Publication:
Penilaian Kurikulum Agama Islam Sekolah Rendah Agama: Analisis Awal

Loading...
Thumbnail Image

Date

2021

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Politeknik Nilai

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Pendidikan agama peringkat rendah yang berterusan merupakan satu keperluan dalam menyediakan muslim yang soleh. Apatah lagi didikan agama kepada kanak-kanak. Justeru artikel ini merupakan hasil kajian tinjauan yang bersandarkan kepada objektif mengenalpasti amalan pengajaran guru di Sekolah Rendah Agama di Wilayah Persekutuan. Seramai 802 orang sampel dalam kalangan guru Pendidikan Islam yang dipilih secara rawak mudah. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan sumber pengajaran adalah sederhana rendah iaitu 3.61 dan tahap kesesuaian sukatan Agama adalah sederhana rendah iaitu 3.60. Justeru itu, para guru agama harus bersama-sama mencari inisiatif baharu dalam meningkatkan pendidikan agama peringkat rendah agar murid dapat memahami dan mendalami agama sebagai persediaan sebagai khalifah yang taat selain mempraktikkan ilmu moden dalam menghadapi kehidupan yang serba mencabar kini.

Description

Keywords

Pengajaran, Agama Islam, Peringkat Rendah, Sukatan Pembelajaran, Guru

Citation