Browsing by Author "Maisarah Saidin"
Now showing 1 - 20 of 40
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Celebrating Ramadan During Covid-19 Pandemic: A Case Study In Malaysia(Malaysian Social Science Association (PSSM) & Institute of Malaysian and International Studies (IKMAS), UKM, 2021) ;Shahrina Ismail ;Sharifah Fairuz Syed Mohamad ;Maisarah SaidinFatin Ahza Rosli - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Effect Of The Mustakhraj Of Abu Awanah In Narrations In Answering The Criticism On Chain Of Narrators In Term Of Connecting The Interrupted Narrations In Sahih Muslim(Scientific Research Support Fund Ministry of Higher Education and Scientific Research, 2021) ;Maisarah SaidinAbed Rabbo Abu Sa'likThis study deals with the effect of ‘Mustakhraj Abi ᶜAwanah’ in answering the criticsm related on chain of narratos in term ofconnecting the interrupted narrations in ‘Sahih Muslim’. In hadith study, the chain of narrators (Sanad) is an important and undeniable element along with other element, which is the matn. It is because, sanad is the chain that connects the narrators of the Hadith and the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him). When one of the chains is problematic, the validity of the Hadith will certainly be questioned. There are criticisms from some applicants against the chain of narrators in ‘SahihMuslim’such ad-Daraqutni, Ibn Umar as-Shahid, Abu Ali al-Ghassani, Ibn al-Qattan and others. These criticisms are considered to effect the validity of ‘Sahih Muslim’ narrations by the existence of the interrupted chains of narrators. Therefore, this study focused on analysing criticisms of interrupted narrations. In addition, this study presents the effect of ‘Mustakhraj Abu ᶜAwanah’ in answering these criticisms by connecting the interrupted chain of narrators. The collected study reach that ‘Mustakraj Abi ᶜAwanah’ affects the connection of interrupted narrations in ‘Sahih Muslim’through the other authenticity chains of narrators which are assembled in his collection. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Gerakan Anti-hadis di Media Elektronik: Kassim Ahmad(Academic Inspired Network, 2023) ;Nik Zulaikha binti Zulkifli ;Nur Fatin Aliah binti Nordin ;Nurul Husna Amani binti Mohd AbduhMaisarah SaidinGolongan anti hadis bukanlah suatu yang asing dalam Islam, bahkan gerakannya telah mula bertapak sejak awal permulaan perkembangan Islam lagi. Di Malaysia, gerakan anti hadis dipelopori oleh Kassim Ahmad. Pemikiran beliau sedikit sebanyak telah mempengaruhi orang ramai seterusnya menyebabkan kesalahfahaman dan menimbulkan kekeliruan masyarakat awam terhadap as-Sunnah. Kassim Ahmad juga dilihat sebagai antara perintis terhadap golongan di Malaysia yang memulakan kritikan terhadap hadis. Pemikirannya boleh menyebabkan masyarakat yang mengikutinya terpesong dari memahami maksud hadis yang sebenar. Hal ini kerana, dibimbangi masyarakat hanya mendapat maklumat mengenai hadis dari beliau tanpa merujuk ahli agama dan hanya menggunakan logik akal semata untuk memahami sesuatu hadis. Selain itu, buku-buku beliau juga turut mendapat perhatian sehingga ke peringkat antarabangsa, yang juga diterjemahkan ke dalam bahasa asing. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kandungan permasalahanpermasalahan berkaitan agama yang dimuat naik oleh Kassim Ahmad dalam blognya. Disamping itu, kajian ini juga akan mengenapasti aliran pemikiran dan pemahaman Kassim Ahmad ke atas hadis Rasulullah SAW serta menganalisis kritikan para pengkaji ke atas penulisan beliau. Kaedah yang kami gunakan untuk mengkaji pemikiran Kassim Ahmad dan pemikiran anti hadisnya adalah melalui kaedah penyelidikan kualitatif. Kajian ini akan menggunakan kaedah analisis teks bersumberkan kajian kepustakaan seperti jurnal dan artikel yang lepas, blog, tesis, disertasi dan sebagainya. Hasil kajian ini mendapati bahawa pandangan pemikiran yang dibawakan oleh Kassim Ahmad bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Justeru itu, diharapkan penulisan ini dapat menyedarkan masyarakat tentang bahaya golongan ini yang sentiasa memanfaatkan media elektronik bagi tujuan menyebarkan pemikiran dan ajarannya yang terpesong - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hak Wanita Melayu Dalam Harta Pusaka: Analisis Daripada Perspektif Al-Qur’an Dan Sunnah(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08) ;Maisarah SaidinRoshimah ShamsudinAgama dan sosio budaya berperanan dalam mencorakkan amalan