Browsing by Author "Mohd Nur Adzam Rasdi"
Now showing 1 - 20 of 25
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Keperluan Pembangunan Bahasa Isyarat Malaysia Bagi Terminologi Ibadah(Zes Rokman Resources, 2018) ;Siti Ramna Khamaruddin ;Nurul Asiah Fasehah Muhamad ;Norakyairee Mohd Raus ;Adnan Mohamed Yusoff ;Mahyuddin Hashim ;Noornajihan Ja’afarMohd Nur Adzam RasdiIbadah wajib dikerjakan oleh setiap individu Muslim yang mukallaf termasuk OKU Pekak. Mereka sewajarnya diberi ruang dan peluang untuk mempelajari Ibadah mengikut kekuatan dan kelainan upaya belajar mereka. Namun, masalah komunikasi merupakan cabaran utama golongan ini dalam pemahaman konteks Ibadah. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti keperluan pembangunan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) bagi terminologi Ibadah. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui protokol temu bual ke atas 10 OKU Pekak Muslim. Dapatan kajian menunjukkan keperluan pembangunan BIM bagi terminologi Ibadah memberi kefahaman yang jelas, membimbing orang pekak ke arah kebaikan, meningkatkan ilmu baharu dan menarik minat belajar. Diharapkan kajian ini mampu menimbulkan kesedaran dan membuka mata semua pihak khususnya institusi-institusi agama, bahagian dasar sama ada di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), guru Pendidikan Khas bahagian Pendidikan Islam, penyelidik BIM dalam usaha meningkatkan pemahaman dan amalan beragama dalam kalangan OKU Pekak di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Rasm Uthmani Dalam Mashaf Al-quran Braille Malaysia(USIM Press, 2023) ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Norakyairee Mohd RausNoornajihan JaafarThe publication of the Braille Quran in Malaysia has undergone several crucial phases. The Malaysian Islamic Association for the Blind (PERTIS) first published it in 1997. After a period of use, issues of inconsistency between the Braille Quran text and the printed Quran text used by the typical population emerged. One of the focus areas of inconsistency was in the aspect of Rasm. In 2022, JAKIM, in collaboration with KDN, PERTIS, and USIM, attempted to address this issue by publishing a new Braille Quran with various improvements and modifications, including from the perspective of Rasm. This study aims to examine the text of the Braille Quran in Malaysia from the aspect of Rasm and identify its status. The method of document analysis is applied in this qualitative study. The findings indicate that the features of the Uthmani script have been implemented appropriately in the Braille writing. However, the Imla'i script writing method is also used when there are constraints and issues in the writing process - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Braille Al-quran: Sejarah Dan Kaedah(PIMM Expert Sdn. Bhd., 2022) ;Anisah Razali ;Noornajihan JaafarMohd Nur Adzam RasdiBraille merupakan satu sistem literasi membaca atau menulis yang berasaskan deria sentuhan yang telah digunakan oleh Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan dalam mereka membaca bahan bacaan bercetak termasuklah al-Quran. Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada manusia tidak mengira tipikal mahupun OKU sebagai panduan dalam kehidupan harian. Bagi OKU Penglihatan mereka menggunakan Mashaf al-Quran Braille untuk membaca. Setiap negara mempunyai sejarah kemunculan al-Quran Braille dan kaedah penulisan juga berbeza-beza mengikut negara berkenaan. Oleh itu, artikel ini mengupas sebuah buku yang bertajuk Braille AlQuran: Sejarah dan Kaedah. Buku ini membahaskan sejarah perkembangan al-Quran Braille dalam kalangan masyarakat Islam dan Barat serta kemunculan al-Quran Braille pertama di Malaysia. Ia turut membahaskan secara terperinci kaedah penulisan yang digunakan. Diharapkan kupasan ini dapat membantu memberi pendedahan dan gambaran yang jelas mengenai al-Quran Braille. Disamping, memberi kefahaman kepada golongan masyarakat terhadap al-Quran Braille yang digunakan oleh golongan OKU Penglihatan adalah berbeza dengan mashaf al-Quran yang biasa digunakan. Malah turut membuka mata kepada masyarakat mengenai bagaimana Islam sangat menyantuni dan mengambil berat komuniti OKU dalam mendekati dan memahami isi al-Quran. