Browsing by Author "Ahmad Kamel Mohamed"
Now showing 1 - 20 of 28
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Rahsia Sumpah Allah SWT Dengan Masa Dalam Surah Ad-Dhuha(Penerbit USIM, 2023) ;Abdulloh Salaeh ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Amran Abdul Halim ;Ahmad Kamel Mohamed ;Mohd Zohdi Mohd Amin ;Nidzamuddin Zakaria ;Norhasnira IbrahimKauthar Binti Abd KadirQuran adalah kalam Allah yang menjadi pedoman dalam hidup ini. Salah satu gaya bahasa yang ditunjukkan oleh Allah SWT dalam menyampaikan risalah suci-Nya dalam Quran adalah surah yang panjang dan ada surah yang pendek. Sesetengah surah pula dimulakan dengan menggunakan qasam atau sumpah. Adakala Allah bersumpah dengan zat-Nya, bersumpah dengan rasul-Nya dan sumpah dengan makhluk-Nya. Mengapa Allah SWT bersumpah serta apakah rahsia dan manfaat sumpah yang terkandung dalam Quran? Objektif kertas kerja ini ialah untuk mengkaji tentang sumpah Allah SWT berkaitan garis masa dalam Quran khususnya Surah Ad-Dhuha. Kajian kepentingan masa serta rahsianya yang tersirat dalam surah ini. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang yang menganalisis segala maklumat yang diperolehi daripada kitab tafsir muktabar seperti tafsir al-Tabari, Ibnu Kathir, al-Qurtubi dan lain-lain. Hasil kajian ini mendapati bahawa Allah SWT bersumpah dengan masa yang tertentu dengan tujuan yang tertentu. Seterusnya, akan dikaitkan dengan isu-isu semasa yang berkaitan memandangkan kebanyakan masyarakat awam hidup dalam nikmat yang diabaikan iaitu nikmat waktu dhuha. Ini kerana kesan dan pengaruh media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp, Youtube dan sebagainya. Kesibukan dengan perkara tersebut menyebabkan generasi masa kini menjadi kurang berminat kepada agama dan membawa kepada kedaifan iman seseorang. Justeru, masyarakat awam perlu mempelajari dan memahami Quran dengan sebenar-benarnya agar dapat meningkatkan tahap keimanan dan mencapai redha Allah SWT. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hisbah dan Kepentingannya Dalam Runding Cara Perkahwinan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Nurul Hanis Sufia Othman ;Noornajihan JaafarAhmad Kamel MohamedHisbah merupakan sebuah konsep yang menekankan tentang amar ma’ruf nahi munkar dan menjadikan ia penting dalam kehidupan muslim yang mengharapkan syurga sebagai ganjaran mentaati Allah SWT. Pada masa kini, peningkatan kes perceraian dan cara untuk mengurangkannya melalui runding cara perkahwinan merupakan isu yang hangat diperkatakan dan merupakan pernyataan masalah kepada kajian ini. Justeru, objektif kajian ini dilakukan ialah untuk menggali isu-isu berkaitan perceraian, meneliti definisi dan konsep hisbah, dan membincangkan kepentingan melaksanakan hisbah dalam runding cara perkahwinan. Metod kajian ini menggunakan kaedah deskriptif dan analisis kandungan. Kajian ini mendapati bahawa konsep hisbah yang dibawa oleh Imam al-Ghazali sangat praktikal untuk diaplikasikan dalam runding cara perkahwinan. Melalui kajian ini diharapkan konsep hisbah menjadi keutamaan dalam sesi runding cara perkahwinan kerana konsep ini sangat baik bagi menghasilkan muslim yang sentiasa berwaspada dalam setiap tindakan yang dilakukan. Kajian ini juga dapat memberikan impak dalam meningkatkan lagi kualiti runding cara dalam kalangan pegawai yang dilantik agar statistik perceraian dapat dikurangkan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Human Characteristics In Religious Scripture: An Analytical Study On Sensory Hearing And Seeing(IAEME Publication, 2019) ;Abdoul Karim Toure ;Robiatul Adawiyah Mohd @ Amat ;Ahmad Kamel Mohamed ;Abd Muhaimin Bin Ahmad ;Mesbahul HoqueAdnan Bin Mohamed YusoffHuman beings with power of senses (Ḥawās) for the purpose of feeling through seeing, touching, smelling, hearing and tasting with the aids of major organs of man, ranging from eye, hand, nose, ear and tongue or mouth. It is with this power of sense that human beings are raised in status and position above all other animals.. However, Qur’ān addresses its significance in relation to human beings and building of their characters. Sūratul-Baqarah is one of the chapters of the Qur’ān that discusses that. Out of these senses; hearings and sights or visual and audio are very significant that are worthy of study in this paper. It suggests that, apart from old age that can cause damage to the brain, wrong characters to include rebellion to instructions of Allah usually lead to its dysfunction. According to the SūratulBaqarah, the combination of the two sensitive organs of hearing and seeing helps greatly in grasp knowledge and characters building. Conclusively, Sūratul-Baqarah plays substantive role in building human characters. Characters like sincerity, uprightness, trust, righteousness etc. Key words: Character-building, Sūrah al-Baqarah, Senses, Hearing, Sight. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Islamic Traditions On Elderly Care(HUMAN RESOURCE MANAGEMENT ACADEMIC RESEARCH SOCIETY, 2024) ;Amran Abdul Halim ;Norazmi Anas ;Ahmad Kamel Mohamed ;Walid Mohd Said ;Muhammad Amin Abdullah SabriAhmad Shafiq Danial Ahmad NazriIn the Muslim family, it is the responsibility of the children to make sure that the parents or elders are highly regarded and that their privileges are fully cared. The Quran and the Hadith have provided guidelines and instructions on how parents and the elderly should be treated. The responsibility of the children especially the adult ones for taking care of the well-being of their parents is emphasized by Allah SWT repeatedly in the Quran. From an Islamic perspective, taking care of the elderly is the responsibility that the children must fulfil. Therefore, it is incumbent upon adults to provide care for the elderly for the duration of their lives. Hence, this study aims to discusses the Islamic traditions on elderly care and also elder abuse and neglect. Through teachings found in the Quran and Hadith, Muslims are encouraged to treat their elderly with respect, compassion, and kindness, reflecting the values of filial piety and societal cohesion. Islamic teachings stress the provision of physical, emotional, and spiritual support for the elderly, promoting a sense of dignity and fulfillment in their later years. By upholding these traditions, individuals and communities can foster environments that prioritize the well-being and inclusion of older generations, enriching society. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Penulisan Tafsir Di Malaysia: Kajian Terhadap Tafsir Pedoman Muttaqin(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Amran Abdul Halim ;Tengku Fathul Aziz Tengku Abd Mutalib ;Walid Mohd Said ;Nidzamuddin Zakaria ;Amiruddin Mohd Sobali ;Abdulloh Salaeh ;Mohd Fauzi Mohd Amin ;Ahmad Kamel Mohamed ;Syed Najihuddin Syed HassanMahsor YahyaPengajian al-Quran dan tafsir di Malaysia sudah bermula sejak lama dahulu, sama ada secara formal atau tidak formal. Pengajian ini bermula di rumah-rumah tok guru, surau, madrasah, masjid dan sebagainya. Pengajian ini juga lebih tersusun dan secara rasmi apabila sistem pengajian pondok diadakan di Malaysia dan dipelajari pula di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Justeru, satu usaha yang jitu perlu dilakukan bagi memelihara khazanah-khazanah ilmu ulama-ulama terdahulu dan diteliti kandungannya melalui kajian-kajian komprehensif terhadap hasil-hasil penulisan tersebut dan mengetengahkan keistimewaan isi kandungannya serta diperbaiki mutu bahasanya agar ia terus dimanfaatkan generasi kini dan akan datang bukan sekadar dijadikan koleksi simpanan sahaja. Melalui penulisan artikel ini, penulis cuba meneliti salah satu kitab tafsir di Malaysia iaitu Tafsir Pedoman Muttaqin yang ditulis oleh Dr Abdul Hayei Abdul Sukor dengan cara memerhatikan kaedah-kaedah penulisan beliau dalam kitab tafsirnya. Penulisan artikel kali ini berobjektifkan kepada sejarah penulisan tafsir atau latar belakang penulisan tafsir di Malaysia dengan lebih terperinci dan kaedah yang digunakan di dalam penulisan tafsir Melayu klasik yang biasa dibacakan di masjid dan surau tempat penulis tinggal. Diharapkan hasil dari penulisan ini dapat menonjolkan satu model atau contoh tafsir yang sesuai dengan kondisi masa kini khususnya masyarakat di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian keberkesanan IQRA' sebagai kaedah pembelajaran membaca al-Quran di Semenanjung Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2001) ;Mohd Alwi Yusoff ;Adel M. AbdulAzizAhmad