Browsing by Author "Walid Mohd Said"
Now showing 1 - 20 of 23
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Hadis Berkaitan Nama Lain Bagi Surah Al-Mulk Dalam Kursus Tafsir Maudu‘i Di USIM: Satu Kajian Tinjauan(Penerbit KUIPSAS, 2021) ;Abdulloh Salaeh ;Amran Abdul Halim ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Nidzamuddin Zakaria ;Mahsor YahyaWalid Mohd SaidHadis itu adalah satu sumber utama dalam mengeluarkan hukum selepas al-Quran dan merupakan warisan peninggalan Rasulullah SAW. Perkembangan agama Islam yang begitu pantas ini telah berjaya melahirkan ramai ilmuan dan cendekiawan yang hebat khususnya di Tanah Melayu berasal dari sumber al-Quran dan hadis. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menganalisis hadis yang menyatakan nama-nama yang lain bagi Surah al-Mulk dan kedudukan hadis dan kandungannya yang diajarkan dalam kursus Tafsir Maudu‘i di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Justeru, kertas kerja ini akan menghuraikan kedudukan sejumlah hadis berkaitan nama-nama Surah al-Mulk serta kajian hadis-hadis tersebut hadis yang mana di dalamnya terkandung hadis yang sahih, hasan, da‘if dan lain-lain. Kajian ini juga akan dapat memberikan pendedahan umum tentang beberapa ayat dalam surah al-Mulk serta kelebihannya. Kajian ini menggunakan kaedah berbentuk penyelidikan kepustakaan. Hasil kajian ini dapat mendedahkan tentang ilmu hadis, kedudukannya secara yang lebih tuntas lagi untuk para pelajar dan orang awam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Hadith Di Dalam Kitab Risalah Tazkirah Al-Guflah Fi Bayan Asrar As-Solat(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Abdulloh Salaeh ;Amran Abdul Halim ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Mohd. Fauzi Mohd Amin ;Nidzamuddin Zakaria ;Mahsor Yahya ;Walid Mohd SaidMesbahul HoqueAgama Islam telah datang menerangi di Kepulauan Tanah Melayu ini semenjak dari abad ke 16 Masihi lagi. Perkembangan Agama Islam yang begitu pantas ini berjaya melahirkan ramai ilmuan dan cendiakawan yang hebat khususnya di tanah Pattani. Ini dapat disaksikan pada Abad ke 17 Masihi di mana di zaman inilah lahir ramai ulama dari kepulauan nusantara ini, antaranya tokoh yang amat terkenal iaitu Syeikh Daud Al-Fatani dan Syeikh Abdullah bin Idris Bendam Badam dan lain-lain. Kelahiran ini bukan sahaja melahirkan tokoh yang terkenal malah kitab-kitab rujukan yang masih segar sehingga zaman moden ini. Antara kitab yang masih digunakan bagi Syeikh Abdullah bin Idris Bendam Badam ialah Kitab Kitab Risalah Tazkirah Al-Guflah Fi Bayan Asrar As-Solat. Kitab ini bukan sahaja menjadi bahan rujukan bahkan dijadikan sebagai bahan pembelajaran utama di beberapa institusi pondok yang masih wujud sehingga sekarang. Kitab ini sebagai asas pembelajaran mereka tentang solat, Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menganalisis kedudukan hadith yang terkandung di dalamnya. Justeru kertas kerja ini akan cuba memberikan pendedahan tentang kedudukan serta kajian hadith yang dilakukan terhadap kitab ini yang mana di dalamnya terkandung hadis yang sahih, hasan, dhaif dan lain-lain. Kajian ini juga akan dapat memberikan pendedahan umum tentang pengarang serta kitabnya. Kajian ini menggunakan kaedah berbentuk penyelidikan perpustakaan. Hasil kajian ini dapat membantu masyarakat dalam memberikan pendedahan tentang ilmu hadith, kedudukannya serta penggunaannya dalam kitab ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Bilangan dan Penilaian Darjat Hadith dalam Silibus Pendidikan Islam: Kajian Terhadap Silibus Tahun Lima dan Enam Sekolah Kebangsaan(Penerbit USIM, 2022) ;Amran Abdul Halim ;Nidzamuddin bin ZakariaWalid Mohd SaidBerdasarkan Silibus Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan di Malaysia, didapati sejumlah hadith telah dimasukkan sebagai dalil terhadap sesuatu peristiwa, hukum dan sebagainya. Sebahagian daripada hadith tersebut, tidak dinyatakan sumber atau hukumnya dan sekaligus menimbulkan pertanyaan terhadap status hadith itu sama ada sahih atau sebaliknya. Oleh yang demikian, artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti bilangan hadith serta penilaian darjatnya dalam silibus