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Emansipasi Ketidakupayaan Menurut Quran(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Norakyairee Mohd Raus ;Mohd Nur Adzam RasdiMohd Hafiz HalimEmansipasi dalam kajian ini merujuk kepada pembebasan paradigma atau pemberian hak kesetaraan (adil) terhadap komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) melalui pemahaman hakikat ketidakupayaan berlandaskan Syarak. Paradigma “emansipasi” sangat diperlukan dalam kajian sosial masa kini, lebih-lebih lagi apabila melibatkan komuniti minoriti sosial seperti OKU. Ini kerana, OKU telah lama tersisih daripada arus pembangunan negara sama ada dalam aspek pendidikan, pekerjaan, kesihatan, pengangkutan, politik dan sebagainya. Objektif utama kajian ini adalah untuk meneroka konsep ketidakupayaan menurut Quran dan mengkaji pendekatan yang sesuai dalam mendepani isu dan cabaran OKU beragama. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah dokumen analisis dalam mengumpul data dan maklumat. Dapatan kajian melalui carian https://sigir.uitm.edu.my/svsi/sumberutama.php mendapati bahawa sejumlah ayat-ayat Quran yang menggunakan istilah-istilah yang berkait rapat dengan kategori OKU seperti pekak, bisu, buta, tempang dan lemah. Istilah-istilah ini ada yang digunakan secara jelas merujuk kepada hukum rukhsah (keringanan) untuk berjihad dan melaksanakan tuntutan Syarak, dan ada juga digunakan sebagai perumpamaan bagi menjelaskan hakikat iman dan kafir serta balasannya atas keengganan menerima Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Berkeperluan Khas (Penglihatan) Dalam Menghafaz Al-Quran: Kajian di Darul Quran, JAKIM(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Noornajihan Jaafar ;Norakyairee Mohd Raus ;Abdul Karim Toure ;Abdul Muhaimin Ahmad ;Mohd Nur Adzam RasdiNurul Asiah Fasehah MuhamadDiploma in Tahfiz Da'wah wa al-Quran at Darul Quran JAKIM is specially offered to the Visually Impaired Persons (VIP). This program provides an opportunity for them to compete equally with normal people in memorizing and understanding the Holy Quran. This paper is part of the research findings are being conducted between the Faculty of Quran and Sunnah, USIM and JAKIM. The main objective of this paper is to identify several factors that influence visually impaired student achievement in this program, especially in interaction with Braille Quran. Instruments used for this study are protocol interviews and observations on the course Tahfiz al-Quran course. In addition, Crawford and Godbey's model (1997) is used to describe the factors that influence student achievement in the study OKUMP Tahfiz al-Quran. The findings showed that there are several factors that influence the achievement of these students to memorize the Quran. It is based on structural factors, interpersonal and intrapersonal factors as featured in Crawford and Godbey model. Several suggestions have been made in research to improve the supply of this program and to allow further research to be conducted. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Implikasi Ketiadaan Sifr Mustadir Ke Atas Pentilawahan Al-quran Braille(USIM Press, 2021) ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Muhammad Yusry Affandy Md Isa ;Noornajihan Jaafar ;Khairul Anuar MohamadNorakyairee Mohd. RausThe term Ḍabṭ refers to specific markers placed on the Quranic letters to indicate a sound or connotation of the letters such as Sukun, Mad, Tanwin, Syaddah etc. The purpose of Ḍabṭ is to ease the Quranic reciter to recite every text contained in the mushaf accurately. Since it was introduced in the middle of the first century, it has continued to expand from time to time until the present-day. The mushaf that has been transcript into Braille also is no exception. However, there are still some signs used in the regular mushaf that yet to be applied into Braille. Among the sign is the Ṣifr Mustadīr. The objective of this study is to identify the implications of the absence of such markings. The performance test method was used on study participants to obtain information which was then analyzed to achieve the objectives of the study. The findings imply that there are recitational error due to the absence of those sign. Based on this finding, discussions, conclusions and suggestions have been made aimed at ensuring the accuracy of the Braille form of the Quranic text to enable its readers to read the Quran as well as normal mushaf readers. