Browsing by Author "Abdulloh Salaeh"
Now showing 1 - 20 of 64
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Al-Quran Dan Sunah Sebagai Asas Istinbat Hukum: Metodologi Imam Al-Shaficiyy(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-08) ;Nidzamuddin Zakaria ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Abdulloh SalaehNooh Ma Yu LongIjtihad Imam al-Shaficiyy adalah bersumberkan empat rujukan utama iaitu; al-Quran, Sunah, Ijmac dan Qiyas. Kajian ini membincangkan tentang metodologi Imam al-Shaficiyy dalam mengeluarkan hukum-hukum berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Terdapat beberapa metod al-Shaficiyy yang ingin dikemukakan oleh penulis berkaitan istinbat hukum berasaskan al-Quran melibatkan penggunaan kaedah umum (al-cAm) dan khusus (al-khas) dalam al-Quran dan takhsis lafaz al-cAm al-Quran dengan Khabar Ahad serta Nasikh dan Mansukh. Bagi istinbat hukum berasaskan sunah pula, penulis membahaskan beberapa metod al-Shaficiyy meliputi hadis Mutawatir, hadis Ahad dan hadis Mursal. Metodologi al-Shaficiyy ini merupakan landasan yang tepat dalam mengeluarkan hukum-hukum bagi memastikan penggunaan sumber-sumber tersebut secara maksimum dan mengikut keutamaannya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Al-Quran: Kitab Pembangunan Sinergi Umat Manusia Sejagat(Penerbit USIM, 2023) ;Nidzamuddin Zakaria ;Abdulloh Salaeh ;Amran Abdul Halim ;Syed Najihuddin Syed HassanWalid SaidKertas kerja ini membahaskan tentang takrifan, kedudukan dan peranan al-Quran sebagai rujukan dan panduan kehidupan dunia dan akhirat. Ciri-ciri keunggulan dan kemuliaan kitab suci al-Quran bersumberkan dalil-dalil al-Quran dan Sunnah dikemukakan dalam perbahasan topik yang dikemukakan. Di samping itu, peranan dan fungsi kitab suci al-Quran sebagai sinergi pemangkin pembangunan umat sejagat dalam menjalani kehidupan kita di dunia dan meraih kesenangan abadi di negeri akhirat nanti. Untuk itu, metod tadabur dan aplikasi kitab al-Quran ini perlu dijadikan amalan dalam usaha membumikan kurikulum langit ini sebagai way of life yang efisyen dan tuntas. Peminggiran kitab suci al-Quran daripada kehidupan dan ketamadunan insan akan mengakibatkan kemunduran jiwa dan iman serta kehinaan berkekalan dalam kehidupan. Usaha penghayatan al-Quran ini tidak akan berjaya melainkan perkara ini berlangsung secara komited dan konsisten dalam proses pendidikan yang holistik, teratur dan bersepadu demi mencapai Khaira Ummat atau kecemerlangan umat manusia sejagat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Hadis Berkaitan Nama Lain Bagi Surah Al-Mulk Dalam Kursus Tafsir Maudu‘i Di USIM: Satu Kajian Tinjauan(Penerbit KUIPSAS, 2021) ;Abdulloh Salaeh ;Amran Abdul Halim ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Nidzamuddin Zakaria ;Mahsor YahyaWalid Mohd SaidHadis itu adalah satu sumber utama dalam mengeluarkan hukum selepas al-Quran dan merupakan warisan peninggalan Rasulullah SAW. Perkembangan agama Islam yang begitu pantas ini telah berjaya melahirkan ramai ilmuan dan cendekiawan yang hebat khususnya di Tanah Melayu berasal dari sumber al-Quran dan hadis. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menganalisis hadis yang menyatakan nama-nama yang lain bagi Surah al-Mulk dan kedudukan hadis dan kandungannya yang diajarkan dalam kursus Tafsir Maudu‘i di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Justeru, kertas kerja ini akan menghuraikan kedudukan sejumlah hadis berkaitan nama-nama Surah al-Mulk serta kajian hadis-hadis tersebut hadis yang mana di dalamnya terkandung hadis yang sahih, hasan, da‘if dan lain-lain. Kajian ini juga akan dapat memberikan pendedahan umum tentang beberapa ayat dalam surah al-Mulk serta kelebihannya. Kajian ini menggunakan kaedah berbentuk penyelidikan kepustakaan. Hasil kajian ini dapat mendedahkan tentang ilmu hadis, kedudukannya secara yang lebih tuntas lagi untuk para pelajar dan orang awam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Hadith Di Dalam Kitab Risalah Tazkirah Al-Guflah Fi Bayan Asrar