berkenaan, memandangkan masih ramai dari kalangan guru-gurunya yang tidak dapat mengenalpasti sumber hadith berkenaan dan statusnya. Metode analisis yang digunakan adalah melalui metode induktif dan deduktif terhadap data yang bersifat kajian perpusatakaan sehingga hadith-hadith yang dinyatakan dalam buku tersebut dinukilkan dan diberikan ulasan takhrijnya. Hasil kajian mendapati bahawa dalam Silibus (buku teks) Pendidikan Islam Tahun Lima terhadap lapan (8) hadith dengan teks berbahasa Arab dan dua (2) hadith dalam Silibus Tahun Enam. Keseluruhan hadith bertaraf sahih atau hasan kecuali satu hadith yang dihukumkan sebagai hadith pals. Diharapkan hasil dari penulisan artikel ini dapat membantu dan meyakinkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam untuk menjelaskan hadith-hadith tersebut kepada murid-murid mereka serta menambahkan pengetahuan mereka dalam bidang hadith. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Islamic Tarbiyah System for Bullying Prevention(Human Resource Management Academic Research Society, 2023) ;Amran Abdul Halim ;Norazmi Anas ;Mohamad Qamarulzaman Mohamad Zani ;Walid Mohd Said ;Amiruddin Mohd Sobali ;Abdulloh SalaehNidzamuddin ZakariaBullying has a negative impact on bullies, victims and the environment, especially in the education sector. Preventive measures through psychological methods are considered to be less effective, so bullying prevention based on Islamic Tarbiyah system is recommended. This study aims to elaborate the perceptions of bullying in society, and the Islamic Tarbiyah system for bullying prevention. A case study was conducted on 71 respondents among school students, university students and teachers aged 13 to 40. Using IBM SPSS version 26, the data of the questionnaire were analyzed descriptively. The results found that bullying occurred in educational institutions, especially boarding schools and day schools, due to factors such as friends, family, environment and personality. It can affect victims' physical injuries, emotional disorders and lack of self-confidence. As a result, the Islamic tarbiyah system has been proposed as a bullying prevention measure, and it believes that the role of teachers/mentors/murobbi is crucial for the success of the system in schools. It is hoped that this method will curb the recurrence of bullying symptoms in schools and improve students' safety and security from time to time. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu-Isu Akidah di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir: Kajian Perintis di Daerah Temerloh dan Maran, Pahang(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Irwan Mohd Subri ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali ;Walid Mohd Said ;Nisar Mohammad Ahmad ;Amir Shaharuddin ;Mohd Aizuddin Abdul Aziz ;Mohd Azhar Ibrahim Resedi ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Syadiyah Abdul ShukorBilal JailaniPenghujung tahun 2014, Malaysia khususnya di pantai Timur telah dilanda banjir besar yang luar biasa. Mangsa-mangsa yang dipindahkan dan ditempatkan di pusat penempatan banjir melebihi dua ratus ribu orang. Kajian perintis ini dijalankan bagi� mengumpulkan isu-isu berkaitan akidah di pusat pemindahan mangsa banjir di daerah Temerloh dan Maran, Pahang. Kajian yang bermatlamatkan penerokaan ini menggunakan kaedah kualitatif. Para penyelidik telah menjalankan temu bual tidak berstruktur terhadap tiga puluh lapan orang responden di empat buah pusat pemindahan mangsa banjir di daerah Temerloh dan Maran, Pahang. Pemilihan responden dibuat menggunakan kaedah persampelan mengikut kesenangan (convenience sampling). Hasil kajian menunjukkan terdapat lapan tema isu akidah yang dibangkitkan oleh warga pusat pemindahan banjir. Tiga tema paling polular adalah i) banjir itu qadak dan qadar Allah, ii) berusaha dan bertawakkal dalam menghadapi banjir, dan iii) banjir mendekatkan diri dengan Allah. Di bahagian perbincangan, penyelidik menghuraikan perkara-perkara yang berkemungkinan menjadi faktor kepada dapatan kajian. Penyelidik juga mengemukakan cadangan penambah baikan berkaitan isu akidah dan kaunseling untuk dimuatkan dalam model pengurusan banjir. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu-Isu Fiqh di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir: Kajian Perintis di Daerah Temerloh, Pahang(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Irwan Mohd Subri ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali ;Walid Mohd Said ;Nisar Mohammad Ahmad ;Amir Shaharuddin ;Mohd Aizuddin Abdul Aziz ;Mohd Azhar Ibrahim Resedi ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Syadiyah Abdul ShukorBilal JailaniDewasa ini kita melihat banyak berlaku bencana alam di merata tempat di dunia. Kesemua bencana alam ini pernah diketahui atau disaksikan oleh Nabi SAW dan para sahabat Baginda RA. Antara bencana alam yang sering dialami di negara kita adalah banjir, kejadian banjir yang melanda negara tidak lama dahulu amat meresahkan semua pihak. Banjir ini dimulai dengan hujan lebat yang berterusan, lalu mengakibatkannya bertakung atau melimpah. Artikel ini akan cuba mengemukakan pandangan dan sabdaan Nabi SAW berkaitan dengan hujan yang menjadi sebab kepada banjir dan seterusnya melihat saranan Baginda atau perlakuan terhadap banjir yang melanda. Ia dimulakan dengan situasi sebelum, semasa dan selepas berlakunya hujan dan kesan daripada hujan yang berterusan. Beberapa hadis Nabi SAW yang berkaitan akan dikumpulkan dan dianalisa isi kandungannya serta dikukuhkan dengan pandangan ulama muktabar. Diharapkan artikel ini dapat menyingkap perbuatan dan sabdaan Nabi SAW terhadap fenomena hujan dan banjir dan seterusnya menjadi suatu pedoman dan titik permulaan kepada umat Islam untuk berhadapan dan mula mencari jalan penyelesaian kepada bencana hujan dan banjir. Didapati secara umumnya, sentuhan Nabi SAW terhadap banjir amat minima, ia sesuai dengan zaman, tempat dan keadaan di Mekah serta Madinah pada ketika itu, manakala berkaitan hujan hanyalah berkisar dengan cara Nabi SAW berhadapan dan melaluinya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Penulisan Tafsir Di Malaysia: Kajian Terhadap Tafsir Pedoman Muttaqin(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Amran Abdul Halim ;Tengku Fathul Aziz Tengku Abd Mutalib ;Walid Mohd Said ;Nidzamuddin Zakaria ;Amiruddin Mohd Sobali ;Abdulloh Salaeh ;Mohd Fauzi Mohd Amin ;Ahmad Kamel Mohamed ;Syed Najihuddin Syed HassanMahsor YahyaPengajian al-Quran dan tafsir di Malaysia sudah bermula sejak lama dahulu, sama ada secara formal atau tidak formal. Pengajian ini bermula di rumah-rumah tok guru, surau, madrasah, masjid dan sebagainya. Pengajian ini juga lebih tersusun dan secara rasmi apabila sistem pengajian pondok diadakan di Malaysia dan dipelajari pula di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Justeru, satu usaha yang jitu perlu dilakukan bagi memelihara khazanah-khazanah ilmu ulama-ulama terdahulu dan diteliti kandungannya melalui kajian-kajian komprehensif terhadap hasil-hasil penulisan tersebut dan mengetengahkan keistimewaan isi kandungannya serta diperbaiki mutu bahasanya agar ia terus dimanfaatkan generasi kini dan akan datang bukan sekadar dijadikan koleksi simpanan sahaja. Melalui penulisan artikel ini, penulis cuba meneliti salah satu kitab tafsir di Malaysia iaitu Tafsir Pedoman Muttaqin yang ditulis oleh Dr Abdul Hayei Abdul Sukor dengan cara memerhatikan kaedah-kaedah penulisan beliau dalam kitab tafsirnya. Penulisan artikel kali ini berobjektifkan kepada sejarah penulisan tafsir atau latar belakang penulisan tafsir di Malaysia dengan lebih terperinci dan kaedah yang digunakan di dalam penulisan tafsir Melayu klasik yang biasa dibacakan di masjid dan surau tempat penulis tinggal. Diharapkan hasil dari penulisan ini dapat menonjolkan satu model atau contoh tafsir yang sesuai dengan kondisi masa kini khususnya masyarakat di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Tinjauan Sumber Pembelajaran Al-Quran Dalam Masyarakat Cina Muslim Di Malaysia(Academic Inspired Network, 2019) ;Ma Yu Long ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Abdulloh Salaeh ;Robiatul Adawiyah Mohd ;Walid Mohd Said ;Kabiru GojeNurul Izzatul Huda Mohamad ZainuziAbstract: The converts (mualaf) are people who return back to Islam. As they are new to Islamic religion, they still need constant guidance and