2025 SWAT
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2025 SWAT by Subject "al-Quran"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepimpinan Wanita dalam Kerangka Masyarakat Madani: Analisis Prinsip Al-Quran dan Maqasid Al-Syariah(Penerbit USIM, 2025) ;Atriza Umar ;Hamidah MatUmmu Atiyah Ahmad ZakuanKajian ini membincangkan konsep kepimpinan wanita dalam kerangka masyarakat Madani dengan menelusuri prinsip-prinsip kepimpinan yang berpaksikan al-Quran dan Maqasid al-Syariah. Dalam konteks dunia Islam kontemporari, peranan wanita semakin menonjol dalam pelbagai bidang kepimpinan, sama ada dalam sektor politik, pendidikan, ekonomi mahupun sosial. Namun begitu, masih wujud kekeliruan dan polemik berkaitan kedudukan wanita sebagai pemimpin, khususnya apabila ditafsirkan melalui perspektif budaya dan patriarki yang sempit, bukan melalui kerangka maqasid dan keadilan Islam yang sebenar. Kajian ini bertujuan menilai prinsip-prinsip asas kepimpinan wanita yang digariskan dalam al-Quran serta meneliti bagaimana pendekatan Maqasid al-Syariah dapat dijadikan kerangka dalam menilai dan memperkukuh peranan wanita dalam sistem kepimpinan masyarakat Madani. Kaedah kualitatif digunakan melalui analisis teks terhadap ayat-ayat al- Quran, hadis serta pandangan sarjana klasik dan kontemporari Islam. Data sokongan turut diperoleh melalui kajian dokumen dan penulisan ilmiah berkaitan konsep masyarakat Madani dan pembangunan insan menurut Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa al-Quran mengiktiraf kemampuan dan potensi wanita sebagai pemimpin yang membawa nilai rahmah, keadilan, dan ihsan, selaras dengan lima prinsip utama Maqasid al-Syariah menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Prinsip-prinsip ini menjadi asas dalam memastikan kepimpinan wanita berfungsi bukan sekadar sebagai simbol kesamarataan gender, tetapi sebagai instrumen pembinaan masyarakat sejahtera yang berteraskan nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sosial. Dalam konteks masyarakat Madani, kepimpinan wanita yang berteraskan maqasid menekankan keseimbangan antara hak dan tanggungjawab, spiritual dan material, serta individu dan komuniti. Kesimpulannya, kajian ini menegaskan bahawa kepimpinan wanita bukan sahaja diiktiraf dalam Islam, malah merupakan sebahagian daripada manifestasi keadilan dan kesejahteraan yang menjadi tunjang kepada gagasan Masyarakat Madani. Pendekatan berasaskan al-Quran dan Maqasid al-Syariah perlu dijadikan asas dalam merangka dasar, pendidikan, dan latihan kepimpinan wanita agar mereka mampu menyumbang secara holistik kepada pembangunan ummah dan negara. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Warna Hijau Sebagai Intervensi Nonfarmakologi Bagi Masalah Kebimbangan (Anxiety): Analisis dari Perspektif Al-Quran dan Hadith Sahih Al-BukhariKajian ini meneliti makna dan penggunaan warna hijau dalam nas al-Qur’an dan Hadith Sahih al-Bukhari serta hubungannya dengan intervensi secara nonfarmakologi bagi masalah kebimbangan (anxiety). Analisis kualitatif dokumen dilakukan terhadap ayat-ayat al-Qur’an yang mengandungi lafaz berkaitan warna hijau serta 13 teks hadith daripada Sahih al-Bukhari. Dapatan kajian menunjukkan warna hijau dalam al-Qur’an dikaitkan dengan kesuburan tumbuhan, kesegaran bumi selepas hujan, pakaian dan tempat beradu ahli syurga dan keindahan taman di akhirat. Dalam konteks hadith Sahih al-Bukhari pula, 12 teks hadith membawa konotasi positif dengan tema pakaian, barangan, alam semulajadi, taman, tumbuhan, permaidani dan perumpamaan iman atau harta, manakala satu hadith lagi membawa konotasi negatif yang menggambarkan penderitaan fizikal seorang wanita. Secara keseluruhan, warna hijau dalam nas al-Quran dan hadith Sahih al-Bukhari merujuk kepada kehidupan, ketenangan, keberkatan, dan kenikmatan di akhirat. Dapatan kajian ini disepadukan dengan hasil kajian dalam psikologi moden yang mendapati warna hijau memberi kesan relaksasi, menstabilkan emosi serta menurunkan tahap kebimbangan. Justeru, warna hijau dilihat mempunyai peranan sebagai elemen penting dalam terapi warna berdasarkan nas al-Quran dan Hadith Nabawi sebagai pendekatan secara nonfarmakologi bagi masalah kebimbangan ( anxiety).2 5