Browsing by Author "Norakyairee Mohd Raus"
Now showing 1 - 20 of 25
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Keperluan Pembangunan Bahasa Isyarat Malaysia Bagi Terminologi Ibadah(Zes Rokman Resources, 2018) ;Siti Ramna Khamaruddin ;Nurul Asiah Fasehah Muhamad ;Norakyairee Mohd Raus ;Adnan Mohamed Yusoff ;Mahyuddin Hashim ;Noornajihan Ja’afarMohd Nur Adzam RasdiIbadah wajib dikerjakan oleh setiap individu Muslim yang mukallaf termasuk OKU Pekak. Mereka sewajarnya diberi ruang dan peluang untuk mempelajari Ibadah mengikut kekuatan dan kelainan upaya belajar mereka. Namun, masalah komunikasi merupakan cabaran utama golongan ini dalam pemahaman konteks Ibadah. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti keperluan pembangunan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) bagi terminologi Ibadah. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui protokol temu bual ke atas 10 OKU Pekak Muslim. Dapatan kajian menunjukkan keperluan pembangunan BIM bagi terminologi Ibadah memberi kefahaman yang jelas, membimbing orang pekak ke arah kebaikan, meningkatkan ilmu baharu dan menarik minat belajar. Diharapkan kajian ini mampu menimbulkan kesedaran dan membuka mata semua pihak khususnya institusi-institusi agama, bahagian dasar sama ada di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), guru Pendidikan Khas bahagian Pendidikan Islam, penyelidik BIM dalam usaha meningkatkan pemahaman dan amalan beragama dalam kalangan OKU Pekak di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Pengajian Hadith Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia Tumpuan Terhadap Pembelajaran Murid Sekolah Kebangsaan(USIM Press, 2020) ;Amran Abdul Halim ;Abdulloh Salaeh ;Shumsudin Yabi ;Norazmi Anas ;Muhammad Arif Yahya ;Mesbahul HoqueNorakyairee Mohd RausThe writing of this article is intended to apply the study of hadith taken from Sahih Bukhari to the students of primary schools in Malaysia. The method of writing in this article is that the author examines the hadiths from Sahih Bukhari to be used as teaching aids to students in primary schools. The author chooses a hadith from the book of al-Iman which is about the role or responsibility of a Muslim to another Muslim by taking care of his limbs and hands and also related to the advantages of congregational prayer in the Kitab al-Solat. While in terms of teaching methods or methods are teacher and student centered, the author has used Microsoft Powerpoint software as a tool or teaching aid (BBM) for primary school students based on topics related to the hadith. The special feature of this teaching aid is that students can look at it repeatedly at home and review it to strengthen their understanding of a hadith and apply it in their lives. Pupils can also share the material with their peers from other schools. It is hoped that through the tools or teaching aids (ABM) produced can give awareness to the current generation on the actions or practices that should be displayed on social media should always be guided by true Islamic guidelines and help teachers in diversifying their teaching methods in primary schools, especially the study of hadith in the subject of Islamic Education. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Rasm Uthmani Dalam Mashaf Al-quran Braille Malaysia(USIM Press, 2023) ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Norakyairee Mohd RausNoornajihan JaafarThe publication of the Braille Quran in Malaysia has undergone several crucial phases. The Malaysian Islamic Association for the Blind (PERTIS) first published it in 1997. After a period of use, issues of inconsistency between the Braille Quran text and the printed Quran text used by the typical population emerged. One of the focus areas of inconsistency was in the aspect of Rasm. In 2022, JAKIM, in collaboration with KDN, PERTIS, and USIM, attempted to address this issue by publishing a new Braille Quran with various improvements and modifications, including from the perspective of Rasm. This study aims to examine the text of the Braille Quran in Malaysia from the aspect of Rasm and identify its status. The method of document analysis is