teaching, especially the Islamic teachings and Quranic understanding. Therefore, da'wah approach to this group, should be in accordance with the methods that suit their current situation and environment. Hence, the objective of this study is based on two main elements 1) to identify the factors of the Muslim Chinese society in general; and 2) study their learning resources of the al-Quran. This paper also discusses the history of migration as well as the migration factors of Chinese society from the Mainland China to Malaysia in general. In addition, researchers also listed some other research findings: the time period they took to learn Islam before converting to Islam, the challenges faced after their conversion and learning techniques used to study the al-Quran. This study uses a qualitative approach by analyzing documents and conducting semi-structured interview to a group of respondents in order to obtain premier data. Interview sessions were conducted to respondents who were selected from da'wah organizations in three states. The findings show that among the main factors of their conversion are due to the interaction with other believers as well as family members who have embraced Islam, and some of them converts by marriage factor. In the meantime, majority of them studied al-Quran through religious classes organized by da'wah institutions via Iqra 'books as a beginning and trying to understand the Quranic verse through the interpretation book. The time taken before embracing Islam and the challenges faced after the conversion was also explained. Hence, this study is expected to identify the problems and disadvantages in the effort to help these converts to Islam. Keywords: Cina Muslim Society, Mualaf, Learning al-Quran - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kefahaman Akidah di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir: Kajian Perintis di Daerah Temerloh dan Maran, Pahang(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Irwan Mohd Subri ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razal ;Walid Mohd Said ;Nisar Mohammad Ahmad ;Amir Shaharuddin ;Mohd Aizuddin Abdul Aziz ;Mohd Azhar Ibrahim Resedi ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Syadiyah Abdul ShukorBilal JailaniPenghujung tahun 2014, Malaysia khususnya di Pantai Timur telah dilanda banjir besar yang luar biasa. Mangsa-mangsa yang dipindahkan dan ditempatkan di pusat pemindahan melebihi dua ratus ribu orang. Situasi yang penuh dengan cabaran dan dugaan itu amat berkait berkait rapat dengan konsep-konsep akidah seperti iman terhadap qadak dan qadar, bencana sebagai ujian dan kefahaman tawakal. Untuk mengetahui tahap kefahaman warga pusat pemindahan terhadap isu-isu ini, satu kajian perintis kuantitatif berbentuk soal selidik telah dijalankan ke atas 18 orang. Pemilihan responden dibuat menggunakan kaedah persampelan mengikut kesenangan (convenience sampling). Dengan menjadikan daerah Temerloh dan Maran sebagai lokasi kajian, ketiga-tiga tema yang diuji menunjukkan nilai min yang tinggi, sekaligus memberi makna bahawa responden mempunyai tahap kefahaman akidah yang tinggi. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kefahaman Fiqh di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir: Kajian Perintis di Daerah Temerloh dan Maran, Pahang(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Irwan Mohd Subri ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali ;Walid Mohd Said ;Nisar Mohammad Ahmad ;Amir Shaharuddin ;Mohd Aizuddin Abdul Aziz ;Mohd Azhar Ibrahim Resedi ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Syadiyah Abdul ShukorBilal JailaniPenghujung tahun 2014, Malaysia khususnya di pantai Timur telah dilanda banjir besar yang luar biasa. Mangsa-mangsa yang dipindahkan dan ditempatkan di pusat penempatan melebihi dua ratus ribu orang. Di pusat-pusat penempatan itu, terdapat beberapa keadaan yang berkait rapat dengan fiqh seperti cara bersuci, kaedah mengerjakan solat, batasan pergaulan lelaki-perempuan yang bukan mahram, pengurusan jenazah, hukum mengambil barang yang dijumpai dan kesedaran merujuk pakar dalam hal fiqh yang tidak diketahui. Untuk mengetahui tahap kefahaman warga pusat penempatan terhadap isu-isu ini, satu kajian perintis kuantitatif berbentuk soal selidik telah dijalankan ke atas 18 orang. Pemilihan responden dibuat menggunakan kaedah persampelan mengikut kesenangan (convenience sampling). Dengan menjadikan daerah Temerloh dan Maran sebagai lokasi kajian, penyelidik mendapati responden mempunyai tahap kefahaman Fiqh yang tinggi dengan nilai min keseluruhan 3.87. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Neraca Kefahaman Umat Islam Terhadap Hadith Rasulullah Saw Dan Penjelasannya(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09) ;Amran Abdul Halim ;Amiruddin Mohd Sobali ;Abdulloh Salaeh ;Ahmad Kamel Mohamed ;Nidzamuddin Zakaria ;Walid Mohd Said ;Syed Najihuddin Syed HassanMohammad Fahmi Abdul HamidKedudukan hadith sebagai sumber kedua syariat Islam telah diakui oleh Al-Quran, hadith itu sendiri dan juga ulama-ulama Islam dari masa lalu hingga kini. Kepentingannya tidak dapat dinafikan tanpa hadis manusia yang tidak dapat mengenali, memahami dan mengamalkan ajaran Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Perkembangan ilmu sentiasa berterusan daripada semasa ke semasa dan tidak akan terhenti sehinggalah berlakunya hari kiamat. Manusia sentiasa memerlukan pengetahuan kerana dengan pengetahuan itu mereka akan menjadi lebih dekat satu sama lain dengan pencipta mereka. Oleh itu, penulisan kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti serta mengupas isu-isu salah faham hadith yang mengelirukan masyarakat di Malaysia. Penulis cuba meneliti dan menganalisis isu-isu tersebut melalui media sosial seperti artikel, laporan akhbar Malaysia dan lain-lain yang berkaitan isu-isu salah faham hadith di Malaysia. Antara sebab berlakunya kekeliruan dan salah faham masyarakat terhadap hadith ialah dengan berkembangnya teknologi, masyarakat mendapat dan mentafsir maklumat mengenai hadith tanpa merujuk ahli agama, menggunakan logik akal dalam penafsiran hadis, memahami hadis tanpa mengambil kira maqasid, salah faham terhadap pendekatan kontekstual dan lain-lain. Hasil dari penulisan ini diharap dapat membantu penyelidik khususnya serta umat Islam amnya dalam memahami hadith-hadith Rasulullah SAW dengan baik tanpa ada sebarang kekeliruan dan seterusnya masyarakat Islam tidak lagi terjebak dengan kekeliruan yang boleh memesongkan akidah mereka dan seterusnya dapat beramal dengan baik bertepatan dengan ajaran al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Kata Kunci: Sunnah, media massa, anti hadith, Islam Liberal. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pemahaman Hadith Dalam Kalangan Masyarakat Di Malaysia: Kajian Dalam Media Sosial Di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Amran Abdul Halim ;Abdulloh Salaeh ;Walid Mohd Said ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Nidzamuddin Zakaria ;Mohd Fauzi Mohd AminAmiruddin Mohd SobaliSunnah Nabawiyah atau hadith adalah sumber rujukan kedua yang utama dalam Islam. Sumber berkenaan telah dinyatakan melalui al-Quran dan hadith malah sarjana Muslim juga turut bersepakat bahawa hadis Nabi berkenaan memainkan peranan penting dalam proses penetapan sesuatu hukum. Peranannya adalah sebagaimana penggunaan al-Quran dalam penentuan hukum hakam dan syariat Islam. Oleh itu, penulisan kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti serta mengupas isu-isu salah faham hadith yang mengelirukan masyarakat di Malaysia. Penulis cuba meneliti dan menganalisis isu-isu tersebut melalui media sosial seperti artikel, laporan akhbar Malaysia dan lain-lain yang berkaitan isu isu salah faham hadith di Malaysia. Antara sebab berlakunya kekeliruan dan salah faham masyarakat terhadap hadith ialah dengan berkembangnya teknologi, masyarakat mendapat dan mentafsir maklumat mengenai hadith tanpa merujuk ahli agama, menggunakan logik akal dalam penafsiran hadis, memahami hadis tanpa mengambil kira maqasid, salah faham terhadap pendekatan kontekstual dan lain-lain. Hasil dari penulisan ini diharap dapat membantu penyelidik khususnya serta umat Islam amnya dalam memahami hadith-hadith Rasulullah saw. Juga disarankan agar merujuk kepada kitab-kitab atau sumber hadith yang muktabar serta para rujukan dari kalangan ulama dan juga dapat menyedarkan masyarakat serta membantu mereka dalam memahami hadith-hadith Rasulullah saw dan intipati kandungannya untuk diamalkan dengan cara yang betul. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembangunan Wall Library Untuk Makmal Hadis: Satu Kajian Aplikasi Di Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, USIM(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Abdulloh Salaeh ;Nidzamuddin Zakaria ;Walid Mohd Said ;Amran Abdul Halim ;Mohd Fauzi Mohd Amin ;Nurul Syafiqa Jafar ;Hani Athira Ahmad SafariMohamad Zahid HanafiahMakmal Hadis di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah telah diwujudkan sejak awal penubuhan fakulti demi memudahkan pengajaran dan pembelajaran hadis melalui pengalaman. Makmal ini menyediakan sejumlah koleksi kitab hadis yang dimanfaatkan secara optimum oleh pensyarah serta pelajar dalam mendalami proses pengkajian hadis. Makmal ini telah dilengkapkan dengan penggunaan perisian terkini seperti perisian al-Maktabah al-Shamilah dan perisian Jawami‘ al-Kalim, berserta dua ruang pembelajaran yang berkongsi satu ruang koleksi kitab semenjak perpindahan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah ke bangunan baru. Permasalahan timbul apabila koleksi kitab tidak mencukupi, tidak lengkap dan sebahagiannya rosak. Justeru, penyelesaian yang dicadangkan ialah menyediakan perpustakaan digital yang dinamakan “Wall Library” yang boleh diakses melalui kod QR menggunakan pendekatan model ADDIE. Dapatan kajian telah mendapati majoriti pengguna yang mencuba penggunaan teknologi ini berpuas hati malah teruja untuk menggunakannya. Kajian ini boleh dimanfaatkan dan diberikan nilai tambah agar memaksimakan penggunaan makmal hadis seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dalam era revolusi industri ke-4. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembelajaran Dan Pengajaran Tafsir Maudhu’i Dalam Pasca Covid 19(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Amran Abdul Halim ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Nidzamuddin Zakaria ;Walid Mohd Said ;Mahsor YahyaMohd. Fauzi Mohd. AminAsas istimbat hukum ialah daripada al-Quran dan diagab sebagai sumber yang pertama dalam Islam. Cara untuk memahami al-Quran itu tidak dapat tiada mesti mempelajari ilmu Tafsir dan bahagian- bahagiannya. Ilmu tafsir pula terdapat beberapa bahagian seperti ilmu tafsir lughawi, tafsir maqaran, tafsir tahlili, tafsir ijmali dan tafsir maudhu’i. Oleh itu, sangat penting untuk mempelajari ilmu Tafsir lebih-lebih lagi kepada pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti yang khususnya agama. Maka di USIM ini, tafsir madhu’i ditawarkan kepada pelajar di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran tafsir maudhu’i di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dalam masa pasca covid 19 serta kekuatan dan kelemahan pelajar semasa belajar dalam talian. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kualitatif iaitu analisis dokumen. Hasil kajian ini dapat menjelaskan bahawa kefahaman pelajar kurang tepat dengan sesetengah kawasan yang liputan internetnya kurang baik, tetapi bagi pelajar yang tidak hadir ke kelas dengan sebab uzur dapat membuka untuk melihat dan mendengar rakaman video yang di sediakan oleh pihak pensyarah. Ini menjadi perbezaan dari kaedah pembelajaran segerak sehingga pelajar dapat memahami dan pelajar mempunyai peluang untuk berbincang sesama kumpulan dengan menggunakan Microsoft Teams dan lain- lain.. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penilaian Hadith-Hadith Al-Khamru Dalam Kitab Tanbih Al-Ghafilin Oleh Sheikh Abdullah Bin Abdul Mubin(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Mohd Fauzi Mohd Amin ;Abdulloh Salaeh ;Nidzamuddin Zakaria ;Amran Abdul Halim ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Walid Mohd SaidMahsor YahyaKitab Tanbih Al-Ghafilin ditulis oleh Sheikh Abdullah Abdul Mubin Al-Fatani. Kitab ini membicarakan hadith-hadith berkaitan dosa-dosa besar, kitab ini mengandungi dua belas bab. Bab-bab tersebut ialah seksa orang yang meninggalkan sembahyang, seksa orang yang derhaka kepada ibu bapanya, seksa peminum arak dan