Browsing by Author "Abd Hakim Mohad"
Now showing 1 - 20 of 28
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Deskriptif Persepsi Pelajar Terhadap Pensyarah Falsafah Dan Isu Semasa (FIS)(Akidah and Religion Studies Programme ,Faculty of Leadership and Management, USIM, 2020-11-04) ;Latifah Abdul Latiff ;Ros Aiza Mohd MokhtarAbd Hakim MohadKursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) merupakan satu kursus baharu yang diperkenalkan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bermula September 2019. Kursus ini wajib diambil oleh semua pelajar IPT termasuklah pelajar USIM. Memandangkan FIS adalah satu kursus baharu, justeru kajian ini dilihat bertepatan bagi mengkaji persepsi pelajar terhadap tenaga pengajar yang mengendalikan kursus FIS bagi semester 2, 2019/2020 semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. Kajian yang dijalankan ke atas pelajar tahun satu ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif. Borang soal selidik diedarkan secara dalam talian kepada pelajar tahun satu daripada enam fakulti. Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap pensyarah FIS adalah pada tahap tinggi dan positif dengan skor min yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa tenaga pengajar FIS mempunyai personaliti yang baik dan keupayaan dalam penyampaian kursus FIS. Input kajian ini penting untuk dikongsikan bersama dengan tenaga pengajar FIS bagi menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) FIS pada masa hadapan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Blended Learning dalam Kursus TITAS: Kajian terhadap Penggunaan TITAS MOOCs dalam Kalangan Pelajar UMS(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Ros Aiza Mohd Mokhtar ;Abd Hakim Mohad ;Latifah Abdul LatiffMashitah SulaimanKementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan pendekatan blended learning dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menyelaraskan sukatan pelajaran di samping meringankan beban pensyarah. Manakala, kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) pula merupakan kursus yang diwajibkan kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi di Malaysia. Oleh yang demikian, kursus ini merupakan kursus yang diikuti oleh sejumlah pelajar yang besar pada setiap semester yang menjadikan beban bagi pensyarah kursus tersebut bertambah. Oleh itu, bagi menyelaraskan sukatan pelajaran di samping meringankan beban pensyarah TITAS, pihak KPT telah membangunkan TITAS MOOCs yang diketuai oleh Universiti Putra Malaysia. Kertas ini akan mengkaji penggunaan modul pembelajaran TITAS MOOCs dalam kalangan pelajar UMS. Kajian mendapati penggunaan pelajar UMS terhadap modul TITAS MOOCs adalah baik dan terdapat hubungan yang tinggi antara faktor-faktor penerimaan iaitu Tanggapan ianya bermanfaat, Tanggapan ianya mudah digunakan dan Pengaruh sosial dengan penerimaan pelajar UMS iaitu Penggunaan secara sukarela. Kajian ini penting bagi menilai kerelevanan modul TITAS MOOCc serta persekitaran UMS sendiri dalam merealisasikan pendekatan blended learning dalam kursus TITAS. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cabaran Mualaf dalam Membina Kehidupan Baharu: Satu Kajian Kes di Mukah, Sarawak, Malaysia(Penerbit USIM, 2022) ;Nor Arfah Mohd. MazlanAbd Hakim MohadKita biasa mendengar tentang pelbagai isu berkaitan dengan dakwah yang dijalankan oleh pelbagai pihak di negara ini. Antara yang biasa ditonjolkan ialah tentang kejayaan mereka mengislamkan masyarakat yang bukan Islam. Tidak ramai yang mengetahui bahawa bukan mudah bagi golongan mualaf untuk mengubah cara hidup mereka yang terdahulu dengan cara hidup Islam. Kertas ini akan membincangkan tentang cabaran yang dihadapi oleh golongan mualaf dalam membina kehidupan baharu selepas mereka memeluk Islam. Antara lain, kertas ini akan menyentuh tentang faktor yang menjadi pendorong kepada golongan mualaf untuk memeluk agama Islam; cabaran yang mereka hadapi sebelum memeluk Islam; cabaran selepas memeluk agama Islam; dan bagaimana mereka menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Tulisan ini akan tertumpu kepada golongan mualaf di Mukah, Sarawak. Tulisan ini menggunakan dapatan kajian kualitatif yang diperoleh dari bahan perpustakaan seperti jurnal, buku, laman web dan sesi temu bual dalam kalangan mualaf dari