applied in this qualitative study. The findings indicate that the features of the Uthmani script have been implemented appropriately in the Braille writing. However, the Imla'i script writing method is also used when there are constraints and issues in the writing process - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Designing Elements Of An Inclusive Teacher Emancipation Model Based On Hadith From The Book Of Riyadhus Solihin: A Fuzzy Delphi Analysis(Hunan University, 2023) ;Nurul Asiah Fasehah Muhamad ;Noornajihan Jaafar ;Siti Fatimah Mohd Tawil ;Norakyairee Mohd Raus ;Noor Azma Mohamad Khassim ;Mahfuzah Mohammed ZabidiNur Syuhaidah Alimar ShidiInclusive teachers find it difficult to handle children with learning disabilities in a normal classroom setting. This is because children with learning disabilities have distinctive learning difficulties, resulting in nearly total dependency on everyone. Therefore, this requires modification and adaptation in the learning activities to ensure effective learning. Consequently, inclusive teachers who do not possess the right worldview about children with learning disabilities and the reality of man in general will affect how they interact with these children or students. Thus, the objective of this research is to develop elements for an emancipation model for inclusive teachers to unlearn and relearn the new perspective of man based on the true worldview derived from hadith in Kitab Riyadhus Solihin (the Book of Riyadhus Solihin). This research used the method of design and a developmental research approach comprising three phases. In this study, the researchers focused on the second phase of Fuzzy Delphi. There were 12 panel experts involved in ranking the elements of the emancipation model for inclusive teachers. Findings showed that all the elements, which are: (1) Reality of Man; (2) The presence of children with learning disabilities signifies the perfection of Allah’s creation; (3) Absolute and temporary ownership; (4) Educational goals; and (5) Inclusive Teacher’s Role, were above 70% that were considered suitable and applicable. Notably, these particular aspects have not yet been the focus of other researchers. It is hoped that this model will help inclusive teachers undertake effective education programs. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Emansipasi Ketidakupayaan Menurut Quran(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Norakyairee Mohd Raus ;Mohd Nur Adzam RasdiMohd Hafiz HalimEmansipasi dalam kajian ini merujuk kepada pembebasan paradigma atau pemberian hak kesetaraan (adil) terhadap komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) melalui pemahaman hakikat ketidakupayaan berlandaskan Syarak. Paradigma “emansipasi” sangat diperlukan dalam kajian sosial masa kini, lebih-lebih lagi apabila melibatkan komuniti minoriti sosial seperti OKU. Ini kerana, OKU telah lama tersisih daripada arus pembangunan negara sama ada dalam aspek pendidikan, pekerjaan, kesihatan, pengangkutan, politik dan sebagainya. Objektif utama kajian ini adalah untuk meneroka konsep ketidakupayaan menurut Quran dan mengkaji pendekatan yang sesuai dalam mendepani isu dan cabaran OKU beragama. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah dokumen analisis dalam mengumpul data dan maklumat. Dapatan kajian melalui carian https://sigir.uitm.edu.my/svsi/sumberutama.php mendapati bahawa sejumlah ayat-ayat Quran yang menggunakan istilah-istilah yang berkait rapat dengan kategori OKU seperti pekak, bisu, buta, tempang dan lemah. Istilah-istilah ini ada yang digunakan secara jelas merujuk kepada hukum rukhsah (keringanan) untuk berjihad dan melaksanakan tuntutan Syarak, dan ada juga digunakan sebagai perumpamaan bagi menjelaskan hakikat iman dan kafir serta balasannya atas keengganan menerima Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Berkeperluan Khas (Penglihatan) Dalam Menghafaz Al-Quran: Kajian di Darul Quran, JAKIM(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Noornajihan Jaafar ;Norakyairee Mohd Raus ;Abdul Karim Toure ;Abdul Muhaimin Ahmad ;Mohd Nur Adzam RasdiNurul Asiah Fasehah MuhamadDiploma in Tahfiz