Browsing by Author "Mohd Mahyeddin Mohd Salleh"
Now showing 1 - 20 of 31
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Amalan Terbaik Pelaksanaan Sertu dalam Industri Halal di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021) ;Sumaiyah Abdul Aziz ;Mohd Mahyeddin Mohd Salleh ;Mustafa ‘Afifi Abdul HalimHasdhatul Nor Aliah Md SaidPelaksanaan sertu menjadi semakin penting bagi industri sederhana dan besar di Malaysia yang ingin mendapatkan pensijilan halal. Walaupun sertu bukanlah sesuatu yang wajib dilakukan, syarikat perlu mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) secara bertulis berkaitan sertu sebagai persediaan sekiranya berlaku ketidakakuran yang perlu kepada proses sertu (jika berkaitan) dan ini digariskan sebagai salah satu keperluan dalam Sistem Jaminan Halal (HAS), Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2019. Artikel ini bertujuan untuk melihat amalan terbaik pelaksanaan sertu dalam industri halal di Malaysia. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif, dengan menumpukan kepada kaedah pengumpulan data secara analisis dokumen, temubual bersemuka dan pemerhatian secara langsung. Terdapat lapan dapatan yang diketengahkan dalam kajian ini iaitu keperluan garis panduan khusus bagi setiap skim halal; prosedur dan pengurusan sertu; peluang kerjaya sebagai jurusertu yang bertauliah; keperluan kepada penganjuran kursus/latihan sertu; cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan proses sertu; fi pengurusan dan khidmat sertu; pangkalan data penyedia perkhidmatan sertu dan inovasi dalam menjalankan sertu. Kajian ini mencadangkan agar JAKIM dan JAIN/MAIN menambahbaik dan memantapkan garis panduan sertu yang sedia ada demi kebaikan industry halal di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Fatwa Air Sisa Kumbahan Dari Sumber Mutanajjis(Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-27) ;Mohd Mahyeddin Mohd Salleh ;Yasmin Hanani Mohd. SafianHussein ‘Azeemi Abdullah ThaidiKemajuan teknologi masakini memberi impak besar kepada kesejahteraan hidup manusia. Antaranya membabitkan teknologi rawatan air sisa kumbahan yang mampu memproses air kumbahan menjadi lebih bernilai untuk pelbagai kegunaan seperti untuk pertanian, rekreasi, air minuman dan sebagai sumber tenaga baharu. Meskipun memiliki pelbagai kegunaan, namun, timbul persoalan hukum mengenai status air terawat dari sisa kumbahan, adakah ia boleh dimanfaatkan, memandangkan ia berasal daripada sumber air mutanajjis dan air mustakmal. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis fatwa-fatwa berkaitan penggunaan air terawat dari sisa kumbahan, dalam aspek perubahan yang berlaku terhadapnya, daripada sifat asal air yang najis (mutanajjis) kepada mustakmal ataupun bersih (mutlak). Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif, menggunakan kaedah pengumpulan data secara analisis dokumen terhadap fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa air sisa kumbahan yang telah dirawat, menurut fatwa, dikategorikan sebagai air yang suci lagi menyucikan (air mutlak), kerana berlakunya proses untuk menghilangkan najis dan mengekalkan semula sifat asal air yang suci lagi menyucikan. Justeru, air tersebut boleh digunakan untuk siraman bahkan ia boleh digunakan untuk minuman, selagi mana tidak memudaratkan, kerana air tersebut telah kembali kepada sifat air yang asal. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Haiwan Halal Haram Dalam Kamus Al-Marbawi Karya Sheikh Mohd Idris Al-Marbawi(Penerbit USIM, 2022) ;Mohd Mahyeddin Mohd Salleh ;Mohd Anuar Mamat ;Mustafa ‘Afifi Ab. Halimi ;Mohammad Najib JaffarSetiyawan GunardiSalah satu sumber rujukan untuk mengetahui mengetahui status halal haram haiwan adalah kamus Idris al-Marbawi yang ditulis oleh Sheikh Mohd Idris al-Marbawi. Kamus ini mengandungi klasifikasi haiwan halal dan haram secara bergambar mengikut kategori hidupan tersebut. Artikel ini bertujuan mengenalpasti istilah-istilah haiwan dan menganalisis kaedah pengkategorian haiwan halal haram yang terdapat dalam karya tersebut. Artikel ini menggunakan pendekatan kajian kualititaf menerusi kaedah kutipan data secara analisis dokumen terhadap istilah-istilah haiwan yang dinyatakan dalam kamus. Hasil kajian mendapati terdapat empat kategori haiwan dengan jumlah keseluruhan sebanyak 181 spesis haiwan yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Sheikh Mohd Idris al-Marbawi. Sehubungan itu, usaha perlu dilakukan untuk menyesuaikannya dengan istilah yang dapat difahami oleh masyarakat moden. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Isu-Isu Dalam Perlaksanaan Sertu Industri(Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-27) ;Mohd Mahyeddin Mohd Salleh ;Mustafa Afifi Abdul Halim ;Sumaiyah Abd AzizHasdhatul Nor Aliah Md SaidPerkembangan industri halal sama ada di peringkat domestik dan global telah secara tidak langsung memacu permintaan terhadap perkhidmatan sertu. Bagi memastikan supaya proses perlaksanaan sertu adalah seragam dan terpandu, maka JAKIM telah mengambil inisiatif memperkenalkan garispanduan sertu sebagai rujukan kepada industri. Namun demikian, jika dilihat kepada realiti amalan sertu oleh syarikat penyedia perkhidmatan sertu, masih ada kekurangan seperti isu ketidakpatuhan terhadap garispanduan yang telah ditetapkan. Artikel ini bertujuan menganalisis isu-isu yang timbul dalam perlaksanaan sertu industri di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, menerusi kaedah pengumpulan data secara analisi dokumen, pemerhatian dan temubual separa berstruktur ke atas lima entiti yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan sertu merangkumi syarikat operator sertu dan jabatan agama. Hasil kajian dirumuskan dalam tujuh kategori isu iaitu isu pematuhan garispanduan dan fatwa, kefahaman dan pengetahuan, peralatan moden sertu, bahan sertu, penambahan kosmetik agama, pengurusan garispanduan, dan kepercayaan industri terhadap kompetensi Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam perlaksanaan sertu. Kajian ini mencadangkan supaya aspek pemantauan sertu diperkemaskan di peringkat JAKIM dan JAIN bagi memastikan agar industri sertu berkembang maju serta mematuhi garispanduan yang telah ditetapkan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Penggunaan Tulang Haiwan Dalam Produk Penapis Air Dari Perspektif Halal: Kajian Di Hijrah Water Sdn. Bhd.(USIM Press, 2020-04-30) ;Mohd Mahyeddin Mohd Salleh ;Irwan Mohd Subri, ;Nurdeng Deuraseh, ;Suhaimi Ab. Rahman, ;Shuhaimi Mustafa Mustafa,Mohammad Aizat JamaludinTulang haiwan adalah antara bahan penting yang digunakan sebagai karbon aktif bagi menapis kotoran air, dan dijadikan bio seramik bagi membekalkan kalsium pada air. Kebanyakan tulang dalam industri diperolehi dari sumber yang haram atau diragui status halalnya. Justeru, objektif kajian ini menganalisis penggunaan tulang haiwan dalam produk penapis air menurut pandangan syarak. Metodologi kajian adalah berbentuk kualitatif berdasarkan pendekatan analisis dokumen dan temubual. Pengkaji memilih Syarikat Hijrah Water Sdn. Bhd. sebagai lokasi kajian atas kapasiti syarikat sebagai peneraju penapis air halal di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa produk penapis air daripada sumber tulang khinzir dan haiwan yang tidak disembelih adalah haram kerana kaedah istihalah didapati tidak berlaku secara sempurna, berdasarkan mazhab Shafi’i. Sebagai alternatif kepada tulang haiwan, bahan-bahan daripada sumber semulajadi seperti tempurung kelapa, buluh, cengkerang laut dan sisik ikan tilapia boleh digunakan sebagai media penapis air kerana ia dijamin halal. Kajian lanjutan boleh dilakukan ke atas syarikat-syarikat lain yang menggunakan bahan-bahan halal bagi menggantikan penggunaan tulang haiwan dalam penapis air. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Pengkategorian Spesis Haiwan Menerusi Kitab Kifāyah Al-muhtadī Karya Syeikh Muhammad Nur Al-faṭānī: Perspektif Halal Dan Zoologi(Universiti Kebangsaan Malaysia, 2024) ;Mohd Mahyeddin Mohd Salleh ;Mohd Anuar Mamat ;Mustafa ‘Afifi Ab. Halim ;Mohammad Najib JaffarNur Aida Md TamrinKarya Melayu klasik yang dikarang oleh para ilmuwan Islam terdahulu merupakan khazanah bernilai yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu seperti tauhid, ibadat, muamalat, jinayat dan munakahat. Kitab Kifayah al-Muhtadi yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Nur al-Fathani menjadi antara sumber rujukan para ilmuwan kontemporari dalam mengetahui hukum makanan, termasuklah status haiwan yang halal dan haram. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa istilah yang kurang jelas maksudnya disebabkan oleh penggunaan istilah klasik, serta sesetengahnya jarang didengari oleh masyarakat kini. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kaedah pengkategorian haiwan halal dan haram yang terdapat di dalam kitab Kifayah al-Muhtadi, menganalisis istilah-istilah haiwan yang terdapat dalam karya tersebut dan menterjemahkannya ke dalam istilah moden yang bertepatan dengan ilmu sains haiwan dan zoologi. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah dokumentasi dan dianalisis secara tekstual/kandungan terhadap setiap spesies haiwan yang telah dinyatakan dalam karya tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 66 spesies haiwan halal dan haram yang dinyatakan di dalam kitab tersebut, merangkumi empat kategori haiwan seperti: 1) binatang laut, 2) binatang darat 3) burung, dan 4) lain-lain kategori. Antara ruang penambah baikan yang perlu dilakukan adalah mencari definisi atau istilah yang lebih tepat bagi setiap spesis haiwan yang dinyatakan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Penyenaraian Haiwan Menerusi Kitab Matla’ al-Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani Menurut Perspektif Halal dan Zoologi(USIM Press, 2024) ;Mohd Mahyeddin Mohd Salleh ;Mohd Anuar Mamat ;Mustafa Afifi Ab Halim ;Mohammad Najib JaffarNurdeng DeurasehSalah satu sumber rujukan untuk mengetahui status halal haram haiwan adalah kitab Matla’ al-Badrain yang ditulis oleh Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani. Karya ini mengandungi pengelasan haiwan halal dan haram mengikut spesis hidupan yang biasa ditemui di tanah Melayu dan tanah Arab. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa nama haiwan yang kurang jelas maksudnya serta memerlukan kepada kajian terperinci. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti nama-nama haiwan, menganalisis kaedah pengelasan haiwan halal haram yang terdapat dalam karya Matla’ al-Badrain, dan menghubungkaitkan dengan penamaan zoologi yang bersesuaian. Metodologi kajian berbentuk kualititaf menerusi kaedah kutipan data secara analisis tekstual terhadap nama-nama spesis haiwan yang dinyatakan dalam karya tersebut. Hasil kajian mendapati terdapat tiga bentuk pengelasan haiwan di dalam Matla’ al-Badrain iaitu haiwan laut, hidupan darat dan haiwan kacukan antara haiwan yang halal dan haram dimakan. Jumlah keseluruhan jenis haiwan yang disebutkan adalah sebanyak 80 spesis. Terdapat tiga bentuk penerangan spesis haiwan yang digunakan iaitu; 1) nama haiwan jelas maksudnya dalam Bahasa Melayu, 2) nama haiwan dalam Bahasa Arab yang disertai penterjemahan, 3) nama haiwan dalam Bahasa Arab yang tiada penterjemahan. Sehubungan itu, usaha perlu dilakukan untuk menyesuaikannya dengan istilah yang dapat difahami oleh masyarakat moden. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analysis On The Islamic Ruling Of Taking Commission From The Donation Collection(USIM Press, 2021-07) ;Khadijah Amira Abdul Rashid ;Mohd Mahyeddin Mohd SallehMohd Soberi AwangThe practice of giving donation to those in need is a very common thing among society in Malaysia. As a result, there are various parties that act as a collector agent either as an individual or organization. However, there is confusion among the collector regarding on taking the commission other than there is no specific commission rate to be given to the collector of the donation. The purpose of this study is to analyze the Islamic ruling of taking commission from the donation collection according to Islamic perspective. In addition, it also aims to study whether the contract of ijarah, ji’alah and wakalah comply with the Islamic ruling of taking commission taken from the donation collection. The methodology of this study is qualitative with the approach of document analysis. The finding shows that the contract of ijarah, ji’alah and wakalah are comply with Islamic ruling of taking commission taken from the donation collection. However, it is necessary to set the commission of coin limit which can be taken by the collector to avoid the misuse or malpractice of the donation. Further research need to be done to identify the factors that influence the setting of commission of coin limit especially by non-governmental organizations (NGOs) in Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Antibacterial Activity Of Soil Water And Soap Water During Sertu Process(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Syaza Azhari ;Aina Abdul RahmanMohd Mahyeddin Mohd SallehIn this study, five samples of natural soils, two commercial soils and one commercial clay soil were evaluated pertaining to their antibacterial activity during sertu process. The antibacterial activity of all samples was obtained