2021 SAIS
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2021 SAIS by Department "Universiti Sains Islam Malaysia"
Now showing 1 - 7 of 7
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Gamifikasi Global Umrahaji Game (GUG) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Ke Arah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09) ;Azman Ab Rahman ;Afaf Sukari , ;Nurul Nadia Nozlan, ;Wan Muhammad ‘Irfan Wan Mohd Nazirin, ;Muhd. Faiz Abd. Shakor,; Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 merupakan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil. Terdapat tujuh teras utama bagi merealisasikan dasar kerajaan ini antaranya ialah kesejahteraan sosial, modal sosial, modal insan dan lain-lain. Sebanyak lapan pemboleh daya WKB 2030 diperkenalkan untuk memastikan dasar ini tercapai. Antara pemboleh daya WKB 2030 yang berkaitan dengan elemen pendidikan adalah Pendidikan & TVET yang berasaskan masyarakat peribelajar dan pendidikan berasaskan keberhasilan serta elemen Masyarakat Berpencerahan melalui pembelajaran sepanjang hayat. Justeru, gamifikasi Global Umrahaji Game (GUG) dilakukan untuk membantu pihak kerajaan bagi mencapai gagasan WKB 2030 secara bersama. Selain itu, ianya bertujuan untuk memberi pendidikan berkaitan ilmu umrah dan haji kepada masyarakat terutamanya pelajar sekolah rendah, menengah dalam pengajaran dan pembelajaran serta umat Islam di Malaysia khususnya. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif melalui soal selidik yang diedarkan kepada lapan puluh enam (86) orang responden guru bagi subjek Pendidikan Islam di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa GUG menepati dua daripada lapan pemboleh daya WKB 2030 iaitu Pendidikan (pendidikan berasaskan keberhasilan) dan Masyarakat Berpencerahan (pembelajaran sepanjang hayat). GUG juga sesuai digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat meningkatkan pemahaman berkaitan topik umrah dan haji melalui kaedah didik hibur. GUG amat diyakini dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman masyarakat serta pelajar terhadap kepentingan pelaksanaan ibadat umrah dan haji dengan betul dan sempurna. Kata kunci: Gamifikasi, Global Umrahaji Game (GUG), Pengajaran dan Pembelajaran, Wawasan Kemakmuran Bersama 203041 95 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keperluan Sistem Crowdfunding Dalam Membantu Pesakit Jantung Di Malaysia Ke Arah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09) ;Azman Ab Rahman ;Wan Muhammad ‘Irfan Wan Mohd Nazirin, ;Muhammad Faiz Abd. Shakor, ;Nurul Nadia Nozlan, ;Afaf Sukari,; Muhamad Firdaus Ab RahmanWawasan Kemakmuran Bersama 2030 merupakan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil. Terdapat tujuh teras strategik bagi merealisasikan dasar kerajaan ini antaranya ialah kesejahteraan sosial, modal sosial, modal insan dan lain-lain. Teras ketujuh strategik iaitu modal sosial yang mempunyai beberapa sasaran bagi meningkatkan positif indeks termasuk indeks kesihatan rakyat dilihat amat bertepatan dengan konsep crowdfunding bagi pesakit jantung di Malaysia bagi mencapai gagasan WKB 2030. Sistem crowdfunding merupakan salah satu kaedah pengumpulan dana melalui capaian internet menerusi laman sesawang yang dikhaskan kepada orang ramai untuk memberi sumbangan dengan lebih cepat. Kaedah ini sebenarnya menggalakkan orang ramai saling bantu-membantu antara satu sama lain. Namun, di Malaysia, penggunaan sistem crowfunding dalam konteks bantuan dana bagi pesakit jantung masih lagi di tahap yang rendah. Oleh itu, penggunaan sistem crowdfunding dilihat amat penting untuk dilaksanakan bagi mencari dan mengumpul dana pesakit jantung yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti sistem crowdfunding yang telah dilaksanakan di Malaysia termasuk mengkaji keperluan pembangunaan sistem crowdfunding dalam membantu pesakit jantung. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati sistem crowdfunding bagi mengumpul dana kos rawatan kepada pesakit jantung di Malaysia amat perlu dibangunkan dan diperhalusi sebaik mungkin oleh pihak yang ingin menyediakan sistem ini di samping kerjasama erat bersama pihak IJN dan mereka yang ingin membantu dalam menjayakan projek ini. Kajian lanjutan berkaitan keperluan penggunaan sistem crowdfunding yang lebih sistematik dan berpusat perlu dilaksanakan dalam usaha mengurangkan bebanan serta permasalahan yang berlaku kepada masyarakat hari ini terutama golongan pesakit jantung. Kata Kunci: Crowdfunding, Bantuan, Pesakit Jantung, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Malaysia.128 362 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pelaksanaan Pemeliharaan Agama (Hifz Al-Din) Oleh Institusi Pembiayaan Mikro Islam Di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09); ; ; ; Mohd Mahyeddin Mohd SallehPembiayaan mikro Islam memfokuskan untuk memberikan akses pembiayaan patuh Syariah kepada golongan miskin untuk terlibat dalam aktiviti yang menjana keuntungan agar mereka mampu keluar dari garis kemiskinan. Walau bagaimanapun, beberapa pengkaji seperti Obaidullah & Khan (2008) mendapati bahawa kawal selia kepatuhan Syariah dalam pembiayaan mikro Islam masih lemah. Hifz al-din (pemeliharaan agama) merupakan maqasid yang dianggap penting dalam tadbir urus kewangan Islam. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perlaksanaan hifz al-din dalam pembiayaan mikro Islam di Malaysia. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dipilih sebagai studi kes kerana ia merupakan institusi pembiayaan mikro Islam terbesar di Asia. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temubual separa struktur bagi mengumpul data. Data dianalisis secara tematik, induktif dan deduktif untuk mendapatkan tema-tema yang relevan. Hasil kajian mendapati beberapa medium digunakan untuk melaksanakan hifz al-din antaranya menawarkan produk patuh Syariah dan menganjurkan aktiviti keagamaan. Kajian ini menawarkan kaedah yang praktikal untuk pencapaian hifz al-din yang boleh dimanfaatkan oleh para pengkaji dan pengamal industri pembiayaan mikro Islam. Kata kunci: Pembiayaan mikro Islam, Amanah Ikhtiar Malaysia, hifz al-din, maqasid Syariah30 212 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pencapaian Maqasid Hifz Al-Nafs Ketika Pandemik Ke Arah Merealisasikan WKB 2030(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09); ; ;Azman Ab RahmanHuda MansorWawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) menggariskan beberapa objektif antaranya untuk menstruktur semula ekonomi yang progresif, menangani jurang ekonomi antara masyarakat dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu dan makmur. Namun dengan berlakunya pandemik COVID-19 yang mengancam nyawa telah sedikit sebanyak menganggu usaha merealisasikan objektif WKB 2030. Islam telah menggariskan konsep hifz al-nafs yang perlu dicapai bagi memelihara nyawa manusia. Walau bagaimanapun, masih tidak jelas bagaimanakah pencapaian hifz al-nafs dapat dilakukan ketika berlakunya bencana pandemik. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kaedah bagi melaksanakan hifz al-nafs dalam konteks pandemik. Kaedah metodologi kepustakaan, induktif dan deduktif digunakan secara konsisten. Hasil kajian menunjukkan bahawa hifz al-nafs boleh dilaksanakan dan dicapai melalui konsep wasilah mengikut isu, konteks and realiti yang spesifik. Kajian ini mencadangkan tiga wasilah utama untuk mencapai hifz al-nafs dalam ketika pandemik. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan rujukan oleh para pengkaji dan pembuat dasar. Kata kunci: Maqasid Syariah, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030), hifz al-nafs, penjagaan kesihatan.35 62 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengaplikasian Wakaf Ahli Bertempoh (Muaqqat) Sebagai Mekanisme Memakmurkan Amalan Wakaf Di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09) ;Muhammad Ainul Hakim bin Muhammad Khalil,; ; Wakaf ahli merupakan salah satu jenis wakaf yang mana manfaatnya disalurkan kepada ahli keluarga, individu tertentu, atau kepada pewakaf itu sendiri. Amalan wakaf ahli ini telah diaplikasikan sejak dari zaman Rasulullah S.A.W dan dapat dilihat melalui perbuatan para sahabat R.A serta umat Islam sehingga ke hari ini. Perundangan yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam di Malaysia termasuk wakaf adalah berpandukan kepada pendapat muktamad mazhab Shāfiᶜiy kecuali negeri Perlis, yang memberi maksud wakaf hanya sah dilaksanakan secara kekal termasuk wakaf ahli. Hal ini telah memberikan kesan kepada pengurusan dan usaha pembangunan harta wakaf ahli di masa akan datang. Justeru, kajian ini dijalankan untuk memperkenalkan wakaf ahli bertempoh sebagai salah satu metode penyelesaian terhadap beberapa konflik dalam pengurusan dan pembangunan