Da'wah wa al-Quran at Darul Quran JAKIM is specially offered to the Visually Impaired Persons (VIP). This program provides an opportunity for them to compete equally with normal people in memorizing and understanding the Holy Quran. This paper is part of the research findings are being conducted between the Faculty of Quran and Sunnah, USIM and JAKIM. The main objective of this paper is to identify several factors that influence visually impaired student achievement in this program, especially in interaction with Braille Quran. Instruments used for this study are protocol interviews and observations on the course Tahfiz al-Quran course. In addition, Crawford and Godbey's model (1997) is used to describe the factors that influence student achievement in the study OKUMP Tahfiz al-Quran. The findings showed that there are several factors that influence the achievement of these students to memorize the Quran. It is based on structural factors, interpersonal and intrapersonal factors as featured in Crawford and Godbey model. Several suggestions have been made in research to improve the supply of this program and to allow further research to be conducted. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Inovasi Pembelajaran Quran Dalam Kalangan OKU Pekak Berdasarkan Hadis Keutamaan Membaca Quran(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Norakyairee Mohd Raus ;Siti Ramna KhamaruddinSiti Rahmah Ahmad RazuanInisiatif kelab khidmat mahasiswa cakna OKU, Sekretariat Sahabat FAQEH USIM (SaF USIM) di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM dalam penganjuran online Tadarus Tanpa Suara (TTS) merupakan usaha ke arah memperkasa masyarakat dan mengupaya komuniti OKU dalam berinteraksi bersama Quran. Online TTS berlangsung setiap hari sepanjang bulan Ramadhan 1441H bermula jam 10.00 pagi menggunakan aplikasi Google Meet. Usaha ini secara tidak langsung memberi pendedahan dan kesedaran kepada mahasiswa khususnya dan masyarakat terhadap hadis keutamaan membaca Quran yang perlu diterokai pendekatannya berdasarkan kekuatan dan kelainan upaya belajar komuniti OKU. Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat peranan SaF USIM dalam usaha santunan mahasiswa USIM terhadap komuniti OKU dan impak dalam penganjuran program Online TTS terhadap komuniti OKU Pekak di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana protokol pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen merupakan kaedah pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan keperluan terhadap penerokaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Quran terhadap komuniti OKU Pekak khususnya dalam memperkasa peranan mahasiswa cakna OKU. Ia turut memberi definisi baharu dalam pembelajaran Quran dalam kalangan komuniti istimewa ini di mana kaedah pembacaan Quran bukan hanya tertumpu kepada pembacaan terjemahan Quran sahaja. Jika komuniti tipikal membaca Quran bersuara, bertajwid dan bertarannum, maka komuniti OKU Pekak membaca Quran tanpa suara dengan mengisyaratkan kod tangan hijaiyyah pada setiap huruf-huruf Quran sesuai dengan aspirasi Hadis Nabi SAW berkaitan keutamaan membaca Quran melalui konsep ‘Alif’ satu huruf, ‘Lam’ satu huruf dan ‘Mim’ satu huruf. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Inovasi Produk Bagi OKU Pekak Untuk Memahami Terminologi Agama Islam(Asian Scholars Network (ASNet), 2023) ;Siti Ramna Khamaruddin ;Nurul Asiah Fasehah MuhamadNorakyairee Mohd RausBahasa isyarat merupakan bahasa visual yang digunakan sebagai medium komunikasi bagi OKU Pekak. Penggunaan bahasa isyarat memudahkan komunikasi dan memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan rasa, pendapat, idea, perasaan dan sebagainya. Di Malaysia, Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) merupakan bahasa ibunda bagi OKU Pekak yang telah diangkat sebagai bahasa rasmi dalam Akta OKU 2008. Bagaimanapun, perkembangan inovasi bagi OKU Pekak untuk memahami terminologi agama Islam jauh berbeza dengan inovasi terminologi agama Islam yang sedia ada. Meskipun demikian, pelbagai inovasi yang dijalankan bagi memberi peluang OKU Pekak untuk memahami terminologi agama. Justeru, artikel ini bertujuan menerangkan inovasi yang dibangunkan oleh pelbagai pihak termasuk pihak sekolah, badan persatuan bukan kerajaan, institusi pengajian dan institusi agama dalam menerangkan terminologi agama Islam kepada OKU Pekak dari 1998 sehingga 2022. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen terhadap cetakan buku isyarat dan aplikasi isyarat yang telah dibangunkan. Dapatan menunjukkan pelbagai inovasi yang dilakukan dalam membangunkan bahan bantu mengajar bagi mengisi kelompangan OKU Pekak untuk memahami terminologi agama. Perubahan inovasi boleh dilihat dari segi bentuk cetakan buku kepada bentuk mudah alih dengan berbantukan aplikasi. Diharapkan inovasi sebegini boleh dikembangkan kepada kepelbagaian bidang dalam agama Islam untuk memberi ruang dan peluang kepada OKU Pekak untuk mempelajari agama. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Inspirasi Dakwah Bagi Oku Dari Kisah Ibnu Ummi Maktum: Pengalaman Di Yayasan Faqeh(2022) ;Noornajihan Jaafar ;Norakyairee Mohd Raus ;Nik Ahmad Farid B Nik ShaberyNurutthoilah Mohd NabilDakwah Islam tidak dapat dinafikan kepentingan dan peranannya dalam pembangunan ummah. Ia perlu disampaikan kepada seluruh komuniti masyarakat termasuklah komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU). Komuniti ini berhak mendapat nikmat Islam kerana Islam tidak hanya ekslusif kepada individu yang sempurna pancaindera sahaja. Namun begitu, OKU adalah antara komuniti yang sering dikaitkan dengan isu dan perbahasan berkaitan keperluan mereka dalam pendidikan, terutamanya dalam aspek berkaitan persoalan taklif dalam menerima dan mengamalkan ajaran Islam. Bertitik tolak dari sini, inspirasi dakwah bagi OKU daripada kisah Ibnu Ummi Maktum telah disahut oleh Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak Istimewa (Yayasan FAQEH) yang mengambil tanggungjawab memberi ruang dan peluang kepada OKU mendekati ilmu Islam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman Yayasan FAQEH memberikan khidmat berkaitan pendidikan al-Quran bagi OKU dan mengenalpasti faktor penglibatan sukarelawan Yayasan FAQEH dalam usaha memperluaskan akses OKU terhadap pendidikan Islam disamping menangani isu tuntutan beragama dikalangan mereka. Penulisan ini menggunakan pendekatan kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen dan tembual untuk mengumpulkan data. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa usaha dakwah OKU yang telah dijalankan yang memberi kesan kepada komuniti OKU. Dapatan juga mendapati antara faktor penglibatan seseorang individu dalam khidmat kesukarelawanan ialah pemahaman dan nilai, motivasi kerjaya dan sosial, keikhlasan atau kerelaan, khidmat komuniti, kemahiran kesukarelawanan, dan menyelesaikan kerja kursus. Oleh yang demikian, hasil penulisan ini diharapkan menjadi inspirasi dalam menyampaikan dakwah kepada OKU dengan lebih meluas pada masa akan datang. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Menghafaz Ayat Mutashabih Lafaz: Kajian Di Darul Quran, Jakim Dan Jabatan Al-Quran Dan Al-Qiraat KUIS(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08) ;Abd Muhaimin Ahmad ;Muhammad Hafiz Saleh ;Muhammad Arif Musa ;Norakyairee Mohd RausKhairul Anuar MuhammadMenghafaz al-Quran mempunyai cabaran dan kesukaran yang memerlukan kepada kaedah hafazan yang berkesan dan bersistematik bagi membantu dan memudahkan proses menghafaz dan menjaganya dari lupa. Di antara cabaran terbesar yang dihadapi oleh penghafaz al-Quran adalah mengingati ayat–ayat mutashabih lafaz, iaitu ayat-ayat al-Quran yang sama atau hampir sama dari sudut lafaznya. Kesukaran dalam menghafaz dan mengingati ayat-ayat mutashabih lafaz ini menuntut kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran khusus sama ada dari pihak institusi tahfiz, guru dan juga pelajar. Justeru, objektif kajian adalah untuk mengenal pasti kaedah hafazan di kalangan pelajar tahfiz al-Quran terhadap ayat mutashabih lafaz, dengan menjadikan Darul Quran Jakim dan Jabatan al-Quran dan al-Qiraat KUIS sebagai lokasi kajian. Kajian ini dibina berdasarkan metodologi kualitatif yang menggunakan kaedah temubual separa berstruktur sebagai instumen kajian. 