tuak, seksa orang yang berbuat zina dan berliwat, seksa orang yang makan riba, seksa orang yang menangis berbunyi sebak, seksa orang yang tidak memberi zakat, seksa orang yang membunuh, seksa hak perempuan atas suaminya, haru hara kiamat dan menyatakan syurga dan segala isinya. Dalam bab seksa peminum arak terdapat lima hadith yang disebutkan oleh pengarang, hadith-hadith tersebut hanya dinyatakan terjemahan dalam bahasa Melayu, tidak dinyatakan sumber dan perawinya daripada kitab-kitab hadith, tidak diterangkan status hadith samada sahih, hasan, dhaif dan sebagainya. Bagi menilai hadith-hadith tersebut penulis menggunakan kaedah takhrij hadith yang telah ditetapkan oleh ulamak hadith dengan gabungan carian hadith secara traditional dan elektronik. Dalam menentukan status hadith penulis berpegang dan berpandukan pandangan ulamak hadith yang muktabar. Hasil kajian secara amnya penulis mendapati ada beberapa hadith sahih, hadith hasan, hadith dhif, hadith maudhu’ dan ada juga hadith yang tidak dijumpai dalam kitab-kitab hadith setelah carian dan menggunakan semua jenis takhrij hadith yang telah ditetapkan oleh ulamak hadith. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persepsi Cina Mualaf Terhadap Keberkesanan Kelas Pengajaran Quran Anjuran Organisasi Dakwah Di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Amran Abdul Halim ;Walid Mohd Said ;Abdulloh Salaeh ;Nidzamuddin ZakariaRabiatul Adawiyah MohdKelas Pengajian Islam sangat penting setelah pengislaman golongan mualaf. Hasil daripada penubuhan kelas ini, mereka dapat mempelajari Islam dengan lebih mendalam serta mempunyai tempat rujukan jika terdapat sebarang kemusykilan. Sebagai kelompok yang baru kembali kepada Islam, mereka tentunya menghadapi pelbagai masalah berkaitan pemahaman ajaran Islam. Rentetan itu, di Malaysia, pelbagai institusi dakwah seperti MACMA dan PERKIM telah menggunakan kaedah pengajaran berbentuk fizikal seperti kelas pengajian agama, dan secara atas talian seperti rakaman video ceramah agama dan sebagainya. Ini adalah merupakan usaha pihak bertanggungjawab bagi memastikan golongan mualaf ini dapat mudah mempelajari Islam juga Quran. Kajian ini mengkaji keberkesanan kelas pengajaran agama terhadap golongan mualaf yang dianjurkan oleh organisasi Islam di Malaysia seperti MACMA dan PERKIM. Selain itu, kajian ini juga bagi mengenalpasti usaha mereka dalam mempelajari Quran. Kajian bercorak kualitatif ini mengumpulkan data melalui dokumen dan menemu bual 23 orang responden. Mereka dipilih secara purposif dengan keizinan MACMA yang daripada tiga buah negeri di Malaysia. Dapatan kajian ini telah mengenalpasti faktor pengislaman mualaf, tribulasi pasca pengislaman dan kaedah pengajian agama juga pembelajaran Quran. Justeru, langkah sewajarnya perlu dilaksanakan bagi mempertingkatkan kebolehcapaian ilmu Islam juga Quran bagi golongan cina mualaf agar mereka dapat mengamalkan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication A Review Of The Islamic Tarbiyah System For Bullying Symptoms(Management Academic Research Society Exploring Int, 2023) ;Amran Abdul Halim ;Norazmi Anas ;Mohamad Qamarulzaman Mohamad Zani ;Ahmad Kamel Mohamed ;Mohd Syukri Mohd Noor ;Walid Mohd SaidHelimy ArisBullying is a symptom that must be avoided and addressed to prevent serious physical injuries that could lead to death. In addition, it could negatively affect the mental or emotional wellbeing of victims. Despite a variety of psychological and counseling methods to deal with these symptoms, cases of bullying have increased over time, especially in global education. In view of this background, this study is conducted with the aims to elaborate the bullying concepts that threaten the lives of today’s society, and to review the Islamic Tarbiyah system for bullying symptoms. The findings of this study revealed that a Tarbiyah system based on education is the most effective way to resolve bullying issues, problems, and symptoms. This is due to the fact that the Tarbiyah Islamiyah approach gives special focus to the provision of care, education, and upbringing based on the divine revelation sources of al-Quran al-Karim and the Sunnah of Rasulullah SAW. According