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu-Isu Akidah di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir: Kajian Perintis di Daerah Temerloh dan Maran, Pahang(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Irwan Mohd Subri ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali ;Walid Mohd Said ;Nisar Mohammad Ahmad ;Amir Shaharuddin ;Mohd Aizuddin Abdul Aziz ;Mohd Azhar Ibrahim Resedi ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Syadiyah Abdul ShukorBilal JailaniPenghujung tahun 2014, Malaysia khususnya di pantai Timur telah dilanda banjir besar yang luar biasa. Mangsa-mangsa yang dipindahkan dan ditempatkan di pusat penempatan banjir melebihi dua ratus ribu orang. Kajian perintis ini dijalankan bagi� mengumpulkan isu-isu berkaitan akidah di pusat pemindahan mangsa banjir di daerah Temerloh dan Maran, Pahang. Kajian yang bermatlamatkan penerokaan ini menggunakan kaedah kualitatif. Para penyelidik telah menjalankan temu bual tidak berstruktur terhadap tiga puluh lapan orang responden di empat buah pusat pemindahan mangsa banjir di daerah Temerloh dan Maran, Pahang. Pemilihan responden dibuat menggunakan kaedah persampelan mengikut kesenangan (convenience sampling). Hasil kajian menunjukkan terdapat lapan tema isu akidah yang dibangkitkan oleh warga pusat pemindahan banjir. Tiga tema paling polular adalah i) banjir itu qadak dan qadar Allah, ii) berusaha dan bertawakkal dalam menghadapi banjir, dan iii) banjir mendekatkan diri dengan Allah. Di bahagian perbincangan, penyelidik menghuraikan perkara-perkara yang berkemungkinan menjadi faktor kepada dapatan kajian. Penyelidik juga mengemukakan cadangan penambah baikan berkaitan isu akidah dan kaunseling untuk dimuatkan dalam model pengurusan banjir. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu-Isu Fiqh di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir: Kajian Perintis di Daerah Temerloh, Pahang(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Irwan Mohd Subri ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali ;Walid Mohd Said ;Nisar Mohammad Ahmad ;Amir Shaharuddin ;Mohd Aizuddin Abdul Aziz ;Mohd Azhar Ibrahim Resedi ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Syadiyah Abdul ShukorBilal JailaniDewasa ini kita melihat banyak berlaku bencana alam di merata tempat di dunia. Kesemua bencana alam ini pernah diketahui atau disaksikan oleh Nabi SAW dan para sahabat Baginda RA. Antara bencana alam yang sering dialami di negara kita adalah banjir, kejadian banjir yang melanda negara tidak lama dahulu amat meresahkan semua pihak. Banjir ini dimulai dengan hujan lebat yang berterusan, lalu mengakibatkannya bertakung atau melimpah. Artikel ini akan cuba mengemukakan pandangan dan sabdaan Nabi SAW berkaitan dengan hujan yang menjadi sebab kepada banjir dan seterusnya melihat saranan Baginda atau perlakuan terhadap banjir yang melanda. Ia dimulakan dengan situasi sebelum, semasa dan selepas berlakunya hujan dan kesan daripada hujan yang berterusan. Beberapa hadis Nabi SAW yang berkaitan akan dikumpulkan dan dianalisa isi kandungannya serta dikukuhkan dengan pandangan ulama muktabar. Diharapkan artikel ini dapat menyingkap perbuatan dan sabdaan Nabi SAW terhadap fenomena hujan dan banjir dan seterusnya menjadi suatu pedoman dan titik permulaan kepada umat Islam untuk berhadapan dan mula mencari jalan penyelesaian kepada bencana hujan dan banjir. Didapati secara umumnya, sentuhan Nabi SAW terhadap banjir amat minima, ia sesuai dengan zaman, tempat dan keadaan di Mekah serta Madinah pada ketika itu, manakala