As-Solat(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Abdulloh Salaeh ;Amran Abdul Halim ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Mohd. Fauzi Mohd Amin ;Nidzamuddin Zakaria ;Mahsor Yahya ;Walid Mohd SaidMesbahul HoqueAgama Islam telah datang menerangi di Kepulauan Tanah Melayu ini semenjak dari abad ke 16 Masihi lagi. Perkembangan Agama Islam yang begitu pantas ini berjaya melahirkan ramai ilmuan dan cendiakawan yang hebat khususnya di tanah Pattani. Ini dapat disaksikan pada Abad ke 17 Masihi di mana di zaman inilah lahir ramai ulama dari kepulauan nusantara ini, antaranya tokoh yang amat terkenal iaitu Syeikh Daud Al-Fatani dan Syeikh Abdullah bin Idris Bendam Badam dan lain-lain. Kelahiran ini bukan sahaja melahirkan tokoh yang terkenal malah kitab-kitab rujukan yang masih segar sehingga zaman moden ini. Antara kitab yang masih digunakan bagi Syeikh Abdullah bin Idris Bendam Badam ialah Kitab Kitab Risalah Tazkirah Al-Guflah Fi Bayan Asrar As-Solat. Kitab ini bukan sahaja menjadi bahan rujukan bahkan dijadikan sebagai bahan pembelajaran utama di beberapa institusi pondok yang masih wujud sehingga sekarang. Kitab ini sebagai asas pembelajaran mereka tentang solat, Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menganalisis kedudukan hadith yang terkandung di dalamnya. Justeru kertas kerja ini akan cuba memberikan pendedahan tentang kedudukan serta kajian hadith yang dilakukan terhadap kitab ini yang mana di dalamnya terkandung hadis yang sahih, hasan, dhaif dan lain-lain. Kajian ini juga akan dapat memberikan pendedahan umum tentang pengarang serta kitabnya. Kajian ini menggunakan kaedah berbentuk penyelidikan perpustakaan. Hasil kajian ini dapat membantu masyarakat dalam memberikan pendedahan tentang ilmu hadith, kedudukannya serta penggunaannya dalam kitab ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Rahsia Sumpah Allah SWT Dengan Masa Dalam Surah Ad-Dhuha(Penerbit USIM, 2023) ;Abdulloh Salaeh ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Amran Abdul Halim ;Ahmad Kamel Mohamed ;Mohd Zohdi Mohd Amin ;Nidzamuddin Zakaria ;Norhasnira IbrahimKauthar Binti Abd KadirQuran adalah kalam Allah yang menjadi pedoman dalam hidup ini. Salah satu gaya bahasa yang ditunjukkan oleh Allah SWT dalam menyampaikan risalah suci-Nya dalam Quran adalah surah yang panjang dan ada surah yang pendek. Sesetengah surah pula dimulakan dengan menggunakan qasam atau sumpah. Adakala Allah bersumpah dengan zat-Nya, bersumpah dengan rasul-Nya dan sumpah dengan makhluk-Nya. Mengapa Allah SWT bersumpah serta apakah rahsia dan manfaat sumpah yang terkandung dalam Quran? Objektif kertas kerja ini ialah untuk mengkaji tentang sumpah Allah SWT berkaitan garis masa dalam Quran khususnya Surah Ad-Dhuha. Kajian kepentingan masa serta rahsianya yang tersirat dalam surah ini. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang yang menganalisis segala maklumat yang diperolehi daripada kitab tafsir muktabar seperti tafsir al-Tabari, Ibnu Kathir, al-Qurtubi dan lain-lain. Hasil kajian ini mendapati bahawa Allah SWT bersumpah dengan masa yang tertentu dengan tujuan yang tertentu. Seterusnya, akan dikaitkan dengan isu-isu semasa yang berkaitan memandangkan kebanyakan masyarakat awam hidup dalam nikmat yang diabaikan iaitu nikmat waktu dhuha. Ini kerana kesan dan pengaruh media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp, Youtube dan sebagainya. Kesibukan dengan perkara tersebut menyebabkan generasi masa kini menjadi kurang berminat kepada agama dan membawa kepada kedaifan iman seseorang. Justeru, masyarakat awam perlu mempelajari dan memahami Quran dengan sebenar-benarnya agar dapat meningkatkan tahap keimanan dan mencapai redha Allah SWT. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Pengajian Hadith Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia Tumpuan Terhadap Pembelajaran Murid Sekolah Kebangsaan(USIM Press, 2020) ;Amran Abdul Halim ;Abdulloh Salaeh ;Shumsudin Yabi ;Norazmi Anas ;Muhammad Arif Yahya ;Mesbahul HoqueNorakyairee Mohd RausThe writing of this article is intended to apply the study of hadith taken from Sahih Bukhari to the students of primary schools in Malaysia. The method of writing in this article is that the author examines the hadiths from Sahih Bukhari to be used as teaching aids to students in primary schools. The author chooses a hadith from the book of al-Iman which is about the role or responsibility of a Muslim to another Muslim by taking care of his limbs and hands and also related to the advantages of congregational prayer in the Kitab al-Solat. While in terms of teaching methods or methods are teacher and student centered, the author has used Microsoft Powerpoint software as a tool or teaching aid (BBM) for primary school students based on topics related to the hadith. The special feature of this teaching aid is that students can look at it repeatedly at home and review it to strengthen their understanding of a hadith and apply it in their lives. Pupils can also share the material with their peers from other schools. It is hoped that through the tools or teaching aids (ABM) produced can give awareness to the current generation on the actions or practices that should be displayed on social media should always be guided by true Islamic guidelines and help teachers in diversifying their teaching methods in primary schools, especially the study of hadith in the subject of Islamic Education. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Bibliometric On Date Palm (Phoenix Dactylifera.L) In Journal Article From 2017 Until 2021(Human Resource Management Academic Research Society, 2023) ;Syed Najihuddin bin Syed Hassan ;Abdulloh Salaeh ;Nidzamuddin bin Zakaria ;Walid bin Mohd Said ;Amran bin Abdul Halim ;Nurul Izzatul Huda Mohamad ZainuziNurul Izzah binti JusohThe date palm is the major output, and several processing methods, including drying, may be used to make it and give advantages to human. The quantity of journal articles about dates has increased every year. In 2006, a bibliometric analysis of date palms was completed. In order to complete the prior bibliometric study, this research was conducted, and it gathered significant journal articles from 2017 to 2021. Finding the demographic review and research area on Date Palm in journal papers for future research objectives was the main goal of the study. The results of earlier studies on research linked to date palms are examined in this study using bibliometric analysis. A total of 154 journal articles were gathered and examined based on a number of criteria, including language, informational reliability, publication year, subject coverage, and journal publishing. The study's findings revealed that English research articles predominated over Malay ones. The best website to find scientific studies about dates is sciencedirect.com. While 2020 collected 42 journal articles (27% of the total), that year. This study has conducted a number of studies on the application of date palms in a variety of industries, including science, technology, agriculture, nutrition and medicine. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Bullying Symptoms And Their Effects On Victims(Human Resource Management Academic Research Society, 2022) ;Amran Abdul Halim ;Norazmi Anas ;Mohd Syukri Mohd Noor ;Mohamad Qamarulzaman Mohamad Zani ;Abdulloh Salaeh ;Walid Mohd. SaidHelimy ArisBullying symptoms refer to aggressive acts or behaviors aimed at abusing/torturing the others who are weaker than the bully, which can cause physical or psychological harm to the victim. In addition, victims of bullying will feel depressed, terrified, apprehensive, and agitated the whole time, with some suffering serious and permanent injuries, and even worse – death. Hence, this study aims to discuss the definitions and concepts of bullying symptoms, the effects on the victims, and the reasons of suppression by the victims. There are (9) reasons of the suppression: (i) Shame and embarrassment, (ii) Fear of retaliation, (iii) Fears of making things worse, (iv) Desire for acceptance, (v) Fear of not being believed, (vi) Concerned about "snitching", (vii) Low self-esteem, (viii) Failure to recognize bullying, and (ix) Thinking that it would not help. Therefore, the bullying symptoms need to be given a serious attention by all parties including the victims themselves, to reduce the number of cases from time to time, and to avoid the risk of fatal injuries. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Islamic Tarbiyah System for Bullying Prevention(Human Resource Management Academic Research Society, 2023) ;Amran Abdul Halim ;Norazmi Anas ;Mohamad Qamarulzaman Mohamad Zani ;Walid Mohd Said ;Amiruddin Mohd Sobali ;Abdulloh SalaehNidzamuddin ZakariaBullying has a negative impact on bullies, victims and the environment, especially in the education sector. Preventive measures through psychological methods are considered to be less effective, so bullying prevention based on Islamic Tarbiyah system is recommended. This study aims to elaborate the perceptions of bullying in society, and the Islamic Tarbiyah system for bullying prevention. A case study was conducted on 71 respondents among school students, university students and teachers aged 13 to 40. Using IBM SPSS version 26, the data of the questionnaire were analyzed descriptively. The results found that bullying occurred in educational institutions, especially boarding schools and day schools, due to factors such as friends, family, environment and personality. It can affect victims' physical injuries, emotional disorders and lack of self-confidence. As a result, the Islamic tarbiyah system has been proposed as a bullying prevention measure, and it believes that the role of teachers/mentors/murobbi is crucial for the success of the system in schools. It is hoped that this method will curb the recurrence of bullying symptoms in schools and improve students' safety and security from time to time. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Jawi Book Risalah Syarat-Syarat dan Rukun-Rukun Sembahyang by Hajjah Khadijah Binti Tok Selehor: An Introduction(Penerbit USIM, 2024) ;Norhasnira Ibrahim ;Nurul Mukminah Zainan Nazri ;Zainora DaudAbdulloh SalaehHajjah Khadijah binti Tok Selehor is a female figure from Malaysia in the 20th century. Inheriting religious knowledge from his father Tok Selehor, who is a prominent Kelantanese scholar, she has produced several works of Jawi books in various fields. The objective of this study is to highlight her brief biography and analyse the content of her Jawi book titled Risalah Syarat-Syarat dan Rukun-Rukun Sembahyang. This study focuses on the background of the book, the text transliteration, and romanisation of the original text from Jawi to Rumi script. It is done without any amendments to the structure of the sentence and the language style to preserve the original meaning. The design of this study is library research, and data collection is obtained from Jawi book, journal articles, books, and websites. Research findings show that the book discussed Fiqh knowledge by focusing on prayer’s conditions and pillars. The book is written in a clear, concise, and easy-to-understand style of language. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Kawalan Dan Rawatan Pandemik Taun Dalam Al-Quran Dan Hadis(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Muhammad Widus SempoAbdulloh SalaehTaun termasuk wabak pandemik yang banyak kali berlaku dalam sejarah manusia. Taun bukan hanya menjangkiti umat Nabi Muhammad SAW, tetapi juga telah menjangkiti Bani Israel. Taun sepertimana wabak pandemik yang lain sukar dikawal apabila sudah menjangkiti satu komuniti manusia. Oleh itu,kajian ini menumpukan perbahasannya kepada kaedah kawalan dan rawatan pandemik taun yang dijana daripada al-quran dan hadis. Kajian ini menggunakan kaedah induktif dengan merujuk ayat-ayat alQuran dan hadis yang erkaitan taun. Selain itu, kajian disempurnakan dengan merujuk kitab tafsir muktabar dan kitab syarahan hadis serta