2025 SWAT
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2025 SWAT by Subject "Al-Quran"
Now showing 1 - 9 of 9
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Al-Quran dan Kepimpinan Islam: Integrasi Nilai Kenabian dalam Merealisasikan Visi Madani(Penerbit USIM, 2025) ;Khairul Hamimah Mohammad JodiAbang Azlan Abang AhmadAl-Quran sebagai wahyu ilahi membentuk asas kepada kepimpinan Islam yang berperanan penting dalam struktur sosial dan politik masyarakat Muslim. Artikel ini menampilkan sorotan literatur sistematik bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana prinsip al-Quran membentuk corak, nilai dan amalan kepimpinan Islam dalam konteks moden. Kajian berpandukan strategi pencarian lanjutan melalui pangkalan data ProQuest melibatkan 216 rekod, dengan 47 kajian dipilih berdasarkan kesesuaian tema dan kriteria ilmiah. Analisis tematik menghasilkan tiga tema utama: pertama, kepimpinan Muslim dan dinamika tadbir urus, kedua, kepimpinan politik Islam dalam konflik dan penentangan, serta ketiga, kepimpinan kenabian sebagai kerangka keadilan global. Dapatan menunjukkan keberkesanan kepimpinan Islam bergantung kepada integrasi nilai-nilai al-Quran seperti amanah, keadilan, syura, dan rahmah dalam pengurusan institusi dan strategi politik. Nilai kepimpinan kenabian yang berpaksikan al-Quran seperti belas kasihan, keadilan sosial, ketelusan dan penghormatan terhadap minoriti berperanan membentuk pendekatan inklusif dan lestari yang selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) khususnya SDG 16. Artikel ini menegaskan bahawa dimensi kenabian, tadbir urus dan politik kontemporari sering dikaji secara terpisah sedangkan al-Quran menyatukan ketiga-tiganya dalam satu kerangka holistik. Justeru, kajian ini menghubungkan ketiga-tiga dimensi tersebut berpandukan nilai-nilai al-Quran untuk merealisasikan Visi Madani yang menekankan keamanan sejagat, keadilan sosial dan pembangunan mampan. Kajian rentas disiplin diperlukan untuk menilai aplikasi prinsip al-Quran dalam kepimpinan Islam kontemporari bagi menangani cabaran globalisasi.7 7 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Semantik Sifat-Sifat Yang Merujuk kepada Perempuan dalam Al-QuranAl-Quran merupakan kitab panduan yang ditujukan kepada sekalian manusia termasuklah lelaki dan perempuan tanpa mengira perbezaan jantina. Walaupun wujud pelbagai stigma terhadap kaum perempuan pada zaman awal penurunan wahyu, malah sehingga kini, tetapi kedudukan perempuan dipelihara melalui kandungan al-Quran yang sarat dengan keadilan serta pengiktirafan terhadap peranan mereka dalam masyarakat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis sifat-sifat yang merujuk kepada perempuan dalam al-Quran melalui pendekatan semantik. Analisis ini memberi tumpuan kepada makna leksikal, makna kontekstual, serta implikasi semantik bagi penggunaannya dalam ayat-ayat al-Quran. Kaedah kajian kualitatif digunakan dengan mengaplikasikan analisis kandungan terhadap teks al-Quran, yang mana semua sifat-sifat yang berkaitan dengan perempuan dikenal pasti berdasarkan bentuk morfologi dan konteks ayat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa al-Quran mengandungi pelbagai sifat yang bukan sahaja menggambarkan ciri luaran atau peranan sosial bagi kaum perempuan, tetapi juga menekankan nilai rohani, moral, dan akhlak yang wajar dijadikan landasan hidup. Penemuan ini menunjukkan bahawa pemilihan sifat yang digambarkan dalam al-Quran mempunyai nuansa makna yang mendalam dan berfungsi sebagai panduan serta pembentukan identiti perempuan beragama Islam. Kajian ini membantu dalam memperkukuhkan pemahaman terhadap kandungan al-Quran yang berkaitan dengan perempuan yang mempunyai peranan utama sebagai madrasah pertama dalam keluarga dan teras penting sesebuah negara.6 5 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Fitokimia dalam Warna Buah-Buahan: Kajian dari Perspektif Al-Quran dan Sains PemakananKajian ini bertujuan meneliti warna buah-buahan yang disebut dalam al-Qur’an dan hubungannya dengan manfaat saintifik dari aspek nutrisi dan kesihatan fizikal. Objektif utama adalah untuk mengenal pasti buah-buahan dalam al-Qur’an, menjelaskan fitokimia dalam warna buah-buahan, dan menilai manfaatnya terhadap kesihatan manusia. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif berbentuk analisis dokumen dengan merujuk kepada ayat al-Qur’an, tafsir klasik dan kontemporari, serta literatur saintifik moden. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat enam buah-buahan pelbagai warna dalam al-Qur’an seperti anggur, delima, zaitun, kurma, tin dan pisang. Warna pada buah-buahan ini memengandungi fitokimia dan nutrien yang menyokong kesihatan tubuh antaranya antioksidan, polifenol, serat, vitamin, dan mineral. Dapatan ini menunjukkan bahawa al- Qur’an bukan sahaja menggambarkan buah-buahan sebagai rezeki, tetapi turut memberi isyarat tentang kepelbagaian warna buah-buahan yang mempunyai khasiat dari sudut sains pemakanan untuk kesejahteraan manusia.7 17 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepentingan Sanad dalam Menjaga Keaslian Bacaan Al-QuranSanad merupakan elemen penting dalam memastikan kesahihan dan keaslian bacaan al-Quran sejak zaman Rasulullah SAW hingga ke hari ini. Tradisi penyampaian bacaan al-Quran secara talaqqi dan musyafahah melalui sanad yang bersambung telah menjadi mekanisme utama dalam mengekalkan ketulenan lafaz dan makhraj bacaan. Artikel ini membincangkan kepentingan sanad dalam konteks pemeliharaan bacaan al-Quran, dengan menelusuri sejarah perkembangan sanad serta peranannya dalam institusi pengajian al-Quran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen dan teks klasik. Dapatan menunjukkan bahawa sanad bukan sahaja menjamin keaslian bacaan, tetapi juga menjadi simbol autoriti dan amanah ilmiahdalam pengajaran al-Quran.18 18 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kesejahteraan Ekonomi Digital Menurut Al-Quran: Strategi Mencegah Penipuan Muamalat di Alam Maya(International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025), 2025) ;Mohamad Naim Fikri NorazmiEra ekonomi digital masa kini telah mengubah landskap muamalat global melalui penggunaan teknologi dan platform e-dagang yang semakin meluas. Walaupun kemajuan ini meningkatkan kecekapan transaksi, ia juga membawa cabaran seperti peningkatan kes penipuan muamalat secara maya yang menjejaskan kepercayaan dan kesejahteraan ekonomi umat Islam. Sehubungan dengan itu, kajian ini meneliti konsep kesejahteraan ekonomi digital menurut perspektif Al-Quran dengan menumpukan kepada prinsip al-ṣidq (kejujuran) dan al-amānah (amanah) sebagai strategi pencegahan penipuan dalam urus niaga atas talian. Masalah utama yang diketengahkan ialah ketiadaan kerangka kawalan berasaskan prinsip wahyu yang dapat menyeimbangkan antara inovasi teknologi dengan pemeliharaan maqasid syariah seperti ḥifẓ al-māl (penjagaan harta) dan ḥifẓ al-dīn (penjagaan agama). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis tematik terhadap ayat-ayat Al-Quran berkaitan etika perniagaan, kejujuran, dan tanggungjawab sosial, serta analisis dokumen terhadap laporan kes penipuan atas talian di Malaysia. Hasil yang dijangka menunjukkan bahawa penerapan nilai al-ṣidq dan al-amānah dapat memperkukuh integriti perniagaan digital, mencegah penyelewengan muamalat, serta mewujudkan ekosistem ekonomi patuh syariah yang selaras dengan Visi Madani dan maqasid Al-Quran. Kesimpulannya, Al-Quran berperanan bukan sekadar sumber spiritual tetapi juga asas strategik bagi membentuk sistem kawalan ekonomi digital yang beretika, adil dan berorientasikan kesejahteraan sejag at.4 3 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Tarannum Dalam Peningkatan Penghayatan Ayat-Ayat Al-Quran(Penerbit USIM, 2025)Muhammad Lukman bin IbrahimKajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan ilmu tarannum dalam meningkatkan penghayatan individu terhadap ayat-ayat suci Al-Quran. Tarannum, sebagai ilmu melodi bacaan Al-Quran, sering dilihat sebagai sekadar seni persembahan, namun peranannya dalam konteks spiritual dan kefahaman makna kurang dikaji secara mendalam. Metodologi kajian ini adalah kualitatif dengan pendekatan kajian perpustakaan dan analisis kandungan terhadap literatur-literatur utama dalam bidang ilmu tajwid, qira’at, dan psikologi penghayatan. Penemuan kajian menunjukkan bahawa aplikasi maqam tarannum yang bersesuaian dengan konteks mampu membangkitkan emosi dan membantu pendengar merasai dan memahami mesej Al-Quran dengan lebih mendalam. Kesimpulannya, tarannum bukan sekadar alunan melodi, tetapi merupakan alat yang efektif dalam memperkukuh hubungan antara pembaca, pendengar, dan kalamullah.3 7 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sistem Patriarkal dalam Masyarakat Melayu di Malaysia dan Panduan Penyelesaian Menurut Perspektif Al-Quran(Penerbit USIM, 2025) ;Azmi SamadMuhammad Mundzir Mohd ZamriKajian ini bertujuan untuk menganalisis manifestasi sistem patriarkal dalam konteks masyarakat Melayu di Malaysia dan mencadangkan panduan penyelesaian berasaskan kerangka Al-Quran. Sistem patriarkal, yang meletakkan lelaki sebagai pusat kuasa dan autoriti utama, telah lama berada dalam struktur sosial, adat resam, dan institusi kekeluargaan