Mukah. Tulisan ini menyimpulkan bahawa golongan mualaf lebih banyak menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan sendiri berbanding bantuan orang luar. Tulisan ini turut mencadangkan agar anggota masyarakat, NGO, dan agensi kerajaan berkaitan untuk menyediakan bantuan kepada golongan mualaf untuk membina hidup baharu selepas memeluk Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Deaf Community's Attitudes Towards Islamic Education(International Journal of Arts and Sciences, USA, 2015) ;Abd Hakim Mohad ;Ros Aiza Mohd Mokhtar ;Nizaita OmarZulkifly MudaBased on the review of past PMR results (the lower secondary school examinations) of the deaf community on Islamic Education in Malaysia, their achievement in the subject is relatively poor, which lends a general observation that the deaf community is lagging behind when it comes to religious development. Thus, this study aims to explore the attitude of the deaf community towards religious education. A self-administrated questionnaire was distributed to 80 respondents from the Special Education School (Deaf), Kota Kinabalu and the Centre for Deaf Activity, the Deaf Welfare Association of Terengganu. The findings of this study reveal that the deaf community�s attitude towards religious education is positive. However, their results are not on par with the non-deaf in the same examination. The findings provide information to the government agencies to improve the existing education system for the deaf. At the same time, the deaf association, other NGOs and the Malaysian society can benefit from the findings of this study to enhance their programmes and activities for the deaf. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Dinamika Hijrah Masyarakat Kedayan(Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 2017) ;Ros Aiza Mohd MokhtarAbd Hakim MohadHijrah merupakan prinsip falsafah dan sosial yang penting kepada pembinaan sesebuah peradaban. Hal ini kerana hijrah merupakan faktor yang mempengaruhi perjalanan sejarah sesuatu masyarakat. Sejarah telah membuktikan bahawa kebanyakan tamadun dunia bermula dari Sumeria hinggalah tamadun Barat diasaskan melalui hijrah. Seseorang yang berada dalam lingkungan tempat tinggalnya, boleh menjadi statik atau tidak berkembang dengan pesat. Dalam erti kata lain, hijrah merupakan gerakan dan loncatan besar manusia dalam membangunkan peradaban dan masyarakat mereka. Hal ini juga berlaku pada masyarakat Kedayan. Masyarakat tersebut asalnya tidak dikenali sebagai Kedayan. Pandangan yang paling kuat mengatakan mereka dipercayai berasal dari Tanah Jawa dan dikenali sebagai Kedayan setelah dibawa berhijrah ke Brunei dan seterusnya mereka berhijrah pula ke Labuan, Sabah dan Sarawak. Makalah ini menyorot dinamika hijrah yang mempengaruhi perkembangan sosial masyarakat Kedayan. Kajian mendapati, penghijrahan masyarakat tersebut telah menyumbang kepada pelbagai perkembangan positif terhadap masyarakat tersebut termasuklah pembentukan sebuah etnik yang memiliki identiti dan budaya tersendiri. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ethics And Integrity In A Public Sector Organisation In Malaysia: An Assessment Of Understanding And Perception Of The Employees(Penerbit Universiti Malaysia Pahang, 2022) ;Izawati Wook ;Hasnah Binti Hj Haron ;Rosli Shaari ;Zulkiple Abd Ghani ;Abd Hakim MohadArif Fahmi Md YusofThe formation of quality work culture in the organization will only be achieved if employees practice comprehensive and positive work ethic and integrity. In order to improve the level of ethics and integrity, the focus should be on overall improvement in the organization not only at the grassroots but all up to the top level. Comprehensive involvement of all parties will significantly improve the integrity of the organization. Recognizing the importance of integrity as the core of quality staff development and higher organizational performance, this study is expected to help the public sector organization plan strategies to achieve a higher level of ethics and integrity. The corporate Integrity Assessment Questionnaire (CIAQ) was used to measure the implementation of the integrity system in a public sector organization. The questionnaires were distributed to 850 employees at the agency via e-survey. It was found that the level