pembahagian harta pusaka dalam kalangan masyarakat Malaysia. Agama Islam telah menetapkan dengan jelas hak dan bahagian harta pusaka antara lelaki dan wanita. Namun begitu, perubahan sosio budaya yang berlaku telah memperlihatkan golongan wanita pada masa kini bergerak aktif dalam sistem masyarakat dan sebahagiannya bertindak sebagai pencari nafkah sama ada utama atau sampingan. Justeru, perubahan tersebut mengundang perhatian golongan liberal untuk mengkritik hukum Islam berkaitan pembahagian harta pusaka. Mereka berpandangan bahawa pembahagian harta nisbah 2:1, iaitu lelaki melebihi wanita sudah tidak relevan dan mempunyai unsur diskriminasi terhadap hak wanita serta perlu diubah bagi menjamin keadilan dan kesamarataan hak. Justeru, penulisan kertas kerja ini akan menganalisis hak wanita dalam pembahagian harta pusaka berdasarkan perspektif al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW, seterusnya menjelaskan hikmah perlaksanaan pembahagian tersebut. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian yang berbentuk kualitatif ini akan menjalankan kaedah pengumpulan data yang dilaksanakan melalui kajian kepustakaan untuk mendapatkan data-data-yang berkaitan dengan amalan masyarakat Melayu. Seterusnya data-data tersebut akan dianalisis melalui kaedah induktif dan deduktif dengan bersandarkan al-Qur’an dan kitab-kitab hadith induk seperti al-Kutub al-Sittah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hak harta pusaka yang diberikan kepada kaum wanita sebanyak satu perdua, satu pertiga dan satu perempat serta satu perenam atau satu perlapan yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu berteraskan konsep faraid adalah selaras dengan nas-nas yang terdapat dalam al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW. Di samping itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa hikmah perlaksanaan pembahagian harta pusaka yang dijelaskan oleh al-Qur’an dan Sunnah nabi SAW, dimana pembahagian nisbah harta pusaka lelaki melebihi wanita adalah sesuai dengan peranan dan tanggungjawab yang digalas mereka serta memenuhi konsep keadilan yang dianjurkan Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Integrasi Al-Quran Dan Sunnah Nabawi Dalam Membentuk Keluarga Madani: Panduan Ibu Bapa Ketika Berkomunikasi Dengan Anak Perempuan(USIM Press, 2023)Maisarah SaidinParents have a significant responsibility to shape their children in accordance with Islamic teachings. As is known, prior to the advent of Islam, the pre-Islamic Arab society mistreated women and daughters. However, with the arrival of Islam brought by Prophet Muhammad (peace be upon him), their dignity was elevated to a higher level. Daughters symbolise the future generation because they will become mothers and contribute to the quality of the next generation. Therefore, if daughters donot receive the best education and upbringing, they may not be able to handle their responsibilities as mothers to their own children. Education grounded in positive values can shape outstanding individuals. Hence, this study aims to analyse the Quranic and Prophetic approaches to shaping a Madani family through ethical communication with daughters. This is a qualitative study that employs data collection methods, with data being analysed through inductive and deductive methods based on the content of Quranic verses and their interpretations, as well as the core Hadith texts like the Al-Kutub Al-Sittah. The study findings suggest that an approach characterised by love and attention to children, firmness with wise disciplinary measures, and consistent guidance on religious values should serve as a guide for parents in communicating with their daughters - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Integrasi al-Quran dan Sunnah Nabawiyyah dalam Pembentukan Keluarga Madani: Panduan Komunikasi Ibu bapa dengan Anak Perempuan(Penerbit USIM, 2023) ;Maisarah SaidinRoshimah ShamsudinIbu bapa memiliki tanggungjawab besar dalam mencorakkan anak-anak mereka sesuai dengan ajaran Islam. Sebagaimana maklum sebelum kedatangan Islam masyarakat Arab jahiliyah dulu memperlakukan wanita dan anak perempuan dengan perlakuan yang buruk. Namun begitu, dengan kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, martabat mereka telah diangkat ke tahap yang lebih mulia. Anak perempuan merupakan gambaran bagi generasi akan datang. Ini kerana, merekalah yang akan menjadi ibu dan melahirkan kualiti generasi berikutnya. Justeru, sekiranya anak perempuan tidak menerima pendidikan dan asuhan yang terbaik, maka mereka mungkin tidak mampu menghadapi tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak mereka. Pendidikan yang didasari dengan nilai-nilai positif mampu membentuk modal insan cemerlang. Justeru itu, kajian ini bertujuan menganalisis pendekatan al-Quran dan hadis Nabi SAW dalam membentuk keluarga Madani melalui etika berkomunikasi dengan anak perempuan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah pengumpulan data, data dianalisis melalui kaedah induktif dan diduktif dengan bersandarkan kandungan ayat al-Quran beserta tafsirnya dan kitab-kitab hadis induk seperti al-Kutub al-Sittah. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan kasih sayang dan memberikan perhatian kepada anak-anak, bersikap tegas dan memberikan hukuman secara berhikmah, serta senantiasa memberi nasihat dan mengingatkan tentang nilai-nilai agama merupakan kaedah yang wajar dijadikan panduan oleh ibu bapa dalam berkomunikasi dengan anak perempuan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu-Isu dan Cabaran Pengajian Hadis di Malaysia(Academic Inspired Network, 2023) ;Nurul Nabilla Binti Samsudin ;Wan Nor Fitrah Binti Wan Nor ;Nur Afiqah Binti Ahmad FadzilMaisarah SaidinHadis merupakan sumber hukum kedua selepas al-Qur’an. Pengajian hadis amat penting bagi mewujudkan kefahaman masyarakat terhadap bidang ilmu hadis dan memastikan pemeliharaan khazanah kitab-kitab hadis secara berterusan. Daurah hadis merupakan salah satu medium penyampaian dakwah yang penting kepada masyarakat. Kajian terdahulu menunjukkan terdapat beberapa isu-isu dan cabaran yang berlaku semasa proses pembelajaran daurah hadis di pelbagai institusi. Meskipun pengajian hadis telah wujud sejak zaman Rasulullah namun segelintir isu perlu dipandang serius dan dititikberatkan seperti pentauliahan dari Majlis Agama, tahap penerimaan masyarakat dalam pengajian daurah hadis, cabaran yang dihadapi oleh institusi pondok, pusat-pusat tahfiz, surau dan masjid serta peranan dan pengaruh media tentang daurah di dalam masyarakat. Oleh itu, kajian ini akan mengenal pasti sejarah kewujudan pengajian daurah hadis, menganalisa beberapa kelebihan dan kekurangan yang ada dalam pengajian daurah hadis, serta mengkaji isu-isu dan cabaran yang terdapat sepanjang pengajian hadis dilaksanakan di Malaysia. Kajian ini menggunakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah dokumen analisis yang mengumpulkan dokumentasi daripada kajian-kajian lepas serta menganalisis isu-isu tersebut melalui media sosial seperti artikel, laporan akhbar Malaysia dan lain-lain yang berkaitan isu-isu kontroversi di Malaysia. Hasil dapatan kajian menunjukkan dan mendapati terdapat segelintir penceramah agama yang masih diragui ketauliyahan untuk mengajar pengajian hadis walaupun telah menyebarkan ilmunya ke serata tempat. Kesimpulannya, Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Negeri perlu mengkaji semula kelayakan setiap penceramah bagi mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat agar akidah mereka tidak terpesong disamping terus beramal mengikut ajaran Islam bertepatan dengan pegangan ahli sunnah wal jamaah dari segi Akhlak, Syariah dan Aqidah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Kesahihan Hadith Dalam Aplikasi Tiktok(Academic Inspired Network, 2023) ;Nur Syazwani Mohd Fadzilla ;Sulwani Salee ;Muna Izzah AzharMaisarah SaidinKajian ini membahaskan tentang penyebaran hadis menggunakan aplikasi TikTok. TikTok dapat didefinisikan sebagai perkongsian video yang menggabungkan elemen audio dan visual. TikTok merupakan media sosial popular dan digunakan secara meluas oleh orang ramai dalam pelbagai lapisan masyarakat. Melalui TikTok pengguna boleh menghasilkan, mengedit, menonton, memuat naik dan berkongsi pelbagai ilmu. Kini terdapat pelbagai video pengajaran dan pembelajaran berkaitan Pendidikan Islam khususnya ilmu hadis disebarluaskan menggunakan aplikasi TikTok. Namun begitu, kredibiliti hadis tersebut tidak dapat dikenalpasti. Tambahan pula, kebanyakan masyarakat awam kurang mengetahui tentang ilmu hadis. Ini menyebabkan mereka mengambil dan mengamalkan sesuatu hadis tanpa mengetahui kesahihannya. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengenalpasti beberapa video hadith yang tersebar di Tiktok seterusnya menganalisis status hadith yang dimuat naik. Kajian ini juga akan menjelaskan isu-isu berkaitan hadith di Tiktok yang tersebar dalam kalangan masyarakat. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian yang berbentuk kualitatif ini menggunakan analisis dokumen dan video. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa status hadis di aplikasi Tiktok terdiri dari Sahih, Hasan, Dha’if dan Maudu’. Justeru, diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat dan menyumbang ilmu pengetahuan kepada masyarakat tanpa mengira usia dalam mendalami ilmu hadis serta mengenalpasti kredibilit sesuatu hadis di Tiktok. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian tentang Ilmuan Islam Nusantara: Sheikh Muhammad Idris Al – Marbawi(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Siti Aisyah Mohd Isam ;Nur Adilah Ahmad Ahyad ;Adriana Farzana ZawahirMaisarah SaidinTerdapat ramai ulama di Nusantara yang terkenal dengan kewibawaan dan ketokohan dalam bidang ilmu masing-masing. Tanah Melayu juga menjadi salah satu lokasi lahirnya ribuan tokoh Islam yang terkenal. Contohnya di Perak, banyak intelektual Islam yang berasal dari negeri ini masyhur dalam pelbagai bidang pengajian Islam dan banyak menabur jasa kepada penduduk setempat. Antaranya ialah Sheikh Mohd Idris al-Marbawi merupakan tokoh persuratan Arab-Melayu yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia dan Nusantara. Walaupun begitu, seiring dengan perkembangan zaman, ketokohan beliau makin dilupakan, malahan generasi muda kini kurang mengetahui sumbangan tokoh ini pada masyarakat Islam Malaysia khususnya. Justeru, amat penting bagi generasi kini mengenali tentang Sheikh Mohd Idris al-Marbawi yang mana merupakan ilmuan yang telah bertungkus-lumus mengerah kudrat dan memberi sumbangan dalam pelbagai aspek. Usaha dalam memperkenalkan ilmuan yang bernama Sheikh Mohd Idris al-Marbawi kepada khalayak ramai merupakan fokus utama dalam kajian ini. Selain itu, kajian ini juga memfokuskan kepada segala sumbangan yang telah Sheikh Mohd Idris al-Marbawi lakukan. Kajian ini akan menganalisa latar belakang hidup dan pendidikan serta sumbangan Sheikh Al–Marbawi dalam ilmu agama. Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini bersandarkan penyelidikan perpustakaan. Hasil kajian mendapati bahawa Sheikh Mohd Idris al-Marbawi merupakan tokoh ilmuan yang banyak berjasa khususnya dalam bidang Tafsir dan Hadis. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian terhadap Keberhasilan Pengajaran dan Pembelajaran Ilmu Tajwid melalui Saluran Youtube di Era Endamik Covid-19(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Natasya Hamid ;Syafiqah Rosli ;Syamimi SukriMaisarah SaidinTajwid mengikut bahasa ialah memperelokkan sesuatu manakala secara istilah mengeluarkan setiap huruf Hijaiyyah daripada makhrajnya serta diberikan haknya. Sebagaimana maklum, hukum membaca al-Quran secara bertajwid adalah fardu Ain bagi setiap muslim. Namun begitu, sebahagian besar umat Islam kurang menerapkan bacaan secara bertajwid ketika membaca al-Quran ekoran mengalami kesulitan dalam memahami hukum tajwid yang pelbagai. Selain itu, aktiviti harian yang sangat padat juga merupakan antara faktor yang menyebabkan mereka tiada waktu untuk mempelajari ilmu tajwid secara bersemuka. Kewujudan pelbagai kelas pengajian tajwid secara online dilihat mampu membantu mereka mempelajari tajwid. Walaubagaimanapun, metode pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam kelas online ini perlu diperhalusi agar umat islam beroleh manfaat yang sewajarnya seterusnya memahami ilmu tajwid dengan baik. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti kaedah-kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid melalui saluran Youtube. Seterusnya, menganalisis tahap keberhasilan kaedah pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid melalui saluran Youtube di era endamik Covid-19. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui kajian perpustakaan dengan bersumberkan bahan-bahan rujukan daripada artikel, jurnal serta analisis video dalam Youtube yang berkaitan dengan pembelajaran ilmu tajwid. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa Islam tidak menghalang penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran ilmu al-Quran seperti tajwid dan seumpamanya namun ia mestilah tidak menjejaskan keaslian ilmu itu serta mestilah berupaya memelihara tradisi asal keilmuan ilmu tersebut seperti talaqqi dan musyafahah. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid dapat membantu pelajar untuk menguasai bahagian dalam ilmu tajwid dan secara tidak langsung dapat membantu memperbetulkan bacaan al-Quran dengan bertajwid. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keberkesanan Aplikasi Jami’ Al-kutub At-tis’ah Dalam Kajian Hadis Di Kalangan Pelajar Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia(Academic Inspired Network, 2023) ;Nur Ainul Mardhiah ;Nadhiratul Amirah ;Farha IzzatiMaisarah SaidinAplikasi Jami’ al-Kutub at-Tis’ah merupakan salah satu aplikasi yang digunakan bukan sahaja untuk mengkaji biografi perawi-perawi hadis bahkan sebagai sumber kajian hadis. Aplikasi ini lebih mudah diakses serta menarik kerana hadis-hadis berkenaan suatu topik telah disusun dan dikumpulkan di dalam satu fail. Biografi tentang perawi-perawi hadis juga telah dinyatakan dengan terperinci dari segi gelaran, pandangan ulama terhadapnya dan info lain. Aplikasi ini dilihat lebih inovatif dan kreatif sekiranya digunakan sebagai medium pembelajaran dan pengajaran Hadis khususnya dalam kajian dan analisa sesuatu hadis. Namun begitu, ramai pelajar kurang mengetahui cara penggunaan aplikasi Jami’ al-Kutub atTis’ah dalam pembelajaran. Justeru, kajian ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara penggunaan Aplikasi Jami’ al-Kutub at-Tis’ah dalam kajian hadis di samping mengukur tahap kekerapan penggunaannya. Selain itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap keberkesanan aplikasi ini kepada pelajar-pelajar Fakulti Pengajian al-Quran dan as-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui instrumen soal selidik yang dilaksanakan dalam kalangan pelajar fakulti tersebut. Hasil kajian mendapati penggunaan Aplikasi Jami’ al-Kutub at-Tis’ah mampu mempengaruhi persepsi atau pemahaman pengguna terhadap kajian hadis. Penggunaan aplikasi ini juga sangat membantu pelajar dalam proses pembelajaran khususnya dalam bidang hadis. Kesimpulannya, kewujudan Aplikasi Jami’ al-Kutub at-Tis’ah pada hari ini memudahkan pelajar dalam menganalisa hadis di samping menjadikannya sebagai salah satu wadah pembelajaran. Justeru, diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar di luar sana dalam memahami kaedah penggunaan aplikasi serta mempelajari dan membuat penilaian terhadap suatu hadis dengan mudah dan cepat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kemahiran Bacaan Al-Quran Secara Bertajwid Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Harian : Satu Tinjauan Awal(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Norwardatun Mohamed Razali ;Siti Rosilawati RamlanMaisarah SaidinPenerapan bacaan al-Quran terhadap kanak-kanak telah diterapkan oleh ibubapa seawal usia empat tahun. Usaha ini diteruskan di peringkat sekolah rendah bermula usia 7 tahun sehingga 12 tahun dengan silibus j-QAF di sekolah rendah kebangsaan harian dan juga tambahan kelas KAFA di sekolah rendah agama rakyat. Namun begitu, keberkesanan silibus tajwid terhadap keupayaan bacaan al-Quran pelajar masih di tahap tidak memuaskan. Guru yang tidak berkemahiran dan kaedah pengajaran serta pembelajaran yang kurang berkesan merupakan antara faktor penyumbang kepada kelemahan penguasaan bacaan al-Quran. Kajian ini bertujuan meninjau tahap kemahiran bacaan al-Quran di kalangan pelajar sekolah menengah harian. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah pengumpulan dokumentasi daripada kajian-kajian lalu yang menyentuh berkaitan kemahiran bacaan al-Quran. Hasil kajian mendapati masih ramai pelajar Sekolah Menengah harian yang tidak menguasai bacaan al-Quran secara bertajwid walaupun telah mempelajari al-Quran selama tujuh tahun. Kesimpulannya, silibus dan metod penyampaian ilmu tajwid perlu dikaji semula dengan metod pembelajaran serentak bagi menguasai hukum tajwid dan kelancaran bacaan al-Quran dengan kaedah talaqqi dan musyafahah menggunakan alat bantuan mengajar modul latihan kendiri tajwid baharu. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kemudahan Aplikasi Islamik Bagi Golongan Tipikal Dan Oku Pendengaran(Academic Inspired Network, 2023) ;Nur Arifah Binti Mohamad Fuad ;Nur Aiman Izzati Binti Mohamad ;Nur Anis Annadia Binti Che MusaMaisarah SaidinTeknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) telah berkembang dengan pesatnya seiring dengan peredaran zaman. Penggunaan ICT dalam kehidupan memberi impak yang positif kepada masyarakat terutamanya dalam mencari maklumat serta ilmu pengetahuan. Gabungan bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) agama Islam dilihat mampu memberi manfaat kepada umat Islam dalam mencari kebenaran dan fakta terhadap sesuatu perkara. Terdapat banyak aplikasi ICT yang dibangunkan. Antara