Melayu terutamanya di Malaysia. Walaupun sering berlaku kesalahfahaman terhadap sebahagian daripada nilai Islam, sistem ini sebenarnya banyak berpunca daripada stereotaip budaya dan pentafsiran teks agama yang terpilih. Melalui kaedah analisis kandungan terhadap teks Al-Quran serta sorotan literatur berkaitan sosiobudaya Melayu di Malaysia, kajian ini mendapati bahawa patriarki telah mengekang potensi diri wanita, mengehadkan keterlibatan mereka dalam pelbagai sektor, dan mengukuhkan stereotaip gender. Namun, Al-Quran sebagai panduan komprehensif, menawarkan paradigma yang seimbang dan adil. Penyelesaian yang dikemukakan merangkumi pentafsiran semula konsep qiwamah (tanggungjawab penjagaan) yang bersifat timbal balik, pengukuhan konsep shura (musyawarah) dalam pembuatan keputusan keluarga, penegasan prinsip kesamarataan martabat kemanusiaan (karamah insaniyah), serta pelaksanaan keadilan (‘adl) dalam semua aspek hubungan gender. Kajian ini menyimpulkan bahawa analisis terhadap sistem patriarkal memerlukan usaha yang integratif antara pembacaan semula teks suci yang kontekstual dan transformasi sosio-budaya yang selari dengan semangat Al-Quran yang bersifat universal. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Vinegar in Quranic and Prophetic Discourse: An Inquisitive Semantic Analysis of Islamic Ethical DimensionsThis study explores how Quranic and Prophetic discourse transforms ordinary food references (specifically vinegar (al-khall)) into tools of ethical reflection within Islamic dietary ethics. While previous scholarship has emphasized the legal status (ḥalāl/ḥarām) or biomedical benefits of vinegar, its semantic and figurative roles as moral pedagogy remain underexplored. To address this gap, this qualitative textual study applies Inquisitive Semantics, a three-tiered model (script, resonance, inquiry), supported by Relevance Theory in the second stage of analysis. The integration of Relevance Theory strengthens the interpretive process by ex- plaining how contextual assumptions, inferential reasoning, and cognitive effects interact to construct deeper moral meanings. The compact corpus comprises the Quranic verse Surah al-Naḥl (16:67) alongside two key Prophetic reports: the praise of vinegar as an excellent condiment and the parable comparing moral corruption to vinegar spoiling honey. The implicit meanings and ethical implications embedded in these expressions are elucidated through the Inquisitive Semantics framework, which systematically connects textual, cognitive, and ethical dimensions. Findings reveal that vinegar, across Quranic and Prophetic registers, functions not merely as a household condiment but as a symbolic index of moderation, gratitude, and moral integrity. This study contributes to Quranic and Hadith scholarship by demonstrating how Inquisitive Semantics, reinforced with Relevance Theory, can uncover multi-layered moral meanings often overlooked in Islamic dietary ethics research. More broadly, it bridges revelatory texts with contemporary ethical concerns such as sustainability, human well-being, and the cultivation of balanced moral character.16 5 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Waswas dalam Pandangan Al-Quran dan Solusi Sarjana Muslim Global di Platform Media Baru(Penerbit USIM, 2025); ; ; ; Syed Mohamad Zainudin Bichk KoyakWaswas merupakan fenomena kerohanian yang memberi kesan langsung terhadap ibadah, akidah, dan kestabilan emosi umat Islam. Al-Quran menggariskan konsep waswas dengan jelas, khususnya melalui ayat-ayat yang menekankan bisikan syaitan serta kelemahan jiwa manusia. Dalam era digital, wacana mengenai waswas semakin meluas bukan sahaja dalam karya tafsir klasik dan kontemporari, tetapi juga melalui platform media baru iaitu YouTube. Artikel ini bertujuan meneliti pandangan al-Quran tentang waswas serta menganalisis solusi yang diketengahkan oleh sarjana Muslim kontemporari di media sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan dengan meneliti kuliah, ceramah, dan penulisan digital oleh enam sarjana Muslim dari pelbagai wilayah, termasuk Alam Melayu, Barat, Asia Tengah dan Asia Selatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa sarjana Muslim menekankan strategi Qurani yang bersifat kerohanian seperti zikrullah dan doa, disamping menghubungkannya dengan pendekatan psikologi moden dalam menangani gangguan obsesif-kompulsif (OCD. Dapatan ini memperlihatkan bahawa media baru berperanan penting sebagai saluran dakwah dan pendidikan, di samping menjadi medium efektif dalam menghapus salah faham masyarakat terhadap konsep waswas menurut al-Quran.6 30