of ethics and integrity of the agency is at 74%. “Vision and goals” dimension shows the highest score which shows that the organization has given attention to ethics and integrity through its approach to ethics and integrity in the organization, including, its formal articulation of the underlying philosophy about ethical and moral conduct embedded by the organization. The lowest score of the “disciplinary action and reward” dimension indicates that the public sector organization needs to relook policies and guidelines for discipline and reward so that it is in line with best practice. Thus, the public sector organization needs to provide rewards and incentives to encourage ethical conduct and implement strict disciplinary action to punish unethical work conduct improve in terms of ethical communication, work culture, infrastructure, training and ethics education, discipline, and reward. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hubungan Motivasi Belajar Kursus Penghayatan Etika Dan Peradaban Dalam Kalangan Pelajar USIM Dengan Tanggapan Mereka Terhadap Pensyarah Kursus.(Universiti Malaya, 2020) ;Ros Aiza Mohd Mokhtar ;Latifah Abdul LatiffAbd Hakim MohadThe Ethics and Civilisations course is one of the newly-introduced university core subjects by the Ministry of Higher Education for students in public institutions of higher learning in Malaysia from September 2019. Students of Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) began taking this subject since Semester II, 2019/2020. Basically, this course is intended to exposestudents to the concept of ethics from various civilisational perspectives and also the key for integration process which are initiated by the Malaysian government, NGOs’ and individual in the Malaysian context to strengthen social cohesion among multi-ethnic in Malaysia. Therefore, considering this is a new and important subject, this study aims to explore the correlation between USIM students’ motivation in learning this course and their attitude towards their course lecturer. This study is a quantitative study that uses questionnaires as an instrument. The data is then analysed through SPSS. The results found USIM students show a high motivation in studying this course, and this is correlated to course lecturer factor that possesses good personality and ability to teach this subject. With a high motivation in studying this course, it is hoped student appreciation of this course is increased, and could aid in the process of shaping social cohesion which is the key agenda of this country. This study serves an early input for the teaching staff for this course in USIM specifically, and in other institutions of higher learning generally, for preparation and improvement in future implementations of this course in the future. Keywords:Civilization, Motivation, Attitude, Personality, PdPc - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kebebasan Beragama di Malaysia: Hak untuk Menganut dan Mengamalkan Agama(Penerbit USIM, 2024) ;Kamal Azmi Abd. Rahman ;Adibah Binti Sulaiman @ Mohamad ;Abd Hakim Mohad ;Khadijah Muda ;Sarjit SinghAin Balkis Mohd AzamKebebasan beragama di Malaysia adalah unik dan perlu difahami berdasarkan kepada sejarah sosio-agama tempatan dan Perlembagaan Persekutuan. Ukuran sebenar terhadap pemahaman atau pengamalan hak kebebasan beragama ialah berdasarkan indeks watan, bukan berdasarkan kepada ukuran antarabangsa seperti hak kebebasan beragama yang difahami dalam Universal Declaration of Human Rights (UDHR 1949). Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan dua tema paling penting dalam memahami kebebasan beragama di Malaysia iaitu hak menganut agama dan hak mengamalkan agama. Kajian ini berbentuk kualitatif dan akan mendapatkan data daripada analisis teks terutamanya Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Hasil analisis tersebut mendapati bahawa terdapat tiga tema penting dalam hak menganut agama iaitu i) tiap-tiap orang berhak menganuti agamanya, ii) hak untuk tidak menerima atau mengikuti ajaran agama lain dan iii) agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaga. Manakala terdapat enam tema dalam hak mengamalkan agama iaitu i) tiap-tiap orang berhak mengamalkan agamanya, ii) kebebasan mengamalkan mana-mana agama dengan aman dan damai, iii) larangan