kitab-kitab perubatan yang menawarkan rawatan penyakit taun. Kajian mendapati bahawa ahli tafsir mengaitkan penyakit taun dengan perkataan al-rijz (الرجز ( apabila mentafsirkan ayat-ayat al-quran yang menyebutkan perkataan tersebut. Manakala, hadis pula menawarkan beberapa solusi dalam berdepan dengan cabaran taun dan sejenisnya seperti lockdown, kuarantin dan social distancing (penjarakan fizikal). - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Penanganan Wabak Pandemik Berdasarkan Hadis Dan Kearifan Lokal Masyarakat Islam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Muhammad Widus SempoAbdulloh SalaehMasyarakat dunia telah banyak berdepan dengan cabaran wabak pandemik seperti maut hitam, Ebola, Kolera, Influenza H1N1, HIV/AIDS, SARSCoV, MERS Cov dan yang terbaharu adalah COVID-19. Angka kematian yang tinggi ekoran wabak tersebut menunjukkan kelemahan manusia dalam melakukan pengawalan dan penanganan. Justeru, kaedah penanganan yang sedia ada seperti social distancing, (lock down), isolasi pesakit, kuarantin dan sebagainya dalam mengawal penularan COVID-19 yang merebak dengan begitu pantas bukanlah perkara yang baharu, melainkan kaedah semacam ini dipercayai mempunyai asal-usul dalam tradisi Islam. Oleh itu, kajian ini menumpukan perbincangannya terhadap kaedah penanganan wabak pandemik dalam tradisi Islam berdasarkan hadis dan kearifan lokal masyarakat Islam. Kajian ini dijalankan secara induktif terhadap kitab-kitab hadis dan manuskrip perubatan Islam. Didapati dalam kajian ini bahawa masyarakat Islam memiliki kaedah tersendiri dalam mengawal penularan wabak pandemik berpandukan hadis dan kearifan lokal yang tertakluk kepada sosial-budaya mereka. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Penulisan Tafsir Di Malaysia: Kajian Terhadap Tafsir Pedoman Muttaqin(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Amran Abdul Halim ;Tengku Fathul Aziz Tengku Abd Mutalib ;Walid Mohd Said ;Nidzamuddin Zakaria ;Amiruddin Mohd Sobali ;Abdulloh Salaeh ;Mohd Fauzi Mohd Amin ;Ahmad Kamel Mohamed ;Syed Najihuddin Syed HassanMahsor YahyaPengajian al-Quran dan tafsir di Malaysia sudah bermula sejak lama dahulu, sama ada secara formal atau tidak formal. Pengajian ini bermula di rumah-rumah tok guru, surau, madrasah, masjid dan sebagainya. Pengajian ini juga lebih tersusun dan secara rasmi apabila sistem pengajian pondok diadakan di Malaysia dan dipelajari pula di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Justeru, satu usaha yang jitu perlu dilakukan bagi memelihara khazanah-khazanah ilmu ulama-ulama terdahulu dan diteliti kandungannya melalui kajian-kajian komprehensif terhadap hasil-hasil penulisan tersebut dan mengetengahkan keistimewaan isi kandungannya serta diperbaiki mutu bahasanya agar ia terus dimanfaatkan generasi kini dan akan datang bukan sekadar dijadikan koleksi simpanan sahaja. Melalui penulisan artikel ini, penulis cuba meneliti salah satu kitab tafsir di Malaysia iaitu Tafsir Pedoman Muttaqin yang ditulis oleh Dr Abdul Hayei Abdul Sukor dengan cara memerhatikan kaedah-kaedah penulisan beliau dalam kitab tafsirnya. Penulisan artikel kali ini berobjektifkan kepada sejarah penulisan tafsir atau latar belakang penulisan tafsir di Malaysia dengan lebih terperinci dan kaedah yang digunakan di dalam penulisan tafsir Melayu klasik yang biasa dibacakan di masjid dan surau tempat penulis tinggal. Diharapkan hasil dari penulisan ini dapat menonjolkan satu model atau contoh tafsir yang sesuai dengan kondisi masa kini khususnya masyarakat di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Metod Penulisan Kitab Antara Tafsir Marbawi dengan Tafsir Surah Yasin Uthman Bin Syahabudin(Penerbit USIM, 2023) ;Amran Bin Abdul Halim ;Abdulloh Salaeh ;Amiruddin bin Mohd Sobali ;Walid bin Mohd Said ;Nidzamuddin Zakaria ;Ahmad Kamel Bin Mohamed ;Mesbahul Hoque ;Syed Ahmad Tarmizi bin Syed Omar ;Mohd Azhar bin AbdullahMuhammad Abrar Bin Mohamed RazelanSelain daripada kitab-kitab tafsir yang muktabar seperti tafsir al-Tabari, Ibn Kathir, Tafsir fi Zilal al-Quran dan lain-lain, terdapat juga tafsir yang ditulis oleh para sarjana dan ilmuan di alam Melayu, antaranya ialah Tafsir Marbawi dan Tafsir surah Yasin Uthman bin Syahabudin. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti metodologi penulisan kitab tersebut dengan cara meneliti bentuk atau kaedah penulisannya. Hasilnya ialah penulis mendapati penyusunan tafsir al-Quran al-Marbawi ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pendahuluan dan bahagian tafsiran ayat. Bahagian ini dimulai dengan lafaz " يهنملسرحا مب " pada bahagian atas muka surat diikuti kata-kata aluan sebagai pendahuluan pada perenggan pertama. Pada halaman berikutnya pula dinyatakan kaedah memakai tafsir tersebut sebagai panduan pembaca dan menyatakan bahan-bahan rujukan yang digunakan semasa mentafsir ayat-ayat al-Quran. Bagi memudahkan para pembaca tafsir ini, beliau turut membuat senarai kandungan di bawah tajuk “Fihrasat ayat” yang merangkumi kandungan halaman surah al-Fatihah dan surah al-Baqarah. Isi kandungan perbincangan bagi setiap halaman tafsiran ayat turut dinyatakan di bawah tajuk “ Kandungan di dalam juzuk alif lam mim”. Manakala Tafsir Surah Yasin Uthman Syahabudin pula merupakan terjemahan dan tafsir surah Yasin yang dipetik daripada Tafsir Jamal dan Tafsir Jalalain, Kaedah ini turut memudahkan para pembaca yang ingin mencari perbahasan terhadap ayat-ayat tertentu berdasarkan senarai kandungan ayat tersebut. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Metodologi Penulisan Tafsir Nur Ihsan(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08) ;Amran Abdul Halim ;Muhammad Abrar Mohamed Razelan ;Abdulloh Salaeh ;Ahmad Kamel MohamedSyed Najihuddin Syed HassanSelain daripada kitab-kitab tafsir yang muktabar seperti tafsir al-Tabari, Ibn Kathir, Tafsir fi Zilal al-Quran dan lain-lain, terdapat juga tafsir yang ditulis oleh para sarjana dan ilmuan di Malaysia, antaranya ialah Tafsir Nur Ihsan. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti metodologi penulisan kitab tersebut yang ditulis oleh Haji Muhammad Said Umar dengan cara meneliti bentuk atau kaedah penulisannya. Hasilnya ialah penulis mendapati bahawa penulisan kitab ini adalah dengan cara tafsir al-quran secara ijmali iaitu dengan ringkas dan menggunakan bahasa yang mudah di fahami. Metod ini mentafsirkan ayat satu persatu mengikut kronologi ayat setiap surah. Penulis juga mendapati bahawa kaedah penulisan kitab ini adalah mirip kepada penulisan kitab tafsir jalalain. Seterusnya kitab ini ditulis dengan menggunakan tulisan jawi lama. Seperti kitab-kitab yang menggunakan tulisan jawi lama, kebanyakannya tidak meletakkan tanda baca seperti koma dan titik dalam penulisan mereka. Walau bagaimana pun, pengarang meletakkan pemisah di antara dua surah dengan meletakkan nama surah dan bilangan ayat bagi setiap surah. Selain daripada itu, pengarang juga ada meletakkan tajuk umum bagi sesetengah ayat bagi memudahkan pembaca untuk mengetahui perbincangan yang berkaitan dengan ayat yang akan di baca seperti hukum faraid. Hasil kajian juga mendapati beberapa kitab tafsir yang ditulis secara lengkap 30 juzuk dan terdapat sebilangan kitab tafsir ditulis mengikut surah. Selain itu metode yang digunakan oleh kebanyakan pentafsir-pentafsir adalah menggabungkan tafsiran dari kitab-kitab tafsir bahasa Arab yang muktabar. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Tinjauan Sumber Pembelajaran Al-Quran Dalam Masyarakat Cina Muslim Di Malaysia(Academic Inspired Network, 2019) ;Ma Yu Long ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Abdulloh Salaeh ;Robiatul Adawiyah Mohd ;Walid Mohd Said ;Kabiru GojeNurul Izzatul Huda Mohamad ZainuziAbstract: The converts (mualaf) are people who return back to Islam. As they are new to Islamic religion, they still need constant guidance and teaching, especially the Islamic teachings and Quranic understanding. Therefore, da'wah approach to this group, should be in accordance with the methods that suit their current situation and environment. Hence, the