Kamel MohamedKajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah Iqra' sebagai kaedah pembelajaran membaca al-Qura.n di sekolah-sekolah di Malaysia. Kajian ini dilakukan ke atas 27 buah sekolah di beberapa buah negeri di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan 6 buah sekolah agama swasta.Walaupun kaedah ini telah be jalan selama Iebih 10 tahun di Malaysia dan sebahagian negara Asia Timur akan tetapi sehingga sekarang belum ada lagi kajian tentang keberkesanan kaedah ini terutama pelaksanaannya di sekolah-sekolah kebangsaan di Malaysia.Sepanjang pengarnatan melalui kajian lapangan yang dilakukan di sekolah-sekolah yang dilawati dan melalui temuramah-temuramah dan soal selidik yang diadakan dengan pihakpihak yang terbabit seperti penyelia, guru , pakar dan murid, telah menghasilkan beberapa keputusan. Kaedah ini pada umurnnya memberi kesan baik terhadap pencapaian pengajaran al-Quran di sekolah-sekolah kebangsaan. Ia tidak ada kecacatan yang memberi kesan buruk terhadap pembacaan murid akan tetapi terdapat beberapa perkara yang mana sekiranya dapat diatasi, nescaya akan lebih meningkatkan lagi kebaikannya dari 85 % ke 95%. Kaedah ini dikhususkan pembelajarannya pada bilangan murid di antara 10-1 5 orang murid sahaja atau paling maksimun 20 orang murid tetapi yang berlaku di sekolah-sekolah didapati murid melebihi bilangan yang sepatutnya sehingga 25-40 murid. Masalah ini diatasi dengan membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan yang dipimpin oleh seorang murid yang pandai di bawah pengawasan guru. Buku asal kaedah Iqra' adalah satu jilid yang dicetak di Indonesia yang digunakan juga di beberapa buah sekolah di Malaysia, tidak menggunakan Rasm Uthmani. Masalah ini diatasi dengan cetakan baru di Malaysia yang sepenuhnya menggunakan Rasm Uthman. Secara umumflya kaedah ini memang berkesan dan dapat mencapai objektif yang ditetapkan sekiranya mengikut arahan dan sukatan sebagaimana yang dikehendaki oleh kaedah ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Metodologi Penulisan Tafsir Nur Ihsan(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08) ;Amran Abdul Halim ;Muhammad Abrar Mohamed Razelan ;Abdulloh Salaeh ;Ahmad Kamel MohamedSyed Najihuddin Syed HassanSelain daripada kitab-kitab tafsir yang muktabar seperti tafsir al-Tabari, Ibn Kathir, Tafsir fi Zilal al-Quran dan lain-lain, terdapat juga tafsir yang ditulis oleh para sarjana dan ilmuan di Malaysia, antaranya ialah Tafsir Nur Ihsan. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti metodologi penulisan kitab tersebut yang ditulis oleh Haji Muhammad Said Umar dengan cara meneliti bentuk atau kaedah penulisannya. Hasilnya ialah penulis mendapati bahawa penulisan kitab ini adalah dengan cara tafsir al-quran secara ijmali iaitu dengan ringkas dan menggunakan bahasa yang mudah di fahami. Metod ini mentafsirkan ayat satu persatu mengikut kronologi ayat setiap surah. Penulis juga mendapati bahawa kaedah penulisan kitab ini adalah mirip kepada penulisan kitab tafsir jalalain. Seterusnya kitab ini ditulis dengan menggunakan tulisan jawi lama. Seperti kitab-kitab yang menggunakan tulisan jawi lama, kebanyakannya tidak meletakkan tanda baca seperti koma dan titik dalam penulisan mereka. Walau bagaimana pun, pengarang meletakkan pemisah di antara dua surah dengan meletakkan nama surah dan bilangan ayat bagi setiap surah. Selain daripada itu, pengarang juga ada meletakkan tajuk umum bagi sesetengah ayat bagi memudahkan pembaca untuk mengetahui perbincangan yang berkaitan dengan ayat yang akan di baca seperti hukum faraid. Hasil kajian juga mendapati beberapa kitab tafsir yang ditulis secara lengkap 30 juzuk dan terdapat sebilangan kitab tafsir ditulis mengikut surah. Selain itu metode yang digunakan oleh kebanyakan pentafsir-pentafsir adalah menggabungkan tafsiran dari kitab-kitab tafsir bahasa Arab yang muktabar. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keperluan Amalan Mu’aqabah Dalam Rumah Tangga(UPSI PRESS, 2023) ;Nurul Hanis Sufia Othman ;Noonajihan JaafarAhmad Kamel MohamedKeharmonian dalam berumah tangga merupakan salah satu aspek penting dalam membentuk keperibadian seseorang. Pasangan yang ideal dan sempurna adalah impian setiap individu. Walau bagaimanapun, asam garam dalam hubungan suami isteri tidak lain dan tidak bukan menjadi satu lumrah yang perlu dihadapi. Setiap tingkah laku dan bahasa pertuturan ialah elemen yang sangat penting untuk dititikberatkan kerana disitulah bermulanya pembinaan hubungan yang baik. Perkara ini bukan sahaja mustahak bagi mengekalkan kemanisan hubungan suami isteri, bahkan ianya menjadi contoh tauladan untuk anak-anak yang saban hari berlegar-legar dalam rumah yang sama dan memerhatikan setiap situasi yang berlaku antara ibu bapa mereka. Justeru, bagi memastikan kelestarian dan atmosfera yang mendamaikan untuk seisi rumah, langkah yang betul perlu diamalkan sehingga setiap permasalahan dan kesilapan menjadi asbab kepada pembentukan akhlak yang murni serta dapat menyelesaikan pergolakan yang melanda. Melalui konsep hisbahyang dibawa oleh al-Ghazali, kajian ini menjadi satu elemen yang kurang diangkat sebagai amalan yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan berumah tangga, iaitu konsep mu’aqabah. Kajian ini menggunakan dua pendekatan dalam pengumpulan data iaitu dokumen analisis dan temubual. Dua buah kitab yang dipilih sebagai sumber data ialah Siyar ‘Alam an-Nubala’dan Faslu al-Khattab fi az-Zuhdi wa ar-Raqaiq wa al-Adab. Kajian lapangan turut dilakukan dengan menemu bual enam orang pegawai runding cara di enam buah pejabat agama negeri Kelantan. Kajian ini dibuat bagi menganalisis pengetahuan mereka tentang konsep mu’aqabahdan dijadikan bahan kaunseling dalam sesi runding cara kerana pegawai-pegawai runding cara perkahwinan mempunyai pengalaman yang luas dalam memberikan khidmat kaunseling kepada suami isteri yang menghadapi masalah dalam perkahwinan mereka. Hasil kajian mendapati bahawa pegawai-pegawai rundingcara bersetuju, sekiranya konsep ini diterapkan dalam kehidupan berumah tangga dan konsep ini ternyata diguna pakai secara tidak langsung oleh pegawai runding cara dalam sesi khidmat nasihat yang diadakan di pejabat agama daerah masing-masing. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kesan Covid-19 Terhadap Kebolehpasaran Graduan IPT: Pelan Tindakan Kepada Pelajar Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, USIM(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Ahmad Kamel Mohamed ;Abdulloh Salaeh ;Amran Abdul HalimSyed Ahmad Tarmizi Syed OmarCOVID-19 yang melanda dunia pada awal tahun 2020 telah memberi kesan yang besar terhadap kehidupan sosial dan ekonomi di seluruh dunia. Banyak aktiviti sosialekonomi terganggu secara global seperti penangguhan dan pembatalan aktiviti kebudayaan, keagamaan, pelancongan, sukan dan lain-lain acara yang melibatkan terencatnya rantaian ekonomi membawa kepada berlakunya penutupan syarikat dan penggantungan aktiviti kerja disebabkan pandemik ini yang mana ianya menyebabkan kadar pengangguran meningkat dengan drastik dan peluang pekerjaan juga semakin sempit. Kertas kerja ini membincangkan tentang isu kesan COVID-19 terhadap kebolehpasaran graduan IPT khususnya graduan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Objektif utama kajian adalah untuk mengenalpasti pelan tindakan yang perlu dilakukan oleh pihak Fakulti dan Universiti dalam usaha membantu graduan memperolehi pekerjaan terutamanya di era pandemik COVID-19 yang belum pasti bila ianya akan berakhir. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan membuat penilaian kepada program yang dianjurkan sebelum ini oleh pihak Universiti yang berjaya meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan untuk tahun 2019 dan melihat program-program lain di luar sana yang berpotensi untuk memberi nilai tambah kepada graduan Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah. Kertas kerja ini mengemukakan pelan tindakan yang perlu dilakukan pihak fakulti dan universiti dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Khasiat Dan Keistimewaan Herba Mashyur dalam Perubatan Alam Tradisional Melayu: Kajian Menurut Perspektif Al-Quran dan As-Sunnah(Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, 2022) ;Amran Abdul Halim ;Abdul Halim Bin Remly ;Amiruddin bin Mohd. Sobali ;Walid bin Mohd Said ;Abdulloh Salaeh ;Helimy Aris ;Nidzamuddin bin Zakaria ;Mohd Fauzi Mohd Amin ;Ahmad Kamel Mohamed ;Syed Najihuddin Syed HassanMahsor bin YahyaPenyelidikan ini merupakan satu kajian yang khusus mengenai herba yang disebutkan dalam hadis serta analisa terhadap herba yang digunakan untuk merawat pelbagai penyakit dalam perubatan tradisional melayu. Herba adalah tumbuhan di mana daun, bunga atau biji digunakan untuk perasa makanan, ubat-ubatan atau menggunakan baunya yang menyenangkan untuk sesuatu produk.Kajian ini menfokuskan kaedah kajian kualitatif dengan penelitian terhadap hadis-hadis berkaitan dengan herba-herba yang direkodkan dalam hadis yang bertujuan untuk mengenal pasti khasiat dan keistimewaannya menurut perubatan tradisinal alam Melayu. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Method Pengajaran Tafsir: Kitab Hidayatul Mutaa’lim Bagi Syeikh Haji Ahmad Bin Haji Yusof Al-Fatoni(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10) ;Abdulloh Salaeh ;Mohd Zohdi Mohd Amin ;Amran Abdul Halim ;Ahmad Kamel Mohamed ;Nidzamuddin Zakaria ;Mohd Fauzi Mohd Amin ;Syed Najihuddin Syed HassanKabiru GojePentafsiran Al-Quran telah dilakukan oleh ulama-ulama terdahulu di Nusantara sehingga mereka menterjemahkan bahasa Arab ke bahasa Melayu, khusunya di Pattani mereka juga mengajar tafsir kepada masyarakat setempat sehingga berkembang pada hari ini. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji biografi tokoh dan membincangkan tentang methodologi pentafsiran dalam kitab Hidayatul Mutaa’lim. Method yang digunakan adalah analisis dokumen dan temu bual. Hasil kajian ini, mendapati bahawa kitab ini mengandungi ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan kelebihan ilmu belajar dan mengajar, dan kisah-kisah yang berkaitan dengannya. Kajian ini juga mendapati pengarang merujuk kepada tafsir dalam menjelaskan ayat yang hendak ditafsir dan ayat-ayat lain dalam al-Quran yang mempunyai topik yang sama. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Metod Pengajian Braillle Al-Quran(Universiti Sains Islam Malaysia, 2008) ;Ahmad Kamel Mohamed ;Muhammad Mustaqim Mohd Zarif ;Khairul Anuar MohamadMohd Alwi YusoffThis study focuses on identifying and analyzing various issues and aspects relating to the principles and methods of Quranic Braille and its implementation in Malaysia. It aims to develop a suitable curriculum of study, which can be used in teaching and learning a new course offered by the Faculty of Quranic and Sunnah Studies entitled "Aplikasi Braille dalam Pengajian Quran dan Sunnah" starting from semester 11, 2007/2008 academic session. Apart from library research, this study adopts various field study methods such as interviews, observation, and opinion survey through the use of survey questionnaires as its main instruments for data collection. This is due to the difficulty in obtaining written materials on Quranic Braille, and most of the information is gathered directly from the experts who are involved with it for a long period of time. The findings indicate that in order for a comprehensive treatment of the subject matter, the proposed study curriculum must reflect all the available methods of Quranic Braille transcription in Malaysia in terms of their usage, strengths, limitations, and so forth. At the same time, contemporary study of Quranic Braille must also benefit from the latest technology, especially through the use of a certain apparatus and computer softwares which are available in the market. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Metode Ibn Adil Al-Hanbali (W 880h) Dalam Penghujahan Hadith Di Dalam Kitabnya Al-Lubab Fi Ulum Al-Kitab: Kajian Terhadap Surah Al-Fatihah(USIM Press, 2018) ;Ahmad Kamel Mohamed ;Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd YusoffAdel Abdul Aziz al-GhiryaniKajian ini meneliti metod Ibnu Adel al-Hanbali dalam penghujahan Hadithdi dalam kitab tafsirnya al-Lubab Fi Ulum al-Kitab. Penulis akan menerangkan secara jelas metode yang digunakan oleh Ibnu Adeldan menelusuri aspek penggunaan hadithsebagai sumber rujukan dan pendalilan dalam penghujahan pentafsiran al-Quran di dalam kitab beliau.Kajian ini juga cuba menghubungkan metode yang digunakan oleh Ibnu Adel dengan keperluan pentafsir masakini di dalam penulisan mereka. Pemilihan kitab al-Lubab ini dalam kajian ini pula ialah kerana kitab ini adalah sebuah kitab tafsir yang besar yang mengandungi sebanyak 20 jilid. Ianya