2025 CFORSJ i-CONF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2025 CFORSJ i-CONF by Department "Universiti Sains Islam Malaysia"
Now showing 1 - 10 of 10
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication A Legal Analysis of Xenotransplantation in MalaysiaXenotransplantation is the transplantation of living cells, tissues, or organs from animals to humans which has emerged as a potential solution to the persistent organ shortage in Malaysia. As demand for human organs continues to exceed supply, xenotransplantation offers a promising alternative to alleviate the critical gap and reduce mortality among patients awaiting transplantation. This study adopts a library research method, examining statutory materials, scholarly literature, and policy documents to assess the existing Malaysian legal framework relevant to xenotransplantation. The analysis highlights that although Malaysia has enacted laws such as the Animal Welfare Act 2015, which regulates ethical treatment of animals, and the Biosafety Act 2007, which governs genetically modified organisms, these laws only provide fragmented and indirect regulation. They do not comprehensively address the complex ethical, biosafety, medical, religious, and liability issues uniquely associated with xenotransplantation. The findings reveal a significant regulatory gap, particularly in areas such as source animal requirements, genetic modification controls, infection risk management, consent standards, clinical trial governance, and post-transplant monitoring. In view of these shortcomings, this study proposes the establishment of a dedicated Xenotransplantation Act to provide a holistic and specialised legal framework. Such legislation would ensure patient safety, uphold ethical standards, support scientific advancement, and align Malaysia with international best practices as xenotransplantation moves closer to clinical application32 16 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisa Kes-Kes Berkaitan Hibah-Permasalahan dan Keputusan Mahkamah(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025); ; ; ; ; ;Aiman Izzuddin Jamaluddin ;Mohd Amirul Fifie Alias ;Mohd Amirul Aman ;Tengku Nur Nabella Tengku NorizanLina Mysarah AmiyaminMenurut undang-undang Islam, hibah merupakan salah satu instrumen penting dalam perancangan harta. Hibah membawa maksud pemberian hadiah yang diberikan kepada seseorang atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan daripada orang tersebut. Hibah dilihat sebagai satu instrumen yang amat digalakkan jika ia dipraktikkan dengan cara yang betul mengikut kehendak syarak, maka ia mampu mengelakkan berlaku pertelingkahan dan perebutan harta. Selain itu, hibah juga dapat membantu golongan yang memerlukan dan golongan yang mungkin tidak berhak melalui faraid. Terdapat tanggapan bahawa dengan melakukan hibah maka ia telah menyalahi ketetapan hukum faraid. Tanggapan ini tidak tepat kerana instrumen ini juga sebenarnya diberi fokus dan tempatnya yang tersendiri di dalam Islam. Walau bahagaimanapun instrumen hibah ini agak kurang dikenali berbanding dengan perancangan harta yang lain. Tambahan pula, segelintir masyarakat Islam menyangkakan bahawa hanya wasiat dan faraid sahaja cara yang terbaik dalam menguruskan dan merancang harta pusaka maka cara hibah ini kurang mendapat perhatian.30 33 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hak Pengurusan Harta oleh Lembaga Zakat: Perspektif Undang-Undang Islam dan Implikasi Sosial(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025); ; ; ; ; ;Wan Nur A’aina Farhana Meor Amir Hamzah ;Nur Syazwana Shaharom ;Ahmad Sulhiy Ahmad Nasfy ;Muhammad ‘Arif Azri BahamanMuhammad Aqil Farhan BahrinTujuan utama zakat adalah untuk mengurangkan jurang ekonomi antara golongan kaya dan miskin melalui pengagihan yang adil. Lembaga zakat merupakan badan yang bertanggungjawab dalam mengendali proses pengurusan harta ini. Setiap negeri mempunyai badan autoriti tersendiri. Namun, tahap kepercayaan masyarakat terhadap institusi zakat di Malaysia semakin merosot, terutamanya akibat pengurusan yang kurang telus. Oleh yang demikian, artikel ini akan membincangkan hak pengurusan harta oleh lembaga zakat termasuk konsep zakat, peranan dan tanggungjawab lembaga zakat, implikasi sosial dan konflik-konflik yang berkaitan dengan