Browsing by Author "Nur Aina Abdulah"
Now showing 1 - 14 of 14
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analysing The Elements Of An Islamic Ngo’s Constitution In Malaysia(THOMSON REUTERS Publons, 2023) ;Norhoneydayatie Abdul ManapNur Aina AbdulahIslamic non-governmental organizations (NGOs) in Malaysia are social organizations that play a vital role in various social activities, either domestically or internationally. These organizations are registered under agencies entrusted to register organizations and are subject to the laws and legislation that govern them. Based on the diversity of registration agencies and the legal control over these organizations or NGOs, there are various types of constitutions presented by these organizations or NGOs. Hence, this study analysed the various types of constitutions drawn up by Islamic organizations or NGOs in Malaysia. This qualitative research used a case study design and data were collected from two sources, namely interviews and document analysis involving the organizations constitution. Findings indicated that the organization or NGOs constitution was based on a sample template provided by the registrar of societies. However, the template did not distinguish between an Islamic NGO and a non-Islamic NGO. The study also found six important elements that should be adopted by Islamic NGOs and utilise them as a guide in their daily operations. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Elderly Education And Lifelong Learning: Legal And Shariah Perspectives(Usim Press, 2023) ;Mashitah Abdul Mutalib ;Nur Al-Farhain KamaruzamanNur Aina AbdulahPrioritising the elderly should be a national priority before Malaysiaturns into an old country, which is anticipated to happen in the year 2030. Reimagining what quality aging will entail in the future is required toprovideolder people in Malaysia the best possibilities for a quality life. One way to ensure that the elderly will age graciously is through education or learning.However, there are various barriers and challenges which limit the development of elderly education and lifelong learning in Malaysia. This study, therefore, focuses to explore prominent issues regarding elderly education and lifelong learning. This would include analysing the existing laws and policies related to the elderly. Apart from that, the Shariah perspectives on this area are also discussed to illustrate the importance of learning for elderly. This study is aqualitative legal studyemploying doctrinal approach and document analysis. The findings illustrate that, although there are existing legal instruments and syariah authorities on the significanceof elderly education and learningat a later stage, a policy reformis needed especially in terms of the strategies and implementation of the polices. The policy should be reformed, the challenges should be addressed, coordination and collaboration should be enhanced. The policies need to be more inclusive involving higher numbers of senior citizens in Malaysia. Additionally, a mechanism is required to educate the elderly about the importance of learning at a laterstage as reflected in the national policies and shariah principles.This paper shall assist the policy makers in enhancing the policy on older people particularly on the aspect or elderly education and life learning in Malaysia. The challenges faced by Malaysia specificallyin ensuring the inclusiveness of the programmes involving senior citizensin Malaysia shall be lessons for other countriesin strengthening their policies for older people. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Enakmen Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 dan 2015 Negeri Kelantan: Analisis Pelaksanaan(USIM Press, 2022) ;Nur Al-Farhain Binti KamaruzamanNur Aina AbdulahDi Malaysia, usaha terawal untuk memperkenalkan undang-undang jenayah Islam secara total telah dirintis oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 1993 menerusi satu rang undang-undang yang dinamakan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993. Walaubagaimanapun, enakmen ini tidak dapat dilaksanakan kerana berhadapan dengan kekangan perundangan. Kebanyakan kajian terdahulu berkaitan enakmen ini ditumpukan pada perbincangan kekangan perundangan. Di dalam kajian ini, perbincangan akan ditumpukan kepada penilaian semula model taqnin yang diperkenalkan oleh Negeri Kelantan. Justeru, objektif kajian ini adalah mengkaji latar belakang dan proses taqnin enakmen ini seterusnya menganalisis kesesuaian model ini di dalam konteks perundangan Malaysia. Metodologi yang digunakan adalah analisis dokumen dan temubual bersama Ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud Kelantan dan Nasional. Dapatan kajian mendapati model yang dicadangkan ini terlalu sukar untuk dilaksanakan dalam konteks perundangan Malaysia. Selain itu, kajian ini mencadangkan agar alternatif lain digunakan bagi memperkenalkan undang-undang jenayah Islam iaitu melalui proses harmonisasi undang-undang sedia ada iaitu melalui Enakmen Jenayah Syariah Negeri masing-masing. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kesalahan Jenayah Syariah Berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dalam Talian: Analisis Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997(USIM Press, 2023-03-17) ;Nur Al-Farhain Kamaruzaman ;Nur Aina Abdulah ;Mashitah Abdul MutalibSiti Syahirah SaffineeMutakhir ini menyaksikan sebahagian golongan LGBT yang tidak segan silu mempamerkan budaya songsang di platform-platform dalam talian seperti di Instagram, facebook, twitter dan sebagainya. Selain itu, promosi terhadap budaya songsang ini dilakukan secara terang-terangan di media sosial. Justeru, objektif kertas kerja ini adalah bagi mengkaji dan menganalisis peruntukan di dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 berkaitan kesalahan LGBT dalam talian seterusnya mencadangkan penambahbaikan kepada peruntukan sedia ada di dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 bagi mendakwa kesalahan LGBT dalam talian. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan analisis dokumen bagi mengumpulkan data. Dapatan kajian mendapati terdapat peruntukan sedia ada yang boleh digunakan bagi mendakwa kesalahan LGBT yang dilakukan secara dalam talian. Walaubagaimanapun, peruntukan sedia ada ini mempunyai isu dari sudut substantif, keterangan dan tatacara yang memerlukan penambahbaikan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pemberian Ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) Kepada Golongan LGBT: Analisis Dari Perspektif Syariah(Penerbit KUIS, 2023) ;Nurul Ain Hazram ;Mashitah Abdul Mutalib ;Nur Al-Farhain KamaruzamanNur Aina AbdulahPre-Exposure Prophylaxis (PrEP) adalah sejenis ubat yang digunakan untuk mereka yang berisiko menerima jangkitan virus ‘Human Immunodeficiency Virus’ (HIV), yang dikenali sebagai penyakit ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ (AIDS). Melalui ujian klinikal yang telah dijalankan, penggunaan PrEP telah terbukti dapat mengurangkan risiko jangkitan HIV/ AIDS. Pada penghujung tahun 2022, Menteri Kesihatan pada waktu itu telah mengumumkan akan menjalankan satu projek rintis penggunaan ubat PrEP di beberapa hospital kerajaan untuk menguji keberkesanannya sebelum ubat tersebut diperakukan oleh Kementerian Kesihatan untuk kegunaan awam. Kenyataan tersebut telah mencetuskan kontroversi di kalangan ulama, ahli akademik, ahli politik dan juga masyarakat kerana dirasakan akan memberi manfaat kepada golongan homoseksual, biseksual dan transgender (LGBT) dan akan menyebabkan berleluasanya maksiat dan membawa kepada mafsadah yang lebih besar. Tidak dapat dinafikan bahawa PrEP dapat mencegah penyakit berjangkit, namun begitu, sekiranya ubat ini diberikan kepada golongan LGBT, dikhuatiri akan menyebabkan golongan ini semakin berleluasa sekali gus mendatangkan mafsadah yang lebih besar. Oleh itu, artikel ini akan menganalisis isu pemberian ubat PrEP kepada golongan LGBT dari perspektif Shariah. Untuk mencapai objektif ini, kajian ini menggunakan pendekatan analisis deskriptif dan induktif. Kajian ini menyimpulkan bahawa hukum pemberian ubat PrEP kepada golongan LGBT perlu diperhalusi mengikut kategori. Bagi kategori pertama; mereka yang terlibat secara aktif di dalam industri seks sebagai pekerja seks, pemberian ubat PrEP adalah haram dan mempunyai larangan yang jelas di dalam syarak. Manakala, bagi kategori kedua; golongan LGBT yang tidak terlibat dalam industri seks, pemberian ubat PrEP hendaklah diteliti dan dilakukan kajian lanjutan dan mendalam oleh pihak yang berautoriti dengan mengambilkira mafsadah yang lebih ringan dan menolak mafsadah yang lebih berat. Kerajaan juga haruslah memainkan peranan yang lebih serius dalam menangani golongan LGBT di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Harmonisasi Dalam Memperkenalkan Perundangan Hudud Di Malaysia(Penerbit