teknologi kini yang mampu memberi kemudahan kepada umat Islam adalah melalui pembangunan aplikasi Islamik. Aplikasi adalah sejenis program komputer yang digunakan dengan peranti mudah alih seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya. Antara aplikasi-aplikasi Islamik bagi golongan tipikal adalah TheNoor dan Qalby. Malah komuniti OKU pendengaran juga tidak terlepas daripada perkembangan teknologi aplikasi Islamik iaitu Quran Isyarat. Namun begitu, masyarakat Islam kurang mengetahui akan kewujudan aplikasi perisian Islamik dan tatacara penggunaan aplikasi tersebut. Tujuan kajian ini dijalankan berdasarkan tiga objektif iaitu menjelaskan konsep ICT menurut Islam, mendedahkan jenis-jenis aplikasi Islamik kepada golongan tipikal dan komuniti OKU pendengaran dan yang terakhir, mengenalpasti isu dan cabaran aplikasi Islamik bagi golongan tipikal dan komuniti OKU pendengaran. Kajian ini menggunakan metode kualitatif iaitu menilai aplikasi-aplikasi Islamik yang terdapat pada masa kini. Data dan maklumat kajian ini dikumpulkan sendiri oleh pengkaji dengan menggunakan bahan ilmiah seperti jurnal, artikel dan sumber internet yang berkaitan dengan aplikasi Islamik. Hasil dapatan kajian ini mendapati kemudahan aplikasi-aplikasi Islamik dapat membantu masyarakat Malaysia terutamanya yang beragama Islam untuk memahami ilmu yang berkaitan dengan fardhu ain bukan sahaja untuk golongan tipikal malahan juga bagi golongan OKU pendengaran. Tuntasnya, dengan aplikasi-aplikasi seperti ini, ia dapat menawarkan pengetahuan kepada pengguna tentang perlaksanaan ibadah. Justeru itu, diharapkan dengan aplikasi ini dapat membantu setiap mukmin melaksanakan ibadah secara mudah dan teratur mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam. Seterusnya, menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kerahmatan Islam Dalam Mendepani Golongan LGBT(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08) ;Siti Mardiyah Kamal Azhar ;Maisarah SaidinMuhammad Najmi Md AzimanFenomena ‘kaum Luth moden’ atau LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender) dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin berkembang secara meluas. Penyebaran ideologi atas dasar memperjuangkan hak kebebasan individu yang dibawa oleh golongan tersebut jelas bertentangan dengan nilai ajaran Islam dan Perlembagaan Malaysia. Dalam usaha mengajak golongan ini kembali kepada fitrah, metode dakwah yang tersusun dan terancang diperlukan agar keberkesanan dakwah dapat dicapai. Oleh yang demikian, penulisan kertas kerja ini akan mengenalpasti pendekatan dakwah para nabi terhadap kaum mereka berdasarkan perspektif al-Qur’an dan sunnah disamping menjelaskan pendekatan dakwah yang telah dijalankan di Malaysia dalam mendepani golongan LGBT. Selain itu, kajian ini juga mengenalpasti keberkesanan metode dakwah yang dijalankan terhadap perubahan sahsiah golongan tersebut. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian yang berbentuk kualitatif ini akan menjalankan kaedah pengumpulan data yang dilaksanakan melalui kajian kepustakaan untuk mendapatkan data-data-yang berkaitan pendekatan dakwah kepada golongan LGBT. Seterusnya data-data tersebut akan dianalisis melalui kaedah induktif dan deduktif dengan bersandarkan al-Qur’an dan Sunnah serta sumber data kepustakaan baik data primer mahupun sekunder. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah dakwah berkonsepkan rahmatan lil alamin disamping pendekatan secara berhikmah dan berterusan memberi impak yang baik terhadap pembangunan sahsiah golongan ini untuk kembali kepada fitrah asal. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kesan Warna Merah Kepada Proses Pembelajaran Ilmu Tajwid Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Harian(USIM Press, 2023) ;Norwardatun Mohamed Razali ;Maisarah Saidin ;Siti Rosilawati RamlanFarah Umaina Najwa IsmailKajian ini bertujuan untuk menguji kesan warna merah kepada proses pembelajaran Ilmu Tajwid.Kebanyakan kajian lepas memfokuskan kepada kesan warna terhadap tahap memori secara umum,namun kurang memberi fokus kepada kesan warna merah terhadap proses pembacaan al-Quran dan jugakefahaman Ilmu Tajwidsecara khusus. Berdasarkanasas ini, kajianini berusaha untuk meluaskankajianke dalam bidang Pendidikan Islam terutamanya kemahiran Ilmu Tajwid. Rekabentuk eksperimen yangakan dijalankan adalah rekabentuk kajian one group pre-test post-test design yang mana hanya satukumpulan akan diberikan ujian sebelum intervensi (ujian pra) dan selepas intervensi (ujian pasca). 