju Dan Impak Terhadap Ummah Berdasarkan Tabaqat Al-umam(Penerbit USIM, 2024) ;Mohd Zamrus Mohd Ali; ;Ahmad Fuad Mohamad AminZulkarnin ZakariaManuskrip Kitab Tabaqat al-Umam menjadi rujukan kerana penulisan Sa‘id alAndalusi berhubung dengan tasawwur sains dari aspek pensejarahan dan falsafah sains memberi makna sebenar terhadap istilah al-‘ulum. Malah dengan sains yang mereka bina telah memberi kesan kemajuan kepada tamadun manusia di India, Parsi, Chaldean, Yunani, Rom, Mesir, Arab, Andalusia dan Bani Israel pada abad pertengahan hingga abad ke-10. Penulisan dalam metod kajian kepustaakan ini meneliti bagaimana perkembangan sejarah awal bangsa yang disenaraikan dalam manuskrip kitab Tabaqat al-Umam. Metod kepustakaan ialah penulisan yang bertujuan untuk mengulas kajian ilmu termasuklah penemuan dan juga teori serta kaedah sumbangan mengenai sesuatu topik. Kajian juga mempunyai dua tujuan iaitu yang pertama mengenal pasti pembangunan ilmu sains terawal yang berkepentingan hasil fungsi yang pelbagai dalam masyarakat bangsa tersebut. Seterusnya tujuan kedua ialah memberi cadangan penguasaan ilmu sains melalui analisis epistemologi sains secara terperinci menerusi kajian terhadap aspek kepentingan, fungsi serta sumbangan sains dalam tamadun bangsa. Kajian mendapati golongan intelektual dalam kebanyakan tamadun bangsa yang maju mempunyai pemahaman sains sebagai ilmu yang mampu membina negara dan bangsa.24 66 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Pentadbir Sekolah Dalam Penghasilan Inovasi Pengajaran Guru(Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia, 2024) ;Wan Ali Akbar Wan Abdullah ;Nursafra Mohd Zhaffar ;Mohd Hidayat Bin MahadiRossidi Bin UsopInovasi adalah kepakaran yang mesti dimiliki oleh pekerja di masa hadapan. Guru juga mesti memiliki kepakaran berinovasi agar kualiti pengajaran yang diberikan mencapai tahap piawaian yang ditetapkan. Namun, pelbagai kekangan perlu dihadapi oleh para guru menyebabkan mereka sukar untuk berinovasi. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir guru yang dikesan konsisten menghasilkan inovasi. Fenomena ini menarik untuk diterokai. Kajian ini dijalankan untuk meneroka peranan yang dimainkan oleh pentadbir di peringkat sekolah dalam merangsang guru inovatif berinovasi. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kajian kes. Seramai tujuh peserta kajian terlibat. Peserta kajian dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan dan dijejak menggunakan teknik bola salji. Data dikutip melalui temu bual secara separa berstruktur dan mendalam serta dianalisis dengan bantuan aplikasi NVivo. Kesahan dan keboleh percayaan data diperoleh melalui triangulasi, pengesahan peserta, berada lama di lapangan dan semakan protokol oleh pakar. Dapatan menunjukkan pentadbir di sekolah mengambil lima peranan untuk merangsang penghasilan inovasi di kalangan guru, iaitu; 1) sebagai pencetus budaya kerja inovatif, 2) komunikasi lisan, 3) memanfaatkan inovasi dalam program sekolah, 4) sama-sama berinovasi, dan 5) 33 memanfaatkan kepakaran guru inovatif sedia ada. Dapatan kajian memberi panduan kepada para pentadbir untuk menyusun langkah agar berjaya mewujudkan budaya pengajaran inovatif di sekolah mereka.24 66 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Raais Character Ethic Framework: Integrating The Civilisational Values And Principles In The Islamic Gifted Education Model(Universiti Sains Islam Malaysia, 2024) ;Zulkarnin Zakaria ;Ahmad Bazli Ahmad Hilmi ;Zamrus Mohd Ali ;Tg Ainul Farha Tg Abdul Rahman ;Rossidi Usop; Myra Aidrin Mohd AliThis concept paper outlines the philosophical foundation of Integrated Naqli and Aqli Gifted and Talented Education (IGEd) curriculum that has been developed by Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia. The IGEd curriculum model adopted core civilisational values from successful nations and past civilisations to groom the young, gifted Muslims with the Abqari personality. Using Falsafah Pendidikan Kebangsaan and Qalb-based education approach, the main characteristics identified in the model are Rabbaniyyah, Akhlaqiyyah, Alamiyyah, Insaniyyah and Siasiyyah (RAAIS). The RAAIS model has been developed through a series of workshops involving educational experts and each element is considered vital for nurturing future Muslim scholars. This paper derived its findings from past literature review and they helped establishing the core values and principles that will be implemented in the college’s education ecosystem. The framework will guide educators and students in every aspect of the teaching and learning process—an academic culture and benchmark for everyone to build and achieve in nurturing the mind, heart and soul of becoming a Muslim scholar with Abqari personality.53 68 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication دور برنامج تحدي دبي للياقة البدنية في إدارة الاضطرابات النفسية(USIM Press, 2024) ;Amran Shukri Naddaf ;Abdelrahman Ibrahim Suleiman Islaieh ;Rossidi UsopAhmad Fuad Mohamad AminThe study aimed to identify the role of the Dubai Fitness Challenge program in managing psychological disorders and improving mental health, based on the descriptive analytical approach, and the questionnaire as a data collection tool. The researcher was able to recover 330 valid responses for analysis, and the study found that there were statistically significant differences between the average scores of the two groups (participants and non-participants) and in favor of the participants in the challenge, and this indicates the existence of a role for the Dubai Fitness Challenge program in improving the mental health of the participants (the level of anxiety and depression ), and the level of anxiety among the study sample participating in the Dubai Fitness Challenge (30 * 30) was low, and the level of depression among the study sample participating in the Dubai Fitness Challenge (30 * 30) was low, and there were statistically significant differences between the average scores of the two groups (participants and non-participants) and in favor of the participants in the challenge, and this indicates that there is a role for the Dubai Fitness Challenge program in the level of anxiety among the participants in the program, and there are statistically significant differences between the average scores of the two groups (participants and non-participants) and in favor of the participants in the challenge, and this indicates The study indicated that there is a role for the Dubai Fitness Challenge program in the level of depression among the participants in the program. The study recommended the dissemination of cultural awareness about the importance of the role of the Dubai Fitness Challenge (30 * 30) in mental health, and the development of programs by those in charge of the program to encourage the practice of physical fitness continuously. Raising the efficiency, support and equipment of fitness practitioners' places, holding periodic competitions and creating a spirit of positive competition among the participants, and increasing interest in and publishing specialized counseling and orientation programs to motivate participation in the Dubai Fitness Challenge (30 * 30)15 27