30 orang pelajar tahfiz institusi tersebut dipilih sebagai peserta kajian. Kajian ini mendapati bahawa tahap penguasaan hafazan ayat mutashabih lafaz dalam kalangan pelajar adalah lemah dan tiada bahan pembelajaran khusus bagi menangani permasalahan tersebut. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kedudukan Hukum Sentuhan Bukan Mahram ke Atas Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan Ketika Sesi Pengajaran dan Pembelajaran(Penerbit USIM, 2022) ;Azman Ab Rahman ;Muhammad Faiz Abd. Shakor ;Norakyairee Mohd Raus ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Ahmad Wifaq Mokhtar ;Zahari Mahad MusaNurul Nadia NozlanSentuhan merupakan salah satu bentuk komunikasi bukan lisan yang biasa digunakan bagi OKU penglihatan. Mereka menggunakan deria ini sebagai ganti bagi deria penglihatan ketika berjalan, mengenali sesuatu objek dan juga membaca kod Braille. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, komunikasi lisan merupakan kaedah yang lumrah digunakan. Namun, komunikasi bukan lisan seperti sentuhan amat diperlukan bagi golongan OKU Penglihatan. Timbul persoalan tentang kedudukan hukum sentuhan terhadap bukan mahram khususnya guru yang mengajar murid OKU penglihatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ibadat. Justeru, artikel ini akan menghuraikan kedudukan hukum sentuhan bukan mahram ke atas oku penglihatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dari segi perbezaan jantina dan sebagainya. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam mengumpulkan data bagi mencapai kehendak objektif kajian yang telah ditetapkan. Hasil kajian mendapati dalam aspek sentuhan antara guru dan murid bermasalah penglihatan yang berbeza jantina bukan mahram adalah harus jika terdapat keperluan (hajah) sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran khususnya untuk menunjukkan perlakuan sesuatu ibadat seperti pergerakan rukun solat dan membetulkannya dengan menggunakan tangan dengan kadar minima termasuk perlakuan wuduk, tayammum dan sebagainya. Pendekatan penggunaan sarung tangan adalah langkah terbaik sekiranya tidak menyukarkan dan lebih cermat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan dan rujukan kepada masyarakat secara umum dan golongan OKU khususnya berkenaan isu sentuhan antara bukan mahram dan OKU penglihatan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kedudukan Taklif Orang Kurang Upaya (OKU) Dalam Pelaksanaan Ibadat(Penerbit USIM, 2022) ;Azman Ab Rahman ;Muhammad Faiz Abd. Shakor ;Norakyairee Mohd Raus ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Ahmad Wifaq Mokhtar ;Zahari Mahad MusaNurul Nadia NozlanGolongan OKU adalah hamba Allah dan mempunyai kewajipan untuk beribadat kepada Allah mengikut kemampuan mereka. Walaupun golongan OKU ditakdirkan wujud kekurangan pada tahap keupayaan mereka sama ada mental atau fizikal, namun mereka memiliki kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Oleh yang demikian, Islam telah menggariskan beberapa hak dan kewajipan tertentu yang telah ditetapkan untuk golongan ini. Justeru, artikel ini akan membincangkan khusus berkenaan kedudukan taklif bagi golongan OKU dalam skop pelaksanaan ibadat. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam mengumpulkan data bagi mencapai kehendak objektif kajian yang telah ditetapkan. Hasil kajian mendapati kedudukan taklif bagi golongan OKU Penglihatan, Pendengaran, Pertuturan dan Fizikal wajib menunaikan segala kewajipan yang ditetapkan oleh syarak berdasarkan kemampuan dan keadaan mereka. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada OKU Pelbagai yang melibatkan ketidakupayaan pendengaran dan penglihatan sejak dilahirkan, dan mereka yang mengalami ketidaksempurnaan akal yang teruk. Hal ini kerana mereka tidak mampu memahami dalil pentaklifan yang menjadi syarat utama menjadi mukalaf. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan dan rujukan kepada masyarakat secara umum dan golongan OKU khususnya berkenaan kedudukan taklif bagi golongan OKU dalam pelaksanaan ibadat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Asas Pembangunan Garis Panduan Pelaksanaan Ibadat bagi Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia(Penerbit USIM, 2022) ;Azman Ab Rahman ;Muhammad Faiz Abd. Shakor ;Norakyairee Mohd Raus ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Ahmad Wifaq Mokhtar ;Zahari Mahad MusaNurul Nadia NozlanIslam tidak pernah memandang rendah permasalahan OKU, malahan sentiasa memberi galakan kepada umat Islam agar sentiasa mengambil berat tentang golongan ini. Islam turut memperuntukkan tanggungjawab dan hak tertentu terhadap OKU serta mengambil serius terhadap keperluan semasa bagi golongan OKU dalam hal berkaitan ibadat OKU. Bukan setakat itu, ia turut memberikan garis panduan tentang bagaimana mahu menguruskan hak dan tanggungjawab tersebut di samping menjaga maqasid syariah dari sudut lima daruriyat iaitu agama, jiwa, keturunan, akal dan harta. Di Malaysia, masih belum terdapat garis panduan khusus pelaksanaan ibadat bagi golongan OKU yang selari dengan Mazhab Syafi’i dan jumhur ulama’. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mencadangkan konsep asas garis panduan pelaksanaan ibadat OKU yang boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak berautoriti di Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 3 pendekatan yang perlu diambil kira dalam pembangunan garis panduan pelaksanaan ibadat OKU iaitu konsep Fiqh al-Taysir, Bertaqlid mana-mana mazhab yang muktabar dan pengunaan kaedah Fiqh. Kajian ini diyakini akan menjadi rujukan dan panduan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pejabat Mufti, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam OKU dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kurikulum Kafa Khas (Oku): Satu Tinjauan(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08)Norakyairee Mohd RausCurriculum development is an improvisation process to achieve specific educational objectives. The Special Education Program offers Islamic Education opportunities to students with visual impairment, hearing impairment and learning disabilities, including Quranic Education. However, the development of its model and curriculum is still at early stage. The main objective of this research is to carry out an exploration on a holistic Quranic Education model and curriculum for PWDs, and to identify existing models and curricula. This research uses the qualitative method and relies on observation, interview and document analysis protocols for data retrieval. Research findings portray that curriculum objectives, curriculum content, teaching and learning activities and assessment process are all vital elements in determining curriculum development and model. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Modul Pengajaran Al-Quran Braille : Tinjauan Awal(Universiti Sains Islam Malaysia, 2012) ;Norhasnira Ibrahim ;Norakyairee Mohd Raus ;Nor Adzam Rasdi ;Noornajihan Jaafar ;Norazman Alias ;Norullisza KhosimNorzulaiii Mohd GhazaliPenghasilan al-quran dan Iqra' versi Braille telah banyak membantu para guru dan MBK Masalah Penglihatan untuk mempelajari al-Quran dan sekaligus dijadikan sebagai sukatan dalam kurikulum Pendidikan Islam masa kini. Walaubagaimanapun, hasil kajian mendapati masalah utama yang dihadapi oleh para guru ialah mereka tiada asas Braille dan tidak mengetahui kod Braille a1 -Quran kerana tiada sebarang pendedahan mengenainya semasa mengikuti Latihan Perguruan. Selain itu, tiada kursus dan latihan berkala khususnya mengenai a1 -Quran Braille yang disediakan untuk mereka sepanjang tempoh perkhidmatan mereka sebagai guru pendidikan khas. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membuat tinjauan awal terhadap kandungan modul pengajaran al -Quran Braille untuk membantu guru Pendidikan Islam Pendidikan Khas (GPI PK) dalam mengaplikasikan kaedah dan teknik yang sesuai semasa mengajar Murid Berkeperluan Khas Masalah Penglihatan (MBK MaL). Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif dengan mengaplikasikan metod penentuan subjek, pengumpulan data, pemerhatian dan temu bual dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat enam elemen penting yang perlu dikuasai oleh para GPI -PK iaitu MBK Masalah Penglihatan, GPI Dalam Program Pendidikan Khas, Kod Braille, Pengantar A1 -Quran Braille, tanda bacaan serta tanda waqafAl -Quran Braille. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Online Tadarus Quran Tanpa Suara (Online TTS): Cabaran Komuniti OKU Pekak(Penerbit USIM, 2021) ;Siti Ramna Khamaruddin ;Nurul Asiah Fasehah MuhamadNorakyairee Mohd RausTadarus is a group Quran recitation activity that is usually carried out during the month of Ramadan. Although Ramadan is this time during the pandemic season, this activity is still actively being continued online. This situation is no exception for the deaf community. Taking inspiration to provide opportunities and space for them to participate with the Quran, using methods that celebrate their strength and learning disabilities, an online tadarus program called Online Tadarus Suara (Online TTS) was conducted using google meets platform. Therefore, this study aims to explore the challenges faced by the deaf community in the programme. The methodology used is the analysis of documents by analyzing the current reports of each facilitator on a daily basis and the feedback provided through the Google Form forms provided. In addition, researchers also perform observations to every TTS Online class recording on a daily basis. The findings showed that participants were able to participate in the TTS Online session well despite several challenges that could be categorised into two parts, namely internal and external challenges such as weaknesses in mastering Quran Hand Code, time and internet network access. However, it is hoped that this Quranic service will bring deaf people closer to the miracle of the Quran by celebrating the learning disability of this community based on visual strength. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembangunan Perisian Interaktif Audio Buku Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan (I-Talk Pismen): Satu Kajian Keperluan Bagi Murid Berkeperluan Khas Masalah Penglihatan(Zes Rokman Resources, 2018) ;Nurutthoilah Mohd Nabil ;Noornajihan Jaafar ;Norakyairee Mohd RausNursyahirah Wahidah MasromKekangan akses pendidikan terhadap golongan orang kurang upaya penglihatan OKU dalam mendapatkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk sistem pendidikan negara adalah suatu isu yang tidak asing lagi di negara ini. Terutamanya dalam akses BBM Islami, termasuklah mata pelajaran wajib bagi murid-murid yang beragama Islam di negara ini iaitu Pendidikan Islam. Oleh yang demikian, Kajian keperluan ini adalah untuk meninjau keperluan pembangunan Perisian Interaktif Audio Buku Pendidikan Islam Sekolah menengah Kebangsaan (i-TALK PISMEN) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK MaL) Masalah Penglihatan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual terhadap dua orang OKU penglihatan dan seorang guru sekolah pendidikan khas. Selain itu, kajian ini juga menggunakan kaedah kuantitatif dengan pengedaran borang kaji selidik kepada kumpulan murid Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Terengganu. Oleh itu, kajian mendapati bahawa pembangunan audio buku Pendidikan Islam sangat bermanfaat dan membantu murid berkeperluan khas masalah penglihatan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pembangunan i-TALK PISMEN adalah sangat diperlukan bagi membantu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran Pendidikan Islam KSSM bagi MBK MaL. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembangunan Perisian Interaktif Buku Audio Pendidikan Islam Sekolah Menegah Kebangsaan (i- Talk Pismen): Satu Kajian Keperluan Bagi Murid Bekeperluan Khas Masalah Pengihatan.(Zes Rokman Resources, 2018) ;Nurutthoilah Mohd Nabil ;Noornajihan Jaafar ;Norakyairee Mohd RausNursyahirah Wahidah MasromKekangan akses pendidikan terhadap golongan orang kurang upaya penglihatan OKU dalam mendapatkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk sistem pendidikan negara adalah suatu isu yang tidak asing lagi di negara ini. Terutamanya dalam akses BBM Islami, termasuklah mata pelajaran wajib bagi murid-murid yang beragama Islam di negara ini iaitu Pendidikan Islam. Oleh yang demikian, Kajian keperluan ini adalah untuk meninjau keperluan pembangunan Perisian Interaktif Audio Buku Pendidikan Islam