to Ibn Qayyim al Jauzi's ideas, which were written and explained by Hasan bin Ali Hasan al-Hijazy in his work Manhaj Tarbiyah Ibn Qayyim, there are nine (9) types of Tarbiyah namely: (i) Tarbiyah Imaniyah (Educating Faith), (ii) Tarbiyah Ruhiyah (Spiritual Education), (iii) Tarbiyah Fikriyah (Educating the Mind), (iv) Tarbiyah ‘Athifiyah (Educating of Feelings), (v) Tarbiyah Khuluqiyah (Educating Morals), (vi) Tarbiyah Ijtimaiyah (Educating the Community), (vii) Tarbiyah Iradiyah (Educating Ideals), (viii) Tarbiyah Badaniyah (Physical Education), and (xi) Tarbiyah Jinsiyah (Sex Education). This study further recommends that in order to reduce bullying symptoms and create a more stable, harmonious and safer living environment, the tarbiyah system should be used in Islam as one of its methods of education. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sunnah Rasulullah Saw Menerusi Amalan Wirid Pagi Dan Petang Sebagai Usaha Pencegahan Menghadapi Wabak Covid-19(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Walid Mohd Said ;Nidzamuddin Zakaria ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Amran Abdul Halim ;Abdulloh SalaehMohd Fauzi Mohd AminKemunculan wabak COVID-19 pada penghujung tahun 2019 telah menimbulkan keresahan di seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia. Pelbagai usaha pencegahan dan prosedur operasi yang telah diperkenalkan oleh pihak berwajib untuk orang ramai bagi mengekang penularan wabak ini. Standard Operating procedures yang diperkenalkan itu, lebih menekankan sudut luaran atau zahiriyyah, manakala aspek kerohanian atau spiritual kurang dititik beratkan. Bagi orang yang beragama Islam, pengamalan wirid pagi dan petang merupakan sebahagian dari ajaran Rasulullah saw yang digalakkan pada setiap hari tanpa mengira musim atau masa tertentu. Pengamalan wirid-wirid tersebut bukan sahaja menjadi satu bentuk ta’abud, malah didalamnya terdapat janji pasti oleh Allah swt akan memelihara pengamalnya. Kertas kerja ini akan membicarakan peranan wirid pagi dan petang sebagai pemberi ketenangan dan langkah ikhtiar memelihara diri dari ditimpa penyakit yang bahaya ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Wabak Covid-19 Dan Hubungannya Dengan Hadith Kelebihan Habbatus Sauda’(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Amran Abdul Halim ;Ahmad Kamel Mohammed ;Nidzamuddin Zakaria ;Walid Mohd Said ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Abdulloh SalaehMesbahul HoqueKebelakangan ini penularan sejagat virus Novel Coronavirus (COVID19) yang telah banyak mengorbankan ribuan nyawa serta menjangkiti jutaan manusia ribuan telah menggusarkan hati semua manusia di dunia. Virus ini telah diisytiharkan sebagai satu penyakit global serta mula memasuki negara-negara seluruh dunia khususnya di Malaysia dengan kes yang pertama dikesan positif pada tarikh 3 Februari 2020. Penulisan ini bertujuan untuk menjelaskan SOP PKP yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan adakah ia berkait serta ada dasarnya dari hadith-hadith atau Sunnah Rasulullah SAW dan untuk memperbetulkan salah faham masyarakat terhadap maksud hadith Rasulullah saw yang seolah-olah bercanggah dengan SOP PKP yang diperkenalkan di Malaysia. Penulis meneliti hadithhadith Rasulullah saw yang berkaitan dengan kesihatan dan pencegahan daripada penyakit sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah saw dan para Sahabat. Ra. Penulisan ini diharap dapat merungkai permasalahan yang berlaku dalam masyarakat dari sudut pemahaman dan persepsi, memperbaiki amalan seharian mengikut norma baru sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan Malaysia dan dunia amnya yang mana ianya adalah tidak bercanggah dengan syariat Islam, malah bertepatan dengan saranan Rasulullah saw melalui hadith-hadith yang kan dibincangkan ini - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication ابن التركماني ومنهجه في كتاب التنبيه على أحاديث الهداية والخلاصة(Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, 2022) ;Walid Mohd Said ;Mohd. Fauzi Mohd. Amin ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Amran Abdul Halim ;Abdulloh Salaeh ;Nidzamuddin Zakaria ;Mesbahul HoqueNor Saadah Musa