menunjukkan bahawa pengarangnya adalah seorang yang alim di zamannya akan tetapi ianya kurang dikenali di rantau ini. Skop kajian ini memfokuskan kepada surah al-Fatihahuntuk melihat sejauh mana penghujahan Ibnu Adel bersumberkan hadith. Kesimpulannya, kajian mendapati bahawa Ibnu Adel mementingkan penggunaan hadithsebagai hujah dan sumber dalam mengarang kitab tafsirnya ‘al-LubabFi Ulum al-Kitab’ akan tetapi beliau tidak konsisten dalam menyandarkan hadithkepada perawi yang terdekat atau dikenali sebagai rawi a’ladi kalangan sahabat. Beliau tidak menyandarkan hadith-hadithtersebut dengan sanad yang sempurna sebagaimana yang dilakukan olehulamak-ulamak hadithserta tidak menyatakan status hadithsamada saheh, dhaif ataupun mungkar. Beliau juga mengambil pendapat-pendapat ulamak dari kitab-kitab yang beliau rujuk tanpa ada penjelasan lanjut. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Metode Penulisan Makhraj dan Sifat Huruf Dalam Kitab Mawrid al-Zam’an(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17) ;Khairul Anuar MohamadAhmad Kamel MohamedPada hari ini banyak buku Tajwid yang berada di pasaran. Permintaan terhadap buku Tajwid adalah amat tinggi kerana ia menjadi modul kepada kelas-kelas al-Quran yang banyak dibuka di setiap kampung dan masjid. Sorotan sejarah mendapati kitab tajwid berbahasa melayu sudah lama dihasilkan oleh ulamak melayu dan antara yang sempurna penulisan dan masih diberi keutamaan ialah kitab Mawrid Zam’an. Kitab mawrid Zam’an dikarang oleh Syeikh Abdullah Muhammad Qasim Senggora diterbitkan 1315 Hijrah adalah antara kitab Tajwid yang terawal. Penulisan kitab ini meliputi kebanyakan bab ilmu tajwid. Manuskrip kitab ini dicetak oleh syarikat Khazanah Fataniah pada tahun 2004. Walaupun usia kitab ini melebihi seratus tahun tetapi sebahagian guru al-Quran masih menggunakanya dalam pengajaran Ilmu Tajwid. Kajian ini bertujuan mengenalpasti metode penulisan yang dibuat oleh Syeikh Senggora khususnya dalam bab makhraj huruf dan sifat huruf. Selain itu ia juga melihat kepada rujukan dan kaedah memberi takrif kepada istilah ilmu Tajwid. Walaupun ramai yang tidak dapat membaca kitab ini kerana kekurangan naskhah dan bahasa yang digunakan adalah laras bahasa melayu lama tepai kajian ini mendapati kitab Mawrid al-Zam’an adalah kitab yang mempunyai kekuatan dalam menyatakan takrif istilah dalam ilmu tajwid dan menjadi rujukan dalam pengajaran oleh sebahgian guru yang mahir dengan laras bahasa kitab melayu lama. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Metode Penulisan Makhraj dan Sifat Huruf dalam Mawrid Zl-Zhom’an Karya Syeikh Abdullah Senggora(Academik Inspired Network, 2022) ;Khairul Anuar MohamadAhmad Kamel MohamedSorotan sejarah mendapati kitab tajwid berbahasa melayu sudah lama dihasilkan oleh ulamak melayu. Di antara yang sempurna penulisan dan masih diberi keutamaan ialah kitab Mawrid Zhom’an. Kitab Mawrid Zhom’an yang dikarang oleh Syeikh Abdullah Muhammad Qasim Senggora telah diterbitkan pada tahun 1315 Hijrah. Ia adalah antara kitab Tajwid yang terawal. Kandungan kitab ini meliputi kebanyakan bab ilmu Tajwid. Manuskrip kitab ini dicetak oleh syarikat Khazanah Fataniah pada tahun 2004. Walaupun usia kitab ini melebihi seratus tahun tetapi sebahagian guru al-Quran masih menggunakanya dalam pengajaran Ilmu Tajwid. Kajian ini bertujuan mengenalpasti metode penulisan yang dibuat oleh Syeikh Abdullah Senggora khususnya dalam bab makhraj huruf dan sifat huruf. Selain itu ia juga melihat kepada rujukan dan kaedah memberi takrif kepada istilah ilmu Tajwid. Walaupun ramai yang tidak dapat membaca kitab ini kerana kekurangan naskhah dan bahasa yang digunakan adalah laras bahasa melayu lama tetapi kajian ini mendapati kitab Mawrid al-Zhom’an adalah kitab yang mempunyai kekuatan dalam menyatakan takrif istilah dalam ilmu Tajwid dan menjadi rujukan dalam pengajaran oleh sebahgian guru yang mahir dengan laras bahasa kitab melayu lama - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Neraca Kefahaman Umat Islam Terhadap Hadith Rasulullah Saw Dan Penjelasannya(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09) ;Amran Abdul Halim ;Amiruddin Mohd Sobali ;Abdulloh Salaeh ;Ahmad Kamel Mohamed ;Nidzamuddin Zakaria ;Walid Mohd Said ;Syed Najihuddin Syed