using total plate count method. Clay soil (S1) showed to be the best among those natural and commercial soils. S1 contain high in copper (Cu) ion compared to the other soil samples which helps in antibacterial activity as Cu ion has the ability to damage directly the bacterial proteins. Cu ion is well known due to its antibacterial strength since it can change the bacterial membranes permeability, forming highly damaging hydroxyls radicals and damage the bacterial cells through interference with DNA. Commercial clay soap (S8) showed the best antibacterial activity among the samples with no bacterial growth on Plate Count Agar (PCA) from beginning of washing. It is best to start sertu process with soil water followed by another 6 times of washing with air mutlak. Hence, the sertu process can be done either using soil or clay soap as long as the process follows the rules set by Islamic law. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penetapan Kadar Komisen Daripada Dana Awam Oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs): Ke Arah Pengurusan Patuh Syariah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Khadijah Amira Abdul Rashid ;Mohd Mahyeddin Mohd SallehMohd Soberi AwangSalah satu tujuan penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah untuk melaksanakan pelbagai misi bantuan kemanusiaan. Ini bermakna, mereka berusaha untuk membantu golongan yang memerlukan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Aktiviti kutipan derma merupakan salah satu kaedah yang sering dilakukan oleh NGO untuk mendapatkan dana demi membantu golongan tersebut. Pada masa yang sama, mereka juga dibenarkan untuk mengambil sedikit komisen daripada kutipan dana orang ramai untuk menampung kos pengurusan organisasi mereka. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penetapan kadar komisen daripada dana awam. Selain itu, bagi mencadangkan garispanduan patuh syariah terhadap pengurusan komisen dana awam oleh NGO. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen dan temubual separa berstruktur terhadap enam (6) buah pertubuhan NGO di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat empat faktor yang mempengaruhi penetapan kadar komisen bagi lima (5) NGO iaitu; i) mengikut kadar upah amil zakat, ii) keputusan daripada pihak atasan, iii) rujukan kepada mufti, institusi zakat dan NGO-NGO lain dan, iv) berdasarkan kepada kos projek dan kos pengurusan. Terdapat satu (1) NGO yang tidak mengambil mengambil sebarang komisen daripada dana awam. Selain itu, wujud keperluan bagi penubuhan garispanduan patuh syariah terhadap pengurusan komisen daripada dana awam, yang berperanan sebagai rujukan kepada NGO-NGO lain pada masa akan datang. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Fatwa Analysis on Bone China Products and Its Halal Solution(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Mohd Mahyeddin Mohd SallehIrwan Mohd SubriThis article discusses the use of animal bones in bone China products from halal and haram perspective. The main problem of the study due to the public confusion as a result of the difference views on halal and haram status of bone China products. The objectives of the study are to analyze the Shariah's view and current fatwa on the law of utilizing animal bones, thus proposing a halal legal solution to the issue studied. The qualitative research methodology was used in this study through two approaches which are document analysis and interview. The study found that the cattle bones were the raw ingredients used by most of the bone China's manufacturers. The analysis of fuqaha views found that only halal animal bones which has been slaughtered according to Shariah law were agreed to be halal (permissible), while pork bones was agreed to be haram (prohibited). However, there are disagreements among Islamic scholars for the bones of carcasses other than pigs. This arising from their difference interpretation on Shariah's arguments comprising the Qur'an, hadith, qiyas and maslahah. In the case of using animal bones in bone China products, the fatwa that permitted its use is found to be stronger, provided that it is not susceptible to pigs, based on the theory of transformation through burning (isti??lah bi al-i?r?q). However, among halal alternatives to bone China are clay and melamine-based products which are found to be stronger and cheaper than bone China. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Halal Awareness Among Orang Asli in Sungai Chiong Village, Banding Lake, Perak(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Khadijah Othman ;Mohammad Aizat Jamaludin ;Mohd Mahyeddin Mohd SallehMohd Anuar RamliIndustrial Master Plan (IMP) 2006-2020 aims to make Malaysia to become global hub for the production and trade in Halal goods and services. In order to reach this vision, all the information and output must be channeled throughout all segments of people including the underserved community such as the Orang Asli community. One of the methods for delivering the awareness was education program. Therefore, the Halal awareness program was conducted under the purview of the IIUM International Institute for Halal Research and Training (INHART) on May 2015 in Orang Asli settlement Sg. Chiong village in Temenggor Lake, Gerik Perak. The objective of this paper is to study the level of Halal awareness amongst the Orang Asli community in Sg. Chiong village, Perak and to evaluate the issues and challenges in enhancing the Halal awareness and education in this area. This study uses a qualitative approach for the analysis, on-site observation and also semi-structured interview as part of the Knowledge Transfer Program (KTP) report. The result showed that the level of Halal awareness amongst the Orang Asli community in this settlement is in low level and it can be continuously improving in the future. In order to make Orang Asli community well aware and educated on Halal, necessary steps must be taken during the early ages of childhood to ensure the chain of knowledge would be continuous and sustainable throughout generations. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Halal Pharmaceuticals: Legal, Shari'ah Issues And Fatwa Of Drug, Gelatine And Alcohol(AESS Publications, 2014) ;Mustafa Afifi Ab. Halim ;Mohd Mahyeddin Mohd Salleh ;Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim ;Azlin Alisa AhmadNorhaslinda NordinHalal products are fast gaining worldwide recognition as a new benchmark for safety and quality assurance. Products with halal certification are confidently accepted by consumers especially Muslims as well as those of other religions. Undoubtedly halal product industry has been an emerging industry in Malaysia and all over the world. Recognizing the new concept of halal industry presents an opportunity for manufacturers to make better strategies and innovations in producing their products toward halal certification. Today, halal products are not focused only on food but all products including pharmaceuticals. Since most of Malaysian population are Muslim, the Malaysian Standard on halal pharmaceuticals has been launched to ensure that manufacturers comply with the standard to produce them. The methodology of this study is by researching on legal, Shari�ah issues and the fatwa related to pharmaceuticals such as usage of drug, gelatine and alcohol in pharmaceutical products. Apart from that, this paper also looks into the Malaysian Standard of Halal Pharmaceutical - General Guidelines, 2010 and other policies and regulations which have been set by the government. The finding shows that there is an unresolved issue of Shari�ah for pharmaceutical products due to the different opinions of fuqaha�. However, there are also many policies and guidelines on halal pharmaceuticals in Malaysia which are good for Muslim consumers. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Integrasi Takaful Mikro dan Wakaf Ketika Pandemik: Analisis Potensi dan Cabaran(USIM PRESS, 2021) ;Hussein ‘Azeemi Thaidi ;Wan Nur Fazni Wan Mohamad Nazarie ;Aulia Rahman Zulkarnain NazarieMohd Mahyeddin Mohd SallehFenomena pandemik telah menyebabkan populasi miskin semakin terbeban dari sudut ekonomi disebabkan peluang pekerjaan yang semakin terbatas, kos perubatan meningkat dan akses fasiliti kesihatan yang terhad. Takaful mikro merupakan antara instrumen kewangan patuh Syariah yang menyediakan skim perlindungan kepada populasi berpendapatan rendah. Takaful mikro dikatakan mengalami beberapa permasalahan terutamanya yang melibatkan kos operasi. Justeru, aplikasi takaful mikro dengan sokongan dana wakaf dilihat antara solusi yang ideal. Kajian ini bertujuan untuk meneroka potensi, isu serta cabaran bagi integrasi takaful mikro dan wakaf ke arah memperkasakan perlindungan kesihatan bagi golongan miskin dalam mendepani wabak pandemik. Metode kajian kepustakaan dan dokumentasi digunakan untuk mendapatkan data. Bagi tujuan analisis, kaedah analisis kandungan, diskriptif, induktif dan deduktif digunakan secara konsisten. Hasil kajian telah mengenalpasti beberapa prospek dan cabaran bagi penggunaan wakaf dalam operasi takaful mikro turut dikenalpasti. Kajian diharapkan mampu menyumbang kepada perlaksanaan wakaf dan takaful mikro yang lebih dinamik dan lestari. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Issues In The Implementation Of Industrial Sertu In Malaysia(Usuli Faqih Research Centre PLT, 2024) ;Mohd Mahyeddin Mohd Salleh ;Mustafa Afifi Abdul Halim ;Sumaiyah Abd AzizHasdhatul NorAliah Md SaidPerkembangan industri halal sama ada di peringkat domestik dan global telah secara tidak langsung memacu permintaan terhadap perkhidmatan sertu. Bagi memastikan supaya proses perlaksanaan sertu adalah seragam dan terpandu, maka Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [JAKIM] telah mengambil inisiatif memperkenalkan garis panduan sertu sebagai rujukan kepada industri. Namun demikian, jika dilihat kepada realiti amalan sertu oleh syarikat penyedia perkhidmatan sertu, masih ada kekurangan seperti isu ketidakpatuhan terhadap garis panduan yang telah ditetapkan. Artikel ini bertujuan menganalisis isu-isu yang timbul dalam perlaksanaan sertu industri di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, menerusi kaedah pengumpulan data secara analisi dokumen, pemerhatian dan temu bual separa berstruktur ke atas lima entiti yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan sertu merangkumi syarikat operator sertu dan jabatan agama. Hasil kajian dirumuskan dalam tujuh kategori isu iaitu isu pematuhan garis panduan dan fatwa, kefahaman dan pengetahuan, peralatan moden sertu, bahan sertu, penambahan amalan agama, pengurusan garis panduan, dan kepercayaan industri terhadap kompetensi Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam perlaksanaan sertu. Kajian ini mencadangkan supaya aspek pemantauan sertu diperkemaskan di peringkat JAKIM dan JAIN bagi memastikan agar industri sertu berkembang maju serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kawalan Perundangan Terhadap Pemakanan Halal Di Malaysia(USIM Press, 2022) ;Setiyawan Gunardi ;Mohd Soberi Awang ;Mohd Mahyeddin Mohd Salleh ;Mustafa ‘Afifi Ab.HalimMakanan dan minuman merupakan satu rangkaian keperluan manusia yang diperbahaskan dalam Syariah dengan merujuk kepada hukum halal dan haram. Makanan dan minuman halal tayyiban amat diambil perhatian dalam tuntutan syariat, kerana memberi kesan kepada jasmani dan rohani. Oleh itu, perlu bagi manusia membuat pemilihan makanan dan minuman halalan tayyiban sebagaimana dikehendaki oleh syariah. Walau begitu, menentukan status makanan dan minuman tersebut juga perlu dikuatkan dengan undang-undang bagi melindungi status halalan tayiban berkekalan dari masa ke masa. Tujuan kajian ini untuk mendedahkan parameter penentuan halal dan haram dalam makanan dan minuman menurut kajian halal Syariah dan perundangan Malaysia. Kertas kerja ini menggunakan kaedah kualitatif yang dianalisis dengan berdasarkan dapatan data kepustakaan daripada al-Quran, Hadith, pandangan ulama dan cendikiawan Islam, dan artikel jurnal ilmiah, serta akta perundangan. Kajian ini mendapati bahawa makanan dan minuman halalan tayyiban di Malaysia telah menepati tuntutan Syariah dan perundangan. Implikasi kajian ini memperkasa barang gunaan dapat digunapakai dengan selamat dan baik. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kerangka Perundangan Sertu Dalam Industri Halal Di Malaysia(Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-27) ;Mustafa ‘Afifi Abdul Halimi ;Sumaiyah Abd Aziz ;Mohd Mahyeddin Mohd SallehHasdhatul Nor Aliah Md SaidHalal kini menjadi simbol kualiti, kebersihan dan gaya hidup masyarakat. Halal yang sebelum ini sinonim dengan Muslim, kini telah mula menarik perhatian orang bukan Islam untuk menggunakan produk atau servis halal. Bagi memperolehi pensijilan halal, pelaksanaan sertu menjadi salah satu keperluan penting yang perlu dipenuhi oleh industri sederhana dan besar di Malaysia. Walaupun sertu bukanlah sesuatu yang wajib dilakukan, syarikat perlu mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) secara bertulis berkaitan sertu sebagai persediaan sekiranya berlaku ketidakakuran yang perlu kepada proses sertu (jika berkaitan) dan ini digariskan sebagai salah satu keperluan dalam Sistem Jaminan Halal (HAS) dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2019. Di Malaysia, perundangan halal adalah di bawah bidangkuasa kerajaan negeri. Terdapat beberapa isu berbangkit dalam aspek perundangan dan penguatkuasaan pelaksaan sertu ini. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji kerangka perundangan sertu dalam industri halal di Malaysia. Bagi mencapai tujuan ini, kajian secara kualitatif akan dilaksanakan, dengan menumpukan kepada kaedah pengumpulan data secara analisis dokumen dan temubual bersemuka. Dapatan daripada kajian ini mendapati tiada kerangka perundangan sertu secara khusus buat masa ini dan ini boleh mendatangkan kekeliruan dalam melaksanakan pemantauan secara menyeluruh dalam konteks pensijilan halal. Tatacara dan pihak-pihak yang boleh melaksanakan proses sertu juga perlu diperhalusi supaya tidak menimbulkan konflik kepentingan kepada pihak-pihak yang terlibat. Kajian ini mencadangkan agar pihak berotoriti dalam pensijilan halal dapat menyediakan satu kerangka perundangan sertu yang jelas dan seragam bagi mengelakkan kekeliruan dalam pelaksanaan sertu yang melibatkan pensijilan halal. Selain itu, dicadangkan supaya di tambahbaik garis panduan khusus bagi setiap skim halal kerana keperluan setiap skim adalah berbeza. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Management Of Baby Dumping In Malaysia A Qualitative Study(Universiti Sains Islam Malaysia, 2015) ;Nurhafizah Mohd Sukor ;Rezki Perdani Sawai ;Mohd Mahyeddin Mohd Salleh ;Mustafa ‘Afifi Ab Halim ;Dini Farhana BaharuddinJoki Perdani SawaiThis paper is conceptual in nature and thus, aims at discussing the aspect of management of baby dumping in Malaysia by addressing the sociocultural, legal and religious context prior to data collection phase. In addition, this article also attempts to address the challenges that might be faced by the baby shelters. It is hoped that this study will be able to give enlightenment to the general public on the issue of the establishment of baby hatch. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Management Of Baby Dumping In Malaysia: Considering Socio-Cultural, Legal And Religious Context(Universiti Sains Islam Malaysia, 2013) ;Nurhafizah Mohd Sukor ;Rezki Perdani Sawai ;Mohd Mahyeddin Mohd Salleh ;Mustafa 'Afifi Ab Halim ;Dini Farhana BaharuddinJoki Perdani SawaiThis paper is conceptual in nature and thus, aims at discussing the aspect of management of baby dumping in Malaysia by addressing the sociocultural, legal and religious context prior to data collection phase. In addition, this article also attempts to address the challenges that might be faced by the baby shelters. It is hoped that this study will be able to give enlightenment to the general public on the issue of the establishment of baby hatch. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pelaksanaan Pemeliharaan Agama (Hifz Al-Din) Oleh Institusi Pembiayaan Mikro Islam Di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09) ;Hussein ‘Azeemi Abdullah Thaidi, ;Muhamad Firdaus Ab Rahman, ;Azman Ab Rahman ;Ahmad Zaki SallehMohd Mahyeddin Mohd SallehPembiayaan mikro Islam memfokuskan untuk memberikan akses pembiayaan patuh Syariah kepada golongan miskin untuk terlibat dalam aktiviti yang menjana keuntungan agar mereka mampu keluar dari garis kemiskinan. Walau bagaimanapun, beberapa pengkaji seperti Obaidullah & Khan (2008) mendapati bahawa kawal selia kepatuhan Syariah dalam pembiayaan mikro Islam masih lemah. Hifz al-din (pemeliharaan agama) merupakan maqasid yang dianggap penting dalam tadbir urus kewangan Islam. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perlaksanaan hifz al-din dalam pembiayaan mikro Islam di Malaysia. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dipilih sebagai studi kes kerana ia merupakan institusi pembiayaan mikro Islam terbesar di Asia. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temubual separa struktur bagi mengumpul data. Data dianalisis secara tematik, induktif dan deduktif untuk mendapatkan tema-tema yang relevan. Hasil kajian mendapati beberapa medium digunakan untuk melaksanakan hifz al-din antaranya menawarkan produk patuh Syariah dan menganjurkan aktiviti keagamaan. Kajian ini menawarkan kaedah yang praktikal untuk pencapaian hifz al-din yang boleh dimanfaatkan oleh para pengkaji dan pengamal industri pembiayaan mikro Islam. Kata kunci: Pembiayaan mikro Islam, Amanah Ikhtiar Malaysia, hifz al-din, maqasid Syariah