diskriminasi kerana agama, iv) tiada seseorang pun boleh dikehendaki untuk mengambil bahagian dalam apa-apa upacara sesuatu agama, selain agamanya sendiri, v) kebebasan tidak bercanggah dengan ketenteraman dan kesihatan awam atau kemoralan dan vi) hak untuk pendidikan kanak-kanak dalam agama. Dapatan tema dalam hak menganut dan mengamalkan agama ini boleh menjadi pertimbangan penting bagi kajian masa hadapan dalam usaha membentuk indeks tempatan tentang kebebasan beragama di Malaysia berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, kajian akan datang juga boleh menumpukan kepada pembentukan tema lain dalam memahami kebebasan beragama di Malaysia melalui kaedah yang pelbagai seperti temubual atau perbincangan terfokus bersama pakar. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kreativiti, Inovasi dan Kepatuhan Shariah dalam Fesyen Busana Muslim dalam Kalangan Usahawan Wanita Melayu di Selangor(USIM Press, 2020-11) ;Mashitah Sulaiman ;Mohd Nazir Ahmad ;Zainora Daud ;Ros Aiza Mohd MokhtarAbd Hakim MohadElemen kreativiti merupakan asas penting dan saling berkait dengan inovasi sesuatu produk khususnya dalam konteks keusahawanan dan perniagaan. Hal ini juga disebutkan oleh ramai sarjana Islam dan Barat dalam pembinaan tamadun yang cemerlang. Justeru itu, kertas kerja ini membincangkan kepentingan kreativiti dan inovasi dalam penciptaan fesyen busana Muslimah dalam kalangan usahawan wanita Melayu dalam kelompok kelas menengah di Selangor. Selain itu, kajian ini turut menganalisis elemen kreativiti dan kepatuhan Shariah dalam melakukan inovasi terhadap fesyen busana Muslimah dalam kalangan usahawan wanita Melayu Selangor. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan teknik temubual atau sejarah lisan secara persampelan bertujuan. Sampel dipilih berdasarkan persampelan berkriteria dan seramai sepuluh (10) orang informan yang terdiri daripada pengusaha wanita Melayu kelas menengah yang terlibat dalam industri fesyen hijab dan busana Muslimah di Selangor. Data daripada transkripsi temubual dianalisis secara deskriptif menggunakan analisis kandungan dan tematik. Selain itu, kaedah pemerhatian turut digunakan bagi mengukuhkan data kajian. Dapatan kajian menunjukkan kepentingan elemen kretiviti dan inovasi dalam penghasilan produk busana Muslimah yang bercirikan Islam. Elemen kepatuhan Shariah sentiasa dititikberatkan selari dengan prinsip Shariah dalam mereka bentuk fesyen Muslimah bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Hasil kajian dapat menjadi satu motivasi kepada pengusaha produk Islam bagi menunjukkan bahawa aspek kepatuhan Shariah dan kreativiti sangat penting dalam pembinaan budaya inovasi dan penentuan keboleh pasaran hasil produk dalam perniagaan dan keusahawanan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kreativiti, Inovasi dan Kepatuhan Shariah dalam Fesyen Busana Muslim dalam Kalangan Usahawan Wanita Melayu di Selangor(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Mashitah Sulaiman ;Mohd Nazir Ahmad ;Zainora Daud ;Ros Aiza Mohd MokhtarAbd Hakim MohadElemen kreativiti merupakan asas penting dan saling berkait dengan inovasi sesuatu produk khususnya dalam konteks keusahawanan dan perniagaan. Hal ini juga disebutkan oleh ramai sarjana Islam dan Barat dalam pembinaan tamadun yang cemerlang. Justeru itu, kertas kerja ini membincangkan kepentingan kreativiti dan inovasi dalam penciptaan fesyen busana Muslimah dalam kalangan usahawan wanita Melayu dalam kelompok kelas menengah di Selangor. Selain itu, kajian ini turut menganalisis elemen kreativiti dan kepatuhan Shariah dalam melakukan inovasi terhadap fesyen busana Muslimah dalam kalangan usahawan wanita Melayu Selangor. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan teknik temubual atau sejarah lisan secara persampelan bertujuan. Sampel dipilih berdasarkan persampelan berkriteria dan seramai sepuluh (10) orang informan yang terdiri daripada pengusaha wanita Melayu kelas menengah yang terlibat dalam industri fesyen hijab dan busana Muslimah di Selangor. Data daripada transkripsi temubual dianalisis secara deskriptif menggunakan analisis kandungan dan tematik. Selain itu, kaedah pemerhatian turut digunakan bagi mengukuhkan data kajian. Dapatan kajian menunjukkan kepentingan elemen kretiviti dan inovasi dalam penghasilan produk busana Muslimah yang bercirikan Islam. Elemen kepatuhan Shariah sentiasa dititikberatkan selari dengan prinsip Shariah dalam mereka bentuk fesyen Muslimah bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Hasil kajian dapat menjadi satu motivasi kepada pengusaha produk Islam bagi menunjukkan bahawa aspek kepatuhan Shariah dan kreativiti sangat penting dalam pembinaan budaya inovasi dan penentuan keboleh pasaran hasil produk dalam perniagaan dan keusahawanan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Mandi Langir dan Kepentingannya dalam Masyarakat Kedayan serta Perspektif Islam Mengenainya(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Ros Aiza Mohd Mokhtar ;Abd Hakim Mohad ;Latifah Abdul LatiffMashitah SulaimanEtnik Kedayan dipercayai berasal dari Jawa dan dibawa ke Brunei oleh Sultan Bolkiah (Sultan Brunei Kelima). Daripada Brunei, sebahagian mereka berhijrah dan menetap di Sabah dan Sarawak. Masyarakat tersebut juga merupakan penganut agama Islam yang dipercayai telah menerima Islam melalui Kesultanan Brunei pada akhir abad ke-15. Mereka terkenal dengan budaya dan amalan mereka yang unik. Antaranya ialah amalan "balangi" atau mandi langir. Sehubungan dengan itu, makalah ini bertujuan mengupas secara deskriptif interpretif amalan mandi langir dan kepentingannya dalam kalangan masyarakat Kedayan. Kajin ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual bagi mendapatkan data. Seterusnya, teks verbatim dianalisis bagi melihat sama ada wujud asas atau elemen daripada pra Islam dan Islam dalam amalan mandi langir masyarakat Kedayan. Kajian mendapati, amalan mandi langir dalam masyarakat Kedayan ada asasnya daripada kepercayaan pra Islam iaitu dinamisme-animisme dan juga Islam. Interaksi antara keduanya pada peringkat awal menyebabkan sinkretisme. Sungguhpun begitu, elemen sinkretisme dalam amalan mandi langir masyarakat Kedayan hampir pupus. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Minat Dan Sikap Belajar Pelajar Usim Terhadap Kursus Penghayatan Etika Dan Peradaban(Akidah and Religion Studies Programme ,Faculty of Leadership and Management, USIM, 2020-11-04) ;Ros Aiza Mohd Mokhtar ;Latifah Abdul LatiffAbd Hakim MohadKursus Penghayatan Etika dan Peradaban merupakan salah satu kursus wajib universiti yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia bermula September 2019. Kursus ini telah mula diambil oleh pelajar Universiti Sains Islam Malaysia bermula semester II, 2019/2020. Pada dasarnya, kursus ini dibangunkan untuk pelajar sebagai pendedahan tentang konsep etika daripada perspektif peradaban yang berbeza serta Tapak Integrasi dalam konteks Malaysia bagi tujuan mengukuhkan kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat multietnik di Malaysia. Selain itu, perbincangan berkaitan isu-isu kontemporari dalam aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan alam sekitar daripada perspektif etika dan peradaban diharap dapat melahirkan pelajar yang bermoral dan profesional. Oleh itu, makalah ini bertujuan meneroka minat dan sikap belajar pelajar USIM terhadap kursus ini. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif, yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Data kemudiannya dianalisis menggunakan SPSS. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar USIM telah menunjukkan minat yang tinggi untuk mempelajari subjek ini serta mempunyai sikap belajar yang sangat positif terhadap kursus ini. Dengan minat yang tinggi serta sikap belajar yang positif ini, diharapkan proses kesepaduan sosial yang merupakan agenda penting Kerajaan Malaysia akan tercapai dan masyarakat multietnik di Malaysia akan hidup dengan harmoni. Kajian ini penting sebagai input awal kepada tenaga pengajar kursus ini di USIM khususnya dan di IPT amnya sebagai persediaan dan penambahbaikan dalam perlaksanaan kursus ini pada semester-semester yang akan datang. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Muslim-christian Relations In Malaysia: Issues And Solutios(GIAP Journals, 2019) ;Abd Hakim Mohad ;Ros Aiza Mohd Mokhtar ;Mashitah SulaimanLatifah Abdul LatiffPurpose: The issue of Muslim-Christian relations in Malaysia is often in the limelight of the mass media, domestic and foreign. Within recent years, there have been incidents directly related to this topic of discussion. This paper discusses these the issues and challenges faced by the Muslim and Christian communities in Malaysia. Methodology: This is a qualitative study, and the data were collected from library sources such as books, journals, newspapers, periodicals, websites, and detailed interviews with members of the Muslim and Christian faiths. The data was then analysed through a documentary analysis technique. Main Findings: This study found that Muslim-Christian relations often go through ebbs and flows. Generally, incidents involving religious sensitivities are fanned further by the mass media and interested politicians, although these issues are not as serious as reported. These situations then create an uneasy tension between the two communities, thus negatively affecting foster unity in diversity within the plural societies in Malaysia. What should be encouraged as an alternative is dialogue between adherents of different religions for them to know one another, and to promote religious harmony. Implications: In the New Malaysia era, room of dialogue seems to flourish with the inclusive approach of the Pakatan Harapan (PH) government. This is a positive development, which hopefully would be a catalyst to building a Malaysia society united in diversity. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Norma Dan Adat Kelahiran Masyarakat Kedayan Di Sipitang, Sabah(Selangor International Islamic University College, 2018) ;Samrah Ag. Damit, ;Ros Aiza Mohd MokhtarAbd Hakim MohadSuku kaum Kedayan adalah masyarakat peribumi Sabah yang tinggal di daerah Sipitang, Sabah. Masyarakat ini kaya dengan amalan dan adat tradisi yang diwarisi turun temurun dari nenek moyang mereka. Antara adat yang menarik untuk dikongsikan ialah tentang adat kelahiran yang mereka amalkan. Menurut kepercayaan masyarakat ini, adat tradisi, petua dan pantang larang mempunyai makna dan tujuan yang baik. Justeru, amalan adat mesti dipatuhi bagi mengelakkan sebarang musibah atau perkara yang tidak diingini kepada si ibu atau si anak. Adat kelahiran yang menjadi amalan masyarakat Kedayan mempunyai tiga peringkat iaitu adat semasa mengandung, selepas melahirkan anak, dan sewaktu berpantang hingga hari yang ke-44. Makalah ini membincangkan tentang adat kelahiran masyarakat ini yang merangkumi upacara "pamulaan", pantang larang suami isteri, upacara memotong tali pusat, memandikan tembuni, upacara menggantung tembuni, menimbang bayi yang lahir pada bulan Safar dan adat berpantang selama 44 hari. Metod kajian adalah bersifat kualitatif yang dilakukan di beberapa kampung di Sipitang, menerusi temu bual mendalam informan penting yang terdiri daripada bidan kampung yang berpengalaman dan orang tua Kedayan yang mahir tentang adat masyarakatnya. Pendokumentasian ini penting agar norma dan adat tradisional masyarakat ini tidak hilang ditelan zaman. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pandemik Covid-19 Dan Kesannya Kepada Amalan Solat Berjemaah Dalam Kalangan Masyarakat Islam Di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Abd Hakim Mohad ;Ros Aiza Mohd MokhtarLatifah Abdul LatiffTahun 2020 tercatat dalam sejarah sebagai tarikh yang sangat signifikan dalam kehidupan manusia kerana pandemik COVID-19. Sejak awal tahun hinga kini, kita disajikan dengan berita tentang penularan wabak ini, bersama dengan data jumlah jangkitan dan kematian yang berlaku di seluruh dunia. Sehingga hari ini (30/5/2020) seramai 6,047,421 orang telah dijangkiti, dengan 367,149 kematian. Hampir semua negara membuat lock-down atau kawalan pergerakan untuk memutuskan rangkaian wabak ini sebagaimana yang dicadangkan WHO. Malaysia juga tidak terkecuali, di mana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diisytiharkan bermula 18 Mac 2020 hingga 9 June 2020. Kesannya kepada masyarakat dapat dirasai dalam semua aspek kehidupan termasuklah dalam hal berkaitan agama. Makalah ini membincangkan tentang kesan COVID-19 dalam amalan solat berjemaah dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Ia adalah hasil kajian yang dibuat menggunakan kaedah kualitatif. Data yang diperoleh adalah hasil kajian perpustakaan dan temu bual dengan para agamawan dan ahli akademik. Data dianalisis secara deskriptif interpretif. Fokus perbincangan adalah pada amalan solat Jumaat, Solat Terawih dan Solat Hari