Sekolah menengah Kebangsaan (i-TALK PISMEN) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK MaL) Masalah Penglihatan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual terhadap dua orang OKU penglihatan dan seorang guru sekolah pendidikan khas. Selain itu, kajian ini juga menggunakan kaedah kuantitatif dengan pengedaran borang kaji selidik kepada kumpulan murid Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Terengganu. Oleh itu, kajian mendapati bahawa pembangunan audio buku Pendidikan Islam sangat bermanfaat dan membantu murid berkeperluan khas masalah penglihatan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pembangunan i-TALK PISMEN adalah sangat diperlukan bagi membantu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran Pendidikan Islam KSSM bagi MBK MaL. Kata kunci: i-TALK PISMEN, Pendidikan Islam, MBK MaL - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembelajaran Braille Berasaskan Web bagi Pelajar Celik Penglihatan(USIM Press, 2023) ;Nur Syazwani Binti Abd Aziz ;Norakyairee Mohd RausAhmad Kamel MohamedEducation and electronic technology known as e-learning, m-learning or mobile learning is a combination of web-based learning elements. Technology is now making web-based learning and teaching processes more widespread among educators and students. This is in line with the Industrial Revolution 4.0 which involves the Internet of Things (IoT) almost every aspect of daily life leads to the use of information technology (IT). No exception, Braille learning among sighted students also needs to be emphasized in this revolution. This study aims to identify the Braille learning website in Malaysia, to examine the design of the development of the Braille learning website in Malaysia and to explore the use and function of the website. This qualitative study uses a document analysis approach. The findings show that there are two websites developed for learning Braille in Malaysia, namely eKodBrailleBM and eBrailleHjjaiyyah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembelajaran Tilawah Al-Quran Braille: Pengalaman Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (Ummi) USIM(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Noornajihan Jaafar ;Norakyairee Mohd Raus ;Mahyuddin Hashim ;Nur Amalina Azhar ;Muhammad Shahril Azrie Zainudin ;Zakaria Yahya ;Sharipah Zainah Abdul RahmanAnisah RazaliTerdapat beberapa pendekatan yang popular dalam pendidikan tilawah al-Quran, antaranya adalah yang dimulai dengan penerapan kemahiran literasi. Pendekatan yang sama juga diaplikasikan dalam pengajaran asas tilawah al-Quran kepada komuniti OKU Penglihatan yang menggunakan medium tulisan Braille. Uniknya, di dalam mashaf al-Quran versi Braille, susunan penulisannya tidak sama seperti teks al-Quran tipikal, sebaliknya setiap huruf dan penandaan ditranskripsi ke dalam bentuk kod Braille dan disusun bersesuaian dengan keunikan cara OKU Penglihatan membacanya. Dari aspek pengajarannya pula, ia memerlukan kaedah serta teknik pengajaran yang berbeza daripada yang biasa dilaksanakan ke atas golongan tipikal. Fokus penulisan ini adalah untuk mengenengahkan dokumentasi ringkas ke atas beberapa kaedah dan modul pengajaran tilawah al-Quran bagi OKU Penglihatan di samping pengalaman dan usaha Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) dalam mengkaji keunikan yang terdapat dalam proses pengajaran asas tilawah al-Quran Braille pada modul-modul yang sedia ada ini. Dengan berasaskan metodologi kualitatif, dokumen-dokumen yang berkaitan dikumpul dan dianalisis secara deskriptif kemudian dibentangkan sebagai dapatan. Hasil daripada pemerhatian ke atas dokumen-dokumen ini, didapati bahawa terdapat keunikan yang perlu diterapkan pada kaedah yang digunakan bagi meraikan sensitiviti dan cara pembelajaran OKU Penglihatan membaca al-Quran, terutamanya pada sudut penerangan dan susunan bahan. Melalui maklumat yang diperolehi dari kajian ini, asas kaedah pembelajaran tilawah bagi OKU Penglihatan dapat dikenal pasti, seterusnya membawa kepada usaha pembangunan modul yang lebih komprehensif sebagai sumbangan yang terkini dalam bidang tilawah al-Quran khususnya bagi OKU Penglihatan.