harta wakaf di Malaysia untuk masa yang akan datang. Pengkaji mengaplikasikan metode kualitatif dan penelitian doktrinal di dalam kajian ini. Data di dalam kajian ini diperolehi melalui teknik kajian dokumen dari sumber primer dan skunder serta dianalisis menggunakan kaedah analisa kandungan dengan pendekatan induktif dan deduktif. Natijah kajian ini menunjukkan bahawa wakaf dzurri secara bertempoh mampu meningkatkan produktiviti harta wakaf tersebut serta dapat mengembangkan manfaatnya dengan lebih luas dan sistematik. Pengkaji juga menyarankan agar pihak Majlis Agama Islam Negeri menyemak semula kerangka undang-undang yang berkaitan dengan hal ehwal wakaf ahli sedia ada agar dapat dilaksanakan secara bertempoh pula sebagai usaha untuk melestarikan amalan wakaf sekaligus menambah baik pengurusan wakaf ahli di Malaysia. Kata kunci: Wakaf Ahli, Wakaf Bertempoh, Majlis Agama Islam Negeri, Malaysia.54 665 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication الإطار القانوني لنظام المرور البريء في الإقليم البحري الإماراتي وفقًا لاتفاقية الأمم المتحدة لقانون البحار لعام 1982 م(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09) ;Fatima Mohamed Abdulqader. ;Nor Fadhilah Mohamed Ali.; يتناول البحث موضوع اإلطار القانوين لنظام املرور الربيء يف اإلقليم البحري اإلمارايت ا التفاقية األمم املتحدة ً وفق لقانون البحار لعام 1982م، وتكمن أمهية الورقة البحثة أبن رف والفقه ج أن املرور الربيء حق معرتف به يف الع الدوليني، وال يعترب رخصة، لذا ال جيب ملمارسته وجوب النص عليه يف اتفاقية دولية، كما أن السفن األجنبية ًضا ليست حباجة إىل موافقة الدولة الساحلية أي . وترتكز املشكلة بضرورة بيان الضوابط القانونية اليت حتكم عملية املرور البحري يف املياه اإلقليمية لدولة اإلمارات، وبيان مدى االنضباط والسالمة القانونية لنص املادة )17 )من اتفاقية األمم املتحدة لقانون البحار لعام 1982م اليت نصت على أن مجيع السفن هلا احلق يف املرور الربيء عرب البحر اإلقليمي ولتحقيق أهداف الدراسة اعتمد الباحث على املنهج الوصفي واالستقرائي واالستنباطي لدراسة النموذج القانوين لنظام املرور الربيء يف اإلقليم البحري اإلمارايت، ومن أهم النتائج اليت توصلت إليها الدراسة أن ا على اإلقليم البحري لسيادة الدولة، وهذا ما أكدته ً ا جلميع سفن الدول، كما أنه يعد قيد ً يعد املرور الربيء حق اتفاقية قانون البحار لعام 1982م ونظمته بشكل حيمي مصاحل الدول الساحلية واملالحة الدولية، ولقد أظهرت اتفاقية قانون البحار لعام 1982م املقصود ابملرور، وما يتصف به من الرباءة، ا من حدوث تعسف ً وذلك خوف من قبل السفن األجنبية يف استخدام حقها يف املرور الربيء، ومن أهم التوصيات ضرورة احلصول على تصريح وإذن مسبق للسفن احلربية األجنبية قبل مرورها يف البحر اإلقليمي. الكلمات املفتاحية: املرور الربيء، اإلقليم البحري، قانون البحار10 64 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication القواعد العامة لاتفاقية الأمم المتحدة لقانون البحار لعام 1982 م وتقييم موقف الدول منها(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09) ;Fatima Mohamed Abdulqader. ;Nor Fadhilah Mohamed Ali.; يتناول البحث موضوع القواعد العامة التفاقية األمم املتحدة لقانون البحار لعام 1982م وتقييم موقف الدول منها، حيث تعد اتفاقية 1982م من أهم االتفاقيات اليت عقدت حتت رعاية األمم املتحدة وإدارهتا، واليت اشتملت على عدد كبري من املواد واألفكار املنظمة لألنشطة املمارسة يف البحار واحمليطات وتعيني االمتدادات ا شامًال البحرية بني الدول، كما تعد لتسوية منازعات قانون البحار سواء املتعلقة ابحلدود البحرية أو تلك ً نظام اخلاصة ملمار سة األنشطة املختلفة. وترتكز املشكلة يف وجود بعض جوانب القصور يف قواعد وأحكام اتفاقية قانون البحار لعام 1982 ،وكذلك عدم انضمام بعض الدول يف االتفاقية، ولتحقيق أهداف الدراسة اعتمد الباحث على املنهج الوصفي والتحليل، لبيان القواعد العامة التفاقية األمم املتحدة لقانون البحار لعام 1982م وتقييم موقف الدول منها، ومن أهم النتائج اليت توصلت إليها الدراسة أن اتفاقية األمم املتحدة لقانون البحار لعام ً 1982 ا شامًال لكل األنشطة اليت جتري يف احمليطات، كما أهنا حتدد االلتزامات حبماية وحفظ ا قانوني ً توفر إطار البيئة البحرية، ابإلضافة إىل أهنا حتدد النظام القانوين للبحر اإلقليمي واملنطقة االقتصادية اخلالصة، واجلرف القاري ويف أعايل البحار، و كما أن االتفاقية قامت بتنظيم ووضع قواعد لتقنني قوانني البحار، وقد مت تقسيم االتفاقية إىل ً )17 )جزء وتسعة مالحق وهي حتتوي على 320 ا، ومن أ بند هم التوصيات ضرورة إدخال بنود قانونية يف اتفاقية األمم املتحدة لقانون البحار لعام 1982م تضمن مواجهة السياسات واملمارسات اليت من شأهنا املساس وانتهاك املبادئ وغاايت التنظيم الدويل، وتضمن حتقيق املساواة يف السيادة بني الدول والعمل املشرتك حنو حتقيق الرفاهية جلميع الشعوب. الكلمات املفتاحية: قانون البحار، مبدأ الرضائية، املساواة يف السادة.45 80