objective of this study is based on two main elements 1) to identify the factors of the Muslim Chinese society in general; and 2) study their learning resources of the al-Quran. This paper also discusses the history of migration as well as the migration factors of Chinese society from the Mainland China to Malaysia in general. In addition, researchers also listed some other research findings: the time period they took to learn Islam before converting to Islam, the challenges faced after their conversion and learning techniques used to study the al-Quran. This study uses a qualitative approach by analyzing documents and conducting semi-structured interview to a group of respondents in order to obtain premier data. Interview sessions were conducted to respondents who were selected from da'wah organizations in three states. The findings show that among the main factors of their conversion are due to the interaction with other believers as well as family members who have embraced Islam, and some of them converts by marriage factor. In the meantime, majority of them studied al-Quran through religious classes organized by da'wah institutions via Iqra 'books as a beginning and trying to understand the Quranic verse through the interpretation book. The time taken before embracing Islam and the challenges faced after the conversion was also explained. Hence, this study is expected to identify the problems and disadvantages in the effort to help these converts to Islam. Keywords: Cina Muslim Society, Mualaf, Learning al-Quran - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keistimewaan Kitab Bahr Al-Mazi Oleh Syeikh Al-Marbawi- Satu Penilaian(Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, 2022) ;Mohd Fauzi Mohd Amin ;Abdulloh Salaeh ;Amran Abdul HalimNidzamuddin ZakariaKitab Bahr Al-Mazi telah disusun oleh Syeikh Idris Al-Marbawi. Sebagaimana maklum kitab Bahr Al-Maziy merupakan salah satu koleksi kitab hadith Bahasa Melayu bertulisan jawi yang unggul di Tanah Melayu. Pengarangnya ialah MuhammadIdris Abdul Rauf al-Marbawiy seorang ulama bidang Bahasa Arab, Hadith, Tafsir dan Fiqh. Idris al-Marbawiy berjaya melaksanakan syarah terhadap Sunan al-Tarmizi secara sempurna. Kitab tersebut pertama kalinya dicetak di Mesir dalam edisi jawi pada tahun 1933M bersamaan 1352H. Antara lain, ia terdiri daripada 11 jilid, mengandungi 22 juzuk. Kitab Bahr al-Maziy mangandungi 2772 buah hadith sebagai bab dan topik perbincangan beserta 8265 masalah perbincangan yang berkitan dengan urusan dunia dan akhirat. Edisiasalnya dicetak di Mesir dengan 11 jilid yang dibahagikan kepada 22 juzuk. Kertas ini akan mengenengahkan siapakah penyusun kitab ini, metode penulisan kitab ini dan keistimewaan kitab ini. Dalam muqaddimah kitab pengarang menyatakan begitu berminat dengan kitab sunan Tirmizi kerana susunannya serta hukum syariat daripada hadith nabi dengan penjelasan daripada pandangan mazhab yang empat. Pengarang juga menyatakan guru beliau yang dikagumi dalam bidang hadith iaitu Syeikh Ibrahim al-Samaluti yang mengajar di Masjid Husain bersebelahan masjid Al-Azhar. Beliau juga menyatakan tujuan penulisan ini adalah ikhlas untuk menyebarkan kefahaman tentang hadith Rasulullah SAW, beliau juga menetapkan nama kitab ini iaitu “Bahr Al-Mazi: Li Syarh Mukhtasar Sahih Al-Tirmizi”. Selepas itu beliau menjelaskan kaedah penulisan kitab ini dan juga menjelaskan makna istilah yang digunakan oleh Imam Tirmizi seperti istilah hasan, sahih, gharib dan sebagainya. Penulisan ini berbentuk kajian perpustakaan dan merujuk kepada maklumat dalam laman web yang berkaitan. Kitab Bahr Al-Mazi merupakan kitab yang sangat bermanfaat dan rujukan utama dalam bidang hadith di Tanah Melayu. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kesan Covid-19 Terhadap Kebolehpasaran Graduan IPT: Pelan Tindakan Kepada Pelajar Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, USIM(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Ahmad Kamel Mohamed ;Abdulloh Salaeh ;Amran Abdul HalimSyed Ahmad Tarmizi Syed OmarCOVID-19 yang melanda dunia pada awal tahun 2020 telah memberi kesan yang besar terhadap kehidupan sosial dan ekonomi di seluruh dunia. Banyak aktiviti sosialekonomi terganggu secara global seperti penangguhan dan pembatalan aktiviti kebudayaan, keagamaan, pelancongan, sukan dan lain-lain acara yang melibatkan terencatnya rantaian ekonomi membawa kepada berlakunya penutupan syarikat dan penggantungan aktiviti kerja disebabkan pandemik ini yang mana ianya menyebabkan kadar pengangguran meningkat dengan drastik dan peluang pekerjaan juga semakin sempit. Kertas kerja ini membincangkan tentang isu kesan COVID-19 terhadap kebolehpasaran graduan IPT khususnya graduan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Objektif utama kajian adalah untuk mengenalpasti pelan tindakan yang perlu dilakukan oleh pihak Fakulti dan Universiti dalam usaha membantu graduan memperolehi pekerjaan terutamanya di era pandemik COVID-19 yang belum pasti bila ianya akan berakhir. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan membuat penilaian kepada program yang dianjurkan sebelum ini oleh pihak Universiti yang berjaya meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan untuk tahun 2019 dan melihat program-program lain di luar sana yang berpotensi untuk memberi nilai tambah kepada graduan Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah. Kertas kerja ini mengemukakan pelan tindakan yang perlu dilakukan pihak fakulti dan universiti dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Khasiat Dan Keistimewaan Herba Mashyur dalam Perubatan Alam Tradisional Melayu: Kajian Menurut Perspektif Al-Quran dan As-Sunnah(Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, 2022) ;Amran Abdul Halim ;Abdul Halim Bin Remly ;Amiruddin bin Mohd. Sobali ;Walid bin Mohd Said ;Abdulloh Salaeh ;Helimy Aris ;Nidzamuddin bin Zakaria ;Mohd Fauzi Mohd Amin ;Ahmad Kamel Mohamed ;Syed Najihuddin Syed HassanMahsor bin YahyaPenyelidikan ini merupakan satu kajian yang khusus mengenai herba yang disebutkan dalam hadis serta analisa terhadap herba yang digunakan untuk merawat pelbagai penyakit dalam perubatan tradisional melayu. Herba adalah tumbuhan di mana daun, bunga atau biji digunakan untuk perasa makanan, ubat-ubatan atau menggunakan baunya yang menyenangkan untuk sesuatu produk.Kajian ini menfokuskan kaedah kajian kualitatif dengan penelitian terhadap hadis-hadis berkaitan dengan herba-herba yang direkodkan dalam hadis yang bertujuan untuk mengenal pasti khasiat dan keistimewaannya menurut perubatan tradisinal alam Melayu. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kisah Nabi Musa Dalam Surah Al-Kahfi – Membentuk Ciri-Ciri Penuntut Ilmu Cemerlang(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08) ;Mohd Fauzi Mohd AminAbdulloh SalaehAl-Quran adalah kitab yang diturunkan Allah yang memberi petunjuk dan hidayah kepada manusia. Dalamnya terdapat berbagai kisah dan teladan yang boleh memberi pengajaran dalam semua bidang kehidupan. Al-Quran memaparkan kisah dan cerita para nabi serta kehidupan mereka. Di sebalik kisah-kisah tersebut tersimpan pengajaran berharga dan banyak rahsia. Kisah Nabi Musa dan Lalaki Salih (nabi Khidhir) dalam surah al-Kahfi dapat dicungkil pengajarannya bagi memperkasakan modal insan. Kisah nabi Musa dan lelaki yang salih bersamanya berkisar mengenai azam yang kuat beliau untuk keluar menuntut ilmu pengetahuan melalui guru yang berwibawa, beliau sanggup menempuh segala rintangan dan cabaran yang mencabar. Kisah ini menunjukkan ciri-ciri penting yang perlu wujud dalam menuntut ilmu pengetahuan. Ciri-ciri penting yang perlu ada telah dijelas dalam kisah ini pertamanya keluar daripada tempat asal bertujuan mencari ilmu dan pengalaman, kedua menanam keazaman dan kemahuan yang tinggi, ketiga mempunyai sifat ‘ubudiah, keempat mempunyai sifat tawadhu’ dan kelima hendaklah mempunyai sifat sabar. Kelima-lima ciri yang diajarkan melalui kisah nabi Musa dan nabi Khidir ini sangat penting bagi para penuntut ilmu pada setiap masa dan tempat.