30orang pelajar diambil sebagai responden menggunakan instrumen dari Modul Latihan Kendiri TajwidRed Sign. Hasil analisis Ujian-t sampel berulangan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikanbagiskorujianpradenganskorujianpascat(29)=-7.34,k<.05.Inimenunjukkanbahawawarnamerahmemberi kesan kepada kefahaman para pelajar di dalam memahami hukum tajwid. Justeru modul inidilihat dapat digunakan sebagai alat bantu mengajar oleh para guru di dalam proses pembelajaran danpengajaran Ilmu Tajwid di Sekolah Menengah Kebangsaan Harian khususnya dan kelas-kelas awamsecara amnya - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kriteria dan Etika Berdakwah di Media Sosial: Kajian di Twitter(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Siti Nuraisyah Binti Kasman ;Samihah Najah Binti Ab Aziz ;Nurul Faqihah Binti Md RajabMaisarah SaidinPada masa kini, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi pilihan utama masyarakat sebagai platform untuk berhubung antara satu sama lain. Oleh kerana itu, penggunaan melalui media sosial telah memberi impak yang besar kepada kehidupan seharian. Media sosial dinilai efektif sebagai medium berdakwah seperti aplikasi twitter dan ianya bukanlah satu perkara yang asing lagi pada masa kini. Dakwah melalui media sosial haruslah sentiasa diawasi supaya tidak berlaku perselisihan faham dan perbalahan pendapat. Bagi membolehkan penyampaian dakwah memperoleh sanjungan Islam, seorang pendakwah perlu peka dengan etika dan tingkah laku ketika menyampaikan dakwah di media sosial. Pendakwah perlu mengikuti perkembangan semasa dan teknologi agar ilmu dakwah dapat disebarkan ke seluruh dunia. Kajian ini membincangkan tentang kriteria dan etika yang perlu ada dalam diri seorang pendakwah menurut Islam dan impak penyebaran dakwah di Twitter. Etika yang harus dipertengahkan oleh pendakwah adalah dengan cakna dengan isu yang disebarkan dan tidak menyentuh sensitiviti masyarakat yang lain. Hasil kajian ini boleh dijadikan panduan asas kepada pendakwah dan masyarakat dalam menyampaikan dakwah dan maklumat yang benar kepada masyarakat dalam media sosial. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Media Sosial sebagai Prakarsa Pemantapan Dakwah(Academic Inspired Network, 2023) ;Maryam Hassan ;Nor Azimah Othman ;Zulaikha MuhamadMaisarah SaidinPerkembangan teknologi komunikasi maklumat (ICT) sedang merubah era komunikasi pada masa kini. Media sosial menjadi medium utama dalam penyampaian maklumat sehingga diistilahkan “maklumat di hujung jari”. Aplikasi Facebook, Twitter, Instagram dan yang paling terkini adalah Tiktok memaparkan pelbagai informasi baru serta bertindak sebagai medium pertukaran pendapat dan percambahan ilmu pengetahuan. Media sosial juga memberi peluang besar kepada pendakwah untuk menyebarkan dakwah Islamiah secara maya kepada masyarakat tanpa perlu keluar dari rumah. Perkara ini juga bertepatan dengan situasi masyarakat yang terlalu sibuk bekerja dan tidak sempat untuk mengunjungi kuliah-kuliah agama. Tujuan berdakwah adalah untuk memberi ilmu agama supaya setiap perbuatan yang dilakukan berlandaskan syariat Allah SWT. Namun, menjadi suatu kebimbangan apabila maklumat yang disampaikan oleh pendakwah tidak disandarkan kepada rujukan yang sahih khususnya al-Quran dan Sunnah. Ini kerana, berdasarkan kajian lepas didapati bahawa 20% maklumat yang disebarkan di media sosial tidak dapat dipastikan sumbernya. Di samping itu, terdapat segelintir pendakwah telah menyebarkan dakyah yang bercanggah dengan al-Quran dan sunnah. Hal ini berlaku disebabkan pendakwah tersebut bukan ahli bidang dan tiada kredibiliti terhadap ilmu yang disampaikan. Justeru, kajian ini akan mengenalpasti kesahihan sumber maklumat dalam video dakwah yang terpilih seperti di Youtube dan TikTok. Kajian ini juga akan mengkaji tentang personaliti dan kredibiliti pendakwah dan menganalisis kesahihan dan ketepatan maklumat yang disebarkan oleh pendakwah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan video. Hasil kajian mendapati bahawa personaliti yang baik dan berakhlak mulia seperti menjaga pertuturan, beradab, dapat menerima kritikan, memastikan maklumat yang disampaikan adalah benar dan fakta yang tepat, menjaga akhlak dalam penulisan, menasihati secara berhemah dan menjaga sensitiviti agama merupakan kriteria penting seorang pendakwah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Mempertingkatkan Penyampaian Al-Quran dan Hadis mengikut Perkembangan Teknologi