Raya Aidilfitri. Kajian mendapati bahawa amalan solat berjemaah berpusat di rumah dan ketua keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam melaksanakannya. Ini adalah perubahan yang sangat signifikan dalam normal baharu amalan agama masyarakat Islam di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pandemik Covid-19: Cabaran Dan Masa Depan Dakwah Orang Asli(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Abd Hakim MohadRos Aiza Mohd MokhtarSebagaimana yang kita sedia maklum bahawa kesinambungan dakwah khususnya dalam kalangan Orang Asli adalah suatu yang mustahak. Hal ini bagi menjamin Islam sebagai agama dan cara hidup akan terus dihayati dan diamalkan sepanjang masa. Lazimnya dakwah yang dijalankan adalah bersifat konvensional iaitu guru yang mengajar menjalankan aktiviti pengajaran dengan bersemuka secara fizikal. Selain itu, para pendakwah juga sering mengadakan program kenduri sekampung bagi memberi ruang kepada mereka untuk saling mengenali dengan lebih dekat lagi. Namun demikian kita telah diuji dengan kehadiran wabak Covid-19 pada awal tahun 2020 dan masalah ini menjadi semakin serius bermula pada Mac 2020 hingga sekarang. Kaedah penyampaian dakwah yang lazim digunakan tidak dapat diteruskan. Kita diminta untuk mengurangkan pertemuan secara fizikal, perlu penjarakkan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka. Makalah ini akan membincangkan masalah yang dihadapi oleh pendakwah yang bertugas di kawasan Orang Asli serta masa depan dakwah pada masa akan datang. Data yang dikutip adalah hasil kajian secara pemerhatian ikut serta, dan temu bual informan penting di Kampung Orang Asli Sg. Lui, Jempol, Negeri Sembilan. Diharap, makalah ini dapat memberikan gambaran tentang situasi dakwah Orang Asli di era pandemik COVID-19 yang belum pernah kita alami sebelum ini - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembangunan Kerangka Indikator Pemikiran Pelajar IPT dalam Pembelajaran dalam Talian(Penerbit USIM, 2024) ;Mohd Razimi Husin ;Bahbibi Rahmatullah ;Saripah Salbiah Syed Abdul Azziz ;Tajul Rosli Shuib ;Rozita Yahaya ;Abd Hakim MohadIsmail Mohd AliSebahagian daripada pelajar pengajian tinggi akan menghadiri kuliah bersemuka dan dalam talian. Bagaimanapun, kajian berkaitan menunjukkan 45 peratus pelajar masih berminat untuk belajar dalam talian. Penyelidikan oleh United Nations Children's Fund dan United Nations Population Fund mendapati 20% pelajar hilang minat untuk belajar disebabkan masalah yang dialami semasa pembelajaran dalam talian. Kurangnya motivasi untuk belajar akan menjejaskan pencapaian mereka. Keprihatinan terhadap perubahan persekitaran memberi kesan negatif kepada psikologi pelajar dari segi kognitif, tingkah laku, dan emosi. Oleh itu, kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti indikator psikologi yang mempengaruhi pembelajaran pelajar Pengajian Tinggi. Penyelidikan ini merupakan kajian yang menggunakan teknik perpustakaan dan tinjauan. Seramai 207 pelajar di negeri Perak dan Negeri Sembilan telah dipilih melalui persampelan rawak. Penyelidikan ini akan menghasilkan rangka kerja indikator psikologi dan pembelajaran yang mempengaruhi pembelajaran pelajar dalam menggunakan kaedah pembelajaran teradun. Hasil daripada analisis Item Pemikiran menunjukkan bahawa, kesemua 12 indikator mendapat skor min yang tinggi iaitu melebihi 4 daripada 5 skala. Rangka kerja ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh badan pendidikan melalui tindakan susulan bagi memastikan sistem pendidikan yang disediakan berkualiti tinggi, memenuhi aspirasi negara ke arah menghasilkan penambahbaikan dalam aspek bersesuaian mengikut keperluan pelajar. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penerapan Elemen Perpaduan Nasional Dalam Program NGO Di Sabah: Satu Tinjauan Awal(Institut Kajian Dan Latihan Integrasi Nasional, 2019) ;Abd Hakim Mohad ;Ros Aiza Mohd Mokhtar ;Aiedah Abdul Khalek ;Jill Sarjit G.Ahmad Tarmizi TalibNGO merupakan organisasi sukarelawan yang tidak berkepentingan politik mahupun keuntungan dalam memberi khidmat terhadap masyarakat sama ada dalam bentuk bantuan, servis ataupun memantapkan sesuatu polisi awam. Masyarakat di Malaysia amnya dan Sabah khususnya semakin merasai kehadiran pelbagai NGO yang menjalankan pelbagai program di tempat mereka. NGO-NGO ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti sukan, budaya, agama, belia dan sebagainya. Mereka giat menjalankan aktiviti sama ada kepada ahli-ahli yang berdaftar dengan mereka atau masyarakat lain yang bukan ahli. Kemudahan perhubungan menerusi internet dan media sosial seperti aplikasi whatsapp, facebook, telegram telah merancakkan lagi aktiviti yang dijalankan. Kajian terdahulu mendapati NGO dapat mengukuhkan kesepaduan sosial dengan membina norma mengambil berat, bersifat prihatin dan menyumbang kepada masyarakat. Namun persoalannya, apakah program-program anjuran NGO-NGO di Sabah ini turut menerapkan aspek perpaduan nasional yang menjadi asas kepada kerukunan dan kedamaian hidup dalam kalangan masyarakat majmuk seperti Malaysia. Kajian ini meneroka penglibatan NGO dalam menerapkan perpaduan nasional khususnya di Sabah melalui program yang dijalankan oleh NGO tersebut. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik bagi mendapatkan data. Hasil kajian yang dijalankan ke atas 30 responden menunjukkan bahawa NGO di Sabah turut berperanan dalam memupuk perpaduan nasional dengan menerapkan elemen kesepaduan dan perpaduan dalam program yang mereka anjurkan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penerimaan Pelajar Usim Terhadap Kursus Falsafah Dan Isu Semasa: Satu Analisis Deskriptif(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Latifah Abdul Latiff ;Ros Aiza Mohd MokhtarAbd Hakim MohadKursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) merupakan satu kursus baharu yang telah mula diperkenalkan kepada pelajar Instirusi Pengajian Tinggi (IPT) bermula September 2019. Kursus ini wajib diambil oleh semua pelajar IPT termasuklah pelajar USIM. Apabila disebut tentang falsafah, sudah pasti ramai yang terbayangkan ahli falsafah Barat yang terkenal seperti Plato dan Aristotle serta pelbagai teori falsafah. Pada pandangan umum, falsafah merupakan satu subjek yang sukar dikuasai. Memandangkan FIS adalah satu kursus baharu, justeru, kajian ini dilihat bertepatan dan sesuai dilakukan bagi mengkaji penerimaan pelajar terhadap kursus FIS yang telah mereka ambil pada semester 1, 2019/2020 yang lalu semasa berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dengan menganalisis secara deskriptif penerimaan pelajar USIM terhadap kursus ini dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan penerimaan pelajar terhadap kursus FIS adalah tinggi dan positif. Input kajian ini penting untuk dikongsikan bersama dengan tenaga pengajar FIS bagi menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) FIS pada masa hadapan. Ini penting bagi memastikan kursus ini terus mendapat tempat dalam kalangan pelajar serta menjadikan proses pembelajaran lebih interaktif dan menarik. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penglibatan Belia Dalam Program Perpaduan Anjuran Ngo Belia di Sabah(Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, 2019) ;Ros Aiza Mohd Mokhtar ;Abd Hakim Mohad ;Aiedah Abdul Khalek ;Sarjit S. GillAhmad Tarmizi TalibBadan Bukan Kerajaan atau lebih dikenali sebagai NGO (Non-governmental organisations) merupakan organisasi sukarelawan yang tidak berkepentingan politik mahupun keuntungan dalam memberi khidmat kepada masyarakat. Masyarakat di Malaysia amnya dan di Sabah khususnya semakin merasai kehadiran pelbagai NGO yang menjalankan pelbagai program berteraskan perpaduan. NGO ini dapat dibahagikan kepada beberapa kategori seperti sukan, budaya, agama, belia dan sebagainya. NGO ini giat menjalankan aktiviti sama ada kepada ahli yang berdaftar dengan mereka ataupun masyarakat yang bukan ahli. Kajian ini berasaskan bahawa NGO dapat mengukuhkan kesepaduan sosial dengan membina norma mengambil berat, bersifat prihatin dan menyumbang kepada masyarakat. Kajian ini meneroka penglibatan NGO Belia dalam menerapkan perpaduan nasional dalam kalangan belia di Sabah melalui program yang dijalankan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen iaitu borang soal selidik bagi mendapatkan data. Hasil kajian menunjukkan bahawa NGO Belia di Sabah turut berperanan dalam memupuk perpaduan nasional dengan menerapkan elemen kesepaduan dan perpaduan dalam program yang mereka anjurkan. Penglibatan belia dalam program berteraskan perpaduan telah membina hubungan etnik yang baik dalam kalangan masyarakat