pengurusan zakat oleh lembaga zakat. Berdasarkan kajian literatur, artikel ini membentangkan cadangan penambahbaikan untuk institusi zakat untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan zakat. Hasil artikel ini berpotensi memberi panduan kepada institusi zakat di Malaysia dan negara-negara Islam lain dalam mencapai matlamat utama zakat, iaitu mewujudkan keadilan ekonomi dan sosial. Selain itu, ia juga diharap menjadi pencetus kepada kajian empirikal lanjut dalam bidang pengurusan zakat.8 4 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Integrasi Etika, Syariah, dan Perundangan Bagi Gelatin dalam Perekat Perubatan: Pendekatan Forensik Berasaskan Kecerdasan Buatan(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025) ;Al ‘Uyuna Mohd Amin; Penggunaan gelatin yang semakin meluas dalam pelekat perubatan menimbulkan pelbagai cabaran etika, perundangan dan agama, khususnya berkaitan sumber dan pematuhannya terhadap prinsip Syariah. Seiring dengan kemajuan inovasi bioperubatan, kebimbangan timbul terhadap aspek ketelusan, kebolehkesanan rantaian bekalan, serta jaminan integriti halal dalam bahan berasaskan gelatin. Kertas ini meneliti isu semasa dan jurang dasar dalam pengawal seliaan penggunaan gelatin dalam pelekat perubatan daripada perspektif Syariah dan perundangan. Ia turut meneroka peranan baharu kecerdasan buatan (AI) dan sains forensik dalam mengesahkan asal-usul bahan, meningkatkan kebolehkesanan, serta menyokong proses verifikasi halal berasaskan bukti. Dengan mengintegrasikan rangka kerja etika Islam bersama pemantauan forensik berasaskan AI, kajian ini mencadangkan model tadbir urus yang memupuk inovasi bertanggungjawab, perlindungan pengguna, dan pematuhan terhadap piawaian agama serta bioperubatan. Perbincangan ini menyumbang ke arah pembentukan hala tuju dasar holistik bagi bahan bioperubatan halal dalam era teknologi pintar.11 7 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Krisis Ekonomi Sebagai Faktor Keganasan Rumah Tangga Terhadap Suami: Suatu Tinjauan Terhadap Mekanisme Penyelesaian Menurut Perundangan Islam dan Peranan Institusi Berkaitan di Malaysia(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025) ;Alif Aiman Kamaruzama ;Muhammad Adam Baharin; ; Ramai yang menganggap bahawa keganasan rumah tangga berlaku secara satu hala, iaitu penderaan suami terhadap isteri. Namun, di sebalik tanggapan tersebut, wujud realiti yang jarang diperkatakan. Penderaan dalam rumah tangga tidak terhad kepada satu pihak sahaja, malah turut melibatkan isteri terhadap suami, sama ada dalam bentuk fizikal, emosi atau psikologi sebagaimana yang dilaporkan oleh media tempatan dan antarabangsa. Dalam konteks dunia yang sedang berdepan dengan cabaran ekonomi termasuk Malaysia iaitu peningkatan kos sara hidup, kadar inflasi yang tinggi serta ketidaktentuan ekonomi telah memberi tekanan besar kepada institusi keluarga khususnya terhadap tanggungjawab suami sebagai pemimpin keluarga dan penyumbang utama kepada kestabilan ekonomi rumah. Fenomena keganasan rumah tangga terhadap suami ini kurang mendapat perhatian daripada pelbagai pihak dan kurang dibincangkan sedangkan ia berlaku. Statistik yang diperoleh juga menunjukkan bahawa antara punca utama kejadian ini berpunca daripada isu nafkah dan tekanan kewangan. Justeru, kajian ini dijalankan bagi meneliti bagaimana Islam melihat keganasan yang dilakukan oleh isteri terhadap suami serta peranan institusi berkaitan dalam mengatasi perkara ini. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah kualitatif berasaskan analisis konseptual terhadap sumber fiqh klasik dan kontemporari, jurnal akademik, laporan akhbar serta data institusi berkaitan bagi merungkai permasalahan tersebut. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membuka ruang kesedaran baharu bahawa keganasan terhadap suami juga merupakan satu bentuk kezaliman yang mesti ditangani secara adil dan berhemah menurut prinsip Fiqh Islam dan Maqasid al-Syariah demi memelihara kesejahteraan keluarga serta keharmonian masyarakat dalam suasana ekonomi semasa negara4 7 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pelaksanaan Hukuman Qisas dalam Sistem Perundangan di Malaysia: Satu Analisis Mengenai Kesesuaiannya(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025) ;Mohamad Aliyuddin Mohd Nazir ;Muhammad Irfan Asyraf Ahmad ;Muhammad Aizat Mohamad Paisal ;Muhammad Anas Mohd Shaiful Nizam ;Hanif Azhari Md Diah; Hukuman qisas merupakan antara salah satu bentuk pelaksanaan keadilan yang penting dalam sistem perundangan jenayah Islam yang bertujuan untuk menegakkan keadilan terhadap mangsa dan juga memelihara keharmonian sosial dalam masa yang sama. Walau bagaimanapun, wujud kekeliruan sesetengah pihak dalam memahami hukuman qisas berikutan tidak banyak dibahaskan terutamanya dalam konteks kebolehlaksanannya dalam sistem perundangan di Malaysia. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menilai dan menganalisis hikmah pelaksanaan hukuman qisas berdasarkan sumber hukum Islam serta menilai kesesuaianya daripada sudut keadilan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan analisis kandungan terhadap literatur ilmiah, kitab turath serta pandangan para sarjana Islam terdahulu dan kontemporari berkaitan pelaksanaan dan hikmah hukuman qisas khususnya dalam menilai kesesuaiannya dengan sistem perundangan di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa hukuman qisas bukan hanya untuk pembalasan tetapi merupakan satu kaedah pendidikan dan pencegahan jenayah yang berasaskan prinsip keadilan, tanggungjawab dan ihsan. Selain itu, pelaksanaannya turut membuka ruang kepada konsep kemaafan serta denda sebagai simbol keseimbangan antara hak individu dan kemaslahatan umum demi memberikan keadilan terhadap mangsa jenayah. Kajian ini penting bagi memperjelas pelaksanaan hukuman qisas yang kadangkala dianggap tidak berperikemanusiaan serta tidak releven dengan situasi semasa masyarakat dan pada masa yang sama memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap falsafah hukum Islam yang sering diketepikan dalam perbincangan arus perdana. Secara keseluruhannya, tujuan pelaksanaan qisas bukan sahaja menggambarkan keadilan yang mutlak tetapi turut mencerminkan ketelitian hukum Islam dalam menyeimbangkan keperluan rohani dan sosial manusia yang menjadikannya relevan dalam konteks perundangan semasa.31 18 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Seksaan bagi Tujuan Siasatan: Analisis daripada Perspektif Undang-Undang Jenayah Islam(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025) ;Muhammad Adam Baharin ;Alif Aiman Kamaruzzaman; ; ; Kajian ini meneliti pendekatan penggunaan seksaan dalam proses siasatan bagi tujuan mendapatkan pengakuan atau maklumat daripada suspek jenayah menurut perspektif Undang-undang Jenayah Islam. Isu ini penting kerana terdapat kecenderungan dalam sesetengah sistem siasatan moden yang menggunakan tekanan fizikal atau mental untuk mempercepatkan proses mendapatkan maklumat. Kajian ini memberi tumpuan kepada analisis pendekatan tersebut dengan menilai justifikasi, kesan, serta batasannya berdasarkan prinsip-prinsip syariah yang menekankan keadilan, rahmah, dan pemeliharaan maruah manusia. Kajian ini dijalankan dengan meneliti dalil dan pandangan fuqaha secara terperinci, membandingkan pendapat antara mazhab, serta menilai pendekatan tersebut berdasarkan prinsip dan nilai Islam. Kajian ini penting bagi mengetengahkan bahawa sebarang bentuk seksaan sebagai pendekatan siasatan ditolak dalam Islam kerana bertentangan dengan maqasid al-shariah dan prinsip keadilan. Islam menegaskan bahawa pengakuan yang diperoleh melalui paksaan adalah tidak sah, dan kaedah penyiasatan perlu berteraskan ihsan serta etika kemanusiaan. Kajian ini mencadangkan agar pendekatan siasatan berasaskan prinsip syariah diutamakan melalui latihan profesional, pengawasan kehakiman, dan perundangan yang tegas bagi memastikan hak asasi tertuduh terpelihara semasa proses siasatan berlangsung.4 4 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penguasaan Bahasa Arab dan Kitab Turath Sebagai Kompetensi Teras Peguam Syarie Masa Kini(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025); ; Penguasaan Bahasa Arab dan kemahiran memahami kitab turath merupakan elemen asas yang membentuk kompetensi profesional dan autoriti ilmiah dalam profesion guaman syarie. Kajian ini bertujuan meneliti kepentingan kedua-dua aspek tersebut sebagai teras keilmuan yang menyokong keupayaan peguam syarie dalam memahami, menghujahkan dan menafsir hukum berdasarkan sumber Islam yang autentik. Dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan, analisis ini menelusuri pelbagai sumber klasik dan kontemporari termasuk kitab fiqh mazhab Syafie, karya usul al-fiqh, artikel akademik, laporan institusi kehakiman, dan dokumen latihan guaman syarie. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun kesedaran terhadap keperluan penguasaan Bahasa Arab dan turath semakin meningkat, tahap penguasaan sebenar masih sederhana disebabkan kekangan masa, kekurangan bahan bantu moden, serta pendekatan pengajaran yang tidak berorientasikan aplikasi praktikal. Oleh itu, kajian ini mencadangkan penggubalan kurikulum latihan guaman syarie yang menekankan integrasi Bahasa Arab, ilmu turath, dan teknologi digital secara menyeluruh bagi memperkukuh kompetensi peguam syarie masa kini. Implikasi kajian ini menegaskan bahawa penguasaan dua komponen ilmu tersebut bukan sekadar nilai tambahan akademik, tetapi merupakan keperluan strategik bagi memastikan profesionalisme, kewibawaan, dan kesinambungan tradisi keilmuan Islam dalam sistem perundangan syariah negara3 3 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perwarisan Mata Wang Kripto: Cabaran dan Penyelesaian dalam Pentadbiran Undang-Undang Harta Islam di Malaysia(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025); ; ; ;Rabiah Balqis Gopal Abdullah ;Nurul Anis Rostam ;Siti Hajar SulaimanNur Sarah Syahidah Md. SabriPerwarisan mata wang kripto merupakan isu yang semakin relevan dalam konteks pentadbiran harta Islam di Malaysia, terutama dalam menghadapi perkembangan pesat teknologi blockchain dan mata wang digital. Hal ini kerana kebanyakan mufti bagi negeri-negeri mengeluarkan fatwa yang berbeza dan tiada keselerasan undang-undang dan garis panduan berkaitan penggunaan mata wang kripto bagi rakyat Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis cabaran-cabaran utama yang dihadapi oleh sistem undang-undang harta Islam dalam pengurusan perwarisan mata wang kripto dan mencadangkan penyelesaian yang praktikal. Antara cabaran utama yang dikenal pasti adalah kekurangan garis panduan undang-undang yang jelas, ketidakpastian status mata wang kripto dari perspektif hukum Islam, serta masalah teknikal berkaitan pengesahan dan pemindahan aset digital ini. Kajian ini juga membincangkan bagaimana mata wang kripto berbeza daripada aset komoditi seperti wang tunai dan hartanah, serta implikasi terhadap perwarisan dan pengagihan harta menurut hukum Islam. Penulisan ini mengemukakan beberapa cadangan termasuk pengenalan fatwa dan peraturan yang lebih terperinci mengenai mata wang kripto, penubuhan instrumen wakaf digital yang memudahkan proses perwarisan mata wang kripto, dan pentingnya pengiktirafan dari perspektif agama dan perundangan. Dengan harapan, hasil kajian ini dapat memberi panduan kepada pihak berkuasa, pengamal undang-undang, dan masyarakat Islam dalam menguruskan harta digital secara lebih sistematik dan sah mengikut prinsip Islam.21 18 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication اتفاق التحكيم في القانون الاتحادي الإماراتي: الإطار المفاهيمي، شروط الصحة، والآثار القانونية(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025) ;Youssef Hassan Mohammed AlhousaniThis article examines the arbitration agreement as the cornerstone of the arbitration system under UAE Federal Arbitration Law No. 6 of 2018. It analyses the conceptual framework and legal nature of the arbitration agreement, its formal and substantive validity requirements, as well as the legal effects arising therefrom and the limits of judicial intervention. The study adopts an analytical legal approach based on the interpretation of statutory provisions, supported by doctrinal analysis and relevant judicial trends in the UAE, viewed in light of comparative arbitration standards. The article argues that the UAE legislator has adopted a balanced regulatory approach that strengthens party autonomy while subjecting the arbitration agreement to limited judicial control aimed at safeguarding public policy and fundamental procedural guarantees. It further demonstrates that the effectiveness of arbitration depends not only on the legislative framework, but also on the precision and clarity of drafting arbitration agreements, particularly with regard to their scope, in order to minimise procedural disputes and enhance confidence in arbitration as an effective dispute resolution mechanism.2 5