HassanMohammad Fahmi Abdul HamidKedudukan hadith sebagai sumber kedua syariat Islam telah diakui oleh Al-Quran, hadith itu sendiri dan juga ulama-ulama Islam dari masa lalu hingga kini. Kepentingannya tidak dapat dinafikan tanpa hadis manusia yang tidak dapat mengenali, memahami dan mengamalkan ajaran Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Perkembangan ilmu sentiasa berterusan daripada semasa ke semasa dan tidak akan terhenti sehinggalah berlakunya hari kiamat. Manusia sentiasa memerlukan pengetahuan kerana dengan pengetahuan itu mereka akan menjadi lebih dekat satu sama lain dengan pencipta mereka. Oleh itu, penulisan kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti serta mengupas isu-isu salah faham hadith yang mengelirukan masyarakat di Malaysia. Penulis cuba meneliti dan menganalisis isu-isu tersebut melalui media sosial seperti artikel, laporan akhbar Malaysia dan lain-lain yang berkaitan isu-isu salah faham hadith di Malaysia. Antara sebab berlakunya kekeliruan dan salah faham masyarakat terhadap hadith ialah dengan berkembangnya teknologi, masyarakat mendapat dan mentafsir maklumat mengenai hadith tanpa merujuk ahli agama, menggunakan logik akal dalam penafsiran hadis, memahami hadis tanpa mengambil kira maqasid, salah faham terhadap pendekatan kontekstual dan lain-lain. Hasil dari penulisan ini diharap dapat membantu penyelidik khususnya serta umat Islam amnya dalam memahami hadith-hadith Rasulullah SAW dengan baik tanpa ada sebarang kekeliruan dan seterusnya masyarakat Islam tidak lagi terjebak dengan kekeliruan yang boleh memesongkan akidah mereka dan seterusnya dapat beramal dengan baik bertepatan dengan ajaran al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Kata Kunci: Sunnah, media massa, anti hadith, Islam Liberal. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pelajaran Sirah Rasul Di Sekolah Rendah Agama (SRA): Kajian Teroka Terhadap Sukatan Dan Keberkesanannya Di Daerah Sepang Selangor Darul Ehsan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2007) ;Nidzamuddin Zakaria ;Abdulaziz Adel MAhmad Kamel MohamedThis study focuses on the Sirah Rasul subject which is organised in Religious Primary Schools in Sepang, Selangor (SRA). This subject is aimed to support and strenghen the Islamic Education in the National Educational System of Malaysia. The main aspects of this study involve the curriculum, methods of teaching and learning and activities carried out by Education Department, Jabatan Agama Islam SeIangor (JAIS) and Sepang Islamic Religion District Office. The main concern of the research is to find out how far is the objective of these Sirah Rasul subjects have been achieved. Apart from that, it analyzes the Sirah Rasul curriculum and the effectiveness of that subject specifically in the research location. Thus, method of documentation, interviews, observation and questionnaires are used to gather the relevant data for this study. When all the data is analysed, this research finds out that the Sirah Rasul subject has given many positive effects to most of the SRA students in Sepang, Selangor in the understanding of the Sirah Rasul and the practising the Sunnah Rasul in the daily life. The findings of the study also show that the curriculum of the Sirah Rasul subject are not free from weaknesses and errors involving the textbooks of year three to year six a part of the lack of teaching aids and sources of references for the teachers involved. However, this recearch proves the Sirah Rasul subject should be continued for Sepang SRAs students and also in Selangor generally. It is suggested that the curriculum should be improved eventually in order to ensure the noble objective will be achieved in the future. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembelajaran Braille Berasaskan Web bagi Pelajar Celik Penglihatan(USIM Press, 2023) ;Nur Syazwani Binti Abd Aziz ;Norakyairee Mohd RausAhmad Kamel MohamedEducation and electronic technology known as e-learning, m-learning or mobile learning is a combination of web-based learning elements. Technology is now making web-based learning and teaching processes more widespread among educators and students. This is in line with the Industrial Revolution 4.0 which involves the Internet of Things (IoT) almost every aspect of daily life leads to the use of information technology (IT). No exception, Braille learning among sighted students also needs to be emphasized in this revolution. This study aims to identify the Braille learning website in Malaysia, to examine the design of the development of the Braille learning website in Malaysia and to explore the use and function of the website. This qualitative study uses a document analysis approach. The findings show that there are two websites developed for learning Braille in Malaysia, namely eKodBrailleBM and eBrailleHjjaiyyah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pemikiran Tafsir Tuan Guru Haji Ismail Bin Umar dalam Kitab Mawaqif Al-marjan(Academic Inspired Network, 2022) ;Abdulloh Salaeh ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Zamrie Ibrahim @ Musa ;Ahmad Kamel Mohamed ;Idi Bin HamdiAhmad Kamel MohamedKitab Melayu Islam di pattani adalah warisan ilmu dalam bidang keagamaan yang dihasilkan oleh seorang tokoh Melayu yang menjadi lambang kesarjanaan mereka. Ia mencerminkan falsafah dan jati diri bangsa Melayu dan nilai keagamaan yang menjadi tunjang dalam kehidupan mereka. Antara kitab yang baru didedahkan penemuannya kepada masyarakat umum ialah Mawaqif Al-Marjan yang merupakan sebuah karya tafsir dihasilkan oleh Tuan Guru Haji Ismail Bin Umar. kitab tafsir ini sangat signifikan dalam konteks kajian tafsir dan huraian tentang ayat-ayat mutasyabihat dan ayat muhakamat. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya memperkenalkan Mawaqif Al-Marjan kerana pendekatan tafsir ayat-ayat mutasyabihat yang akan menerangkan kepada masyarakat dengan ringkas berbanding dengan tafsir tafsir lain seperti tafsir nurul ihsan yang mengandungi tafsir ijmali yang lebih hampir kepada konsep terjemah tafsiriyyah, kisah-kisah dan lain-lain. Gaya pentafsiran ini adalah secara analitik mewajarkan kajian terhadap pendekatan tafsir yang diaplikasi oleh Tuan Guru Haji Ismail Bin Umar dan beberapa aspek pemikiran tafsirnya. Kaedah analisis kandungan terhadap kitab Mawaqif Al-Marjan bagi mendapatkan data, kemudian dianalisis secara perpustakaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan tafsir yang ditulis oleh Tuan Guru Haji Ismail menepati pendekatan tafsir yang diaplikasikan oleh para ulama iaitu berdasarkan tafsir mengikut padangan Salaf Dan Khalaf. Namun, kajian ini mendapati pendekatan tafsir mengikut padangan Salaf Dan Khalaf adalah lebih jelas dalam kitab ini. Aspek pemikiran yang diketengahkan oleh Tuan Guru Haji dalam pentafsiran alQuran pula bersifat releven dengan masyarakat setempat khususnya ketika mentafsirkan ayatayat berkaitan dengan ayat sifat-sifat mutasyabihat Allah dengan makluk dan lain-lain. kajian mendapati bahawa kitab Mawaqif Al-Marjan adalah tafsir sahih yang diangkat sebagai karya dan rujukan yang mengandungi nilai dan menjadi sumber penting dalam ilmu Islam . - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Laman Web Dalam Pembelajaran Braille Bagi Pelajar Celik Penglihatan(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08) ;Nur Syazwani Abd Aziz ;Norakyairee Mohd RausAhmad Kamel MohamedKaedah pembelajaran berasaskan laman web adalah kombinasi antara elemen Pendidikan dan teknologi elektronik yang dikenali sebagai e-pembelajaran, m-pembelajaran atau mobile learning. Penggunaan laman web dalam proses pembelajaran dan pengajaran kini semakin meluas dan mendapat sambutan dalam kalangan pendidik mahupun pelajar. Ini selaras dengan Revolusi Industri 4.0 yang melibatkan Internet of Things (IoT) hampir setiap aspek kehidupan seharian menjurus kepada penggunaan teknologi maklumat (IT). Revolusi ini turut melibatkan bidang pembelajaran Braille dalam kalangan pelajar celik penglihatan. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti laman web pembelajaran Braille di Malaysia. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti reka bentuk pembangunan laman web pembelajaran Braille di Malaysia. Seterusnya, untuk mengenal pasti penggunaan dan fungsi laman web tersebut. Analisis dokumen digunakan dalam kajian ini untuk mengumpul data. Hasil kajian mendapati terdapat dua lam web pembelajaran Braille di Malaysia antaranya ialah eKodBrailleBM dan eBrailleHjjaiyyah.