Era Globalisasi(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Muhammad Syamim Bin Mohd Risti ;Saidussyazwi Bin Abd Wahap ;Muhammad Dinniah Bin MisniMaisarah SaidinPenggunaan teknologi tinggi zaman kini untuk meningkatkan kualiti kehidupan manusia diterapkan dalam kajian ini, bersama-sama dengan bagaimana ia berkaitan dengan pendidikan Al-Quran dan hadis dalam era globalisasi. Terdapat juga beberapa matlamat untuk menggunakan teknologi dalam pengajaran hadis serta ciri-ciri penggunaan teknologi yang bersesuaian. Dalam kajian ini juga terdapat penerangan bagaimana Rasulullah SAW memanfaatkan dan mengutarakan teknologi pembelajaran pada zamannya. Kemudian, pelbagai alat teknologi praktikal yang akan digunakan dalam pengajaran dan kajian hadis serta Al-Quran juga disediakan, bersama-sama dengan contoh. Iltizam perlu diperkukuhkan dan kerja-kerja dakwah perlu digandakan dengan menggerakkan seluruh sumber ummah. Demi meningkatkan keberkesanan dakwah kepada khalayak secara luas, teknologi ICT adalah sesuatu yang penting dan kritis untuk diguna pakai dengan sebaiknya. Jadi, untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi yang terlibat, faedah dan kekurangannya juga diketengahkan dan dibincangkan. Oleh itu, diharapkan kajian ini akan membuka ruang dan memberi inspirasi kepada kejayaan teknologi seterusnya yang sedang dihasilkan sekarang dan pada masa akan datang. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembentukan Jati Diri Kanak-kanak melalui bahan bacaan Bahasa Malaysia(Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 2012) ;Maisarah SaidinLatifah Abdul MajidArtikel ini membincangkan tentang pembentukan jati diri kanak-kanak melalui bahan bacaan Bahasa Malaysia. Berdasarkan beberapa kajian lepas, ibu-bapa, rakan sebaya dan media massa seperti televisyen dan internet seringkali dikaitkan dengan pembentukan jati diri. Namun begitu, pengkaji mendapati bahawa bahan bacaan juga berperanan dalam membentuk jati diri kanak-kanak. Ini kerana, terdapat juga unsur nilai murni dalam bahan bacaan terutamanya bahan bacaan Bahasa Malaysia yang mampu membentuk jati diri kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini tertumpu pada kesan bahan bacaan Bahasa Malaysia terhadap jati diri kanak-kanak. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah gabungan metode kepustakaan dan lapangan. Instrumen kajian yang digunakan meliputi temu bual, pemerhatian dan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa bahan bacaan Bahasa Malaysia memberi kesan positif terhadap pembentukan jati diri kanak-kanak. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembinaan Modul Latihan Kendiri Tajwid Red-Sign Bagi Meningkatkan Penguasaan Tajwid Pelajar Sekolah Menengah Harian(Penerbit USIM, 2022) ;Norwardatun Mohamed Razali ;Siti Rosilawati RamlanMaisarah SaidinPenerapan bacaan al-Quran terhadap kanak-kanak telah diterapkan oleh ibubapa seawal usia empat tahun. Usaha ini diteruskan di peringkat sekolah rendah bermula usia 7 tahun sehingga 12 tahun dengan silibus j-QAF di sekolah rendah kebangsaan harian dan juga tambahan kelas KAFA di sekolah rendah agama rakyat. Namun begitu, keberkesanan silibus tajwid terhadap keupayaan bacaan al-Quran pelajar masih di tahap tidak memuaskan. Guru yang tidak berkemahiran dan kaedah pengajaran serta pembelajaran yang kurang berkesan merupakan antara faktor penyumbang kepada kelemahan penguasaan bacaan al-Qurandan seterusnya memberi kesan kepada kemahiran membaca al-Quran secara bertajwid apabila menginjak ke sekolah menengah. Para pelajar yang telah menginjak ke peringkat sekolah menengah ini perlu dibantu dengan melihat kepada salah satu faktor menyumbang kepada kelemahan tersebut iaitu kelemahan alat bantu mengajar yang berkesan. Kajian ini bertujuan meninjau keperluan pembinaanmodul latihan kendiri tajwid untuk meningkatkan tahap kemahiran Ilmu Tajwid di kalangan pelajar sekolah menengah harian. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah pengumpulan dokumentasi daripada kajiankepustakaanyang menyentuh berkaitan kemahiran bacaan al-Quran. Hasil kajian mendapatikaedah penyampaian ilmu tajwid dan alat bantu mengajar perlu diperbaharui supaya para pelajar dapat melakukan latihan kendiri di sekolah mahupun di rumah. Kesimpulannya, bahan bantu mengajar baharu seperti Modul Latihan Kendiri Tajwid Red Signperlu dibangunkan bagi memudahkan proses penyampaian ilmu tajwid yang boleh digunakan di dalam kelas ataupun digunakan sendiri di rumah oleh para pelajar.