USIM, 2022-12) ;Nur Al-Farhain Kamaruzaman ;Nur Aina AbdulahMashitah Abdul MutalibDi Malaysia, usaha memperkenalkan undang-undang jenayah Islam secara total telah dirintis oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 1993 melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 dan pada tahun 2015. Begitu juga dengan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2002 melalui Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423h/2002. Walaubagaimanapun kesemua usaha ini tidak berjaya kerana enakmen ini menghadapi masalah dari sudut perundangan.Terdapat pihak yang berpandangan, pendekatan yang bersifat revolutionari ini kurang sesuai dengan kerangka perundangan Malaysia. Justeru, di dalam artikel ini, pengkaji akan mengkaji pendekatan yang bersifat lebih evolutionari iaitu pendekatan harmonisasi. Objektif artikel ini adalah mengkaji konsep dan pendekatan harmonisasi seterusnya menganalisis kesesuaian menggunakan pendekatan ini di dalam memperkenalkan undang-undang jenayah Islam di Malaysia khususnya bagi kesalahan-kesalahan hudud. Artikel ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu analisis dokumen. Dapatan kajian mendapati pendekatan harmonisasi ini boleh diaplikasikan dalam memperkenalkan sebahagian kesalahan-kesalahan hudud melalui pindaan di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri serta Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan Microsoft Teams Dalam Pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi Sepanjang Pandemik Covid-19(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Muhammad Izuan Abd Gani ;Nur Aina AbdulahNur Hafizah Abd AzizPenularan wabak Covid-19 di seluruh dunia telah membuka lembaran baharu dalam kaedah pengajaran dan Pembelajaran (PdP), di mana penggunaan teknologi pendidikan dilihat sangat signifikan sebagai alternatif kepada kelangsungan aktiviti pendidikan dalam waktu krisis. Dalam konteks pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi, Microsoft Teams telah digunakan sebagai medium pembelajaran. Meskipun Microsoft Teams dilihat sebagai satu medium yang baik pada pandangan guru, namun keberkesanan PdP tetap bergantung kepada penerimaan pelajar dalam penggunaannya. Justeru, artikel ini bertujuan ingin meninjau penerimaan pelajar terhadap penggunaan Microsoft Teams dari sudut kemudahgunaan, kebolehgunaan serta sikap dan niat. Artikel ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik yang dianalisa secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa penerimaan pelajar adalah pada tahap sederhana dalam penggunaan Microsoft Teams. Sehubungan itu, beberapa penilaian perlu dibuat berkaitan dengan material serta teknik pengelolaan kursus dengan mengimbangi antara teknologi dan faktor kemanusian agar ia lebih realistik. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perlembagaan Ngo Islam Di Malaysia: Analisis Terhadap Keperluan Pembentukan Garis Panduan(Research Centre for Sharia, Faculty of Islamic Studies, 2023) ;Nur Aina AbdulahNorhoneydatie Abdul ManapPertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Malaysia adalah sebuah pertubuhan sosial yang memainkan peranan yang penting dalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan sama ada dalam atau luar negara. Ia didaftarkan di bawah agensiagensi pendaftaran pertubuhan dan tertakluk kepada undang-undang dan akta yang mengikatnya. Permasalahannya adalah ketidakseragaman perlembagaan dan dasar NGO Islam di Malaysia yang datang dalam pelbagai bentuk. Tambahan pula dengan ketiadaan satu pusat informasi setempat yang boleh dirujuk bagi mendapatkan maklumat berkaitan penubuhan NGO dari setiap agensi pendaftar pertubuhan di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis keperluan NGO Islam di Malaysia terhadap pembentukan garis panduan perlembagaan. Selain itu, kajian ini turut menganalisis elemen perundangan dalam pembentukan sesebuah perlembagaan. Metodologi kajian kualitatif digunakan dengan reka bentuk kajian kes. Data dikumpul dari dua sumber, iaitu temu bual dan analisis dokumen seperti perlembagaan organisasi. Hasil kajian mendapati bahawa perlunya ada satu garis panduan kepada pembentukan perlembagaan NGO Islam di Malaysia agar ia menjadi rujukan dan panduan kepada semua terutamanya bagi mereka yang ingin menubuhkan pertubuhan yang baharu. Garis panduan perlembagaan itu hendaklah mencakupi elemen-elemen penting yang perlu ada di dalam sesebuah perlembagaan dan dasar organisasi NGO Islam demi memastikan ketelusan dan tadbirurus yang baik dan profesional. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Prosecution of Islamic Criminal Offences Related To LGBT In Online Platforms: An Analysis Of Syariah Criminal Offences (Selangor) Enactment 1995(USIM Press, 2023) ;Nur Al-Farhain Kamaruzaman ;Nur Aina Abdulah ;Mashitah Abdul MutalibNurul Ain HazramOver the recent years, the promotion of Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender (LGBT)immoral behaviour has been done publicly on online platforms such as Instagram, Facebook, Twitter, TikTok and so on. Apart from that, several dating apps have been widely used for these purposes. Hence, the objective of this paper is to review and analyse the provisions of theSyariah Criminal Offences (Selangor) Enactment 1995 related to LGBT offences and to propose improvements to the existing provisions to prosecute LGBT offences committed on onlineplatforms. This qualitative study uses a document analysis approach to collect data. The findings found that there are existing provisions that can be used to prosecute LGBT offences committed online. However, these existing provisions have several issues in terms of substantive, evidence and procedures that require further improvements. To overcome these issues, this paper suggests several improvements such as enacting specific provisions for Islamic criminal offences committed online, amending the Syariah Courts Act 1965 or known as Act 355 to increase the limit of punishment and establishing a technology unit and appointment of skilled officers in the Department of Prosecution. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Rasuah dalam Jenayah Kolar Putih : Satu Sorotan Literatur(USIM Press, 2023-03-17) ;Nik Nur Afiqah Nek MustafaNur Aina AbdulahJenayah kolar putih merupakan jenayah yang dilakukan oleh golongan atasan yang berjawatan tinggi dan berkedudukan tinggi dalam masyarkat. Secara umumnya, jenayah kolar putih terdiri daripada jenayah rasuah, penyelewengan wang dan pecah amanah. Walau bagaimanapun, dari segi kajian ilmiah, jenayah kolar putih ini terutamanya rasuah kurang diberi perhatian disebabkan ia adalah isu yang sensitif dan sukar mendapatkan maklumat terperinci. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti literatur atau kajian terdahulu yang telah dilakukan dari segi definisi rasuah, jenis-jenis dan bentuk rasuah, gejala dan faktor berlakunya jenayah rasuah serta cabaran yang dihadapi dalam usaha menangani jenayah rasuah di Malaysia. Kajian ini merupakan kualitatif dengan menggunakan kaedah analisa dokumen. Hasil kajian mendapati kajian mengenai keberkesanan undang-undang rasuah masih kurang dijalankan. Oleh itu, kajian lanjut mengenai keberkesanan penguatkuasaan undang-undang rasuah di Malaysia adalah perlu dilakukan untuk mengkaji tahap keberkesanan undang-undang tersebut. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Rasuah Pilihan Raya: Analisis Hukum Dan Fatwa Di Malaysia Dan Indonesia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2024-09-30) ;Nur Aina Abdulah ;Alfons Zakaria ;Nur Al-Farhain Kamruzaman ;Nurul Ain Hazram ;Setiyawan GunardiNik Nur Afiqah Nek MustafaRasuah merupakan perbuatan yang dilarang dan bersalahan dengan agama, akhlak dan undang-undang. Ia boleh berlaku dalam pelbagai cara dan peringkat, termasuklah dalam pilihan raya. Impak rasuah ini amatlah besar, bukan sahaja meruntuhkan akan sebuah masyarakat, malah negara keseluruhannya. Permasalahannya adalah isu-isu rasuah yang berlegar sekitar pilihan raya masih samar-samar belum dibincangkan secara terperinci dari persepektif Syariah. Oleh itu, objektif artikel ini adalah untuk menjelaskan hukum dan fatwa di Malaysia dan Indonesia berkaitan rasuah termasuk isu-isu yang berlegar ketika pilihan raya. Metodologi kajian kualitatif digunakan dengan kaedah pengumpulan data secara analisis kandungan dan tembual pakar. Data kemudiannya dianalisis secara tematik dan deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa hukum asal sesuatu pemberian adalah harus dalam Syariah. Walau bagaimanapun, dalam isu pilihan raya, sekiranya pemberian itu mempunyai niat dan tujuan di sebaliknya, seperti untuk memancing undi dan mengubah kecenderungan politik, maka, hukumnya adalah haram dan perlu ditinggalkan kerana ia tergolong dalam perbuatan rasuah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tanggungjawab Pesalah Kanak-kanak dalam Undang-undang Rogol di Malaysia: Analisis