berkaitan hujan hanyalah berkisar dengan cara Nabi SAW berhadapan dan melaluinya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kedudukan Hukum Sentuhan Bukan Mahram ke Atas Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan Ketika Sesi Pengajaran dan Pembelajaran(Penerbit USIM, 2022) ;Azman Ab Rahman ;Muhammad Faiz Abd. Shakor ;Norakyairee Mohd Raus ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Ahmad Wifaq Mokhtar ;Zahari Mahad MusaNurul Nadia NozlanSentuhan merupakan salah satu bentuk komunikasi bukan lisan yang biasa digunakan bagi OKU penglihatan. Mereka menggunakan deria ini sebagai ganti bagi deria penglihatan ketika berjalan, mengenali sesuatu objek dan juga membaca kod Braille. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, komunikasi lisan merupakan kaedah yang lumrah digunakan. Namun, komunikasi bukan lisan seperti sentuhan amat diperlukan bagi golongan OKU Penglihatan. Timbul persoalan tentang kedudukan hukum sentuhan terhadap bukan mahram khususnya guru yang mengajar murid OKU penglihatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ibadat. Justeru, artikel ini akan menghuraikan kedudukan hukum sentuhan bukan mahram ke atas oku penglihatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dari segi perbezaan jantina dan sebagainya. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam mengumpulkan data bagi mencapai kehendak objektif kajian yang telah ditetapkan. Hasil kajian mendapati dalam aspek sentuhan antara guru dan murid bermasalah penglihatan yang berbeza jantina bukan mahram adalah harus jika terdapat keperluan (hajah) sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran khususnya untuk menunjukkan perlakuan sesuatu ibadat seperti pergerakan rukun solat dan membetulkannya dengan menggunakan tangan dengan kadar minima termasuk perlakuan wuduk, tayammum dan sebagainya. Pendekatan penggunaan sarung tangan adalah langkah terbaik sekiranya tidak menyukarkan dan lebih cermat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan dan rujukan kepada masyarakat secara umum dan golongan OKU khususnya berkenaan isu sentuhan antara bukan mahram dan OKU penglihatan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kedudukan Taklif Orang Kurang Upaya (OKU) Dalam Pelaksanaan Ibadat(Penerbit USIM, 2022) ;Azman Ab Rahman ;Muhammad Faiz Abd. Shakor ;Norakyairee Mohd Raus ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Ahmad Wifaq Mokhtar ;Zahari Mahad MusaNurul Nadia NozlanGolongan OKU adalah hamba Allah dan mempunyai kewajipan untuk beribadat kepada Allah mengikut kemampuan mereka. Walaupun golongan OKU ditakdirkan wujud kekurangan pada tahap keupayaan mereka sama ada mental atau fizikal, namun mereka memiliki kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Oleh yang demikian, Islam telah menggariskan beberapa hak dan kewajipan tertentu yang telah ditetapkan untuk golongan ini. Justeru, artikel ini akan membincangkan khusus berkenaan kedudukan taklif bagi golongan OKU dalam skop pelaksanaan ibadat. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam mengumpulkan data bagi mencapai kehendak objektif kajian yang telah ditetapkan. Hasil kajian mendapati kedudukan taklif bagi golongan OKU Penglihatan, Pendengaran, Pertuturan dan Fizikal wajib menunaikan segala kewajipan yang ditetapkan oleh syarak berdasarkan kemampuan dan keadaan mereka. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada OKU Pelbagai yang melibatkan ketidakupayaan pendengaran dan penglihatan sejak dilahirkan, dan mereka yang mengalami ketidaksempurnaan akal yang teruk. Hal ini kerana mereka tidak mampu memahami dalil pentaklifan yang menjadi syarat utama menjadi mukalaf. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan dan rujukan kepada masyarakat secara umum dan golongan OKU khususnya berkenaan kedudukan taklif bagi golongan OKU dalam pelaksanaan ibadat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kefahaman Akidah di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir: Kajian Perintis di Daerah Temerloh dan Maran, Pahang(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Irwan Mohd Subri ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razal ;Walid Mohd Said ;Nisar Mohammad Ahmad ;Amir Shaharuddin ;Mohd Aizuddin Abdul Aziz ;Mohd Azhar Ibrahim Resedi ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Syadiyah Abdul ShukorBilal JailaniPenghujung tahun 2014, Malaysia khususnya di Pantai Timur telah dilanda banjir besar yang luar biasa. Mangsa-mangsa yang dipindahkan dan ditempatkan di pusat pemindahan melebihi dua ratus ribu orang. Situasi yang penuh dengan cabaran dan dugaan itu amat berkait berkait rapat dengan konsep-konsep akidah seperti iman terhadap qadak dan qadar, bencana sebagai ujian dan kefahaman tawakal. Untuk mengetahui tahap kefahaman warga pusat pemindahan terhadap isu-isu ini, satu kajian perintis kuantitatif berbentuk soal selidik telah dijalankan ke atas 18 orang. Pemilihan responden dibuat menggunakan kaedah persampelan mengikut kesenangan (convenience sampling). Dengan menjadikan daerah Temerloh dan Maran sebagai lokasi kajian, ketiga-tiga tema yang diuji menunjukkan nilai min yang tinggi, sekaligus memberi makna bahawa responden mempunyai tahap kefahaman akidah yang tinggi. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kefahaman Fiqh di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir: Kajian Perintis di Daerah Temerloh dan Maran, Pahang(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Irwan Mohd Subri ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali ;Walid Mohd Said ;Nisar Mohammad Ahmad ;Amir Shaharuddin ;Mohd Aizuddin Abdul Aziz ;Mohd Azhar Ibrahim Resedi ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Syadiyah Abdul ShukorBilal JailaniPenghujung tahun 2014, Malaysia khususnya di pantai Timur telah dilanda banjir besar yang luar biasa. Mangsa-mangsa yang dipindahkan dan ditempatkan di pusat penempatan melebihi dua ratus ribu orang. Di pusat-pusat penempatan itu, terdapat beberapa keadaan yang berkait rapat dengan fiqh seperti cara bersuci, kaedah mengerjakan solat, batasan pergaulan lelaki-perempuan yang bukan mahram, pengurusan jenazah, hukum mengambil barang yang dijumpai dan kesedaran merujuk pakar dalam hal fiqh yang tidak diketahui. Untuk mengetahui tahap kefahaman warga pusat penempatan terhadap isu-isu ini, satu kajian perintis kuantitatif berbentuk soal selidik telah dijalankan ke atas 18 orang. Pemilihan responden dibuat menggunakan kaedah persampelan mengikut kesenangan (convenience sampling). Dengan menjadikan daerah Temerloh dan Maran sebagai lokasi kajian, penyelidik mendapati responden mempunyai tahap kefahaman Fiqh yang tinggi dengan nilai min keseluruhan 3.87. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepentingan Pendidikan Integriti Individu Berteraskan Tafsir Tasawuf Ishāri Bagi Penjawat Perkhidmatan Awam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Mahyuddin HashimMohd Nur Adzam RasdiDalam menuju ke arah status negara maju berpendapatan tinggi, agenda pembanterasan rasuah telah menjadi keutamaan negara. Beberapa inisiatif di peringkat nasional telah dibangunkan seperti Pelan Integriti Nasional dan Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023. Namun begitu, kajian Nik et al. menyatakan bahawa integriti penjawat perkhidmatan awam di Malaysia masih berada di tahap bermasalah. Kajian Barometer Rasuah Global menunjukkan sejumlah besar rakyat tidak percaya bahawa masalah rasuah bertambah baik. Lebih mendukacitakan, mulai 2014, skor Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menurun setiap tahun daripada skor 52 kepada skor 47 pada tahun 2018. Antara tahun 2005-2014, Malaysia telah kehilangan RM 1.8 trilion menerusi aliran kewangan tidak sah yang sebahagiannya berpunca daripada amalan rasuah. Berdasarkan trend rasuah di Malaysia dalam tempoh 2013-2018, sektor awam dilihat sebagai sektor yang paling berisiko terhadap amalan rasuah. Justeru, model baharu pendidikan integriti individu berteraskan tafsir Tasawuf Ishᾱri bagi penjawat awam sangat penting untuk dibangunkan. Ini kerana pendidikan integriti individu tidak akan berjaya kecuali melalui pembentukan rohani bersumberkan al-Quran yang terbukti telah menghasilkan keperibadian mulia. Pembentukan rohani adalah merupakan intipati ilmu Tasawuf berbanding model sedia ada yang tidak memfokuskan kepada aspek tersebut. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti kepentingan pendidikan integriti individu berteraskan Tasawuf Ishari bagi penjawat perkhidmatan awam. Metodologi kajian ini pula menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis teks induktif. Hasil dapatan utama kajian ini ialah pendidikan integriti individu berteraskan Tasawuf Ishari boleh meningkatkan integriti penjawat awam bagi mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama (WBK) 2030. Salah satu pemboleh daya WBK ialah Tadbir Urus dan Integriti iaitu pengukuhan tadbir urus melalui ketelusan dan akauntabiliti bagi meningkatkan kepercayaan rakyat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Asas Pembangunan Garis Panduan Pelaksanaan Ibadat bagi Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia(Penerbit USIM, 2022) ;Azman Ab Rahman ;Muhammad Faiz Abd. Shakor ;Norakyairee Mohd Raus ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Ahmad Wifaq Mokhtar ;Zahari Mahad MusaNurul Nadia NozlanIslam tidak pernah memandang rendah permasalahan OKU, malahan sentiasa memberi galakan kepada umat Islam agar sentiasa mengambil berat tentang golongan ini. Islam turut memperuntukkan tanggungjawab dan hak tertentu terhadap OKU serta mengambil serius terhadap keperluan semasa bagi golongan OKU dalam hal berkaitan ibadat OKU. Bukan setakat itu, ia turut memberikan garis panduan tentang bagaimana mahu menguruskan hak dan tanggungjawab tersebut di samping menjaga maqasid syariah dari sudut lima daruriyat iaitu agama, jiwa, keturunan, akal dan harta. Di Malaysia, masih belum terdapat garis panduan khusus pelaksanaan ibadat bagi golongan OKU yang selari dengan Mazhab Syafi’i dan jumhur ulama’. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mencadangkan konsep asas garis panduan pelaksanaan ibadat OKU yang boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak berautoriti di Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 3 pendekatan yang perlu diambil kira dalam pembangunan garis panduan pelaksanaan ibadat OKU iaitu konsep Fiqh al-Taysir, Bertaqlid mana-mana mazhab yang muktabar dan pengunaan kaedah Fiqh. Kajian ini diyakini akan menjadi rujukan dan panduan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pejabat Mufti, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam OKU dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Kebolehbacaan Mashaf Al-Quran Braille Malaysia (MQBM)(Penerbit USIM, 2023) ;Rahmah Hayati Musa ;Mohd Nur Adzam RasdiNoornajihan Ja’afarKebolehbacaan ialah satu kaedah dalam mengukur tahap kesukaran sesuatu teks bahan bacaan seperti buku teks dan lain-lain. Seiring dengan perkembangan keperluan penggunaan al-Quran Braille oleh komuniti OKU Penglihatan di Malaysia, JAKIM telah menerbitkan al-Quran versi Braille yang dijenamakan sebagai Mashaf Al-Quran Braille Malaysia (MQBM) pada April 2022. Mashaf ini adalah versi penambahbaikan kepada al-Quran Braille terbitan PERTIS yang telah diterbitkan sejak 1999. Oleh kerana mashaf baharu ini membawa beberapa perubahan daripada sudut teks, maka ia perlu dikaji dari sudut kebolehbacaannya secara akademik. Kajian ini perlu dimulakan dengan kefahaman mengenai konsep kebolehbacaan Mashaf al-Quran Braille Malaysia dari konteks penggunanya sendiri iaitu OKU Penglihatan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah analisis dokumen. Diharapkan kajian kebolehbacaan ini dapat membantu memberikan pendedahan dan kefahaman yang luas terhadap para penyelidik terutamanya dalam bidang penulisan Braille. Hal ini dapat membuktikan bahawa kajian kebolehbacaan bukanlah tertumpu untuk teks bercetak sahaja malah ia juga dapat diaplikasikan ke atas teks Braille. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembelajaran Tilawah Al-Quran Braille: Pengalaman Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (Ummi) USIM(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Noornajihan Jaafar ;Norakyairee Mohd Raus ;Mahyuddin Hashim ;Nur Amalina Azhar ;Muhammad Shahril Azrie Zainudin ;Zakaria Yahya ;Sharipah Zainah Abdul RahmanAnisah RazaliTerdapat beberapa pendekatan yang popular dalam pendidikan tilawah al-Quran, antaranya adalah yang dimulai dengan penerapan kemahiran literasi. Pendekatan yang sama juga diaplikasikan dalam pengajaran asas tilawah al-Quran kepada komuniti OKU Penglihatan yang menggunakan medium tulisan Braille. Uniknya, di dalam mashaf al-Quran versi Braille, susunan penulisannya tidak sama seperti teks al-Quran tipikal, sebaliknya setiap huruf dan penandaan ditranskripsi ke dalam bentuk kod Braille dan disusun bersesuaian dengan keunikan cara OKU Penglihatan membacanya. Dari aspek pengajarannya pula, ia memerlukan kaedah serta teknik pengajaran yang berbeza daripada yang biasa dilaksanakan ke atas golongan tipikal. Fokus penulisan ini adalah untuk mengenengahkan dokumentasi ringkas ke atas beberapa kaedah dan modul pengajaran tilawah al-Quran bagi OKU Penglihatan di samping pengalaman dan usaha Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) dalam mengkaji keunikan yang terdapat dalam proses pengajaran asas tilawah al-Quran Braille pada modul-modul yang sedia ada ini. Dengan berasaskan metodologi kualitatif, dokumen-dokumen yang berkaitan dikumpul dan dianalisis secara deskriptif kemudian dibentangkan sebagai dapatan. Hasil daripada pemerhatian ke atas dokumen-dokumen ini, didapati bahawa terdapat keunikan yang perlu diterapkan pada kaedah yang digunakan bagi meraikan sensitiviti dan cara pembelajaran OKU Penglihatan membaca al-Quran, terutamanya pada sudut penerangan dan susunan bahan. Melalui maklumat yang diperolehi dari kajian ini, asas kaedah pembelajaran tilawah bagi OKU Penglihatan dapat dikenal pasti, seterusnya membawa kepada usaha pembangunan modul yang lebih komprehensif sebagai sumbangan yang terkini dalam bidang tilawah al-Quran khususnya bagi OKU Penglihatan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendidikan Al-Quran Bagi OKU: Pengalaman Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI)(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Siti Rahmah Ahmad Razuan ;Norakyairee Mohd Raus ;Mahyuddin Hashim ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Adnan Mohamed Yusoff ;Noornajihan Ja’afarNurul Asiah Fasehah MuhamadOrang Kurang Upaya (OKU) adalah antara golongan yang sering dikaitkan dengan isu dan perbahasan berkaitan keperluan mereka dalam pendidikan, terutamanya dalam aspek berkaitan persoalan taklif dalam menerima dan mengamalkan ajaran Islam. Bertitik tolak dari sini, inisiatif untuk menilai semula keperluan spiritual dalam kalangan OKU telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) di bawah Institut Sains Islam (ISI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di samping memberi kefahaman kepada masyarakat terhadap konsep taklif dalam kalangan OKU. Objektif kajian ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman UMMI mengenalpasti isu-isu berkaitan pendidikan al-Quran bagi OKU dan menjelaskan peranan UMMI dalam usaha memperluaskan akses OKU terhadap pendidikan al-Quran disamping menangani isu tuntutan beragama dikalangan mereka. Kajian ini menggunakan metod kualitatif dengan menjadikan protokol analisis dokuman dan protokol temu bual untuk mengumpulkan data. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa wujud keperluan yang tinggi terutamanya bagi Universiti Awam (UA) ke arah solidariti dan aksesibiliti OKU untuk menghayati kemukjizatan al-Quran dan konsep indahnya hidup beragama. Usaha murni ini jugu dilihat bertepatan dengan hasrat USIM sebagai ‘kampus barakah’ dan pusat rujukan global bagi Integrasi llmu Naqli dan ‘Aqli menjelang tahun 2025. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengajaran Al-Quran Braille: Isu Dan Cabaran Semasa(Centreof Quranic Research (CQR), University of Malaya, 2013) ;Norakyairee Mohd. Raus ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Norazman Alias ;Norhasnira Ibrahim ;Norullisza Khosim ;Noornajihan Ja'afar ;Ab. Halim Tamuri ;Norshidah Mohamed SallehHajarul Bahti ZakariaProgram Pendidikan Khas masa kini menawarkan peluang pendidikan agama kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) Masalah Penglihatan, Pendengaran, dan Pembelajaran khususnya pengajian al-Quran. Dalam konteks MBK Masalah Penglihatan, kewujudan al-Quran Braille memberi peluang dan ruang kepada anak istimewa ini membudayakan al-Quran dalam kehidupan harian. Objektif utama kajian ini adalah untuk menjelaskan senario perkembangan pengajaran al-Quran Braille di Malaysia. Selain itu, ia bertujuan untuk mengenal pasti isu dan cabaran Guru Pendidikan Islam (GPI) dalam pengajaran al-Quran Braille. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif dengan menjadikan protokol pemerhatian dan temu bual untuk mendapatkan data. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan beberapa isu dan cabaran GPI dalam pengajaran al-Quran Braille yang memerlukan sokongan dan tindakan semua pihak bagi menjayakan konsep indahnya hidup beragama dalam kalangan MBK Masalah Penglihatan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengaplikasian Displin Al-Tahammul Dan Al-Ada' Ke Atas Periwayatan Oku Penglihatan: Kajian Sorotan(USIM PRESS, 2018) ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Ahmad Kamil Jamilin ;Saiful Azri Sharuddin ;Sh Md Hafiz Ridzuan Syeikh MahadiAhmad Izzuddin Abu BakarIlmu periwayatan hadis nabawi adalah salah satu elemen utama yang menjadi platform tempat berdirinya agama Islam dengan kukuh. Di dalam displin ilmu ini, aspek periwayatan sangat diberi penekanan bagi menjamin kelestarian bahan-bahan yang diriwayat. Kecacatan yang terdapat pada seseorang perawi akan menjadi elemen yang mempengaruhi keabsahan sesebuah periwayatan. Namun kecacatan yang dimaksudkan di sini bukanlah kecacatan fizikal bahkan ia adalah kecacatan dari sudut ‘adalahdan dhabtperawi yang menjadi ukuran bagi penerimaan sesebuah riwayat. Hakikatnya kecacatan fizikal tidak menghalang penerimaan sesebuah periwayatan. Telah tercatat bahawa terdapat barisan para periwayat hadis dalam kalangan OKU. Antaranya adalah para perawi yang mempunyai kecacatan penglihatan. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka perspektif periwayatan OKU Penglihatan dari kacamata displin ilmu al-Tahammul dan al-Ada’. Di samping itu kajian turut menyentuh beberapa dimensi berkaitan OKU Penglihatan yang berkaitdengan periwayatan hadis nabawi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah penganalisaan teks bagi proses pengumpulan data.Dapatan kajian membuktikan bahawa golongan yang dianggap kurang upaya ini sebenarnya mempunyai potensiuntuk memberi sumbangan besar kepada umah apabila diberikan ruang dan peluang yang sesuai dengan mereka - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penilaian Bahasa Isyarat Baharu Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Solat Bagi Orang Pekak(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020) ;Siti Ramna Khamaruddin ;Nurul Asiah Fasehah Muhamad ;Norakyairee Mohd. Raus ;Adnan Mohamed Yusoff ;Mahyuddin Hashim ;Noornajihan Ja'afarMohd Nur Adzam RasdiThe sign language is the main language used in the teaching and learning approach (PnP) of solat (prayer) for deaf people. However, there have been sign language confusions in terms of form and the true meaning of the term. This is because the signs are developed based on the custom and understanding of the deaf. Hence, this study evaluates new sign language developed to ensure the process (PnP) of solat (prayer) for the deaf can be carried out more effectively. This study utilises Cohen Kappa for analysis of the evaluation of five experts from the field of religion and six from the field of sign language. In addition, a qualitative approach through group interviews is also conducted to enrich the findings. Based on the findings of the study, this evaluation has achieved the Cohen Kappa Coefficient Index at 0.87 level, which is at an excellent scale level for the whole new sign language developed. In terms of implication, this evaluation can provide a sign language parallel to the religious meaning and understanding of the deaf in Malaysia in (PnP) solat.