Menurut Perspektif Syariah(USIM Press, 2023) ;Nur Aina Abdulah ;Nur Al-Farhain Kamaruzaman ;Mashitah Abdul MutalibNurul Ain HazramDefinisi pesalah rogol dalam Kanun Keseksaan Malaysia yang dibaca bersama Seksyen 113, Akta Keterangan 1950 menganggap kanak-kanak di bawah umur tiga belas tahun tidak berupaya melakukan melakukan rogol dengan sangkaan yang tidak boleh dipatahkan. Ia bermakna mereka terlepas daripada tanggungjawab terhadap kesalahan tersebut. Permasalahannya adalah terdapat kes-kes rogol yang melibatkan pesalah kanak-kanak ini terjadi berdasarkan laporan berita yang diterima kebelakangan ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis isu tanggungjawab jenayah dalam perundangan rogol menurut perspektif Syariah. Metodologi kajian kualitatif digunakan dengan kaedah pengumpulan data secara analisis kandungan dan tembual pakar. Hasil kajian mendapati Seksyen 113, Akta Keterangan yang menganggap kanak-kanak di bawah umur tiga belas tahun tidak berupaya melakukan melakukan rogol adalah tidak selari dengan prinsip Syariah dan peredaran zaman. Ia dicadangkan untuk dipinda atau dimansuhkan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Undang-Undang Jenayah Sumbang Mahram Di Malaysia: Analisis Menurut Perspektif Islam(Penerbit USIM, 2022-12) ;Nur Aina Abdulah ;Nur Al-Farhain KamaruzamanMashitah Abdul MutalibSumbang mahram atau inses merupakan jenayah yang berat dalam Islam yang mana ia merupakan hubungan seksual terlarang yang dilakukan dengan ahli keluarga terdekat yang mempunyai ikatan darah atau nasab keturunan. Ia merupakan perbuatan terkutuk bukan sahaja dari segi agama dan moral, malah merendahkan martabat manusia setanding haiwan. Permasalahan kajian adalah kes sumbang mahram yang tinggi setiap tahun yang menyebabkan kebimbangan dan rasa tidak selamat, meskipun Malaysia telah mempunyai peruntukan undang-undang khusus berkaitan jenayah ini. Persoalannya, adakah peruntukan undang-undang yang sedia ada tidak cukup mencegah jenayah ini? Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis undang-undang sumbang mahram di Malaysia dari perspektif syariah. Metodologi kajian kualitatif digunakan dengan reka bentuk analisis kandungan. Hasil kajian mendapati hukuman yang diperuntukkan dalam perundangan Malaysia masih tidak dapat mencegah jenayah ini daripada berleluasa disebabkan ia tidak seberat hukuman yang telah digariskan di dalam syariat Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication دور الوسائل العلمية الحديثة في الإثبات الجنائي دراسة تحليلية(USIM Press, 2023-03-17) ;Saleh S A Alsamnh ;Wan Abdul Fattah Wan Ismail ;Abidah Abdul GhafarNur Aina AbdulahThe subject of criminal evidence is an important topic that combines traditional means of proof with modern means of proof, Criminal evidence by modern means represents the practical aspect of a system that is compatible with the current reality and the rapid and significant technological and civilizational development the world is witnessing, This is in line with the development of the criminal method that began to mislead various societies at the beginning of the contemporary technological era, especially crimes that require advanced means to commit them, The perpetrators are difficult to detect easily, if traditional means of proof are relied upon, which are less effective than the means of committing such crimes. The aim of this study is to clarify the nature of modern means and their role in criminal evidence, and to show the extent of their ability to detect crimes that are difficult to detect by traditional means, but the problem of this study is the extent to which the legitimacy of modern means of proof can be recognized, especially in cases where their use by the competent authorities violates the privacy of individuals and their rights protected by solid legislative texts. The importance of this study is highlighted in that it deals in detail with the latest and most advanced scientific methods used in criminal evidence cases, by indicating these means and presenting the extent to which they can be relied upon in criminal evidence, as well as indicating their legal importance in order to rely on the results of their use in this field. Therefore, the researcher relied in this study on the descriptive, analytical and inductive approach to the research problem, objectives and importance, and after collecting the data, it will be analyzed to produce a comprehensive and innovative research paper.